Selepas NGO India menentang penggunaan perkataan PARIA dalam novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, hari ini muncul pula NGO Cina (Dewan Perhimpunan Cina KL/Selangor - KLSCAH) yang membantah penggunaannya sebagai teks sastera sekolah menengah (sini). Penentangan ini dilakukan kerana NGO Cina merasakan Interlok "menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang".
Agak menghairankan apabila Interlok yang ditulis Abdullah dalam peraduan menulis novel 10 tahun kemerdekaan negara anjuran DBP pada tahun 1967 langsung tidak dibantah sebelum ini. Tetapi secara tiba-tiba apabila novel yang ditulis lebih 40 tahun dulu diangkat sebagai teks sastera sekolah, pelbagai isu perkauman cuba dimainkan oleh NGO India dan Cina.
Nampaknya, novel yang mahu digunakan untuk menyemarakkan rasa sayangkan negara di kalangan pelajar semua kaum ini telah dijadikan isu perkauman oleh NGO India dan NGO Cina. NGO Cina bersikap rasis apabila mengatakan Interlok cuba menanamkan elemen ketuanan Melayu dan cuba membrainwash kepala otak pelajar!
Mengapa NGO India dan NGO Cina ini begitu takutkan hakikat sejarah sebenar dan asal usul keturunan mereka? Mengapa NGO India malu untuk mengakui bahawa orang-orang India di Malaysia hari ini sememangnya berasal dari Tanah Besar India? Mengapa NGO Cina tidak mahu mengakui bahawa orang-orang Cina di Malaysia hari ini sememangnya berasal dari Tanah Besar China? Adakah apabila orang-orang Melayu mengatakan hakikat dan kebenaran ia merupakan satu penghinaan kepada orang India dan Cina?
Apa yang menjelekkan lagi ialah apabila NGO berkenaan yang mengakui mengetahui novel berkenaan telah berusia lebih 40 tahun mendakwa ia "cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu"". Bukankah bodoh NGO Cina ni? Apa nama asal negara ni? Bukankah Tanah Melayu? Kalau dalam bahasa Inggerisnya MALAYLAND (Tanah Thai = Thailand)! Itu belum cukup untuk menggambarkan negara ini asalnya milik orang Melayu?
Dikatanya lagi, Interlok membawa mesej "Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia"! Soalnya adakah 1Malaysia yang dilaungkan itu akan mengenepikan hakikat sebenar keturunan dan sejarah pembentukan negara? 1Malaysia bukan itu macam la apek!
Aku lihat, niat murni kerajaan untuk mengangkat Interlok sebagai alat perpaduan telah ditukar menjadi alat perkauman oleh NGO Cina dan NGO India hanya semata-mata mereka tidak mahu menerima hakikat keturunan mereka berasal dari luar Tanah Melayu. Ia disemarakkan lagi oleh PAS dan PKR yang sememangnya bersikap opportunist untuk mengambil apa saja peluang yang dapat memberikan pulangan politik kepada mereka.
Mungkin jika kerajaan tak layan NGO India untuk gugurkan perkataan PARIA sebelum ini, isu rasis oleh NGO Cina ini mungkin tidak berbangkit. Ataupun mungkin, isu rasis ini sengaja dibangkitkan oleh puak-puak pakatan kerana bagi mereka, apabila kerajaan berjaya menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh NGO India, maka mereka tidak lagi akan memperoleh keuntungan politik. Sebab itu mereka mencipta pula isu rasis ini agar ia berterusan memberikan keuntungan berpanjangan.
Buat rakan-rakan India dan Cina, janganlah termakan dengan agenda jahat pihak-pihak yang berkepentingan itu. Orang-orang Melayu hari ini tidak pernah pun membangkitkan isu kalian semua adalah pendatang atau berasal dari Tanah Besar India dan Cina. Yang membangkitkan perkara berkenaan sebenarnya ialah DAP, PKR dan PAS yang cuba untuk menggambarkan UMNO bersifat rasis. Hakikatnya, rasis itu adalah ciptaan puak-puak pakatan dan agen-agen mereka.
Orang-orang Melayu sedar, rakan-rakan India dan Cina hari ini adalah warganegara Malaysia. Sama seperti kami juga. Walaupun berasal dari Tanah Besar China dan Tanah Besar India, kalian hari ini juga berhak hidup di bumi bernama Malaysia ini. Orang Melayu tidak pernah menafikan perkara itu!
sangat setuju dengan ko bro. sememangnya yang selalu membangkit isu rasis adalah DAP dan PKR.
BalasPadamSaya sangat setuju dengan ulasan tuan. sejarah tetap sejarah! samada ianya baik,buruk,pahit,.manis, dan tiada satu pun di dalam dunia ini dapat mengubahnya. sentimen rasis ini sangat berbahaya kepada negara kita. Orang yang tak mahu mengenang asal usulnya dan sejarah keturunannya adalah orang yang bongkak dan sombong macam firaun. tak gitu?
BalasPadamnanti mesti diaorang nak tukar ching peng sebagai pendekar malaya, tungguuuu....
BalasPadamsalahnya orang melayu sendiri yang bermurah hati berkongsi kuasa dengan mereka sejak merdeka...lagi sekarang kerana kuasa letak pada undi. orang melayu terkantoi dan menjadi tali barut yang nyata siapa melayu yang bernama RASHID MAIDIN??????Bukalah sejarah melayu pertualang bangsa ini biar generasi muda sekarang tak buta sejarah.
BalasPadamSetuju sekali! Kita tidak boleh nafikan sejarah kita! http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm
BalasPadam