Aku maleh la nak komen panjang-panjang. Nik Aziz dah lama patut berhenti rehat dari politik dah. Makin lama makin melalut. Dulu kata Tun M gila kuasa. Tapi dia sampai bertongkat masih lagi gila pegang jawatan. Cuba korang baca sendiri komen beliau dalam Sinar Harian hari ni:
Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.
“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya. --
Undi BN katanya tak masuk syurga. Undi DAP laknat tu comfirm syurgakah? Sokong PKR penyokong LGBT tu comfirm syurgakah? Kalau PAS memang tak boleh nak kata apalah. Dari dulu lagi dok jaja benda tu.
Kalau PRU13 undi Pakatan yang ada Karpal, orang yang suruh langkah mayat untuk laksana undang-undang Islam kat Malaysia ni pun senang-senang boleh masuk syurga?
Murah benar nilai syurga bagi puak-puak pakatan ni! Haprak sungguh!