Selasa, 1 Februari 2011

Tahukah anda Saiful sumpah laknat ke atas dirinya sendiri, bukan untuk Anwar?


Apabila Pahang Daily Online (PDO), lidah pembangkang yang sering mencela dan menghina Saiful Bukhari kerana bersumpah laknat pada Ogos 2008 mengaku dan memohon maaf kerana telah melemparkan fitnah ke atas Saiful dengan mempertahankan Anwar sebelum ini (sini) ramai di kalangan penyokong PKR, PAS dan DAP mula jadi bengong. Mereka kebengongan kerana sebelum ini bermati-matian mempercayai dan mempertahankan apa saja yang ditulis PDO membela Anwar tanpa usul periksa.

Tetapi apabila secara tiba-tiba PDO memohon maaf, menarik balik artikel-artikel fitnah kepada Saiful malah yang lebih mengejutkan lagi, akan mengambil sikap berkecuali dan tidak akan memihak lagi kepada Anwar dalam isu kes liwatnya, persoalan yang tidak pernah terjangka untuk ditanya kepada diri mereka sendiri mula berlegar hari demi hari, ADAKAH INI MENANDAKAN ANWAR SEMEMANGNYA MELIWAT SAIFUL?

Sebenarnya ramai di kalangan penyokong PKR, PAS dan DAP malah sebilangan penyokong BN tidak mengetahui sebenarnya Saiful bersumpah laknat ke atas dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim. Saiful bersumpah dirinya rela dilaknat oleh Allah sekiranya beliau berdusta. Saiful bukannya bersumpah mohon Allah melaknat Anwar. Cuba baca sumpah Saiful sebagaimana yang dilafazkannya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008:

“Saya Mohd Saiful Azlan, WAUALLAHI, WABILLAHI, WATAUALAHI, dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta oleh Allah SWT dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke Kiamat. Wallahualam”


Bukankah jelas bahawa sumpah laknat berkenaan ditujukan kepada dirinya sendiri, bukan untuk Anwar. Jadi, mengapa Anwar dan penyokong pembangkang menggelupur tak tentu pasal mempertikai sumpah Saiful berkenaan? Bukankah mempertikai sumpah Saiful itu sebenarnya langkah untuk menutup sumpah yang dilafazkan Saiful? Sampai dikatakan tokoh-tokoh Islam dunia lah kononnya yang tak bagi Anwar bersumpah. Mengapa tak diceritakan kepada tokoh-tokoh Islam berkenaan bahawa Saiful bersumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar?

Sepatutnya Anwar boleh menutup sebahagian isu liwatnya dengan bersumpah laknat bahawa beliau tidak meliwat Saiful sebagaimana didakwa dan rela menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah sekiranya berdusta. Bukannya perlu bersumpah laknat untuk Saiful tetapi sumpah laknat untuk diri sendiri jika berdusta. Itu saja yang perlu Anwar lakukan. Tetapi, mengapa Anwar tak buat. Takut sumpah makan diri?

Ternyata, semakin hari semakin terserlah kebenaran. Anwar dan partinya ditimpa masalah tak sudah-sudah. Dari ahli parlimen, pemimpin dan penyokong keluar parti, kalah pilihanraya kecil sehinggalah pembubaran ranting dan cabang, semuanya berlaku selepas Saiful bersumpah laknat. Adakah ini sebenarnya petanda bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful? Hanya Allah, Anwar dan Saiful yang mengetahuinya.

Aku percaya sepandai-pandai tupai melompat dan mengalihkan perhatian, satu hari nanti pasti akan terkantoi dan jatuh ke tanah juga. Cuma persoalannya, lambat atau cepat saja. Semestinya, aku tak sabar menantikan saat itu! Pasti seluruh dunia juga tertunggu-tunggu!

5 ulasan:

  1. Cantik, UMA angkat ibu jari.

    agbr47: Kata orang pas di PRK Tenang; "Jangan tak percaya power of doa".

    BalasPadam
  2. Ye betul, mungkin ada gulongan pembangkang yg tersilap fikir ttg sumpah laknat nih padahal sumpah itu dilafazkan untuk menyatakan jika Saiful berbohong ttg isu liwat tersebut dia redha dan rela dilaknat oleh Allah SWT...cuba kita fikirkan, adakah manusia yang berdusta atau berbohong berani dan redha dilaknakti Allah?

    Semuanya telah terjawab disini sebenarnya...hanya yang hati yg telah gelap dan penuh musibat yang masih tak mau terima akan kenyataan atau pun masih dalam denial stage lagi...

    Apa2pun, sama2 kita terus berdoa kehadrat Ilahi, agar insyaAllah kebenaran itu akan menjelma walaupun mengambil masa....

    BalasPadam
  3. salam bro. tolonglah linkkan blog teman pada blog bro. teman pun dah buat benda yang sama. bersamalah kita menentang penjajahan jahat DAP atas orang melayu! tq bro!

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!