Rabu, 10 Ogos 2011

Jika anda sayangkan Islam, luangkan masa 2 minit untuk report group promosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook! Langkah-langkah ada di sini!

Tulisan ni aku amek dari blog Nota Kanan. Cuba korang baca komen-komen yang hina Allah dan Rasulullah tu. Rasa menidih darah aku. Aku dah report pada Admin Facebook. Tak sampai seminit pun aku buat. Korang tunggu apa lagi? Ketepikan seketika politik kepartian. Tak kira la engkau tu UMNO, PAS atau PKR, kalau sayangkan Islam, tolonglah report sama. Ini soal akidah anak cucu kita.


6 langkah mudah untuk laporkan group mempromosi murtad di Malaysia kepada Admin Facebook. Mohon laksana dan sebarkan!

Klik pada gambar untuk membaca komen-komen menghina Islam

Pertama sekali saya ingin bertanya, apakah perasaan anda setelah membaca komen-komen di atas? Marah, sakit hati atau tidak berasa apa-apa?

Sebenarnya, itulah "keterbukaan" yang cuba ditonjolkan oleh golongan murtad yang mempelopori usaha untuk mempromosikannya di negara ini melalui Facebook. Saya telah mengulas perkara ini di dalam posting terdahulu.

Hari ini, saya telah menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan PDRM untuk mendapatkan status tindakan mereka terhadap aduan saya mengenai kewujudan group yang mempromosikan murtad ini.


Jawapan yang diterima dari pegawai SKMM yang bertanggunjawab untuk mengendalikan aduan saya sedikit mengecewakan kerana mereka tidak dapat menyekat group berkenaan berdasarkan kepada URLnya memandangkan tindakan berkenaan akan menyebabkan aplikasi Facebook tersekat sepenuhnya 100% tanpa boleh dilayari langsung di negara ini. Ini disebabkan group, page atau apa saja aplikasi yang ada di dalam Facebook hanya menggunakan satu IP yang sama untuk masuk ke Malaysia. Jika IP itu disekat, semua sekali tersekat.

Walau bagaimanapun, pegawai berkenaan memaklumkan pihak SKMM akan menghantar surat kepada Administrator Facebook agar menutup group tersebut. Namun, keputusan sama ada pihak Facebook mahu menutupnya ataupun tidak, ia terpulang kepada mereka.

Nampaknya, kita (SKMM/ Malaysia) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat "kebebasan bersuara" yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang mereka. Inilah hakikat sisi negatif globalisasi yang kita terpaksa terima!

Menurut pegawai PDRM dari IPD Serdang yang mengendalikan kes ini pula, pihak mereka telah memanjangkan perkara ini kepada SKMM untuk tindakan lanjut dan PDRM menyiasat aduan ini dalam konteks yang berbeza berbanding SKMM. Memandangkan ia masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis, saya tidak akan mengulas lanjut.

Selain mengharapkan tindakan pihak berkuasa, sebagai pengguna Facebook, saya merayu kepada rakan-rakan pembaca sekalian untuk mengambil 6 langkah mudah berikut untuk Report Group berkenaan kepada Administrator Facebook. 6 langkah ini amat mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai dua minit. Pihak Administrator Facebook akan menutup group berkenaan jika ramai pengguna Facebook yang melakukannya.

Langkah 1
Pastikan anda telah log-in ke akaun Facebook. Klik URL berikut http://www.facebook.com/groups/117676498244829/ untuk ke group bernama Murtads in Malaysia and Singapore.

Langkah 2
Scroll page group berkenaan ke bawah sehingga jumpa perkataan Report Group seperti dalam gambar berikut dan klik perkataan Report Group tersebut.


Langkah 3
Selepas paparan seperti di bawah muncul, pilih perkataan Hate speech dan Targets a religious group. Seterusnya klik Continue.


Langkah 4
Selepas paparan seperti di bawah muncul, Check (tandakan) pada kotak ayat Message the administrators of this group dan kotak ayat Report to Facebook.
Seterusnya, klik Continue.


Langkah 5
Selepas paparan seperti di bawah muncul, Check (tandakan) pada kotak nama Elias Hakimi. Inilah orangnya yang menjadi Administrator group berkenaan.
Seterusnya, klik Continue.


Langkah 6
Selepas paparan di bawah muncul, klik Continue.


Mesej berikut akan muncul sebagai tanda report anda telah dihantar kepada Administrator Facebook dan Administrator Group berkenaan.



Mohon panjangkan kepada rakan-rakan Facebook lain sama ada dengan publish URL blog ini di wall, emelkan kepada mereka, masukkan artikel ini di blog atau apa saja kaedah yang bersesuaian asalkan ribuan pengguna Facebook Muslim yang ada di Malaysia dapat mengambil tindakan ini.

Semoga sedikit usaha kita ini akan diberkati oleh Allah SWT.

Wassalam.

Sumber: Nota kanan

1 ulasan:

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!