
Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Malik, beliau turut menghentam BN kerana kononnya mengada-adakan cerita mengenai bacaan doa yang menggantikan nama Agong dengan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu. Ianya dilaporkan oleh Malaysiakini di dalam artikel bertajuk Khutbah: K’jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong (sini).
Penulis merasakan Malik sebenarnya terpaksa ataupun dengan lebih tepat lagi dipaksa oleh Guan Eng untuk menafikan perkara berkenaan. Maklumlah, nak jaga nama katakan. Malik pula mana berani nak lawan Guan Eng. Yalah, dia jadi Exco Hal-Ehwal Agama pun atas ehsan komunis moden tu.
Jawatan Exco Hal-Ehwal Agama sepatutnya disandang oleh wakil rakyat PAS yang menang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Salleh Man. Ia dijanjikan oleh Guan Eng dan Anwar Ibrahim untuk diberikan kepada Salleh jika menang pilihan raya kecil berkenaan. Tapi selepas memenanginya, sampai sekarang habuk pun tarak. Penyokong dan pengundi PAS pula merelakan saja diperbodoh dan ditipu Guan Eng dan Anwar. Apa punya turrr daaa...
Berbalik kepada pembelaan Malik, alasan yang diberikan untuk menafikan berlakunya kejadian berkenaan ialah di dalam teks khutbah yang dikeluarkan kerajaan negeri tiada pun dinyatakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang Dipertuan Agong. Kah kah kah... bangangnya Malik ni.
Hang tengok teks memang la takdak. Itu teks hempa yang sendiri buat. Hang boleh jamin ka khatib tu baca 100% apa yang ada dalam teks tu? Hang boleh jamin ka khatib sebut nama Agong dan bukannya Guan Eng? Apa punya malang orang Melayu Pulau Pinang dapat orang yang jaga agama Islam bangang macam ni. Adoila....
Begitulah episod terbaru celakanya pentadbiran Pakatan Haram di Pulau Pinang. Kepada penyokong PAS khususnya, bangunlah menentang kecelakaan Guan Eng ini. Dua rakan anda telah meluahkan perasaan mereka dengan memaki hamun kepala komunis moden ini di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang, Pulau Pinang. Ceritanya di sini dan gambarnya pula di sini.
Mari kita perambat Guan Eng keluar Pulau Pinang. Biar anak jati Pulau Pinang yang jadi Ketua Menteri. Tapi masalahnya dalam Pakatan Haram mana ada anak jati Pulau Pinang? Semuanya dari luar!