Penulis menonton Awani 7.45 malam tadi (31 Julai 2010) dan untuk pengesahan, penulis menonton sekali lagi Buletin Awani jam 9.00 malam. Sah, Eli Wong mengatakan sejak beliau memperkenalkan di Selangor program Hari Tanpa Plastik setiap Sabtu sejak 9 Januari 2010, sebanyak 5 juta plastik telah dapat "diselamatkan".
Ini bermakna, sebanyak RM 1 juta (5 juta x 20 sen) telah dikumpulkan dari program ini. Persoalan yang ingin penulis bangkitkan ialah ke mana perginya RM 1 juta ini?
Tanpa prejudis, penulis cuba mencari maklumat di Internet ke mana disalurkan wang 20 sen yang dikutip dari setiap pengguna untuk setiap plastik yang diperlukan pada setiap hari Sabtu di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai yang menyertainya. Malangnya, tidak dijumpai!
Penulis tidak menemui langsung maklumat mana-mana syarikat yang menyertai program ini melaksanakan Obligasi Sosial mereka hasil dari wang 20 sen yang dikutip. Dalam blog rasmi program (sini) pun tiada. Bukan sedikit peniaga yang menyertainya (sini).
Jawapan samar yang penulis temui adalah melalui artikel Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009 (sini) yang menyatakan "Bayaran yang dikenakan akan disalurkan kepada tabung kebajikan yang tertakluk kepada tanggungjawab sosial setiap syarikat".
Dari kenyataan ini, penulis ingin membangkitkan dua persoalan:
Obligasi Sosial Peniaga Ditanggung Pengguna
Pertama, mengapa pula pengguna yang mendapatkan perkhidmatan perlu dibebankan dan perlu untuk menanggung kos Obligasi Sosial golongan peniaga? Walaupun niat program ini baik, tetapi ia menyusahkan pengguna. Sepatutnya pengguna tidak perlu dibebankan dengan caj 20 sen bagi setiap beg plastik tetapi sebaliknya pihak peniaga yang perlu diwajibkan untuk menyediakan paperbag atau apa-apa beg yang mudah dilupuskan. Itu tanggungjawab peniaga yang menyediakan perkhidmatan.
Pihak peniaga juga memperoleh untung yang lebih besar lagi kerana sebelum ini kos untuk Obligasi Sosial mereka diambil dari sebahagian keuntungan tetapi kini mereka menggunakan dari duit plastik yang dibayar pengguna bagi tujuan itu. Bukankah ini namanya menipu. Pengguna pula tolong bayarkan untuk Obligasi Sosial peniaga sedangkan jika dinamakan Obligasi, ia patut dilaksanakan mereka sendiri. Bijak sungguh kerajaan Selangor membela golongan peniaga dalam diam. Ada apa-apa kawtim ka dengan peniaga tu semua YB Eli?
Simpulan jelas menunjukkan Kerajaan Selangor lebih membela peniaga dari pengguna. Alasan alam sekitar ini sebenarnya metafora untuk mengaburkan mata rakyat. Yang diutamakan ialah peniaga, bukan pengguna, dan alam sekitar dijadikan alasannya.
Tiada Pemantauan dan Ke Mana Perginya
Persoalan kedua, apakah jaminan bahawa semua peniaga yang mengambil bahagian di dalam program ini akan melaksanakan Obligasi Sosial mereka? Bagaimana jika semua peniaga itu menyimpan sebahagian atau sepenuhnya wang yang diperolehi itu sebagai keuntungan perniagaan mereka? Adakah Eli memantau perkara ini? Mungkin wang plastik yang diterima itu disumbangkan kembali untuk program politik beliau dan DAP? Mungkinkah begitu?
Sebab itu penulis mendesak supaya Eli menjelaskan ke mana perginya wang RM 1 juta dari kutipan untuk harga plastik yang dibayar pengguna. Terangkan dengan jelas setiap syarikat yang menyertai program ini telah memperoleh berapa banyak kutipan dan berapakah yang telah dilaksanakan Obligasi Sosial. Jika ini pun Eli tak dapat buat, elok saja letak jawatan! Biar ADUN lain buat kerja. Buat malu Khalid Ibrahim saja! Dan satu lagi, jangan tahu dok jarah duit rakyat saja. Ketuk dulang paku serpih, mengata orang, hempa yang lebih!
Nota Kaki:
Negeri Kebajikan apa yang bela peniaga dan bukannya rakyat neh?