Rabu, 30 Mac 2011

Interlok: Apabila segelintir Cina & India malu mengakui asal usul

Selepas NGO India menentang penggunaan perkataan PARIA dalam novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, hari ini muncul pula NGO Cina (Dewan Perhimpunan Cina KL/Selangor - KLSCAH) yang membantah penggunaannya sebagai teks sastera sekolah menengah (sini). Penentangan ini dilakukan kerana NGO Cina merasakan Interlok "menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang".

Agak menghairankan apabila Interlok yang ditulis Abdullah dalam peraduan menulis novel 10 tahun kemerdekaan negara anjuran DBP pada tahun 1967 langsung tidak dibantah sebelum ini. Tetapi secara tiba-tiba apabila novel yang ditulis lebih 40 tahun dulu diangkat sebagai teks sastera sekolah, pelbagai isu perkauman cuba dimainkan oleh NGO India dan Cina.

Nampaknya, novel yang mahu digunakan untuk menyemarakkan rasa sayangkan negara di kalangan pelajar semua kaum ini telah dijadikan isu perkauman oleh NGO India dan NGO Cina. NGO Cina bersikap rasis apabila mengatakan Interlok cuba menanamkan elemen ketuanan Melayu dan cuba membrainwash kepala otak pelajar!

Mengapa NGO India dan NGO Cina ini begitu takutkan hakikat sejarah sebenar dan asal usul keturunan mereka? Mengapa NGO India malu untuk mengakui bahawa orang-orang India di Malaysia hari ini sememangnya berasal dari Tanah Besar India? Mengapa NGO Cina tidak mahu mengakui bahawa orang-orang Cina di Malaysia hari ini sememangnya berasal dari Tanah Besar China? Adakah apabila orang-orang Melayu mengatakan hakikat dan kebenaran ia merupakan satu penghinaan kepada orang India dan Cina?

Apa yang menjelekkan lagi ialah apabila NGO berkenaan yang mengakui mengetahui novel berkenaan telah berusia lebih 40 tahun mendakwa ia "cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu"". Bukankah bodoh NGO Cina ni? Apa nama asal negara ni? Bukankah Tanah Melayu? Kalau dalam bahasa Inggerisnya MALAYLAND (Tanah Thai = Thailand)! Itu belum cukup untuk menggambarkan negara ini asalnya milik orang Melayu?

Dikatanya lagi, Interlok membawa mesej "Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia"! Soalnya adakah 1Malaysia yang dilaungkan itu akan mengenepikan hakikat sebenar keturunan dan sejarah pembentukan negara? 1Malaysia bukan itu macam la apek!

Aku lihat, niat murni kerajaan untuk mengangkat Interlok sebagai alat perpaduan telah ditukar menjadi alat perkauman oleh NGO Cina dan NGO India hanya semata-mata mereka tidak mahu menerima hakikat keturunan mereka berasal dari luar Tanah Melayu. Ia disemarakkan lagi oleh PAS dan PKR yang sememangnya bersikap opportunist untuk mengambil apa saja peluang yang dapat memberikan pulangan politik kepada mereka.

Mungkin jika kerajaan tak layan NGO India untuk gugurkan perkataan PARIA sebelum ini, isu rasis oleh NGO Cina ini mungkin tidak berbangkit. Ataupun mungkin, isu rasis ini sengaja dibangkitkan oleh puak-puak pakatan kerana bagi mereka, apabila kerajaan berjaya menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh NGO India, maka mereka tidak lagi akan memperoleh keuntungan politik. Sebab itu mereka mencipta pula isu rasis ini agar ia berterusan memberikan keuntungan berpanjangan.

Buat rakan-rakan India dan Cina, janganlah termakan dengan agenda jahat pihak-pihak yang berkepentingan itu. Orang-orang Melayu hari ini tidak pernah pun membangkitkan isu kalian semua adalah pendatang atau berasal dari Tanah Besar India dan Cina. Yang membangkitkan perkara berkenaan sebenarnya ialah DAP, PKR dan PAS yang cuba untuk menggambarkan UMNO bersifat rasis. Hakikatnya, rasis itu adalah ciptaan puak-puak pakatan dan agen-agen mereka.

Orang-orang Melayu sedar, rakan-rakan India dan Cina hari ini adalah warganegara Malaysia. Sama seperti kami juga. Walaupun berasal dari Tanah Besar China dan Tanah Besar India, kalian hari ini juga berhak hidup di bumi bernama Malaysia ini. Orang Melayu tidak pernah menafikan perkara itu!

Isnin, 28 Mac 2011

Anwar Kongkek Amoi: Bukti Facebook tak boleh pakai. Rupanya faktor DST!


Aku nak tergelak guling-guling baca kenyataan bodoh dari Pengarah Strategik Komunikasi PKR, Rafizi Ramli yang mengemukakan bukti kononnya Anwar tak kongkek amoi seperti yang didedahkan Datuk T dalam video panas sebaliknya ketika itu Anwar tengah stim dok layan Facebook. Waklalalala. Apa punya bodoh PKR lantik orang macam ni jadi Pengarah Strategik.

Aku ingat nak tulis kebodohan dia ni waktu awal-awal Malaysiakini posting cerita tu (sini) tapi oleh kerana ada hal yang mendesak, aku KIV dulu.

Hari ni, Blog MIM sendiri dah keluarkan cerita untuk menjawab bukti bodoh PKR tu (sini). Selain tu, ada juga seorang rakan blogger bukan Melayu (aku rasa) yang turut mengulas perkara berkenaan (sini). Ulasan mereka menjelaskan apa yang cuba dibuktikan oleh PKR itu adalah tidak benar!

Ini hal basic la pencacai PKR oi. Perkara Daylight Saving Time (DST) pun hempa tak tau. Macam mana nak urus negara? Adeh la....

Terbukti Anwar memang hilang 2 jam. Dan waktu dua jam itu adalah ketika Lelaki Y sedang sibuk mengonkek Amoi sebagaimana yang dirakamkan oleh 4 buah kamera....

Kesimpulannya, cubaan putar belit PKR tidak berjaya kerana sebagaimana yang diperkatakan Saiful, "Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh".

Adakah ini petanda sumpah laknat Saiful menunjukkan kebenaran?

Ahad, 20 Mac 2011

WIFI: Guan Eng lidah biawak putar belit lagi!


Malaysiakini melaporkan di sini Guan Eng lidah biawak menyalahkan Bernama dan NST kerana mengatakan kerajaan Pulau Pinang pimpinannya tidak akan memberikan kemudahan WIFI kepada rakyat yang tinggal di kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

Si Lidah Biawak tu juga kecam pemimpin BN kerana memainkan isu berkenaan. Dia bermati-matian mengatakan kerajaan Pakatan Haramjadah tidak akan berbuat demikian. Itu hanyalah cerita yang diada-adakan media.

Menariknya dalam artikel yang sama di Malaysiakini, terang-terang ditulis bahawa "Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan," Ooi dipetik sebagai berkata dalam akhbar The Star.

Apa yang sebenarnya nak diputar belit oleh Guang Eng ni? Masih tak mau mengaku walaupun Jeff Ooi sendiri yang mengeluarkan kenyataan tu? Lihat gambar di atas yang aku ambil dari blog Media Permatang Pauh. Ini bukan bukti ka kerajaan hang memang tak mau bagi kepada Parlimen BN?

Aduh.... Apalah punya malang orang Penang dapat KM dari Melaka yang lidah biawak macam ni. Guan Eng bangang oi, sudah-sudah la buat kenyataan putar belit nak menipu orang Penang. Semua orang dah sedaq hang tu lebih komunis dari komunis. Nak rakyat undi DAP dulu baru nak dapat WIFI? Kedai mamak pun boleh dapat WIFI free la bodoh! Tuih!

Ahad, 13 Mac 2011

Sumpah tak mahu, Serah DNA pun tak mahu! Sah Anwar adalah Mr Y!


Berani kerana benar, takut kerana salah! Pepatah mudah yang bukan saja disebut dan difahami oleh orang-orang tua malah budak darjah 1 pun tahu apa maksud pepatah berkenaan.

Anwar bukan saja tidak mahu bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful malah tidak mahu menyerahkan darah untuk ujian DNA bagi melihat sama ada ia padan atau tidak dengan DNA Mr Y yang pancut dalam lubang bontot Saiful.

Kalau betul engkau tak liwat Saiful, beri sajalah DNA tu! Sumpah cara Islam tak mahu, nak buktikan cara saintifik pun tak mahu. Mengapa berdolak dalik dan mengelak?

Semua orang dah nampak la Anwar. Hatta penyokong kau sendiri apatah lagi penjilat-penjilat PAS. DAP dah lama tahu. Kalau engaku tak bersalah, kenapa tak bersumpah? Kenapa takut buat ujian DNA?

Berani kerana benar, takut kerana salah!

Jumaat, 11 Mac 2011

KDN & SKMM buat bodoh bila Sultan Selangor dituduh berzina oleh blogger Pakatan. Astagfirullah!


Rakan blogger Darul Ehsan Today dan Panglima Perang Siber membangkitkan mengenai isu blog Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan fitnah menuduh Sultan Selangor berzina dengan Kavita Kaur. Astagfirullah.

Blog haramjadah berkenaan ialah Asia, Malaysia, Tech & World Blog dan Blog Pakatan Rakyat.

Inilah satu budaya politik baru yang diamalkan puak-puak Anwar yang disokong PAS untuk mendapat kuasa.

Korang nilai la sendiri bagaimana tahap penghinaan penyokong Anwar, Nik Aziz dan Kit Siang ni kepada Raja-raja Melayu. Siap ada komen dalam tu nak hapuskan sistem negara sekarang dan nak tukar kepada republik bila mereka berkuasa.

Buat Menteri KDN dan Menteri SKMM, takkan buat bangang dan bodoh saja kot? Sampai tahap mana lagi Kedaulatan Raja, Melayu dan Islam dihina baru nak ambil tindakan? Tolonglah!

Rabu, 9 Mac 2011

Konsert Ning Baizura: Awas rakyat Pulau Pinang, IC anda akan diperguna DAP, PKR dan PAS!

Rakyat Pulau Pinang yang berhasrat untuk menghadiri konsert Ning Baizura yang dianjurkan oleh PAS, PKR dan DAP 12 Mac ini di PISA harus berhati-hati kerana kerajaan Guan Eng akan mempergunakan kad pengenalan anda semua untuk tujuan politik.

Aku percaya, kad pengenalan hempa semua ni akan digunakan untuk didaftar sebagai pengundi bagi yang belum mendaftar dan seterusnya bagi yang dah daftar, akan didaftarkan sebagai balaci-balaci pakatan haramjadah tu la.


Kalau nak layan konsert Ning tu hempa punya pasal la tapi kalau balaci-balaci pakatan haramjadah tu minta IC apatah lagi nak fotostat buat salinan. JANGAN sesekali bagi! Kalau tidak, mau terkejut hempa dah jadi ahli DAP, PKR atau PAS. Ini la taktik yang dibuat sebelum-sebelum ni untuk tunjukkan penyokong depa dah ramai! Sedangkan hakikatnya tuan punya badan pun tak tau bila depa didaftar!

Apa yang menarik mengenai konsert Ning ni, ia dianjurkan oleh Pakatan Haramjadah yang disokong PAS. Hempa tau tak sapa yang urus konsert ni? YB Malek weh! Exco yang jaga Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang! Memang melingkup la Melayu Islam bawah depa ni. Tu pun hempa tak sedaq-sedaq lagi?

Orang luaq Pulau Pinang jangan hairan pulak. Kalau lepas ni hempa pi melancong Penang nak masuk toilet pun nak kena serah IC. Maklum la PAS, PKR dengan DAP nak ramaikan ahli weh!

Jangan lupa baca juga cerita ni di Pisau.net dan Pejuang Bangsa!

Selasa, 1 Februari 2011

Tahukah anda Saiful sumpah laknat ke atas dirinya sendiri, bukan untuk Anwar?


Apabila Pahang Daily Online (PDO), lidah pembangkang yang sering mencela dan menghina Saiful Bukhari kerana bersumpah laknat pada Ogos 2008 mengaku dan memohon maaf kerana telah melemparkan fitnah ke atas Saiful dengan mempertahankan Anwar sebelum ini (sini) ramai di kalangan penyokong PKR, PAS dan DAP mula jadi bengong. Mereka kebengongan kerana sebelum ini bermati-matian mempercayai dan mempertahankan apa saja yang ditulis PDO membela Anwar tanpa usul periksa.

Tetapi apabila secara tiba-tiba PDO memohon maaf, menarik balik artikel-artikel fitnah kepada Saiful malah yang lebih mengejutkan lagi, akan mengambil sikap berkecuali dan tidak akan memihak lagi kepada Anwar dalam isu kes liwatnya, persoalan yang tidak pernah terjangka untuk ditanya kepada diri mereka sendiri mula berlegar hari demi hari, ADAKAH INI MENANDAKAN ANWAR SEMEMANGNYA MELIWAT SAIFUL?

Sebenarnya ramai di kalangan penyokong PKR, PAS dan DAP malah sebilangan penyokong BN tidak mengetahui sebenarnya Saiful bersumpah laknat ke atas dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim. Saiful bersumpah dirinya rela dilaknat oleh Allah sekiranya beliau berdusta. Saiful bukannya bersumpah mohon Allah melaknat Anwar. Cuba baca sumpah Saiful sebagaimana yang dilafazkannya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008:

“Saya Mohd Saiful Azlan, WAUALLAHI, WABILLAHI, WATAUALAHI, dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta oleh Allah SWT dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke Kiamat. Wallahualam”


Bukankah jelas bahawa sumpah laknat berkenaan ditujukan kepada dirinya sendiri, bukan untuk Anwar. Jadi, mengapa Anwar dan penyokong pembangkang menggelupur tak tentu pasal mempertikai sumpah Saiful berkenaan? Bukankah mempertikai sumpah Saiful itu sebenarnya langkah untuk menutup sumpah yang dilafazkan Saiful? Sampai dikatakan tokoh-tokoh Islam dunia lah kononnya yang tak bagi Anwar bersumpah. Mengapa tak diceritakan kepada tokoh-tokoh Islam berkenaan bahawa Saiful bersumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar?

Sepatutnya Anwar boleh menutup sebahagian isu liwatnya dengan bersumpah laknat bahawa beliau tidak meliwat Saiful sebagaimana didakwa dan rela menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah sekiranya berdusta. Bukannya perlu bersumpah laknat untuk Saiful tetapi sumpah laknat untuk diri sendiri jika berdusta. Itu saja yang perlu Anwar lakukan. Tetapi, mengapa Anwar tak buat. Takut sumpah makan diri?

Ternyata, semakin hari semakin terserlah kebenaran. Anwar dan partinya ditimpa masalah tak sudah-sudah. Dari ahli parlimen, pemimpin dan penyokong keluar parti, kalah pilihanraya kecil sehinggalah pembubaran ranting dan cabang, semuanya berlaku selepas Saiful bersumpah laknat. Adakah ini sebenarnya petanda bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful? Hanya Allah, Anwar dan Saiful yang mengetahuinya.

Aku percaya sepandai-pandai tupai melompat dan mengalihkan perhatian, satu hari nanti pasti akan terkantoi dan jatuh ke tanah juga. Cuma persoalannya, lambat atau cepat saja. Semestinya, aku tak sabar menantikan saat itu! Pasti seluruh dunia juga tertunggu-tunggu!

Khamis, 27 Januari 2011

Tenang: Nik Aziz sign autograf di bendera DAP sebagai tiket untuk ke "Syoerga"

DAP tak perlu risau lagi. Kini mereka "kompem" dah ke "syoerga". Nik Aziz sendiri dah beri "kelulusannya". Kelulusan khas ini diperoleh di Tenang, sewaktu kempen pilihan raya. Dulu di Galas sogok duit kepada pengundi orang Asli. Sekarang di Tenang, sogok sign saja dah cukup. Maklum la, boleh ke "syoerga" Nik Aziz, masakan DAP tak mahu.

Mungkin Nik Aziz dah lupa agaknya, maklum la dia pun uzur, DAP melalui Pengerusinya sehingga ke hari ini masih belum menarik balik ungkapan jika nak menubuhkan negara Islam, undang-undang Islam, langkah mayat mereka (DAP) dahulu. Dah berapa puluh tahun Karpal cakap tu.

Tapi aku tak rasa Nik Aziz lupa. Nik Aziz saja buat-buat lupa. Kalau Nik Aziz tak buat-buat lupa, macam mana dia nak dapat undi pengundi DAP di Tenang. Macam mana Nik Aziz nak merasa kerusi Menteri lepas PRU akan datang. Macam mana dia nak sedapkan hati penyokong PAS dengan kemenangan jika tanpa undi DAP. Sebab tu Nik Aziz buat-buat lupa.

Tony Pua mungkin teramat gembira kerana boleh ke syoerga Nik Aziz. Sebab tu dia tweetkan gambar tu di sini. Pasti Tony Pua dan penyokong DAP di Tenang tak gusar lagi. Walaupun mereka menentang Islam, tetapi tetap boleh ke syoerga. Untungnya Tony Pua. Untungnya DAP kan? Untungnya....

Rabu, 26 Januari 2011

Nilai-nilai Islam terus diserang oleh DAP dan PKR. PAS buat apa?

DAP dan PKR terus mencabar kedudukan Islam di negara ini. Apa yang menyedihkan, ada pula orang Islam sendiri yang sanggup butakan mata dan menghalalkan tindakan mereka semata-mata demi untuk berkuasa.

Dulu, tiada siapa berani untuk mempersoalkan mengenai nilai-nilai Islam yang ada di negara ini melainkan DAP. Tetapi sebaik saja tertubuhnya PKR (dulunya PKN) , satu demi satu perkara yang berkaitan dengan Islam dan Melayu dipersoal dan dihina. Ditambah buruk lagi, selepas PRU 2008 yang menyaksikan PAS memeluk erat DAP melalui abang besarnya PKR, maka semakin bertambah dan naik tocanglah orang bukan Islam yang mahu mempertikaikan mengenai kedudukan Islam dan nilai-nilai yang dibawanya. Yalah, parti yang kononnya memperjuangkan Islam sendiri halalkan dan tak melarang. Makin beranilah mereka.

Satu contoh terbesar ialah apabila mereka sanggup menghalalkan orang bukan Islam mempermainkan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah politik. Lepas tu penceramah bukan Islam tu siap sebut Takbirrrrrrrrr! Yang orang Islam pembangkang pula sambut dengan Allahuakbar!

Kalau dilihat dari aspek positif memang la positif sebab mereka menggunakan ayat-ayat Allah. Semua orang boleh menggunakannya. Tetapi apa yang jelas dan nyata ialah mereka menggunakan ayat-ayat berkenaan hanya untuk mendapatkan undi orang Islam! Orang-orang PAS yang bodoh mempertahankan perbuatan itu dengan mengatakan ahli-ahli politik DAP berkenaan kononnya percaya kepada Islam. Dey! Kalau mereka percaya kepada Islam, mereka tidak akan sebut di pentas politik saja. Mereka akan terus beriman kepada Allah!

Sekarang ni, cuba pegi tanya kepada pemimpin politik DAP yang pernah mempermainkan ayat Al-Quran tu, adakah dia mengakui yang Rasulullah itu Pesuruh Allah dan Allah adalah Tuhan yang Esa?

Satu lagi contoh DAP dan PKR yang direstui PAS menyerang nilai-nilai Islam ialah tuntutan penggunaan kalimah Allah. Macam yang aku cakap, sebelum PRU 2008, tiada orang pertikai perkara ini. Semua orang di negara ini sama ada yang Islam atau bukan Islam khususnya yang tinggal di Semenanjung faham apabila sebut "Allah" ia merujuk kepada Islam! Hanya untuk Islam. Sebab itu apek-apek tua apabila berbicara dengan orang Islam di kampung-kampung kadang kala mengeluarkan kata-kata, "Tuhan Allah" yang merujuk kepada Tuhan Yang Esa bagi orang Islam, tiada duanya.

Apabila nak diberikan orang bukan Islam guna perkataan Allah, mereka akan faham bahawa Allah itu hanya panggilan, dan semua tuhan itu sama. Sedangkan dalam Islam telah jelas, Allah adalah tuhan yang satu. Hanya ada satu tuhan yakni Allah. Ini tidak boleh dibahaskan lagi. Kalau dibahas dan dipertikai macam yang Anwar Ibrahim lakukan dengan mengatakan semua agama sama (sini), ia boleh jatuh murtad! Nauzubillah!

Sekarang ini, laungan Azan pula dipertikaikan oleh puak-puak yang sengaja tidak mahu faham. Dulu, azan sebagai nilai-nilai Islam boleh dilaungkan di mana-mana saja di bumi Allah bernama Tanah Melayu dan sekarang ini dikenali sebagai Malaysia. Tidak perlu peraturan atau garis panduan kerana laungan azan adalah menyeru orang Islam untuk bersolat dan menuju kearah kejayaan.

Dulu tiada siapa pun akan terasa hati walau sekuat mana laungan azan itu dilaungkan oleh Bilal. Baik yang Islam mahupun bukan Islam faham, azan telah dilaungkan di negara ini dengan bebasnya tanpa peraturan dan rasa takut sebelum kedatangan Portugis ke Melaka pada 1511 lagi. Kehadiran Jepun, Belanda dan Inggeris juga tidak pernah mempertikaikan azan yang dilaungkan.

Malangnya hari ini, apabila kita telah bebas merdeka dengan nikmat kebebasan yang diberikan Allah, muncul pihak yang mahu azan dibuat garis panduan. Azan kononnya mengganggu kehidupan mereka. Azan kononnya menghalang mereka tidur lena! Dey! Dulu atuk nenek engkau dan aku tidak pernah persoal perkara ini, mengapa sekarang engkau nak persoalkan? Hanya kerana DAP dan PKR yang disokong PAS menang besar dalam PRU 2008 engkau nak buat celaka? Hanya kerana engkau duduk di rumah besar dari keluarga aku engkau ingat engkau boleh halang amalan kami sejak datuk nenek moyang kami hidup lagi? Hormat sikit bro!

Korang bacalah di sini ayat-ayat celaka yang mempertikaikan azan, yang kononnya perlu garis panduan. Siapa lagi yang mempersoalnya kalau bukan musibat-musibat Malaysiakini. Aku sedih, bukan kerana orang bukan Islam yang menulis, tetapi aku sedih ada orang Islam sendiri yang menulis dan menyokongnya. Sampai bila DAP, PKR dan PAS akan terus dibiar mempermainkan nilai-nilai Islam?

Inilah bahana kuasa yang diberi kepada DAP, PKR dan PAS. Kepada seluruh umat Islam, sekarang ini, mereka tuntut azan diperlahan, dan dibuat garis panduan. Jangan pula sampai satu hari nanti kita akan jadi macam Singapura, azan diharamkan kerana kononnya menganggu orang lain. Nauzubillah! Kerja siapa ni? Bukankah PAP yang serpihannya DAP di Malaysia ini? Fikir-fikirkan lah!



Khamis, 20 Januari 2011

Isu Ayam Mati: Musibat-musibat Malaysiakini hina Rasulullah dan Islam!

Malaysiakini buat sekian kalinya meneruskan peranan mereka dengan berkesan bagi mempengaruhi rakyat untuk membenci kepimpinan Melayu Islam di Negara ini. Terbaru, mereka menyiarkan komen-komen pembaca (sini) mengenai isu ayam mati (sini) yang aku percaya semuanya adalah musibat-musibat yang tidak tahu mengenai selok belok permainan politik.

Pihak polis masih dalam siasatan untuk menangkap siapa dalang yang meletakkan ayam mati di premis ADUN Serdang berkenaan tetapi musibat-musibat ini dengan sesuka hatinya mengeluarkan komen yang bukan setakat menghina kerajaan tetapi yang paling aku panas hati, komen-komen berkenaan sehingga ke tahap menghina Rasulullah dan Islam.

Tidak tahukah musibat-musibat ini bahawa ayam mati yang digantung itu berkemungkinan digantung oleh puak-puak DAP sendiri yang bukan beragama Islam? Atau mungkin juga orang PKR yang sememangnya licik dalam permainan politik jahat yang melakukannya? Bagaimana musibat-musibat ini tahu bahawa tindakan berkenaan dilakukan oleh seorang Islam? Adakah ianya hanya disebabkan ada perkataan JIHAD di dalam tulisan berkenaan? Bodoh!

Aku percaya musibat-musibat ini bangang dan tidak tahu apa pun mengenai ilmu politik. Mereka tidak tahu bahawa perbuatan berkenaan mungkin dilakukan sendiri oleh puak-puak pembangkang (baca pembangang) untuk meraih simpati dan undi di kalangan orang Bukan Islam. Dengan menulis “Ingat!!! Ini Satu Peringatan Teo Nie Ching. Tentera Jihad!!!” adakah pasti pelakunya adalah seorang Islam? Ini mungkin kerja orang DAP sendiri. Ini adalah reverse strategi untuk mendapat simpati. Mereka buat untuk raih simpati orang Islam di seluruh negara terhadap Adun Serdang yang sememangnya bermasalah dengan umat Islam di kawasannnya!

Malangnya musibat-musibat di dalam Malaysiakini mengeluarkan komen yang amat celaka. Aku percaya, mereka ini majoritinya bukan Islam tetapi memandai-mandai menghina Islam termasuk peribadi Rasulullah. Kalau nak hina kerajaan tu aku tak kisah la, dah memang Malaysiakini tu puak pembangkang (sekali lagi baca pembangang) yang sponser untuk ia beroperasi, tapi kalu dah sampai tahap hina Islam tu, kira dah celaka sangat la.

Lihat saja bagaimana si musibat-musibat (sini) khususnya yang menggunakan nama Pure Malaysian:

Sometimes I wonder if Prophet Mohammad would be sad if he saw all these followers of him, being so barbaric, in fact worse than when it was during 'Zaman Jahiliah' (pre-Islamic age of ignorance).

Mengapa si musibat Pure Malaysian ini memandai-mandai menggunakan nama Rasulullah dan bertanyakan sama ada baginda akan bersedih jika melihat pengikutnya melakukan perbuatan berkenaan? Adakah si musibat Pure Malaysia ini berani jamin yang perbuatan ini memang dilakukan oleh seorang Islam, pengikut Rasulullah SAW? Bagaimana jika orang yang melakukannya adalah bukan Islam dan ahli DAP? Mengapa dikaitkan Rasulullah? Bukankah ini bertujuan untuk memburukkan Islam dan imej Rasulullah sendiri sedangkan siapa pelaku sebenar perbuatan berkenaan masih belum diketahui!

Begitu juga dengan di musibat Kongkek dan Anonymous_40eb yang termakan dengan dahyah jahat ini:

Kongkek: Don't worry, YB Teo. Keep up with your good work. By the way, I am a Muslim, a true Muslim unlike those moron(s) who are acting like uncivilised barbarians. Come next general elections, the silent majority will speak.

Anonymous_40eb: Nabi Muhammad mengembangkan Islam dengan proses dakwah selama lebih 40 tahun. Jihad hanya bermula apabila baginda di serang dan di ancam, tapi apakah perlu jihad hanya kerana seorang bukan Islam menyertai aktiviti masjid atau mendekati masjid, apatah lagi didalam keadaan beliau di jemput?
Sebagai seorang Muslim, saya cukup malu dengan sikap mereka yang terlalu mudah mengunakan istilah jihad begini, tanpa mengetahui erti sebenar jihad dan jihad yang bagaimanakah lebih utama dalam kehidupan hari ini.


Bagaimana musibat Kongkek dan Anonymous_40eb ini boleh mengatakan yang mereka sebagai seorang muslim sudah teramat pasti bahawa perbuatan ini telah dilakukan oleh seorang muslim yang lain. Adakah musibat-musibat ini berada di sana ketika pelaku berkenaan melakukannya? Ini satu penghinaan kepada Islam sedangkan kita belum pasti siapa yang melakukannya! Inilah bukti bahawa pendekatan reverse strategi yang mungkin digunakan oleh DAP telah berjaya untuk menarik undi dan simpati orang Islam. Orang Islam sendiri hentam orang Islam tanpa tahu perkara sebenar sedangkan polis masih menyiasatnya. Bodoh!

Kesimpulannya, Malaysiakini berjaya memainkan peranan untuk memastikan kerajaan Melayu Islam di Negara ini berjaya disingkirkan. Pembaca-pembacanya yang mengeluarkan komen tanpa menantikan siasatan selanjutnya dari pihak berkuasa pula adalah bodoh dan bangang kerana tanpa berasa malu mengatakan perbuatan ini dilakukan oleh seorang Islam. Ini adalah satu penghinaan kepada Islam! Pendekatan yang mungkin digunakan DAP dengan meletakkan ayam mati di premis wakil rakyat mereka sendiri telah berjaya untuk meraih simpati.

Buat semua orang Islam, jangan termakan dengan reverse strategi ini. Hanya orang bodoh saja akan mempercayainya. Kepada musibat-musibat Malaysiakini, kalau marahkan BN pun, jangan sampai hina Rasulullah dan agama Islam. Itu sudah melampau. Sabar kami ada batasnya!