Bagaimana polis terpaksa untuk mendedahkan identiti pelakon video seks sedangkan pihak polis berulangkali menyatakan mereka tidak akan mendedahkannya? Baca kronologi berikut:
21 Mac 2011, Datuk T telah mendedahkan satu video seks yang melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.
22 Mac 2011, sehari selepas video seks didedahkan Datuk T, Anwar telah membuat laporan polis mendakwa beliau bukan orang yang mengongkek amoi Cina di dalam video berkenaan.
14 April 2011, Ketua Polis Negara memaklumkan polis telah mengenalpasti individu yang mengongkek amoi Cina di dalam video berkenaan. Namun KPN menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu tersebut. (sini)
Pelbagai pihak menuntut agar Polis mendedahkan identiti pelakon seks berkenaan untuk merungkai persoalan di benak masyarakat. Antara pihak yang mendesak ialah Ezam Mohd Noor, Zaid Ibrahim dan bekas balaci-balaci Anwar sendiri.
18 Mei 2011, Timbalan Ketua Polis Negara menegaskan tiada keperluan bagi pihak polis untuk mendedahkan individu pelaku dalam video seks kerana tiada peruntukan undang-undang. (sini)
Semalam, 19 Mei 2011, Timbalan Ketua Polis Negara sekali lagi mengulangi pendirian yang polis akan mengikut undang-undang dan tidak akan tuduk kepada desakan mana-mana pihak untuk mendedahkan identiti pelakon berkenaan. (sini)
Dan semalam juga (gambar), Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan seorang individu telah membuat laporan polis bahawa Anwar telah membuat laporan polis palsu pada 22 Mac 2011 yang menafikan beliau adalah pelakon seks berkenaan. Ia ada disiarkan oleh Buletin Utama malam tadi.
Ini bermakna,
Laporan polis oleh GAPS dan individu berkenaan akan menyebabkan polis terpaksa untuk menyiasat sama ada Anwar pada 22 Mac 2011 telah membuat laporan palsu atau tidak.
Keputusannya sudah pasti identiti pelakon itu terpaksa didedahkan oleh polis sama ada benar Anwar ataupun bukan!
Syabas aku ucapkan kepada GAPS dan individu berkenaan, pasti berita ini akan menciritkan Anwar dan penyokongnya!