Rabu, 30 Jun 2010

Muslihat Halus Anwar Melantik Penasihat Undang-undang Sendiri di Jajahan Pakatan Haram!

Hasrat Anwar untuk melantik penasihat undang-undang sendiri di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram seperti yang dilaporkan Malaysiakini bertajuk Pakatan lantik penasihat undang-undang sendiri (sini) mempunyai muslihat halus. Ia juga merupakan satu lagi usaha demi kelangsungan politik peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Alasan yang diberikan kononnya ‘kecuaian’ yang dilakukan oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan dan sikap mereka yang “tidak berkecuali” di jajahan Pakatan Haram adalah amat dangkal. Hanya kerana mereka melapor kepada Jabatan Peguam Negara dan dilantik kerajaan Pesekutuan maka mereka dituduh sebagai “mewakili kepentingan UMNO-BN”.

Tindakan pimpinan Pakatan Haram ini sebenarnya bukan memalukan mereka yang berada di dalam profesion guaman saja malah ia turut menjatuhkan maruah seluruh penjawat awam di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ini kerana majoriti penjawat awam yang berada di negeri-negeri berkenaan hari ini (kecuali Kelantan) dilantik oleh kerajaan BN, sama ada yang melapor kepada Kerajaan Pesekutuan ataupun Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini bermakna, pimpinan Anwar sebenarnya tidak pernah mempercayai penjawat awam walaupun mereka bertugas di jajahan mereka sendiri.

Atas sikap Anwar yang hanya mempercayai mereka yang dilantik beliau dan kroninya sahaja, maka tindakan melantik penasihat undang-undang sendiri ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Dan yang lebih tidak akan menghairankan ialah, penasihat-penasihat yang bakal dilantik itu akan terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian dalam lingkungan Zaid Ibrahim dan Karpal Singh ‘n Sons.

KAYAKAN KRONI DAN KELUARKAN DANA NEGERI UNTUK TUJUAN POLITIK
Jika diteliti secara halus, tindakan ini sebenarnya bukan saja bertujuan untuk mengkayakan kroni Pakatan Haram yang kebanyakannya terlibat dalam bidang guaman tetapi yang lebih penting ialah untuk menyalurkan dana keluar dari Perbendaharaan Negeri secara “sah” bagi membolehkan ia digunakan untuk tujuan politik Pakatan Haram.

Pembayaran gaji, elaun, upah guaman, siasatan, dokumentasi bicara kes dan sebagainya kepada penasihat undang-undang negeri yang bakal dilantik akan melibatkan jumlah wang yang sangat besar. Maka sebahagian dari wang yang dibayar itu akan “dipusingkan” untuk mengukuhkan Pakatan Haram dan sebahagiannya pula untuk meningkatkan kekayaan kroni.

Bagi menjayakan agenda ini, sudah pasti sesuatu perlu dilakukan untuk membolehkan penyaluran keluar wang ini dapat dilakukan sekerap yang mungkin. Oleh itu, perhimpunan-perhimpunan haram, demonstrasi-demonstrasi haram dan aktiviti-aktiviti haram yang disokong oleh Pakatan Haram akan ditingkatkan dengan harapan akan ada tindakan dari pihak berkuasa dan dibawa kes ke mahkamah. Pada ketika itulah akan muncul penasihat-penasihat yang dilantik tadi untuk membela sambil menerima bayaran yang besar dari kerajaan Negeri. Hebat sungguh muslihat mereka bukan?


BIMBANG KORUPSI DAN HIPOKRASI TERBONGKAR
Selain itu, tindakan melantik penasihat undang-undang sendiri di jajahan Pakatan Haram juga dilihat sebagai usaha untuk mempermudahkan urusan mereka untuk melenyapkan dan mendiamkan segala korupsi dan hipokrasi yang dilakukan pentadbiran Pakatan Haram.

Anwar bimbang sekiranya penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan mengetahui dan mendedahkan rahsia korupsi dan hipokrasi yang dilakukan pentadbiran kerajaan Pakatan Haram yang berada di bawah telunjuknya.

Sekiranya ini berlaku, imej beliau sebagai calon Perdana Menteri Malaysia Ketujuh tidak akan menjadi kenyataan tetapi sebaliknya beliau akan terus kekal menjawat jawatan Perdana Menteri Kerajaan 16 September sebagaimana yang dijawatnya sekarang ini.

Oleh itu, adalah lebih mudah bagi Anwar untuk melantik penasihat undang-undang di kalangan kroni sendiri supaya boleh kawtim dan “berkongsi keuntungan” bersama-sama. Hebat dan licik bukan?

Kesimpulannya, tindakan Pakatan Haram ini bukannya bertujuan untuk meningkatkan mutu pentadbiran kerajaan negeri tetapi sebaliknya atas tujuan politik dan kepentingan peribadi Anwar. Ia juga dilihat sebagai satu modal untuk menutup pergolakan politik di Selangor yang menyaksikan perbalahan di antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.

Semoga seluruh penjawat awam di segenap pelusuk negara insaf dan membuka mata akan penghinaan yang dilakukan oleh Pakatan Haram kepada mereka semua.

Nota kaki:
Adakah pelantikan ini juga bertujuan untuk memudahkan hubungan jajahan-jajahan Pakatan Haram dengan Singapura dan US? Licik dan bernas untuk difikirkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!