Jumaat, 30 April 2010

PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan “menjawab semula” jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan “Islam” di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella “masih kecil”. Ini bermakna, Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

“'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide”.

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk “mendiamkan” beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia “metodologi perjuangan” PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr!

Kredit Gambar: anwaraidc (sini)

Khamis, 29 April 2010

Saman Utusan: Zaid “pejuang demokrasi” low class!


1. Sebaik saja penulis membaca artikel Malaysiakini bertajuk Zaid fail petisyen cabar pilihan raya (sini) bertarikh 28 April 2010, kesimpulan mudah yang dapat penulis buat ialah penduduk Hulu Selangor seharusnya bersyukur kerana P. Kamalanathan (bukan Zaid) yang terpilih sebagai wakil rakyat mereka pada 25 April yang lalu.

2. Penulis tidak berniat untuk mengulas tindakannya yang mahu memfailkan petisyen untuk mengistiharkan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai tidak sah dan terbatal, namun artikel ringkas ini akan memfokuskan mengenai niatnya yang mahu menyaman Utusan Malaysia yang dakwanya telah “melabelkannya sebagai kaki botol”.

3. Tindakan Zaid yang mahu menyaman Utusan Malaysia menampakkan beliau sebagai seorang “pejuang demokrasi” yang low class, auta dan cakap tak serupa bikin. Cuba baca artikel Dakwaan kaki arak, judi – Zaid tak saman (sini) bertarikh 20 April 2010 yang turut diambil dari Malaysiakini.

4. Di awal-awal artikel berkenaan Zaid menyatakan dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang “mencemarkan imejnya” (dakwaan kaki arak dan kaki judi oleh blogger) kerana menganggap “tindakan menyaman itu akan menyekat kebebasan bersuara di negara ini”.

5. Tambahnya lagi, jika beliau mengambil tindakan menyaman itu maka langkah berkenaan akan menyebabkan beliau “tidak dapat membuat perkara lain dalam hidup” beliau. Walaupun pedih, Zaid turut “mengalu-alukan pendedahan itu yang disifatkannya sebagai perubahan dalam politik” melalui artikel Selepas arak, Zaid dituduh ‘kaki judi’ (sini). Semua ini diucapkan lima hari sebelum pilihan raya.

6. Namun selepas tewas dalam pilihan raya, hanya tiga hari tempoh masa yang diambil Zaid (28 April) untuk membuat keputusan bebeza dengan apa yang diucapkannya pada 20 April. Sekelip mata Zaid berubah!

7. Berdasarkan pernyataannya terdahulu, tindakan samannya ini boleh dikatakan sebagai satu usaha beliau untuk menyekat kekebasan bersuara di negara ini. Ini juga bermakna selepas ini Zaid tidak akan dapat berbuat apa-apa dalam hidupnya selain dari berhadapan dengan usaha samannya itu. Dan juga, langkah beliau ini dilihat sebagai usaha menyekat perubahan politik yang dilaung-laungkan oleh puak PKR, PAS dan DAP, dari politik baru berpatah balik semula ke politik lama. Tidak sama seperti ucapan, cakap tak serupa bikin, ringkasnya auta!

8. Kesimpulannya, tindakan saman Zaid ini amat jauh menyimpang dari hala tuju seorang pejuang demokrasi yang sebenar, ataupun sekurang-kurangnya amat jauh dari apa yang beliau sendiri perkatakan. “Tokoh” dalam bidang guaman (kononnya) dan bekas menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang (walaupun dilantik atas ehsan PM setelah tidak dicalonkan dalam pilihan raya) ini melakukan tindakan berkenaan semata-mata kerana beliau tewas dalam pilihan raya. Penulis percaya, sekiranya beliau yang memenangi pilihan raya berkenaan, jangankan kata hendak saman, Utusan pula akan dipuji kerana mempromosikannya. Alahai.....

Nota kaki:
Agaknya beginilah mentaliti pemimpin PKR, PAS dan DAP. Sebelum pilihan raya cakap lain, lepas pilihan raya buat lain. Tak hairanlah kalau banyak perkara yang dijanji tapi tidak tertunai di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Bulan nak di bawa ke riba la katakan.

Kredit gambar: minaq_jinggo (sini)

Isnin, 26 April 2010

PAS serik berkempen untuk PKR!

1. Pertamanya, penulis bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada 24,997 pengundi yang menaruh kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mewakili mereka di Dewan Rakyat. Walaupun penulis bukan sesiapa di dalam BN dan di Hulu Selangor namun kesejahteraan dan rahmat yang dibawa BN secara keseluruhannya selama ini amat membahagiakan penulis.

2. Dalam banyak-banyak artikel yang memperkatakan mengenai keputusan pilihanraya kecil ini, sama ada yang meraikan kejayaan BN atau sikap sindrom penafian PKR, PAS dan DAP yang tidak habis-habis menyalahkan BN atas kekalahan mereka, penulis amat tertarik dengan artikel Malaysiakini bertajuk Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S’langor (sini).

3. Membaca ratapan kesedihan Zaid setelah tewas kepada P. Kamalanathan di Hulu Selangor sehingga menyebabkan anak gadisnya menangis di pentas amat mendatangkan “kesyahduan” di hati penulis. Beliau memberikan alasan ketewasannya berpunca dari perbuatan “membeli undi’ yang “dihalalkan” di negara ini dan dalam konteks di Hulu Selangor, perbuatan berkenaan “berlaku siang dan malam”. Mungkin Zaid berani untuk menyatakan demikian kerana beliau mengetahui parti yang diwakilinya (PKR) melakukan perbuatan “membeli undi” ini sepanjang tempoh berkempen. Cuba lihat gambar di bawah (dari AgendaDaily) dan ulasan Nobisha di sini.


4. Kecewa benar Zaid dan BN dipersalahkannya 200%. Zaid seharusnya memuhasabah diri dan insaf bahawa kemenangan BN ini telah ditakdirkan Allah. Jangan jadi macam Anwar, cakap saja pandai, Kerajaan 16 September tidak menjadi kerana Allah tidak izinkan (sini), tetapi pada masa yang sama, salahkan BN, salahkan rakyat, salahkan polis, salahkan semua kerana tidak menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Apa punya malang Malaysia dapat Ketua Pembangkang sebegini?

5. Berbalik kepada perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru, sebenarnya ia diadakan untuk “meraikan kemenangan” PKR, namun malangnya bertukar menjadi “majlis menyedapkan hati” yang duka lara. Sebab itu jika dilihat jumlah kehadiran ketika proses pengiraan undi mencecah lebih seribu orang. Siap dengan layar putih disediakan di sana. Sejurus selepas mengetahui kekalahan Zaid, maka para penyokong mula melangkah longlai meninggalkan stadium.

6. Sudahlah kecewa dengan kekalahan, pedihnya hati amatlah dirasai penyokong PKR, PAS dan DAP kerana Anwar Ibrahim sendiri melarikan diri awal-awal lagi sebaik saja beliau mengetahui Zaid kalah di Hulu Selangor. Tiada langsung rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama penyokong untuk menerima kekalahan. Cuba bayangkan sekiranya Zaid yang menang, sudah pastilah Anwar akan menjadi orang pertama yang berada di pusat penjumlahan undi bagi menunjukkan kepada dunia bahawa dek kerana faktor dan aura beliaulah Zaid menang di Hulu Selangor. Kononnya!

7. Selain ketiadaan Anwar, satu lagi situasi menarik yang berlaku ialah tiada seorang pun “orang besar” PAS yang hadir untuk bersama-sama bagi menenangkan hati para penyokong. Cuba lihat gambar di bawah, langsung tiada “hubaya-hubaya” PAS di sana. Perkara ini diakui sendiri oleh penyokong PAS dan keadaan sedemikian amat berbeza dari malam sebelumnya yang penuh sesak dengan penyokong Zaid bagi meraikan “pra-kemenangannya” di malam terakhir kempen (sini).


8. Keadaan ini jelas menunjukkan bukan saja penyokong PAS yang amat kecewa dengan Anwar kerana memilih Zaid tetapi juga pimpinan atasan PAS. Mereka malu kerana terpaksa mempertahankan “Haji Zaid” (gelaran yang diberikan semata-mata untuk kempen di Hulu Selangor. Lihat sini dan sini.) yang bermasalah moral dan dikritik oleh mereka sendiri sebelum ini (sini). Ia amat memalukan PAS yang terpaksa menjilat semula ludah sendiri. Jangan dikatakan Nik Aziz dan Hadi Awang, pimpinan PAS Selangor pun langsung tidak menunjukkan muka.

9. Ini sudah semestinya petunjuk jelas bagi membuktikan PAS sudah serik untuk berkempen untuk PKR. Sudahlah jentera mereka diperkudakan dek kerana lumpuhnya jentera PKR akibat tindakan ahlinya keluar meninggalkan parti secara beramai-ramai, peruntukan kempen untuk PKR pun mereka terpaksa keluarkan. Entah hilang ke mana perginya peruntukan kempen yang dijanjikan PKR kepada PAS dan wang-wang kutipan sumbangan penyokong setiap kali ceramah diadakan (sini)? Yang peliknya, jentera PKR yang nyawa-nyawa ikan itu kelihatan mewah pula dari segala aspek. Malang sungguh PAS.

10. Bayangkan sekiranya jentera PAS yang datang jauh dari Wakaf Che Yeh dan Kodiang, minyak kereta dan tol sudah cukup untuk memeningkan, inikan pula untuk menampung kos sara kempen untuk sembilan hari. PKR sekurang-kurangnya patut menyediakan makanan untuk petugas PAS sepanjang mereka berada di Hulu Selangor namun jangankan kata makanan, air mineral pun tarak.

11. Akhirnya, pilihanraya kali ini amat memberikan pengajaran kepada PAS bahawa selama ini mereka diperkudakan oleh Anwar untuk memperoleh undi orang Melayu Islam. PAS sudah pasti dapat melihat bagaimana DAP yang hanya menggoyangkan kaki langsung tidak membantu. DAP langsung tidak ditegur Anwar, mungkin kerana Anwar menyedari undi Cina sememangnya akan menyebelahi Zaid.

12. Sewajarnya PAS memeriksa kembali kedudukan mereka di dalam gabungan tidak berdaftar itu. Sekiranya PAS masih mahu tidur di bantal yang sama dengan PKR dan DAP, mereka harus bertegas khususnya dengan Anwar Ibrahim. PAS tidak perlu takut kerana di kalangan tiga parti ini belum ada wakil rakyatnya yang menjadi bebas atau melompat ke BN jika dibandingkan dengan parti Anwar Ibrahim itu. PAS perlu tunjukkan nilai mereka yang sebenar kepada Anwar! Jangan hanya kerana Anwar bermimpi untuk jadi PM maka segala kemahuannya diturutkan! Tunjukkan yang “hubaya-hubaya” PAS juga ada telor! Namun persoalannya, beranikah PAS berbuat demikian?

Nota kaki:
Penulis terfikir, di manakah agaknya Zaid akan diletakkan Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke-13 bagi memastikan beliau berjaya ke Dewan Rakyat? Di Hulu Selangor atau di Kota Bharu? Ataupun di tempat baru? Hanya Anwar yang dapat menentukannya, maklumlah Pakatan Rakyat tu kan dia punya!

Ahad, 25 April 2010

Hulu Selangor, jangan lupa ini! Selamat mengundi!



1. Pengundi di Hulu Selangor akan melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini bagi memilih wakil untuk diangkat ke Dewan Rakyat.

2. Penulis mengharapkan mereka memilih calon Barisan Nasional atas dua faktor asas berikut:

i. Barisan Nasional menurunkan anak Selangor untuk bertanding di Parlimen Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Kelebihan anak Selangor ini ialah beliau lebih memahami aspirasi tempatan berbanding calon PKR yang dibawa dari Kelantan yang langsung tidak kenal Hulu Selangor sebelum ini.

ii. Calon Barisan Nasional lebih "bersih" dari aspek tata moral diri berbanding calon PKR. Ini sangat penting kerana wakil rakyat yang bakal mewakili mereka akan membawa imej dan nilai kawasan yang diwakili. Maka pilihlah calon yang boleh memberikan imej yang "bersih"bagi Hulu Selangor.

3. Selamat mengundi dan jangan lupa untuk memangkah Barisan Nasional! Terima kasih.

Jumaat, 23 April 2010

Menggelupur Mahfuz pertahan Pas For All


1. Apakah persamaan yang terdapat di dalam kedua-dua logo di atas? Satu logo (kiri) adalah dari prinsip perjuangan Pas manakala satu logo lagi (kanan) diambil dari pendekatan yang digunakan oleh Israel.

2. Adakah dengan adanya persamaan perkataan For All di dalam kedua-dua logo berkenaan membuktikan bahawa Pas mempunyai kaitan dengan Israel? Mungkin ya, mungkin tidak. Namun penulis cenderung untuk mengatakan tidak.

3. Walau bagaimanapun, kebarangkalian untuk mengatakan pencipta asal slogan Pas For All (yang penulis sendiri tidak ketahui siapa sebenarnya) meniru slogan Israel4All tidak boleh dinafikan. Ini kerana perkataan For All yang terdapat slogan Pas dan 4All pada slogan Israel membawa maksud yang sama iaitu Untuk Semua. Ia menampakkan seolah-olah penciptanya menciplak idea berkenaan. Bolehkah ia dirumuskan begitu?

4. Penulis telah cuba mencari logo One Israel untuk dibandingkan dengan logo 1Malaysia namun tidak dijumpai. Walau bagaimanapun, secara ringkasnya bolehkah dikatakan pencipta 1Malaysia (YAB Najib) meniru One Israel (Ehud Barak) hanya kerana ada persamaan One pada kedua-duanya. Jika ditanya kepada Anwar Ibrahim dan penyokong tegar PKR, Pas dan DAP, maka sudah pasti jawapannya YA. Tetapi untuk soalan di para 3 mereka akan bermati-matian mempertahankan idea itu adalah dari kepala otak mereka sendiri. Lihat saja bagaimana Mahfuz menggelupur di parlimen menafikannya (sini).

5. Anwar, Mahfuz dan para penyokong PKR, Pas dan DAP sebenarnya bersikap hipokrit, berat sebelah dan memikirkan hanya mereka saja yang betul apabila memperkatakan isu ini. Cuba kita imbas bagaimana sebenarnya ia boleh timbul.

6. Isu ini sebenarnya bermula apabila Anwar menjaja kononnya 1Malaysia adalah ditiru daripada One Israel, hanya kerana ada persamaan perkataan One di hadapannya. Menjawab tuduhan itu, YAB Najib menjelaskan 1Malaysia merupakan gagasan perpaduan rakyat yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian sebagai pemangkin untuk mencapai negara maju pada 2020 (sini dan sini). One Israel pula merupakan pakatan tiga parti politik iaitu PKR, Pas dan DAP, eh maaf, penulis maksudkan parti Labor, Gesher dan Meimad di Israel (sini). Jauh berbeza (sini, sini dan sini), satu gagasan perpaduan dan satu lagi pakatan parti politik.)

7. Malu mendengar jawapan balas itu, Anwar jaja pula kerajaan melantik syarikat perunding luar iaitu APCO yang memperkenal dan mempromosi 1Malaysia. Dituduhnya sebenarnya APCO yang cipta satu Malaysia. Kali ini beliau seolah menyerlahkan lagi kebodohannya apabila di dalam blognya sendiri memaparkan Surat Setuju Terima (Letter Of Acceptance) yang jelas terang lagi bersuluh menyatakan APCO dilantik pada 15 Julai 2009 (sini). Anwar baru tersedar kemudiannya, YAB Najib perkenal 1Malaysia dalam ucapan sulungnya sejurus selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 (sini), APCO pula dilantik pada 15 Julai 2009. Aduh malunya!

8. Bagi menutup “kemaluannya” dan tembelang yang pecah, Anwar nekad mencari apa saja isu yang boleh menggugat 1Malaysia yang semakin diterima rakyat dan pada ketika itulah beliau menemui maklumat bahawa APCO mempunyai beberapa penasihat berbangsa Yahudi di ibu pejabatnya. Maka dijajalah ke seluruh cakerawala bahawa kerajaan mempunyai kaitan dengan Yahudi melalui APCO. Dipusing cerita, mempunyai bukti APCO ada kaitan dengan Israel melalui penasihat berbangsa Yahudi itu. Hebat sungguh Anwar memutar belit!

9. Namun begitu, apabila diminta membuktikan segala tuduhannya, hanya air liur, cerita tentang latar belakang penasihat APCO berbangsa Yahudi dan kertas yang didakwa sebagai dokumen perjanjian di antara kerajaan dan APCO yang dikemukakan. Bukti mengenai perkaitan antara Malaysia – APCO – ISRAEL atau 1Malaysia – APCO – One ISRAEL, habuk pun tarak. Macam mana orang nak percaya?

10. Penulis mengkisahkan mengenai putar belit Anwar ini agar penyokong Pas buka mata. Dalam isu Pas For All meniru Israel4All, penyokong BN dilihat lebih profesional dan rasional. Mereka memahami Pas For All merupakan slogan baru Pas yang diwujudkan bagi menggantikan slogan Membangun Bersama Islam yang dikorbankan semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP dalam Pilihanraya Umum 2008. Manakala, Israel4All merupakan kempen promosi pelancongan yang dijalankan oleh regim Yahudi (sini). Sebab itu jarang-jarang kita dengar penyokong BN membangitkan isu ini kerana tidak mahu memperbodokan diri seperti penyokong PKR, Pas dan DAP yang bercakap tidak bersandarkan kepada fakta tetapi retorik semata.

11. Kesimpulannya, kita perlu rasional, jangan sebab taksub membabi buta kepada pemimpin atasan (terutamanya kepada Anwar) maka semua kata-kata nak diiakan saja tanpa diselidiki. Akhirnya apabila dipulangkan paku buah keras, macam yang dibuat YB Khairy di parlimen, maka dengan sendirinya akan menggelupurlah mereka-mereka yang terasa pedasnya akibat memakan cili, seperti yang dirasakan Mahfuz.

12. Akhir sekali, penulis ingin bertanya terutamanya kepada penyokong Pas, adakah anda masih mahu menyatakan 1Malaysia sama dengan One Israel? Bagaimana dengan Pas For All dan Israel4All, sama tak? Lu pikirlah sendiri.

Nota kaki:
Pas buang perkataan “Islam” semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP bagi mendapat undi bukan Melayu. Membangun Bersama Islam diganti Pas4All dan matlamat menubuhkan Negara Islam digantikan Negara Kebajikan. Siapa agaknya orang yang menasihati Pas untuk melakukannya? Dan mengapa Pas sanggup melakukannya?

Khamis, 22 April 2010

Malaysiakini "Perli" PAS!

1. Membaca artikel Malaysiakini bertajuk Nik Aziz Gempur Hulu S'gor mulai esok (sini) membuatkan penulis berasa "gerun" kerana "General Terbesar "PAS akan turun habis-habisan menghumbankan peluru mereka untuk membela Zaid Ibrahim dan menghentam YAB Najib, BN dan Kerajaan Persekutuan mulai esok hari.

2. Maka semua hulubalang dan panglima BN perlulah bersiap sedia untuk menangkis serangan "Gempur" dari Nik Aziz yang dijangka akan "menghilangkan" terus "dosa-dosa" Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan PKR ketika berkempen di Hulu Selangor. Kehadiran Nik Aziz dijangka "akan menterbalikkan" sokongan yang kini lebih 70% berpihak kepada BN.

3. Bukan untuk menafikan kemampuan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Nik Aziz yang dianggap "keramat" oleh penyokong DAP, PKR dan PAS untuk menarik undi; namun penulis merasakan agak pelik, adakah Malaysiakini tidak melihat tahap kesihatan dan "kelaratan" Nik Aziz ketika ini. Cuba lihat gambar ketika beliau mengerjakan umrah yang penulis tatap di blog hjarshad.blogspot.com. Ia turut diulas oleh blogger rbf di sini. Semangat Nik Aziz untuk "menjahanamkan" BN mungkin ada tetapi dari kemampuan fizikal bagaimana? Cuba nilai tiga keping gambar yang penulis paparkan di bawah.





4. Kesimpulan mudah penulis ialah mungkin Malaysiakini sengaja "memperli" jentera PAS yang masih lagi mahu mempergunakan Nik Aziz semata-mata untuk memenangkan Zaid Ibrahim dan Anwar di Hulu Selangor. Bagi penulis, jentera PAS di Hulu Selangor langsung tidak berhati perut kerana sanggup untuk "memperkudakan" Nik Aziz yang masih lagi keletihan mengerjakan umrah. Mungkin PAS ingin menunjukkan tindakan ini sebagai satu perjuangan tetapi bagi penulis, ia adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan kepada seorang warga tua.

5. Dek kerana kuasa dan Anwar, jentera PAS sanggup buat apa saja untuk mengangkatnya sebagai Perdana Menteri. Sampaikan habis "diperah" tenaga Nik Aziz. Mengapa tidak digunakan saja Khalid Samad, Mat Sabu, Mahfuz atau hulubalang-hulubalang PAS khususnya puak-puak Erdogan di sana? Adakah kerana cakap mereka sudah tidak ada ummph dan tidak dipedulikan oleh rakyat Hulu Selangor sehingga perlu dibawa Nik Aziz? Itulah hakikat sebenarnya!

Nota Kaki:
Sepatutnya diwaktu ini Nik Aziz dah berehat dah di rumah. Contohi Tun M, sesekali dijemput pergilah ceramah. Ini tidak, demi nak diangkat Anwar jadi PM, menyanggupkan apa saja. Dah lama sangat dah Tok Guru, lama sangat dah, cukuplah.....

Rabu, 21 April 2010

Uniknya cara Zaid “bersukan” kuda, jauh beza cara Tuanku Mizan dan Tun M!

1. Membaca artikel bertajuk Selepas arak, Zaid dituduh ‘kaki judi’ di Malaysiakini (sini) dan ‘Benar saya ada kuda lumba’ di Utusan Malaysia (sini) menyebabkan penulis tersenyum sendirian apabila menusuri kenyataan Zaid yang berikut:

"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan”.

2. Sebenarnya dalam konteks kenyataan Zaid ini, bukan menjadi permasalahan dengan UMNO atau orang Melayu Islam mana sekalipun untuk membezakan sukan dengan judi. Zaid sebenarnya cuba untuk membawa mentaliti liberal dalam cara orang Melayu Islam berfikir. Lihat saja bagaimana beliau cuba untuk mengadakan loteri khas (judi) bagi mengumpul dana bagi memajukan institusi sukan di negara ini sehingga dibantah oleh sekalian umat Melayu Islam. Malah PAS ketika itu mengutuk keras cara pemikiran liberal beliau (sini). Kutukan mengenai pemikiran liberal Zaid oleh PAS bukan mengenai isu itu saja, malah banyak lagi (sini).

3. Penulis percaya Melayu Islam secara seluruhnya tahu membezakan apa itu sukan dan apa itu judi. Kepada yang tidak tahu membezakannya, penulis terangkan secara mudahnya begini; sukan melibatkan aktiviti kecergasan yang boleh diangkat menjadi pertandingan di antara dua pihak manakala judi pula melibatkan unsur pertaruhan.

4. Sekiranya dalam sesuatu aktiviti sukan itu melibatkan pertaruhan, maka ia sudah dikategorikan sebagai judi. Sebagai contoh, di negara kita industri sukan dilaksanakan tanpa perjudian (kecuali lumba kuda) jika dibandingkan dengan negara lain seperti Singapura yang membenarkan pertaruhan (judi) dalam kebanyakan acara sukan seperti perlawanan bola sepak.

5. Lumba kuda merupakan satu-satunya sukan yang dibenarkan pertaruhan (perjudian) di Malaysia. Namun orang Islam (Melayu) bukan saja diharamkan dari aspek agama Islam malah Kerajaan Persekutuan turut “mengharamkannya” dari aspek perundangan untuk mereka terlibat dalam pertaruhan. Ini bermakna hanya orang bukan Islam dibenarkan untuk berjudi dalam pelumbaan kuda. Walau bagaimanapun, tiada halangan langsung untuk orang Islam (Melayu) memiliki kuda sama ada untuk tujuan ekustrian, endurance, berlumba atau suka-suka.

6. Lihat saja bagaimana Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang amat meminati sukan berkuda lasak sanggup mencemar duli untuk menyertai pertandingan endurance peringkat antarabangsa sama ada di dalam atau di luar negara dengan menunggang sendiri kuda milik baginda, tanpa mengupah pelumba lain. Atas minat baginda yang mendalam terhadap sukan lumba kuda juga membolehkan wujudnya pasukan baginda sendiri iaitu Royal Terengganu Endurance Stable (sini).

7. Tun Mahathir (Tun M) juga amat meminati sukan berkuda dan dengan minatnya itu kediamannya kini terletak di Jalan Kuda Emas, Seri Kembangan (berhampiran Palace of the Golden Horses), antara kawasan kondusif untuk memelihara kuda. Tun turut memastikan pembinaan Putrajaya tidak terlepas dari menyediakan kemudahan sukan berkuda dengan mewujudkan Taman Ekuestrian Putrajaya (sini). Ketika menjadi Perdana Menteri dulu, walaupun di dalam kesibukan, Tun sentiasa mengambil masa untuk menunggang sendiri kudanya. Bagi Tun itulah cara beliau bersukan kuda. Menunggang sendiri kuda yang dimilikinya.

8. Berbeza dengan cara Tuanku Mizan dan Tun M meminati sukan berkuda, Zaid Ibrahim menggunakan pendekatan unik “bersukan” kuda. Beliau tidak menunggang sendiri kudanya yang bernama “Kelantan” itu tetapi ia ditunggang oleh seorang joki di dalam pertandingan lumba kuda.

9. Zaid “amat berbangga” dengan pencapaian Kelantan di litar lumba kuda. Ini kerana wang kemenangan (hasil dari wang pertaruhan “pejudi-pejudi”) di litar lumba kuda yang diperolehi amat besar nilainya, bukan kecil. Satu ketika, Kelantan pernah memenangi wang kemenangan sebanyak USD 450,000.00 iaitu pada 25 Ogos 2006 (sini). Itu baru satu perlumbaan, entah berapa lagi kejayaan yang dicapai Kelantan. Belum kira lagi yang menggunakan proksi (sini). Hebat sungguh Kelantan!

10. Apa yang menyedihkan penulis ialah Zaid cuba untuk meliberalkan pemikiran Melayu Islam dengan menyatakan “memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi” sedangkan beliau tahu Kelantan digunakan untuk tujuan pertaruhan (perjudian) di dalam perlumbaan. Bukankah Zaid dikira bersubahat dalam urusan perjudian kerana mempertaruhkan kudanya untuk “dijudikan” walaupun oleh orang bukan Islam? Wang kemenangan yang diperoleh pula adalah hasil dari taruhan para pejudi. Tidakkah sekelumit rasa di hati Zaid merasa bersalah?

11. Kesimpulannya, cara Zaid berfikir amat tidak bersesuaian dan amat merbahaya kepada umat Melayu Islam di Malaysia. Beliau cuba untuk meliberalkan segala perkara demi survival politik beliau, Anwar dan PKR. Janganlah kita sesekali terfikir untuk membawanya ke Dewan Rakyat. Jika dulu BN pernah tersilap dengan “membawanya” bagi mewakili penduduk Kota Bharu, janganlah pula diulangi kesilapan itu. Di bawah mana bendera sekalipun (terutamanya PKR), Zaid Ibrahim harus dihalang. Pengundi Hulu Selangor harapan semua umat Melayu Islam pada 25 April ini. Selamatkan Malaysia dari Melayu Liberal dan penghianat negara!

Nota kaki:
Dengar khabar PAS Hulu Selangor boikot Zaid. PAS Pusat terpaksa kerah jentera dari luar untuk berkempen demi menjaga air muka. Sampai bila PAS nak gadai perjuangan demi Anwar?

Selasa, 20 April 2010

Zaid Ditempelak Kaki Minum Ketika Berkempen!



Kejadian di dalam bangunan persatuan Cina ini berlaku begitu cepat dan tanpa dijangka. Lelaki Cina separuh umur yang berdiri disebelah kiri telah menempelak Zaid dengan kata2

"Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".

Zaid jelas terkejut dan tidak senang dengan kata2 tersebut terus pusing dan beredar dari meja tanpa membalas. Tian Chua pula cepat2 mengambil langkah "damage control".


Nota kaki:
Penulis memetik (gambar dan ulasan) dari jurugambar politik masyhur, minaq jinggo (sini). Kredit untuk beliau! Penyokong PKR, PAS dan DAP ada komen?

Apa yang Zaid Ibrahim akan bawa ke Hulu Selangor?

1. MIMPI!. Itu sebenarnya “pembangunan” dan “kesejahteraan” yang bakal dibawa oleh Zaid Ibrahim kepada rakyat Hulu Selangor sekiranya beliau memenangi pilihanraya kecil pada 25 April ini.

2. Alasannya mudah, modus operandi dan kempen PKR, PAS dan DAP tidak berubah seperti pilihanraya kecil sebelum ini iaitu menyerang BN, menyerang YAB Najib dan memperlekehkan Kerajaan Persekutuan. Mereka langsung tidak membicarakan tentang “apa yang boleh mereka bawa” ke Hulu Selangor.

3. Jenuh penulis mencari apa yang ingin dibawa Zaid jika menang di Hulu Selangor. Puas menggunakan google, buka Suara Keadilan Online, cuba juga di Harakahdaily dan Dapmalaysia namun yang dijumpai hanya celaan dan hinaan kepada BN. Tidak puas hati, penulis bertanyakan kawan-kawan yang berkampung di Hulu Selangor baik Pro-BN atau Pro-PKR, semuanya elek!

4. Jika hendak dikatakan rakyat Hulu Selangor akan dibantu MB Khalid seandainya Zaid menang, maka omongan kosong yang dijaja PKR akan terus menjadi mimpi ngeri buat rakyat Hulu Selangor. Lihat saja ketika Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sedang gering dulu, apa yang MB Khalid buat untuk membantu kawasan rakan separtinya? Jangankan kata hendak membantu, turun melawat Hulu Selangor pun tidak!

5. Sebab itu awal-awal lagi MB Khalid (sini) tanpa rasa malu mengalu-alukan agar BN menaburkan lebih banyak projek di Hulu Selangor ketika kempen pilihanraya ini. Harapannya, beliau tidak akan berasa malu kerana di bawah pemerintahannya rakyat Hulu Selangor langsung tidak merasakan pembangunan, sekurang-kurangnya ada walaupun dari BN!

6. Sebenarnya apa muslihat Anwar meletakkan Zaid Ibrahim, seorang yang bermasalah dari aspek tata moral diri yang awal-awal lagi sudah diketahui akan dijadikan belasahan dalam kempen BN? Teruk sangatkah orang Selangor hingga terpaksa dibawa orang Kelantan untuk berkhidmat di Hulu Selangor? Apa Anwar ingat rakyat Selangor senang-senang akan terima orang luar macam Guan Eng di Pulau Pinang?

7. Jelas, terang lagi bersuluh, Anwar sengaja meletakkan Zaid di Hulu Selangor dengan harapan untuk membawanya ke Dewan Rakyat. Persoalan untuk Zaid berkhidmat dan membawa pembangunan di Hulu Selangor langsung tidak terfikir di mindanya.

8. Di Dewan Rakyat, Zaid yang merupakan bekas Menteri yang menjaga undang-undang dan merupakan seorang peguam kaya-raya (sini) akan digunakan untuk “mempertahankan” dirinya yang sedang menghadapi tuduhan liwat. Ini kerana situasi sekarang meperlihatkan “panglima-panglima” Anwar yang lain langsung tidak berkredibiliti. Semua pandai memutar belit tetapi “bodoh” dalam bidang perundangan.

9. Anwar sebenarnya tidak peduli tentang rakyat Hulu Selangor. Yang dipentingkan adalah dirinya. Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Ezam (sini) iaitu walaupun Anwar sebenarnya “bukannya suka sangat pada Zaid” tetapi orang inilah yang “boleh digunakan” untuk kepentingan dirinya kelak. Sebab itulah hinggalah ke saat ini, tidak terjumpa atau terdengar langsung perkara yang berkaitan pembangunan dan kesejahteraan yang mahu dibawa Zaid ke Hulu Selangor. Akan terus bermuramlah rakyat Hulu Selangor jika Zaid yang ditabalkan wakil rakyat mereka pada 25 April ini.

10. Kesimpulannya, jika anda penyokong tegar PKR, PAS dan DAP yang masih mahu mengundi Zaid, jangan lupa rakamkan apa yang dijanji-janjikannya sekarang, nanti boleh dijadikan bukti. Maklumlah, beliaukan peguam, habis dipusingnya nanti. Oh... sekadar bertanya, adakah pembangunan dan kesejahteraan yang dijanjikan Zaid di Hulu Selangor? Setakat ini penulis belum jumpa lagi!

Nota kaki:
Kemana menghilangnya kempen “berdegar-degar” Kerajaan 16 September yang nak ambil alih Putrajaya tu? Tak kedengaran langsung di Hulu Selangor!

Khamis, 15 April 2010

Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim, Calon PKR Hulu Selangor!

1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya (sini, sini dan sini), ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.

2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat! sini) dalam arena politik. Selayaknya, gelaran yang sesuai diberikan kepada calon berkenaan ialah KATAK BUANGAN KITAR SEMULA bagi menonjolkan keunikkan yang ada padanya.

3. Kelebihan Katak Buangan Kitar Semula PKR ini ialah beliau bukan saja pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet (tetapi digelar Menteri Paling Celaka oleh yb_pmn di Tranungkite@Online di sini), malah pernah digugurkan sebagai calon PRU 2008 dan dipecat dari UMNO. Sisa buangan inilah yang kini dikutip dan dijadikan calon PKR. Persoalannya, adakah PKR ketandusan pemimpin di Hulu Selangor sehingga terpaksa mengharapkan kepada sisa buangan UMNO untuk diangkat sebagai calon pilihan raya? Sisa buangan yang dibawa dari Kota Bharu, Kelantan pula tu!

4. Bersesuaian dengan dengan tema awalan penulisan artikel ini iaitu “Kitar Semula”, penulis turut mengitar semula cercaan dan celaan Harakahdaily kepada Zaid Ibrahim, Katak Buangan Kitar Semula PKR di Hulu Selangor. Menariknya cercaan dan celaan ini bukan saja pernah dipaparkan melalui media rasmi maya PAS malah kesemuanya ditulis oleh pendokong dan penyokong tegar parti berkenaan.

5. Melalui artikel bertajuk Isu Majlis Peguam, Zaid Ibrahim perlu letak jawatan (sini) yang ditulis oleh Zaili Muhammad, Sofi Wahab, Ketua Penerangan PAS Melaka menempelak Zaid, yang merupakan seorang Menteri (ketika itu), yang “sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam”. Ini kerana “di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut (Forum Memeluk Islam), menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang (Zaid) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.” Ini menyebabkan Sofi seterusnya mempersoalkan “kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang”. Zaid juga dilabel oleh Sofi sebagai “penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC)” dan berharap agar beliau “lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam”. Akhir sekali, Sofi melahirkan kekesalannya kerana “Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

6. Menurut Azamin Amin pula melalui artikel bertajuk Zaid dan hujah dangkalnya tentang kes Lina Joy dikecam hebat (sini), calon PKR ini “cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label 'Islam' dalam kad pengenalannya”. Tindakan Zaid ini melahirkan kekecewaan di kalangan masyarakat kerana beliau “secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad”. Malah Azamin turut menyatakan seorang pemanggil yang menghubunginya turut mempersoalkan mengapa Zaid “membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri (Islam) dinafikan haknya”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

7. Ustaz Zolkharnain Abidin melalui artikel bertajuk Cadangan Zaid supaya wujud loteri diselar (sini) menyelar cadangan Zaid untuk mengadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di Malaysia. Exco Dewan Pemuda Pas ini menganggap cadangan Zaid sebagai “biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam”. Zolkharnain turut menyatakan Zaid seorang yang angkuh kerana apabila ditanya sama ada cadangannya itu halal atau haram, jawapan yang diberikan Zaid ialah "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?". Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

8. Terakhir untuk artikel ini (walaupun banyak lagi sebenarnya!), penulis memetik tulisan Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (sini), yang mengkritik kenyataan Zaid ketika ditemuramah oleh majalah Off the Edge edisi April 2006. Beliau berpandangan pendapat Zaid adalah “selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil do not legislate or police morality (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang). Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya. Prinsip ini adalah bersandarkan teori harms to others yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain). Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain.” Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?

9. Berdasarkan artikel yang ditulis sendiri oleh penyokong tegar PAS di dalam Harakahdaily yang penulis kongsikan di atas, jelas menunjukkan penduduk Hulu Selangor, khususnya penyokong PAS, tidak patut mengundi Zaid Ibrahim, orang yang menyaman Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu kerana mahu melaksanakan HUDUD (Ya! Zaid Ibrahim orangnya! Baca sini). Kredibiliti dan imej beliau sebenarnya telah "dibogelkan" sendiri oleh orang-orang PAS. Namun penulis percaya, sedangkan dengan syaitan dan DAP pun PAS sanggup untuk berkawan bagi menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO (menyembah Allah yang Esa, satu kiblat yang sama!) melalui BN, inikan pula PKR. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!

Nota kaki:
Artikel ini penulis tujukan khusus kepada penyokong PAS bagi menilai Calon Katak Buangan Kitar Semula PKR bersumberkan kepada Harakahdaily, media rasmi PAS sendiri. Janganlah pula dikatakan Harakahdaily pun dibeli oleh UMNO untuk menjatuhkan PKR. Semua ini adalah dari anda sendiri! What you give, you’ll get back!

Ahad, 11 April 2010

Kisah Benar: Analisa Malaysiakini versi Bahasa Melayu Berat Sebelah

1. Jelak! Itu kata ringkas yang dapat membayangkan perasaan penulis terhadap portal Malaysiakini setelah membaca versi Bahasa Melayu (BM) perbandingan yang dibuat dalam menganalisa jemputan YAB Najib ketika membentangkan Model Ekonomi Baru (MEB) kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk pulang ke tanah air dan memberikan sumbangan mereka khususnya dalam pembangunan ekonomi negara.

2. Mengapa dalam versi BM Malaysiakini sengaja melebihkan pengkisahan “Kisah Benar” rakyat Malaysia di luar negara yang enggan pulang (sini) berbanding dengan rakyat Malaysia yang mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air walaupun telah mengecapi kemewahan di sana (sini)?

3. Penulis tidak menolak “kemungkinan” Malaysiakini ada mengarang secara panjang lebar mengenai rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dalam versi Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, tetapi apa yang perlu dilihat ialah mengapa mereka dengan segaja menggunakan saluran BM untuk melebihkan kisah rakyat Malaysia di luar negara yang “bencikan” Malaysia dan seolah-olah berbangga sekiranya menjadi warganegara luar.

4. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila artikel berkenaan turut memuatkan penceritaan “Mengapa saya tinggalkan Malaysia?” oleh lima individu yang turut disertakan gambar mereka berbanding dengan artikel “Kenapa saya pulang ke Malaysia?” yang langsung tiada penceritaannya.

5. Penceritaan bermula oleh Farid Tan yang menceritakan bagaimana beliau berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) ketika berkhidmat dengan Bank Bumiputra dan tidak pulang ke Malaysia kerana krisis kewangan yang berlaku pada 1997/98. Selanjutnya beliau menceritakan mengenai kebaikan AS yang memberikan sistem pendidikan yang baik kepada anaknya dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang yang berjaya di sana. Farid Tan terlupa ataupun sengaja buat-buat lupa peluang “langkah pertama” yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat di Bank Bumiputra (ya, Bank BUMIPUTRA) sehingga membuka peluang kepadanya untuk berhijrah ke AS. Kemewahan yang dikecapinya hari ini adalah berpunca dari peluang yang diberikan pemegang saham terbesar Bank Bumiputra (sekali lagi, BUMIPUTRA). Tidakkah beliau sedar siapakah pemegang saham yang terbesar di bank itu?

6. Eldina Razak di China pula yang berhijrah keluar dari Malaysia pada 1993 ketika menjadi pelajar tidak akan kembali ke Malaysia kerana beliau mahu “kebebasan dari keluarga dan masyarakat” yang tidak diperolehinya sejak berusia 17 tahun. Beliau kisahkan sewaktu remaja beliau bersama rakan pernah ditahan polis kerana mereka keluar di malam hari dan mendakwa “diugut” oleh polis berkenaan untuk memaklumkan ibu bapa mereka. Marah sungguh beliau atas peristiwa berkenaan sehingga mendakwa polis itu “sebenarnya cuba mendapatkan sogokan”. Wanita ini sebenarnya berfikiran amat liberal dan sesuai dengan pendekatan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak dapat menerima nilai-nilai masyarakat Malaysia dan budaya Timur. Orang sebeginilah yang menjahanamkan pemikiran ketimuran anak muda zaman ini. Jika beliau ingin kembali ke Malaysia, tunggulah sehingga Anwar Ibrahim menjadi PM. Itupun jika Anwar jadi PM. Jika tidak, teruskan angan-angan anda seperti retorik 16 Septermber-nya.

7. Isabel Lee yang bekerja di Singapura pula merasakan rakyat Malaysia tidak progresif dan tidak agresif kerana “begitu selesa” selain daripada faktor ekonomi yang menjadikan alasan beliau untuk tidak kembali ke Malaysia. Begitu juga Jaqualine George, bekas pelajar di Australia yang kembali semula ke negara berkenaan yang melihat kepada faktor ekonomi. Kedua-dua mereka ini secara ringkasnya melihat kepada pentingnya ekonomi diri diperkayakan untuk berjaya dalam hidup. Malaysia tidak memerlukan rakyat yang “pentingkan diri” (utamakan kekayaan diri sendiri) dengan menjadikan alasan ekonomi untuk menyanjung negara luar. YAB Najib sepatutnya tidak membuka peluang kepada mereka ini untuk menguasai ekonomi negara kerana sekiranya diberikan peluang, mereka akan mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan negara.

8. Khoo Ghaik Cheng, seorang pensyarah di Australia, begitu lantang menyatakan tidak akan kembali kerana merasakan kaum minoriti di Malaysia “tidak dihargai”. Beliau juga “tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia”. Penulis bersetuju sekiranya beliau tidak kembali ke Malaysia dan jika ditarik semula kerakyatannya, penulis amat bersyukur. Kerajaan yang dipilih adalah dari majoriti rakyat. Ini bermakna menjadi hak kerajaan itu untuk menentukan dasar negara yang bagaimana ingin direncanakan. UMNO/BN menggunakan pendekatan kesaksamaan, agihan ikut keperluan dan bukannya semberono agih secara sama rata. Tunggulah sehingga DAP, PKR dan PAS memerintah Malaysia sekiranya anda menginginkan agihan sama rata di Malaysia ini! Ketika itu, Hak Istemewa Orang Melayu dan agama Islam sebagai Agama Persekutuan akan dihapuskan pakatan berkenaan. Sudah pasti anda boleh berbesar hati dengan kepimpinan mereka.

9. Fokus penulis bukan untuk melihat kepada alasan-alasan “pengkhianat negara” berkenaan, tetapi kepada pendekatan Malaysiakini untuk mencenderungkan berita untuk melihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diuruskan dengan “teruk, gagal dan mengecewakan”. Malaysiakini yang dilaung-laungkan sebagai media “adil, seimbang dan bebas” oleh pihak pembangkang sebenarnya tidak mementingkan kestabilan sosial dan tata kenegaraan dalam penghasilan artikel dan rencana mereka. Mereka lebih mementingkan kepada sisi berita yang “boleh diriuhkan” oleh masyarakat. Inilah yang diiginkan oleh pihak pembangkang.

10. Dalam konteks penulisan yang dibincangkan, Malaysiakini sedar majoriti pembaca (pengundi) Melayu akan membaca dalam versi BM (percuma dan mudah difahami) berbanding versi BI (perlu dilanggan dan bukan bahasa ibunda). Atas faktor itu mereka memilih untuk memperbanyakkan penceritaan yang boleh “menggugat kepercayaan” pembaca (pengundi) Melayu terhadap kerajaan. Selayaknya, gelaran sebagai “media alternatif” yang diberikan perlu ditukar kepada “media pro-pembangkang”.

11. Lihat juga bagaimana dalam versi BI, mereka memberikan pembaca membaca komen-komen mengenai sesuatu isu secara percuma (yang boleh dikatakan kesemuanya menghentam kerajaan). Tidak pernah penulis membaca komen yang memuji kerajaan di dalam ruangan berkenaan. Liciknya Malaysiakini mempengaruhi minda pembacanya untuk membenci kerajaan, UMNO dan BN.

12. Penulis menyeru agar semua pembaca menilai semula apa saja artikel yang dipaparkan Malaysiakini kerana kebanyakkannya “menangkap minda separa sedar” dan mempengaruhinya melalui propaganda tersembunyi. Propaganda itu jika baik kepada negara tidak mengapa, tetapi sehingga kini, penulis melihat kebanyakkannya memburukkan kerajaan (pentadbir negara dipilih majoriti rakyat). Oleh itu, secara ringkasnya, di dalam membaca Malaysiakini, jangan lupa perkara ini: “Baca boleh, percaya? Fikir dulu!”

Nota kaki:
Penulis tidak melanggan Malaysiakini dalam versi BI kerana tidak mahu “menyumbang” kepada media yang tidak mementingkan kestabilan negara!

Khamis, 8 April 2010

Anwar Sebenarnya Tak Pernah Baca Kontrak APCO!

Malaysiakini: Kekalutan Apco - Anwar mohon campur tangan Agong (sini)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.
"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.
Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

1. Demikian petikan dari portal Malaysiakini mengenai surat yang dihantar oleh Anwar kepada Yang Dipertuan Agong sebagai usaha susulan beliau ke atas isu APCO demi untuk mengalihkan perhatian dari kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

2. Sebenarnya jika beliau menghantar surat berkenaan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA), maka jelaslah “kebodohan” dan makin terserlahlah tahap kualiti kepimpinan yang rendah yang ada padanya. Mengapa Anwar “bodoh” dan bukan pemimpin yang berkualiti?

3. Pada 31 Mac 2010 yang lalu, Anwar melalui blognya (sini) dan blog-blog pro-pembangkang yang lain (sini dan sini misalnya) telah menjaja salinan yang dikatakan sebagai Dokumen Perjanjian Antara APCO Worldwide Dengan Kerajaan Malaysia bagi “mengesahkan” segala tuduhan yang dilempar mereka kepada Kerajaan Persekutuan.

4. Apa yang menampakkan “kebodohan” Anwar dan para penyokongnya ialah, di dalam dokumen yang dijaja Anwar itu (sini), telah jelas tertulis tempoh dan tarikh kontrak di antara Kerajaan Persekutuan dengan APCO iaitu selama 6 bulan bermula dari 15 Julai 2009 dan berakhir pada 15 Januari 2010 (the Government has agreed to accept your tender as modified for a period of six (6) months commencing July 15, 2009 and ending on January 15, 2010).

5. Kontrak APCO apa lagi yang nak ditamatkan? Bukankah sekarang ini sudah bulan April 2010? Ataupun beliau masih lagi beranggapan sekarang ini belum lagi sampai ke tarikh 16 September 2008 atau 2009? Ini “bukti” yang dikemukakan sendiri oleh Anwar. Di dalam blognya sendiri!

6. Ini jelas menunjukkan Anwar tidak peduli apa saja “eksibit” yang diserahkan kepadanya oleh mana-mana pihak sekalipun, asalkan dapat diguna untuk menghentam YAB Najib dan Kerajaan Persekutuan. Usah kata nak disemak terlebih dahulu, dicarikan fakta betul atau tidak, membacanya pun tidak. Adakah ini kualiti kepimpinan yang boleh diangkat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

7. Begitu juga dengan seorang lagi anak didik beliau, YB Balik Pulau Yusmadi Yusoff, juga tidak mencari maklumat yang sebenar (sini). Sebagai seorang peguam, bukankah beliau sepatutnya menyemak dan bercakap berdasarkan fakta dan bukti?

8. Kesimpulannya, “kebodohan” Anwar dapat dilihat dalam tindakannya ini. Beliau perlu mengakui sama ada dokumen yang dikemukakan di dalam blognya itu palsu ataupun beliau perlu mengemukakan dokumen baru yang menyatakan Kerajaan Persekutuan telah menyambung kontrak APCO setelah ia tamat pada 15 Januari 2010. Jika tidak, Anwar memang pembohong!

Nota kaki:
Entah-entah surat yang dihantar kepada YDPA itu pun Anwar tak baca. Cuma tolong jadi “posmen” saja untuk dapat nama. Soalnya, siapa yang tolong karangkan surat berkenaan untuk beliau?

MB Khalid Sedar Kemampuan Kerajaan Pimpinannya

SK: BN Dialu Tabur Banyak Lagi Projek Di Hulu Selangor (sini)

"Saya berterima kasih kepada kerajaan pusat, kalau nak bina, binalah, terutama kalau nak bina universiti, kerajaan negeri akan carikan tanah terbaik.
"Kalau betul nak buat universiti jumpa kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan beri tanah dan premium pun rendah. Saya akan tolong, kalau mereka tak ada pelan, kita boleh buatkan pelan itu.
"Kita sangat gembira. RM100 juta tidak cukup, bagi RM300 juta, untuk hospital dan universiti. Boleh beri nama Universiti Barisan Nasional atau Universiti 1Malaysia, kita boleh bagi tapi buat di Selangor," ujarnya berseloroh.

1. Demikian petikan kata-kata MB Khalid dalam nada “berseloroh” yang disiarkan dalam Suara Keadilan. Walaupun dikatakan berseloroh, MB Khalid sebenarnya sedia mengakui hakikat bahawa Kerajaan Campuran Selangor sekarang tidak mampu untuk membawa apa-apa projek untuk kesejahteraan rakyat di Hulu Selangor.

2. Sebab itu jauh di lubuk hatinya beliau redha dan amat berharap agar Kerajaan Persekutuan memberikan sebanyak mungkin projek di Hulu Selangor ketika Pilihanraya Kecil (PRK) ini. Maka bolehlah beliau dan rakan-rakan PAS dan DAP untuk menumpang kasih nanti misalnya dari aspek keuntungan cukai PBT dan peniagaan hasil dari projek-projek yang diberikan Kerajaan Persekutuan.

3. Ketika beria-ia (dalam “seloroh”) mahu menyediakan tanah untuk pembinaan universiti dan hospital oleh Kerajaan Persekutuan di Hulu Selangor, kemusykilan wujud di benak rakyat (bukan saja di Hulu Selangor malah seluruh negara) ketika ini ialah mengapa MB Khalid langsung tidak memberi ruang kepada Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) untuk membina universiti di Serendah (yang terletak di Daerah Hulu Selangor itu sendiri!) sedangkan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi UiTM sudah lama dulu. Malah persetujuan itu bukan ketika Pilihanraya Umum mahupun ketika Pilihanraya Kecil?

4. Adakah MB Khalid baru tersedar yang keputusan dibuat pimpinannya untuk merampas kembali tanah yang diberikan kepada YBK oleh Kerajaan Negeri terdahulu telah mendatangkan kerugian politik kepadanya akibat bantahan oleh rakyat Hulu Selangor sendiri? (sini dan sini). Akhirnya dalam isu ini, yang untung rakyat negeri Melaka, atas kebijaksanaan Tok Ali untuk membawa UiTM berkenaan ke negeri Hang Tuah itu.

5. Baru ternampakkah oleh MB Khalid (digelar “bekas tokoh korporat” oleh penyokong PKR, PAS dan DAP) keuntungan yang bakal dijana khususnya dari aspek ekonomi sekiranya universiti dibina di Hulu Selangor? Inilah akibatnya melantik penasihat ekonomi yang bernilai RM1, maka nasihat yang diterima sudah pasti benilai RM1 atau kurang dari itu (sini).

Nota kaki:
Sepatutnya ketika menjadi CEO Guthrie dulu, MB Khalid patut menjaga amanah yang diberi Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat, bukan beli saham Guthrie untuk keuntungan diri sendiri.