Isnin, 29 November 2010

Melayu kroni Pakatan perolehi 70% kontrak kerajaan Pulau Pinang

Penulis nak tergelak guling-guling apabila membaca kenyataan Guan Eng yang mendakwa kerajaan komunis pimpinannya telah memberikan 70% kontrak yang dikeluarkan kepada orang Melayu (sini).

Dakwanya lagi di Pulau Pinang, mana-mana kontraktor tak perlu ada kabel politik untuk dapat projek dari kerajaan negeri. Kih kih kih. Lancau lu la Guan Eng.

Pemimpin haramjadah mana yang keluarkan surat supaya peniaga Melayu yang tidak sebulu dengan pentadbiran DAP celaka dihalang untuk berniaga di Pasar Ramadhan? (Lihat surat di bawah!). Bukankah ini bukti pentadbiran lu menindas orang Melayu? Ini yang terkantoi. Yang lu arah senyap-senyap bagaimana?

Klik pada imej surat untuk baca kecelakaan DAP terhadap orang Melayu!

Parti politik celaka mana juga yang keluarkan senarai kontraktor-kontraktor yang ada kaitan dengan UMNO kepada semua Jabatan dan dan agensi negeri? (sini). Mengapa tidak keluarkan sekali yang ada kaitan dengan MCA dan Gerakan? Bukankah kerana mereka itu Cina? Lu memang lancau la Guan Eng!

70% Melayu yang dapat projek dari lu tu semuanya kroni DAP, PKR dan PAS. Itu lu tak cerita bagaimana lu angkut semua kontraktor dari KL, Perak dan negeri-negeri lain yang jilat sama bontot lu masuk Penang dapat projek. Lu patut dedah, berapa jumlah yang sebenarnya Melayu Pulau Pinang yang dapat kontrak dari kerajaan lu. Jangan ambil kira Melayu dari negeri lain yang lu bawa. Lu memang celaka la Guan Eng.

Kepada orang Melayu, jangan la termakan dengan cerita lahanat dusta ni.

Lim Chong Eu terkenal sebagai arkitek pembangunan Pulau Pinang. Lim Guan Eng? Haramjadah penghancur Pulau Pinang. Maklum lah… dia bukan Penang Kia wehhhhhhhhh!

Selasa, 23 November 2010

Gempar! Anwar marah dan serang pendakwaraya di galeri awam mahkamah!

Anwar makin bimbang weh..... kisah liwatnya makin ternampak kebenaran....

Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.

Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.

Baca selanjutnya di Malaysiakini.

Sah! Anwar campurtangan dalam pemilihan PKR untuk menyusun orang-orang kesayangannya.


Semua orang yang celik politik tidak kira sama ada yang menyokong BN atau Pakatan Haram mengetahui pemilihan PKR yang telah selesai Ahad lalu merupakan suatu medan yang dicipta Anwar bagi mengabsahkan orang-orang yang disayanginya untuk berada di saf kepimpinan PKR agar beliau mudah mengarah dan menjadi diktator.

Pelbagai cara yang digunakan Anwar untuk menghalalkan tindakan berkenaan bagi memastikan orang-orang pilihannya terutama sekali Azmin dan anaknya, Nurul Izzah, menang tanpa tercabar.

Menariknya, campur tangan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Anwar bukan didedahkan oleh orang-orang UMNO atau BN tetapi ianya dibongkar sendiri oleh ahli-ahli PKR. Apa yang lebih gempar lagi, calon yang bertanding sendiri membangkitkan perkara berkenaan!

Terbaru, calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin menyatakan dengan jelas bahawa Anwar ada campurtangan dengan serius dalam pemilihan PKR ini. Adakah Badrul juga telah dibeli oleh UMNO apabila beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan? Nilai-nilaikanlah sendiri.

Terbukti Anwar buat PKR tu macam mak bapak dia punya. Tapi yang herannya, masih ada pengikut yang bodoh macam lembu sanjung beliau seumpama Ayah Pin.

Alahai PKR.... lantak koranglah.....



Ada campurtangan serius Anwar oleh Malaysiakini

Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.
Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.


Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.
Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.
Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:
  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.
Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

Jumaat, 19 November 2010

Malaysiakini menipu dan manipulasi bekas tentera supaya mereka anti-kerajaan BN!

Penulis hanya mampu menggeleng kepala apabila membaca artikel Malaysiakini bertajuk Kurang patriotik: Bekas tentera bidas Zahid Hamidi (sini). Artikel yang ditulis oleh Joseph Sipalan dan dipostingkan pada 18 November 2010 pada jam 11.25 pagi itu secara jelas dan nyata merupakan satu usaha tersusun dari Malaysiakini untuk menipu dan memutar belit kenyataan Zahid Hamidi di Dewan Rakyat agar semua bekas anggota tentera bukan Melayu yang telah bersara membenci kerajaan dan BN.

Ini kerana, jika dilihat kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua individu yang disoal oleh wartawan Malaysiakini itu, ia secara jelas menampakkan mereka telah dimanipulasi oleh Joseph Sipalan.

Lihat saja bagaimana di awal artikel lagi, kenyataan berikut diberikan:

“Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.”

Adakah Zahid di dalam kenyataannya di Dewan Rakyat beliau mengatakan anggota tentera Bukan Melayu sama ada yang telah bersara atau masih berkhidmat sebagai tidak setia dan tidak patriotik?

Zahid di Dewan Rakyat sebenarnya ketika menjawab soalan ahli Parlimen Setiu (BN) yang ingin mengetahui punca kekurangan bangsa-bangsa tertentu menyertai ATM menyatakan Kementerian Pertahanan tidak pernah melaksanakan kajian atau penyelidikan khusus untuk mengetahui punca-punca Bukan Melayu kurang menyertai ATM.

Walau bagaimanapun, menurut Zahid ia MUNGKIN kerana takut dengan disiplin tentera yang ketat, MUNGKIN faktor gaji yang rendah berbanding swasta, MUNGKIN tiada galakan dari keluarga atau MUNGKIN kerana kurangnya semangat patriotisme.

Zahid menggunakan berulang kali perkataan MUNGKIN bagi menampakkan itu hanya pandangan dari kementeriannya dan kajian khusus perlu dilakukan untuk memastikan kesahihannya. Zahid langsung tidak ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Bukan Melayu sebagai tidak patriotik; sama ada yang menyertai anggota tentera ataupun tidak (civilian).

Jadi, mengapa Laksamana (B) K Thanabalasingam mengeluarkan kenyataan “tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiannya kepada negara akan dipersoalkan”? Bukankah ini menunjukkan bahawa Malaysiakini melalui Joseph Sipalan telah memutar belit kenyataan Zahid dan mengolahnya dalam bentuk yang mengutungkan Pakatan Haram?

Penulis percaya, soalan pertama yang ditanya oleh wartawan Malaysiakini itu ialah, “Apa pandangan tuan mengenai kenyataan Zahid Hamidi bahawa orang Cina dan India sebagai tidak patriotik?”. Sebab itu Thanabalasingam menjawab sedemikian. Jahat sungguh Malaysiakini!

Lihat juga bagaimana Malaysikini cuba menggunakan Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh yang mengeluarkan kenyataan berikut di dalam artikel yang sama:

"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu.


Siapa yang mempersoalkan semangat patriotik Datuk Goh? Zahid atau Malaysiakini sebenarnya? Zahid tidak pernah mengeluarkan kenyataan mempersoalkan semangat patriotik Bukan Melayu di Dewan Rakyat!

Tidak cukup dengan itu, di akhir artikel berkenaan, Malaysiakini turut memuatkan kenyataan di bawah untuk mendapatkan lebih banyak bahan bagi dimanipulasi dan dipergunakan supaya imej kerajaan dan BN merosot:

“Malaysiakini ingin mendengar pandangan daripada bekas tentera berhubung pengalaman mereka. Jika anda mempunyai sebarang maklumat atau pendedahan untuk dikongsi, sila email kepada editor@malaysiakini.com.”

Jelas, Malaysikini amat licik dalam memainkan peranan untuk menghilangkan sokongan dan undi Bukan Melayu kepada BN. Malaysiakini amat terdesak untuk mengembalikan sokongan Bukan Melayu kepada Pakatan Haram memandangkan pihak-pihak yang menaja mereka kini sedang resah dan gelisah melihat peningkatan populariti BN. Mereka (Malaysiakini dan para penajanya) amat bimbang sekiranya BN berjaya memenangi semula pilihan raya umum akan datang dengan majoriti yang lebih besar. Pasti mereka tidak akan memperoleh keuntungan besar lagi sebagaimana sekarang.

Bukalah mata rakyat Malaysia semua, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut atau apa saja etnik dan ras yang ada. Isu perkauman sebenarnya dimainkan dan dimanipulasikan oleh Pakatan Haram untuk memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah dibina oleh BN dengan baik. Portal-portal berita seperti Malaysikini, Malaysia Today dan Malaysian Insider merupakan saluran-saluran yang ditaja mereka untuk menjayakan hasrat berkenaan.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika membaca portal-portal berkenaan supaya kita tidak terjatuh di dalam perangkap pemikiran mereka. Jangan dibiarkan perpaduan kita semua dipecah belahkan oleh pengkhianat-pengkhianat negara itu.

Khamis, 18 November 2010

Idris bimbang tak dipanggil jadi pelakon blue untuk pendidikan seks di sekolah-sekolah?

Idris Ahmad melalak lagi. Sekarang ni makin kerap nampaknya beliau melalak. Salakan beliau semuanya fitnah. Dan fitnah berkenaan terbukti menjelang Aidiladha semalam (sini).

Walaupun telah kantoi, Idris seperti biasa, buat bodoh dan bangang akan terus menyalak. Harapan Idris hanya satu, akan dapat naik lebih tinggi dalam hierarki politik PAS.

Terbaru, Idris menyalak dan memfitnah kerajaan dengan mengatakan pendidikan seks yang akan diajar di sekolah adalah bertujuan untuk mengkayakan kroni UMNO-BN (sini). Menurutnya, ia akan dilakukan dengan tawaran kepada kroni-kroni UMNO-BN “projek percetakan buku dan alat bantu mengajar”.

Adeh la… Kenapa la PAS ada pemimpin bangang macam ni?

Tidak tahukah Idris bahawa pendidikan seks yang akan diajar di sekolah itu bukan akan dijadikan sebagai satu matapelajaran baru? Ia akan dimasukkan sebagai salah satu silibus dalam matapelajaran yang ada. Mungkin matapelajaran Sains ataupun Alam dan Manusia. Berapa banyak sangat muka surat untuk sesuatu silibus tu Idris oi? Nak fitnah pun agak-agak la.

Adakah Idris sebenarnya marah sebab takut tak dipanggil untuk jadi pelakon blue untuk ditayangkan kepada murid-murid kot? Kih kih kih. Bodoh punya Idris!

Alat bantu mengajar apa yang nak diguna dalam kelas pendidikan seks tu? Kondom? K**e plastik? Baby doll plastik? LCD dan Notebook untuk tayang filem blue?

Apa yang bangang sangat Idris oi? Kau ingat gambar Eli Wong yang berbogel tayang bulu dan video Soi Lek tu nak ditayang kepada pelajar ka? Bodoh!

Pendidikan seks yang akan diajar tu adalah asas pengetahuan yang bersandarkan kepada ilmu. Bukannya diajar praktikal dalam kelas sampai perlu alat bantu mengajar untuk tunjuk secara live kepada murid-murid. Tak timbul langsung isu untuk alat bantuan mengajar pendidikan seks ni.

Nampak gayanya, salakan Idris kali ni pun tak menjadi. Tapi apa yang menariknya, Idris menampakkan beliau mahu dilihat sebagai jaguh dalam pendidikan seks di kalangan pemimpin PAS.

Cuma penulis agak musykil, kenapa pendidikan seks kepada murid-murid PAS menentang sekeras-kerasnya tetapi pengamal hubungan sejenis pula PAS sanjung dan jilat sampai diangkat sebagai pemimpin? Pelik sungguh fitrah PAS ni kan?

Apa nak buat… demi kuasa wehhhh!

Selasa, 16 November 2010

Menjelang Aidiladha, Allah tunjukkan PAS adalah pemfitnah! Allahuakbar!

Allahhuakbar! Allahuakbar! Allahuabar!

Ketika seluruh umat Islam di Malaysia bersiap sedia untuk menyambut Aidiladha esok, muncul satu berita yang membuktikan PAS adalah parti yang menggunakan fitnah sebagai alat untuk mencapai cita-cita mereka menawan Putrajaya.

Selasa lepas, 9 November 2010, PAS melalui Ketua Penerangannya, Idris Ahmad menyebarkan fitnah kononnya RELA yang bakal ditingkatkan keanggotaannya kepada 300,000 orang di negeri Selangor adalah strategi BN untuk menawan kembali Selangor (sini).

Idris medakwa kesemua 300,000 anggota RELA berkenaan akan didaftarkan sebagai pengundi pos dan akan digunakan untuk memenangkan BN. Beliau juga mengecam SPR sebagai tali barut BN kerana mahu menghalalkan tindakan berkenaan.

Hari ini, 16 November 2010, SPR mengeluarkan kenyataan bahawa anggota RELA sebenarnya tidak layak untuk mendaftar sebagai pengundi pos! (sini). Ia termaktub dalam Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Jadi, apa perlu disebarkan berita bahawa BN akan menggunakan anggota RELA untuk menawan semula Selangor melalui undi pos? RELA bukan dan tidak layak didaftar sebagai pengundi pos!

Terbukti Idris dan PAS adalah pemfitnah!

Bukalah mata seluruh rakyat Malaysia sekalian. PAS bukan memperjuangkan Islam. PAS memperjuangkan kuasa dan pangkat. PAS sanggup menghalalkan fitnah demi untuk menjatuhkan BN.

Sebelum Islam tergadai di tangan PAS, mari kita pastikan mereka tersungkur di tangan rakyat. Takbirrrrrrrrrrrr! Allahuakbar!

DAP dengki Warisan Merdeka akan memberikan pulangan dividen lebih tinggi kepada pelabur PNB

Sebagai pelabur Amanah Saham Bumiputera yang diuruskan oleh PNB, penulis terasa terpanggil untuk mewujudkan page di FB untuk menyatakan sokongan terhadap cadangan pembinaan Warisan Merdeka yang bertujuan untuk meningkatkan pulangan dividen kepada semua pelaburnya.

Polemik yang berlaku sebenarnya sengaja ditimbulkan DAP disebabkan Warisan Merdeka bakal menyaksikan peningkatan pulangan dividen yang lebih tinggi dan semestinya akan menguntungkan para pelabur PNB yang majoritinya adalah BUMIPUTERA. Penulis pernah mengulasnya di sini.

Majoriti pelabur PNB, termasuk penulis, sama ada Bumiputera ataupun tidak sebenarnya tidak mampu untuk melabur di bursa-bursa saham yang besar. Bukan seperti ahli DAP yang kaya raya. Jadi, apa perlu DAP dengki kepada kami semua?

Justeru, penulis menyeru semua pelabur PNB sama ada pelabur ASN, ASB, ASW2020, AS1M dan lain-lain lagi untuk menyatakan sokongan kepada pembinaan Menara Warisan Merdeka yang bakal memberikan pulangan lebih tinggi kepada kita dengan menyertai page berikut di FB:

Warisan Merdeka Akan Memberikan Dividen Lebih Tinggi Kepada Pelabur PNB

Mohon juga jasa baik rakan bloggers untuk mewar-warkanya dan semua yang telah menyertainya untuk mengundang rakan yang lain.

Wassalam.

Isnin, 15 November 2010

Logo PKR dan wajah Anwar dibuang dari blog Zaid Ibrahim!

Sah! Zaid akan meninggalkan PKR Jumaat minggu hadapan. Beliau memaklumkannya melalui kenyataan ringkas di laman blognya (sini).

Apa yang menariknya ialah, logo mata lebam yang menjadi simbol PKR dan wajah pemimpin Agung Pakatan Haram, Anwar Ibrahim, tidak lagi kelihatan di dalam laman blog beliau.

Malah, link ke laman web PKR dan Anwar juga turut dibuang oleh Zaid.

Ini betul-betul berkerat rotan berpatah arang ni!

Zaid, Zaid.... Dah tahu Anwar dan PKR tu penipu. Masuk buat apa? Tapi syukurlah engkau dah sedar.

Marilah berdoa semoga lebih ramai pengikut Anwar akan dibuka hati oleh Allah SWT untuk meninggalkan parti yang penuh dengan kemunafikan itu. Amin.

Berikut kenyataan penuh Zaid di laman blognya:


Clarification of headline by The Star


I refer to today's headline by The Star newspaper. It is true that I will be quitting the party but I have yet to submit my formal resignation from the party. All will be clarified via a press release this Friday 19th November, 2010.

Poster Najib -vs- Poster Anwar! Mana lebih hebat?

Berikut adalah poster lama yang pernah mewarnai laman web dan blog politik Malaysia sama ada pro-BN atau pro-Pakatan.

Satu poster Najib, satu lagi poster Anwar.

Poster Najib berkenaan dipercayai dibuat ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala poster Anwar tidak pula penulis pasti bila ia dihasilkan.

Hari ini, Najib telah menjadi Perdana Menteri dan Anwar pula Ketua Pembangang.. eh silap, Ketua Pembangkang heheheh

Apa pun, berdasarkan kedua mesej yang disampaikan di dalam kedua-dua poster berkenaan, yang mana satu pilihan dan pujaan hati anda?




Sekadar mengulit kenangan....




Mahu yang ini?







atau yang ini?



Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....

Hishamuddin Rais: Tiada Wang, Lupakan PKR!

Apabila Hishamuddin Rais, blogger Tukar Tiub yang merupakan penyokong tegar Anwar dan Pakatan Haram mengeluarkan kenyataan jika tiada wang, lupakan PKR (sini), ini bermakna politik wang sudah menjadi kebiasaan dan darah daging di dalam parti berkenaan.

Luahan Hishamuddin ini adalah manifestasi dari kekecewaan beliau terhadap pemilihan PKR yang menyaksikan hanya mereka yang mempunyai harta kekayaan dan tergolong dalam golongan elit akan menguasai parti tersebut.

Ini kerana, pelaksanaan satu ahli satu undi yang diamalkan PKR ketika pemilihan parti menyaksikan hanya kroni-kroni Anwar dan Azmin saja yang dapat berkempen menabur wang dan membayar jentera yang besar untuk menjelajah ke seluruh negara. Maklumlah, mereka kan banyak wang. Boleh beli undi dengan mudah.

Oleh itu, dengan sendirinya mereka yang benar-benar ikhlas tetapi tidak sekaya Azmin tidak akan mampu berkempen ke seluruh negara untuk mendapat undi apatah lagi untuk membentuk jentera kempen.

Maka akan kekallah PKR sebagai parti elit yang "dipimpin" oleh mereka yang berduit hanya untuk memperjuangkan Anwar, Azmin dan kroninya. Rakyat langsung tidak dipedulikan. Rakyat hanya perlu untuk mengekalkan kuasa mereka!

Betapa busuk dan buasnya politik yang dibawa dan didoktrinkan Anwar Ibrahim! Ini yang nak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia? Tuih!

Berikut catatan penuh Hishammudin Rais:

Pelaburan Cukong dalam PKR

PKR pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. Setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat - satu angota satu undi. Bunyinya cukup gah!

Tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana. Kelam dan kabut sedang berlaku di mana-mana. Masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.

Mustaffa kamil ayub with N Gobalakrishnan and S ManikasavagamPemilihan ini telah masuk ke minggu ke tiga. Setiap minggu semakin sesak dan terdesak masalah yang mucul. Rungutan dan tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Saranan terakhir agar pemilihan ini di tangguhkan - kerana tidak diyakini ketelusannya - bukan datangnya dari orang luar parti tetapi dari Mustaffa Kamil Ayub (gambar kanan, tengah), naib presiden PKR sendiri.

Dalam tulisan pertama dahulu saya telah menulis bahawa dalam masa terdekat PKR ini akan dibajak oleh para cukong. Kali ini saya ingin menyambung dan memikrokan lagi hujah saya itu.

Pada minggu pertama pemilihan saya telah mengamati proses pengundian di beberapa cabang di Selangor. Saya mendapati cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan di mana bibit-bibit politik wang boleh menerobos masuk dan menjadi barah.

Kalau dalam sistem perwakilan 'cukong (kapitalis) penaja politik' hanya melabur dan membeli undi ahli perwakilan sahaja. Dalam sistem satu anggota satu undi 'cukong' ini perlu melabur dengan lebih lumayan untuk membeli setiap ahli dari satu negeri ke satu negeri.

Justeru, ada hujah yang mengatakan bahawa tidak mungkin ada cukong yang akan melabur untuk membeli ke semua 400,000 anggota PKR. Justeru sistem satu anggota satu undi ini lebih telus. Sistem ini lebih kukuh dan kalis pembajakan (rompakan). Ini cakap cakap dari ibu jari kaki saya - masuk telinga kiri keluar ke lubang hidung.

Sabah, Selangor kunci kemenangan

Orang yang memiliki pandangan sedemikian kurang arif dalam ilmu politik ekonomi. Tidak memahami kepentingan kaum pemodal. Hujah yang tidak berasaskan kelas dan kepentingan kelas. Kaum pemodal dan para cukong juga memiliki fikrah. Jika diri mereka lembab berfikir maka dolar mereka boleh mencari dan mengupah juru fikir. Kaum pemodal, para cukong dan juru fikir mereka akan menghitung untung rugi sebelum melabur. Untuk kaum pemodal yang menjadi rukun imam mereka ialah keuntungan.

Para cukong akan melihat Selangor negeri Pakatan yang terkaya di Asia Tenggara kini di bawah puncuk pimpinan PKR. Ada berbilion dolar dan dinar sedang dilabur dalam negeri Selangor. Bayangkan, kaum pemodal dan para cukong apabila melihat Selangor pasti meleleh air liur seperti melihat 'China Doll' berkemban di tepi katil.

Apakah tidak masuk akal jika para pelabur ini menaja tiga empat orang calon untuk menerobos ke dalam pucuk pimpinan PKR. Ini pelaburan berjangka pendek dan berjangka panjang. Para cukong melihat PKR dalam Pakatan Rakyat seperti anak dara sunti yang memiliki masa depan yang cerah. Masuk akal jika mereka melabur sekarang sebagai 'faedah simpanan berjangka panjang' jika United Malays National Organistaions tersungkur rebah.

Strategi untuk menang cukup enteng. Pada ketika ini pemusatan ahli terdapat di Sabah dan Selangor. Justeru apa yang wajib dilakukan ialah memastikan ahli-ahli parti di Selangor dan Sabah turun di hari pengundian. Kunci kemenangan ialah siapa yang berjaya menyusun dan membawa turun ahli ke meja undi maka si malaun ini akan menang.

Pada tahap ini sang cukong hanya perlu mengeluarkan dana untuk dua buah negeri ini sahaja. Kerja politik, kempen di negeri lain adalah kerja sampingan. Undi dari wilayah ini dianggap bonus. Hadiah yang wajib dimenangi datang dari Sabah dan Selangor. Khalas (selesai).

Wahai Dr Watson, ini elementri Dr Watson.

Hakikatnya dalam masa yang tidak lama lagi sesiapa yang bernawaitu untuk kerusi pimpinan PKR wajib memiliki modal yang banyak. Bermodalkan semangat perjuangan dan air liur adalah kerja gila dalam istilah politik PKR hari ini. Sosok yang memiliki kualiti pimpinan, memiliki fikrah yang cerah , jujur dan telus tidak semesti akan naik dalam struktur perlembagaan PKR yang ada masa ini.

Tiada wang, lupakan PKR

Untuk mereka yang memiliki semangat juang dan ingin berbakti kepada nusa dan bangsa tetapi tidak berdolar - jawabnya lupakan sahaja PKR sebagai wadah perjuangan. Struktur yang diwujudkan tidak akan membenarkan cita-cita ini tercapai.

Sabar! Abang dan kakak bersabar dahulu. Jangan cepat putus asa. Jalan masih luas terbuka. Biar saya tarbiahkan sejujur mungkin cara untuk menang. Ini tarbiah ringkas dari saya. Senang sahaja: Sila cari cukong untuk menaja kempen anda!

Jangan risau hati, jangan gundah gulana bukan susah untuk mencari sang cukong. Para cukong ini sedang berkeliaran untuk mencari sosok yang baik, jujur dan berketerampilan untuk dimenangkan. Ada cukong pembuat bangunan, ada cukong pasir, ada cukong simen, ada cukong DVD, ada cukong internet, ada cukong papan iklan - ada seribu satu macam jenis cukong yang mahu projek dan lesen mereka diluluskan.

Para cukong yang berkeliaran ini amat bersedia melabur dolar dan riyal untuk memastikan calon mereka menang. Malah para cukong ini melihat bahawa besar kemungkinan sosok yang menang ini nanti akan mendapat tempat sebagai ahli majlis. Tak perlu menjadi ADUN - menjadi ahli majlis tempatan sahaja sudah memadai kerana 'rezeki' akan datang mencurah-curah. Sila kira berapa banyak lembaga majlis tempatan di Selangor?

Untuk melelehkan air liur, sidang pembaca sekalian, biar saya ceritakan disini bahawa belanjawan Majlis Perbandaran Petaling Jaya lebih besar daripada belanjawan negeri Perlis. Pasti meleleh air liur basi sang cukong sekali lagi.

Mungkin tulisan saya ini akan dianggap pesimis seolah-olah kita tidak memiliki jalan keluar daripada di bajak oleh cukong dan para pemodal. Biar saya ceritakan di sini secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan pegangan dalam real politic tidak mencukupi. Real politic bukan tentang niat dan pegangan.

Dalam real politic niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula daripada niat dan cita cita untuk membawa kebaikan.

Justeru apakah tidak ada jalan keluar untuk umat manusia dari terus di cengkam oleh kaum pemodal? Jawabnya pasti ada. Manusia memiliki fikrah. Selagi manusia boleh berfikir maka manusia akan mencari jalan keluar.

Khamis, 11 November 2010

37 tahun (1990 - 2027) untuk bekalkan air bersih ke seluruh Kelantan? Ini maksud Negeri Berkebajikan?

Malaysiakini, Harakah, blog-blog pro-Pakatan Haram langsung tak dedah mengenai jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Md. Anizam Abdul Rahman yang menjawab bagi pihak Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat bahawa, “Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027” dalam sidang DUN semalam (sini).

Maklumlah, isu ini bakal menghilangkan undi kepada PAS yang mendakwa sebagai pentadbiran yang berkebajikan kepada rakyat kononnya. Sebab itu langsung mereka tak sentuh.

Bayangkan, 17 tahun lagi baru PAS nak sediakan bekalan air bersih ke seluruh Kelantan. Itu baru “bercadang”, belum tentu lagi mereka akan berusaha ke arah itu atau pun tidak. Bukankah sebelum ini rakyat Kelantan telah dikencing oleh PAS berulang kali mengenai isu air ini?

Mari kita imbas penipuan PAS mengenainya:

1. 4 September 2003, syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

2. Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

3. 22 Mei 2009 Md. Anizam sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark. Namun, masalah berkenaan tidak juga selesai sehingga ke hari ini.

Tiga kali PAS menipu secara nyata kononnya mereka nak selesaikan masalah air ini. Itu yang dapat direkodkan media. Kalau dalam ceramah-ceramah jalanan mereka, entah berapa juta kali PAS dah kencing rakyat Kelantan.

Sekarang ini, PAS janji pula akan selesaikan pada tahun 2027. Boleh percayakah masalah air ini akan selesai jika dilihat kepada siri-siri pembohongan PAS sebelum ini?

Malang sungguh duduk bawah pentadbiran PAS. Retorik banyak, masalah rakyat tak selesai juga.

Menangkan BN, Inyaallah, menjelang 2020, pasti masalah air di Kelantan akan selesai.

BN menang rakyat senang, PAS menang kroni kenyang.

Takbirrrrrrrrrrrrrr!

Rabu, 10 November 2010

Dr Asri mohon maaf atau perli Anwar sebenarnya?

Benarkah Dr Asri sebenarnya memohon maaf kepada Anwar kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara politik dalam surat terbuka yang disiarkan dalam laman blognya? (sini)

Para blogger Pakatan Haram malah Malaysiakini turut memuatkan besar-besar tajuk Asri mohon maaf cadang Anwar ‘bersara’ (sini) bagi menggambarkan Dr Asri seolah-olah menyesali, meratapi dan gundah gulana oleh kerana menyuruh Anwar berambus dari arena politik tanah air.

Hakikatnya, para blogger Pakatan Haram termasuklah Malaysiakini tidak menyiarkan secara penuh surat terbuka Dr Asri itu. Mereka sengaja mahu membutakan hati para penyokong totok Pakatan Haram untuk terus melihat Anwar sebagai pemimpin agung mereka.

Penulis secara peribadi melihat Dr Asri sebenarnya memerli Anwar dan para penyokongnya kerana tidak mahu menerima hakikat yang mereka tidak lagi relevan dalam politik Malaysia hari ini. Walaupun mengeluarkan kenyataan “maaf” namun Dr Asri sebenarnya masih berpegang kepada kenyataanya sebelum ini iaitu Anwar harus bersara dari politik. Berikut petikan dari surat Dr Asri di para 9 mengenai perkara yang penulis maksudkan.

“Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu (Anwar harus berundur) ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.”


Selain itu, dua posting terdahulu yang berkait dengan kenyataan asal Dr Asri agar Anwar bersara politik juga menunjukkan yang beliau sebenarnya memerli Anwar. Kedua-duanya secara jelas menampakkan niat sebenar Dr Asri.

Pertama, jika dilihat kepada posting bertajuk Jangan Melenting Jika Anda Melaungkan Freedom of Expression pada 3 November 2010 (sini), dua hari selepas mengeluarkan posting yang meminta Anwar bersara politik (sini), moderator blog Dr Asri secara jelas telah memerli Anwar dan PKR kerana marah dan memburukkan Dr Asri. Perbandingan secara jelas diberikan di antara Pak Lah dan Anwar.

Ketika menjawat jawatan mufti Perlis, Dr Asri secara terangan melalui Pantun Cari Ganti meminta Pak Lah untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri. Para penyokong UMNO, BN malah Pak Lah sendiri tidak melenting dengan cadangan berkenaan kerana mengetahui itu hak Dr Asri sebagai seorang rakyat untuk bersuara.

Pantun yang diterima dengan hati terbuka oleh Pak Lah dan penyokong UMNO/BN

Namun, apabila cadangan diberikan untuk Anwar bersara, Dr Asri bukan saja diburukkan oleh Anwar dan para penyokong Pakatan Haram, malah dikatakan sebagai tali barut UMNO, ulamak duitan dan pelbagai celaan yang menjatuhkan maruah beliau. Mereka secara bermati-matian tidak mahu menerima pandangan berkenaan walaupun kononnya memperjuangkan kekebasan bersuara!

Sebab itu moderator Minda Tajdid di dalam posting berkenaan memerli Anwar dan Pakatan Haram mereka dengan menyatakan:

Freedom of expression yang dilaungkan oleh sesetengah pihak (Anwar, PKR, PAS dan DAP ) tidak memberi makna jika hanya mereka setuju suara mereka dan menghalang suara orang lain. Cadangan Dr MAZA tentang DSAI bukanlah pandangan agama, ia sekadar pandangan seorang rakyat dalam satu isu politik yang terbuka.”

Kedua, posting pada 6 November 2010 yang bertajuk Jangan Buruk Sangka, Berlapang Dada: Jika Tidak, Bagaimana Nak Jadi Penguasa Saksama? (sini) yang ditulis sendiri oleh Dr Asri secara jelas menunjukkan yang PKR enggan menerima kebenaran yang Anwar perlu berundur dari politik. Kenyataan Dr Asri di awal posting menceritakan segalanya:

Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI sebagai contoh, seperti biasa mereka (Anwar dan penyokong Pakatan) melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan. Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai. Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi.

Dr Asri turut memberikan contoh bagaimana momentum politik Barrack Obama juga turut mengalami kemerosotan akibat tidak dapat memenuhi janji-janji beliau ketika berkempen walaupun popularitinya satu ketika dulu amat disanjung bukan saja oleh warga Amerika malah para pemujanya di seluruh dunia. Dan, bagi mengelakkan ia berlaku kepada Pakatan, Dr Asri mencadangkan agar main player (Anwar) berundur dan memberi laluan kepada orang lain.

Di akhir posting berkenaan juga Dr Asri sekali lagi secara jelas memerli Anwar dan penyokongnnya dengan menyatakan:

Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!

Nah, jelas terang dan lagi bersuluh, ketiga-tiga posting di laman Dr Asri sebenarnya secara jelas memerli Anwar dan penyokongnya yang tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sebenarnya tidak lagi relevan dalam politik Malaysia hari ini.

Kenyataan “maaf” yang dikeluarkan Dr Asri dalam posting terakhir sebenarnya bertujuan agar mereka membuka mata untuk menginsafi dan meneliti semula apa yang diperkatakan beliau sebelum ini.

Namun penulis percaya, Anwar dan para penyokongnya serta pemimpin dan pentaksub PAS dan DAP akan tetap memburukkan Dr Asri dan melihat beliau sebagai tali barut UMNO. Ia bukan sukar untuk difahami dan mengerti. Bukankah politik yang didoktrinkan Anwar adalah dengan menyalahkan orang lain? Yang baik, suci dan tulus mulus itu hanya mereka. Yang buruk, busuk dan celaka itu semuanya UMNO dan BN semata-mata.

Justeru, marilah kita semua rakyat Malaysia membuka mata agar tidak diperbodohkan oleh Anwar dan para pentaksubnya hari ini, esok dan sampai bila-bila.

Semoga Allah sentiasa memberikan nur di hati kita. Amin.

Selasa, 9 November 2010

Zaid: Anwar punca segala masalah!


Tak sampai sepuluh hari selepas Dr Asri minta Anwar bersara dari politik, hari ini, Zaid Ibrahim pula meminta pemimpin agung Pakatan Haram yang sedang menghadapi pertuduhan meliwat di mahkamah itu untuk meninggalkan PKR (sini). Zaid mendakwa, masalah peribadi Anwar turut menyumbang kepada kepincangan yang berlaku di dalam PKR. Sebab itu beliau harus berundur.

Tapi macam biasalah, Anwar buat-buat bangang tak layan dan bagi alasan yang kepimpinan dan ahli PKR akar umbi kononnya masih mahukan beliau (sini). Hakikatnya jika kita lihat, hampir setiap bulan ranting-ranting atau cabang PKR dibubarkan manakala berita mengenai para pengikut PKR yang lari meninggalkan parti berkenaan juga kita dengar hampir sepanjang masa.

Jika kita imbas, sebenarnya Dr Asri dan Zaid bukanlah orang berpengaruh terawal dikalangan bukan pemimpin BN yang mendesak supaya Anwar berundur. Karpal Singh sendiri pernah meminta Anwar Ibrahim untuk bertaubat. Ia berpunca dari amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar hingga menyebabkan Perak kembali ke tangan BN.


Namun, akibat gila kuasa dan pengaruh punya pasal, Anwar dah kawtim baek punya dengan Karpal agar beliau tidak lagi diserang oleh peguam bela kes liwatnya itu. Karpal pula dilihat sanggup untuk terus menerima Anwar!

Entah apa yang dijanjikan Anwar untuk Karpal. Mesti Karpal dah Masyuuuuuukkkkkkkkkkkk! Maklum la, kes liwat pun banyak kali tunda, mesti bayaran yang diterima pun kaw-kaw punyalah!

Penulis percaya, Dr Asri dan Zaid tidak akan boleh dibeli oleh Anwar agar menarik balik ataupun sekurang-kurangnya tidak lagi menghentam beliau. Mereka berdua lebih dilihat berprinsip berbanding dengan Karpal.

Walau bagaimanapun, hanya masa yang akan menentukan. Bukankah politik itu seni segala kemungkinan?

Sayuti Omar: Zaid Ibrahim kembali mabuk! Yamsenggg!


Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk! oleh Mohd Sayuti Omar (Blog MSO)

SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi huruhara. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah?

Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja.

Nota Satulimatiga:
Betulkah Zaid kembali ke zaman mabuk? Penulis rasa, Zaid bertambah mabuk sejak berada di dalam PKR. Biasalah, dulu sewaktu Zaid sertai PKR sebab DIPECAT UMNO, semuanya nampak manis, cantik dan molek. Perkataan mabuk tak disentuh langsung. Tapi apabila Zaid mula buat hal, mulalah keluar itu ini. Nak buat macam mana, dah didoktrin begitu!

Isnin, 8 November 2010

Gempar: Zaid letak semua jawatan dalam PKR dan tarik diri lawan Azmin!


Withdrawal from Deputy President contest (Laman Blog Zaid Ibrahim)

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition’s cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a “spoiler” standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.


ZAID IBRAHIM

MONDAY, 8 NOVEMBER 2010




Zaid tarik diri tanding timbalan, letak semua jawatan (Berita Harian Online)

2010/11/08
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.



Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR (Malaysiakini)

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.


Nota Satulimatiga:
Ini satu lagi bukti politik busuk dan buas yang diamalkan oleh PKR merosakkan landskap politik Malaysia. Anwar Ibrahim perlu ikut cakap Dr. Asri, beliau perlu segera berhenti politik. Ataupun ikutlah nasihat Karpal... segeralah bertaubat!

Khamis, 4 November 2010

Pengarah Pilihanraya PAS: Budaya samseng muslimat PAS adalah perkara biasa!


Memalukan Islam. Seorang yang dikatakan sebagai Muslimat, sanggup untuk mencederakan orang lain semata-mata untuk mendapat undi, mendapat kuasa.

PAS mendoktrin pengikut walaupun dah termasuk dalam usia tua untuk membenci orang sesama Islam sehingga sampai ke tahap mencederakan.

Tambah menjelekkan lagi, PAS menganggap budaya samseng Muslimat PAS yang membelasah puteri UMNO sehingga cedera itu sebagai perkara biasa.

Terbukti PAS adalah parti SAMSENG! Semoga Allah membalas kesabaran UMNO ini dengan kemenangan di Galas! Takbirrrrrrrrrrr!



Ketua Puteri Umno Kuala Krai diserang ketika rayu undi oleh Malaysiakini.

Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota Dewan Muslimat PAS ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di Gua Musang dalam pilihan raya kecil Galas hari ini, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut, kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.

"Ketika itu peraih undi PAS berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota muslimat PAS mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang oleh seorang Muslimat lain dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang.

Suzaini Adlina berkata sebaik beliau melihat muka wanita itu, penyerangnya dilarikan oleh beberapa penyokong PAS.

Katanya beliau tidak membalas serangan kerana wanita itu sudah berusia.

"Saya kesal sebab perkara ini dilakukan oleh seorang penyokong parti yang mendakwa mereka mengamalkan dasar Islam," katanya.

Ketua Puteri Umno Kelantan Noor Wahida Patuan, 30, berkata sejak dari awal pusat pengundian dibuka, keadaan di situ agak tegang kerana penyokong PAS telah melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong BN.

"Namun kami tidak bertindak balas kerana Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengarahkan kami menggunakan pendekatan yang berhemah untuk menarik pengundi," katanya.

Pilihan raya itu melibatkan calon BN Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Sementara itu, Salhan K Ahmad melaporkan pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkannya insiden sebagai 'hanyalah satu kes biasa'.

"Itu cuma satu salah faham antara seorang wanita dari Umno dan seorang lagi dari PAS.

"Saya sudah tengok, tak ada apa. Tak ada luka pun," katanya dalam satu sidang media petang ini.

"Saya ingat ini satu pilihan raya yang tenang," tambahnya.

Gempar: Bangunan PAS di Jalan Raja Laut terbakar! Petanda kemenangan BN di Galas!

Ketika seluruh negara tertumpu kepada pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, satu berita mengejutkan mucul! Bangunan PAS di Jalan Raja Laut terbakar!

Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun yang cedera. Maklumlah, semuanya telah dikerahkan untuk ke Galas!

Adakah ini petanda awal kemenangan BN di sana? Sama-sama kita nantikan.

Takbirrrrrrrrr!


Pejabat Agung PAS terbakar
Nov 4, 10 10:44am

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Menurut HarakahDaily, kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini.

Menurut seorang kakitangan yang tidak mahu dikenali, kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas pejabat itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli pada harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan ibu pejabat PAS itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai serbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.

Rabu, 3 November 2010

Gempar: Satu lagi pilihan raya kecil bakal berlangsung di Negeri Sembilan!

Berita terkini Berita Harian online melaporkan ADUN Lenggeng dari BN diperintah untuk membela diri atas tuduhan rasuah (sini).

Nampak gayanya sah macam nak ada satu lagi pilihan raya kecil ni. Apa pun kita tunggu keputusan Mahkamah!

Banyak betul pilihan raya kecil selepas PRU 2008 ya!

ADUN Lenggeng diperintah bela diri

2010/11/03

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim diperintah membela diri atas tiga tuduhan rasuah berkaitan kelulusan permit pasir membabitkannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Nasfy Yasin, berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mustafa, 51, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, April lalu tetapi pendakwaan merayu terhadap keputusan kehakiman itu.

Mengapa “Zakat” untuk orang Asli dihulur Nik Aziz ambil dari tokey balak? Beri pula on-the-spot, tak ikut prosedur!

Jentera PAS terketar-ketar nak mampus untuk menjawab gambar yang menunjukkan Nik Aziz sedang ambil duit dari seorang individu dan diberikan kepada orang Asli di Galas. Penulis telah ulas perkara berkenaan di sini.

Namun seperti biasa, PAS akan spin cerita mengatakan ia adalah pemberian untuk asnaf yang berkelayakan iaitu saudara baru yang memeluk Islam (sini). Yang tolong dedah tu pula Malaysiakini. Mengapa Malaysiakini tak letak pun gambar berkenaan yang sebelum ini tengah panas di laman-laman blog? Betul la lu macai Pakatan Haram!

Memang betul, saudara baru yang memeluk Islam layak untuk mendapat zakat. Namun penulis ingin mempersoalkan;

Pertama, mengapa pemberian yang dikatakan zakat berkenaan diberikan tunai on-the-spot dan tidak mengikut prosedur Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (sini)?

Bukankah saudara baru berkenaan seharusnya mengisi borang dan perlu melampirkan dokumen pembuktian yang beliau seorang mualaf? Ini tidak, selepas selesai acara peng-Islaman terus Nik Aziz hulur. Mengapa tak ikut prosedur? Adakah ia diberikan terus disebabkan kempen pilihan raya sedang berlangsung? Kalau tak pilihan raya jawabnya mau kena tunggu sebulan dua la ya baru dapat?

Kedua, Mengapa orang yang menghulur duit kepada Nik Aziz adalah tokey balak dan bukannya pegawai Majlis Agama? Buletin Utama malam semalam mendedahkan sumber wang berkenaan diambil dari tokey balak. Takkan tokey balak bagi zakat cash kot? Agak-agak la nak guna kontraktor kalau nak merasuah pun. Nampak sangat weh!

Kesimpulannya, PAS memang gunakan nama Islam untuk menghalalkan tindakan mereka untuk menagih undi dari para pengundi di Galas. Sampai nama zakat pun nak dijadikan sebagai umpan undi.

Cukup-cukuplah pergunakan Islam. Rasuah tetap rasuah. Rakyat bukan buta untuk menilai!

Dulu, mereka bukan main hentam BN kononnya rasuah. Rupa-rupanya, mereka lebih hebat amal rasuah dalam jubah!

Munafik sungguh!

Selasa, 2 November 2010

Masuk Islam dapat duit on-the-spot? Mengapa hanya di Galas?

Gambar asal oleh Minaq Jinggo

Pertama sekali penulis mengucapkan terima kasih dan kredit yang tidak terhingga kepada bro Minaq Jinggo yang memaparkan di fotopages beliau (sini) gambar-gambar kempen PAS di Sandrop, Lojing.

Kalau la Minaq Jinggo tidak memaparkan gambar-gambar berkenaan, pasti semua orang tidak tahu Nik Aziz secara terang-terangan telah merasuah orang Asli di sana.

Dua gambar yang dipaparkan oleh beliau telah digunakan secara meluas oleh para blogger pro-BN (termasuk juga penulis) untuk mengukuhkan lagi bukti bahawa PAS selama ini memang mengamalkan rasuah dalam kempen pilihan raya.

Gambar-gambar ini ternyata telah memanaskan bontot penyokong Pakatan Haram khususnya jentera PAS di Galas.

Untuk mempertahankan diri, cyber trooper PAS telah diarahkan untuk masuk ke blog-blog pro-BN yang memaparkan gambar-gambar berkenaan dan dipastekan dengan link ke Harakah (sini) untuk spin cerita kononnya ia hanyalah upacara meng-Islamkan tiga orang asli.

Betul, itu upacara meng-Islamkan tiga orang saudara baru. Namun, mengapa di dalam link Harakah berkenaan tidak dipaparkan gambar Nik Aziz sedang menghulur duit tu? Takut terkantoi?

Apa yang penulis ingin persoalkan ialah mengapa mereka itu dibayar RM 300.00 setelah memeluk Islam on-the-spot? Tak perlu isi borang dan ikut prosedur biasa MAIK ke?

Bukankan tindakan berkenaan akan memberi mesej yang salah kepada saudara baru berkenaan dan masyarakat bukan Islam yang lain?

Lebih musykil lagi, duit yang diberi Nik Aziz itu pula dihulur oleh tokey balak dari Lojing? Nik Aziz dah kawtim awal-awal dengan tokey balak tu ka? Bagi pula masa kempen pilihan raya! Bukankah itu rasuah untuk dapat undi dari pengundi sebenarnya?

Hakikatnya bukan itu saja, sebelum upacara meng-Islamkan tiga saudara baru berkenaan, Nik Aziz turut merasuah orang Asli yang lain dengan memberikan mereka Sijil Penempatan Berkelompok. Lihat gambar di bawah yang penulis turut ambil dari fotopages Minaq Jinggo.


Boleh percaya ka dengan sijil dari Nik Aziz ni? Jangan lupa Nik Aziz pernah kencing orang Asli di Galas!

Sebelum ini bukankah orang Asli di sana telah ditipu kononnya diberi tanah dan terpilih untuk program Ladang Rakyat. Ia diberi waktu menjelang Pilihan raya Umum 2008. Siap ada majlis pemberian Sijil oleh Nik Aziz. Sebijik macam yang dilakukannya dalam gambar-gambar tu. Macam déjà vu pulak!

Namun, Apa yang mereka peroleh setelah mendapat sijil dan mengundi PAS? Habuk pun tarak wehhhhhhhhhh! Dah nak masuk PRU baru weeeeeeeehhhhhhhhhhhh!

Kesimpulannya, PAS telah jauh tersesat dan mereka sanggup untuk menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya. Rasuah juga telah menjadi darah daging dan sebati dengan mereka.

Jelas, terang lagi bersuluh, Islam dijadikan topeng oleh PAS untuk membutakan mata hati rakyat demi untuk mendapat kuasa.

Semoga Allah memenangkan BN dengan majoriti yang besar pada 4 November ini. Amin.

Mengapa Anwar yang disuruh henti berpolitik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang?

Apabila Dr. Asri mengemukakan pandangannya agar Anwar henti berpolitik, sudah semestinya ada maksud tersirat yang ingin disampaikan beliau. Jika dilihat kepada pandangan yang diberikannya (sini), Dr Asri menggunakan ayat, “ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

Seandainya hendak dikategorikan pelakon veteran dalam politik Malaysia, sudah semestinya Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh jauh lebih veteran dari Anwar. Namun, mengapa nama Anwar yang disebut? Adakah hanya disebabkan beliau adalah Ketua Pembangkang?

Penulis melihat, nama Anwar disebut untuk berhenti politik (atau penyedap yang digunakan Dr Asri iaitu bersara politik) adalah disebabkan amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar dan partinya, PKR.

Sebelum kewujudan PKR, situasi politik di Malaysia adalah jauh lebih stabil dan tenteram berbanding dengan apa yang ada pada hari ini. Walaupun PAS dan DAP begitu ekstreme dengan pandangan dan ideologi mereka namun ia tidak menjejaskan geopolitik Negara dan tidak langsung memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi Negara.

Ini kerana kehadiran PAS dan DAP sebagai pembangkang di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sebenarnya amat berkesan kerana mereka membangkang berdasarkan pandangan dan kepentingan rakyat satu ketika dulu.

Namun, sejak kewujudan PKR dan kehadiran Anwar dalam politik Negara, rakyat Malaysia terpaksa untuk menerima barisan pembangkang yang hala tuju mereka yang bukan saja telah berubah malah tersasar jauh. Kepentingan rakyat tidak lagi diutamakan tetapi menjatuhkan BN menjadi matlamat yang didahulukan. Ini semua berpunca dari sikap PAS dan DAP yang secara rela mengikut kehendak peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Pendekatan politik berhemah yang digunakan PAS dan DAP satu ketika dulu telah tidak dapat disaksikan lagi sekarang. PAS dan DAP telah didoktrinkan oleh Anwar dan PKR agar menggunakan apa saja pendekatan untuk menumbangkan BN. BN perlu ditumbangkan kononnya untuk membela rakyat. Sedangkan hakikatnya, PAS dan DAP telah dibutakan dan ditempangkan oleh Anwar semata-mata untuk memenuhi hasrat peribadinya untuk menduduki kerusi nombor satu negara.

Sebab itu kita lihat, PAS sanggup untuk membuang perkataan Islam dalam sebarang slogan atau matlamat mereka hanya untuk memenuhi hasrat Anwar. Membangun Bersama Islam sudah menjadi lapuk dan digantikan dengan Pas for All. Matlamat Negara Islam digantikan dengan Negara Kebajikan. Tiada lagi perkataan Islam. PAS sanggup membuang perkataan Islam dan memeluk DAP yang sanggup mati untuk menghalang penubuhan Negara Islam dan perundangan Islam di Malaysia ini. Licik sungguh politik Anwar bukan?

Amalan politik PKR, PAS dan DAP yang hanya tahu menghina dan menyalahkan BN turut dikritik Dr Asri dengan menyatakan, “Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat”.

Ia bertepatan dengan apa yang diamalkan PKR, PAS dan DAP. Mereka hanya pandai kutuk-mengutuk, memaki-hamun dan menghina BN tanpa memberikan cadangan mahupun pandangan yang dapat menyenangkan hidup rakyat.

Politik buas PKR juga terbukti apabila mereka sanggup untuk pergi keluar Negara untuk memburukkan Malaysia. Bukan saja Anwar, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan ramai lagi tali barut mereka mengunjungi pelbagai Negara luar untuk menagih simpati politik.

Kesannya, ekonomi Negara akan terjejas apabila pelabur takut untuk melabur di Malaysia kerana telah digambarkan oleh pengkhianat-penghianat ini bahawa Malaysia seolah-olah Negara yang kucar kacir, tidak selamat dan merbahaya bagi mereka. Apabila pelabur tidak masuk dan ekonomi Negara terjejas, ini yang dimahukan Anwar. Ia dapat dijadikan modal untuk Pakatan menghentam BN. Buruk bukan amalan politik mereka?

Masalah akhlak dan peribadi yang melingkari Anwar juga menjadi punca beliau harus berhenti politik. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Ketua Pembangkang apatah lagi Perdana Menteri yang persepsi ke atas perilaku moral serta akhlak peribadinya rendah. Ini semua akan menjatuhkan imej Negara.

Penulis berpandangan, atas faktor-faktor inilah yang telah menyebabkan Dr Asri secara nyata menamakan Anwar agar berhenti politik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang.

Walau bagaimanapun, penulis 200% percaya, Anwar tidak akan mempedulikan langsung nasihat Dr Asri ini.

Namun begitu, penulis berharap agar Nik Aziz dan Kit Siang terbuka hati untuk meninggalkan Anwar sekalipun beliau tidak mahu berhenti politik. Kepentingan rakyat jauh lebih penting dari kepentingan politik peribadi Anwar yang busuk dan buas.

Semoga Allah menghindari Malaysia dari dipimpin oleh orang-orang sebegitu. Nauzubillah!

Isnin, 1 November 2010

Dr Asri: Sudah masanya Anwar berhenti politik!

Mahukah Anwar dengar cakap ahli agama ni?

Sebelum ni Anwar juga guna alasan ahli agama tak bagi beliau bersumpah laknat untuk balas sumpah Saiful.

Sekarang, ahli agama suruh dia berhenti politik.

Bagaimana pula Anwar nak putar belit dan kelentong?

Berikut tulisan Dr Asri yang penulis ambil dari blognya di sini.


Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.

2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.

Piala Malaysia di Galas: PAS kecut perut ribuan penyokong mereka kini di kubu BN!

Penulis dah kata dah!
Piala Malaysia yang dimenangi Kelantan akan terus dibawa ke Galas!

Artikel penulis pagi tadi (sini) mengenai persoalan sama ada ia akan diletakkan di kem UMNO atau PAS di Galas telahpun terjawab.

Terima kasih Papa Gomo yang berkongsi gambar di Galas melalui twitternya di sini dan sini!

PAS pasti kecut perut kerana menyaksikan begitu ramai pengundi termasuk penyokong mereka sendiri membanjiri kem UMNO untuk melihat piala yang dimenangi oleh Red Warrior!

Jentera BN apa lagi, kasi cucuk jarum Kawwww! Kawwwwwwww!

Syabas UMNO kelantan!

BN Menang, Rakyat Senang. PAS Menang, Kroni Kenyang!

Calon BN, Ku Li dan Tok Pa menjulang Piala Malaysia.
Calon PAS takda ke? Heheheheh


Ribuan hadirin penyokong Red Warriors termasuk penyokong tegar PAS tekun mendengar amanat dari Ku Li!


Ramai sungguh tu weh!
Yang ramai tu penyokong PAS tu!
Semua comfirm akan undi BN Khamis ni!
Kagum dengan kejayaan UMNO punya pasal!


Orang yang bertanggungjawab membawa Piala Malaysia pertama kali ke bumi Kelantan.
Kalau nak harap PAS, mimpi saja loh!

Jasa UMNO pasti akan dibalas pengundi Galas Khamis ini!

Takbirrrrrrr!

Punca sebenar PAS disingkirkan dari BN yang tidak pernah disentuh oleh Nik Aziz!


Sumber asal: RBF

Sebab sebenar PAS ditendang dari BN

Artikel ini agak panjang, harap rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun yang bertulisan biru (penulis telah kuningkan di dalam blog ini bagi disesuaikan dengan latar belakang) kerana perkara ini amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.


Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya ada mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas dari BN.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno Jasin dan Datuk Rozali Isohak.

Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.

Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977
(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini.

Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara.

Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.


Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.


Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.


Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan.

Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.


Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.


Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur.

Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya.

Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk.

Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas.

Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri.

Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik.

Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda.

Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya.

Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.


Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.


Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri. Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu.

Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya.

Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.


Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.


Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu?

Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional.

Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional?

Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat.

Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi.

Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu.

Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi.

Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.


Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu. UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara.

Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi.

Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.


Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."


FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

Antara Punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.


2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.


3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.


4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.


5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.


6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.


FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.


9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.


10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.


11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.


12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.


13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.


14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.


16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.


18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Kerana mulutnya suka berbohong sebab itulah yang menyebabkan mulut dia berdarah ketika dia sedang tidur. Klik sini

Setelah membaca ucapan penuh Tun Hussin, bulu roma saya jadi tegak, darah jadi berderau. Geramnya aku pada Pas tidak boleh nak dikatakan lagi. Ayuh rakan-rakan ku sekalian, kita harus bangkit menentang Pas habis-habisan. Perkara ini wajib dilakukan, kita harus menentang Pas sebagaimana kita menentang iblis dan syaitan. Kerana Pas lah punca kepada segala perpecahan di muka bumi ini. Pas jugalah yang menyebabkan fitnah berleluasa di negara ini.

Pas harus ditentang habis-habisan. Mulai hari ini saya sudah istihar tidak lagi menyokong sebarang kerjasama antara Pas dan Umno.Nyah Pas dari bumi ini.