Rabu, 23 Jun 2010

Malaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO!

NIAT JAHAT! Itu kesimpulan yang dapat diberikan apabila membaca artikel jahat Malaysiakini 22 Jun 2010 tulisan Abdul Rahman Sabri, Jimadie Hassan dan Regina Lee bertajuk Ulama sertai Umno demi perlindungan politik? (sini).

Membaca tajuk artikel jahat berkenaan sudah cukup untuk menunjukkan Malaysiakini cuba untuk meningkatkan kebencian di kalangan penyokong Pakatan Haram terhadap UMNO, Dr. Mohd Asri dan 100 ilmuan berkelulusan agama yang dijangkakan akan menyertai UMNO Jumaat ini (25 Jun 2010). Tajuk artikel jahat itu juga menggambarkan seolah-olah Dr. Asri dan rakan-rakannya akan dilindungi dari suatu tindakan yang akan diambil ke atas mereka setelah menyertai UMNO.

Penulis melihat ia sebagai usaha terdesak untuk melaga-lagakan Kerajaan Persekutuan dengan kedua-dua tokoh agama berkenaan sehingga akhirnya akan menyebabkan Dr. Mohd Asri tawar hati untuk menyertai UMNO. Licik sungguh Malaysiakini memainkan peranan Pakatan Haram di sini.

Walaupun tajuk berkenaan diletakkan tanda soal di belakangnya, provokasi Malaysiakini ini telah berjaya mencapai matlamat apabila Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda (Mufti Perlis) mengeluarkan kenyataan bersama bertajuk Mengapa Kerajaan BN Berbohong? (sini) hari ini untuk menafikan apa yang terkandung di dalam artikel jahat Malaysiakini itu.

Adalah sesuatu yang malang apabila kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua mereka hanya bersandarkan kepada artikel jahat Malaysiakini yang yang telah penulis nyatakan. Ini kerana di dalam kenyataan bersama itu, ayat yang mereka gunakan di awal-awal kenyataan pada Para 2 ialah seperti berikut:

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, …..”

Jika dilihat kepada artikel jahat Malaysiakini itu, wartawan-wartawan berkenaan hanya menggunakan perkataan-perkataan berikut secara berulang kali:

“difahamkan”, “Malaysiakini difahamkan”, “menurut sumber-sumber”, “difahamkan juga”, “menurut sumber”

Ini bermakna, berita yang diterima wartawan Malaysiakini itu hanyalah hear say, dengar cakap orang. Ia bukan sumber yang berwibawa, bukan dari telinga mereka sendiri. Berkemungkinan berita yang disampaikan itu telah ditokok-tambah terlebih dahulu sebelum ia ditokok-tambah pula oleh mereka.

Lanjutan dari itu, persoalan yang wujud ialah siapakah orang yang telah “memahamkan” wartawan-wartawan Malaysiakini itu?

Jika dilihat di dalam artikel jahat itu, ada dinyatakan bahawa sumber yang memberikan maklumat kepada mereka ialah “sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut”. Soalnya ialah, siapa?

Adakah sumber berkenaan ialah orang yang menjaga sistem audio visual di dalam program itu? Atau mungkin caterer yang menyediakan kudapan untuk mereka yang hadir? Atau mungkin pemandu yang bertugas untuk membawa salah seorang dari ahli program? Ataupun yang sebenarnya mungkinkah sumber berkenaan langsung tidak wujud? Ia hanya diada-adakan?

Siapa sebenarnya sumber berkenaan perlu dinyatakan dengan jelas jika ia satu kebenaran. Apa yang Malaysiakini takutkan jika mereka benar?

Bagi menggambarkan kejayaan mereka melaga-lagakan Dr. Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan, Malaysiakini melalui Jimadie Hassan dengan bangganya tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan artikel yang mengulas kenyataan bersama Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda (sini). Sedihnya, ketika penulis baru hendak menyelesaikan artikel ini, Shahidan Kassim pula termakan umpan jahat dari artikel jahat berkenaan (sini). Perangkap Malaysiakini sudah mengena. Licik, memang licik.

Penulis amat berharap agar pihak yang berkenaan tampil untuk memberikan kenyataan balas. Sekiranya ia tidak dilakukan maka orang ramai akan menaggapnya sebagai sesuatu yang benar. Jangan biarkan niat busuk mereka untuk menghalang kemasukan Dr. Mohd Asri dan 100 ilmuan berkelulusan agama ke dalam UMNO menjadi kenyataan.

Nota kaki:
Pemuda UMNO masih lagi tidur. Khalid Samad yang memfitnah UMNO dan sistem kehakiman negara (sini) pun tidak dibuat apa-apa. Bangunlah Pemuda UMNO. Serang semula. Bukankah itu yang diminta oleh Presiden kalian?

2 ulasan:

  1. yang polis dan Zamihan kata dia dan mufti perlis tu wahabi dan JI - pengganas pulak pasai apa.. takkan tu pun kerja malaysiakini???? cuba ko tanya si zamihan tu.. betul ke ada briefing tu...???

    BTW.. saya ambil kenyataan dari blog Dr. Maza... bukan dari Malaysiakini.. dan takkan Dr. Maza begitu bodoh termakan batu api malaysiakini..>????

    BalasPadam
  2. Saudara Anak Perelih mohon baca semula tulisan ini. Penulis tidak mengatakan yang sesi itu tidak berlaku, tetapi apa yang dibangkitkan ialah siapakah sumber Malaysiakini. Jika saudara membaca kenyataan bersama Dr Maza dengan jelas dan betul, saudara akan melihat mereka hanya merujuk kepada artikel jahat Malaysiakini yang dimaksudkan. Penulis bincangkan dalam perenggan keenam. Kesimpulannya, mohon baca semua artikel ini dengan tekun dan bukannya prejudis. terima kasih atas maklum balas.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!