Memaparkan catatan dengan label Dr Asri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Asri. Papar semua catatan

Rabu, 10 November 2010

Dr Asri mohon maaf atau perli Anwar sebenarnya?

Benarkah Dr Asri sebenarnya memohon maaf kepada Anwar kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara politik dalam surat terbuka yang disiarkan dalam laman blognya? (sini)

Para blogger Pakatan Haram malah Malaysiakini turut memuatkan besar-besar tajuk Asri mohon maaf cadang Anwar ‘bersara’ (sini) bagi menggambarkan Dr Asri seolah-olah menyesali, meratapi dan gundah gulana oleh kerana menyuruh Anwar berambus dari arena politik tanah air.

Hakikatnya, para blogger Pakatan Haram termasuklah Malaysiakini tidak menyiarkan secara penuh surat terbuka Dr Asri itu. Mereka sengaja mahu membutakan hati para penyokong totok Pakatan Haram untuk terus melihat Anwar sebagai pemimpin agung mereka.

Penulis secara peribadi melihat Dr Asri sebenarnya memerli Anwar dan para penyokongnya kerana tidak mahu menerima hakikat yang mereka tidak lagi relevan dalam politik Malaysia hari ini. Walaupun mengeluarkan kenyataan “maaf” namun Dr Asri sebenarnya masih berpegang kepada kenyataanya sebelum ini iaitu Anwar harus bersara dari politik. Berikut petikan dari surat Dr Asri di para 9 mengenai perkara yang penulis maksudkan.

“Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu (Anwar harus berundur) ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.”


Selain itu, dua posting terdahulu yang berkait dengan kenyataan asal Dr Asri agar Anwar bersara politik juga menunjukkan yang beliau sebenarnya memerli Anwar. Kedua-duanya secara jelas menampakkan niat sebenar Dr Asri.

Pertama, jika dilihat kepada posting bertajuk Jangan Melenting Jika Anda Melaungkan Freedom of Expression pada 3 November 2010 (sini), dua hari selepas mengeluarkan posting yang meminta Anwar bersara politik (sini), moderator blog Dr Asri secara jelas telah memerli Anwar dan PKR kerana marah dan memburukkan Dr Asri. Perbandingan secara jelas diberikan di antara Pak Lah dan Anwar.

Ketika menjawat jawatan mufti Perlis, Dr Asri secara terangan melalui Pantun Cari Ganti meminta Pak Lah untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri. Para penyokong UMNO, BN malah Pak Lah sendiri tidak melenting dengan cadangan berkenaan kerana mengetahui itu hak Dr Asri sebagai seorang rakyat untuk bersuara.

Pantun yang diterima dengan hati terbuka oleh Pak Lah dan penyokong UMNO/BN

Namun, apabila cadangan diberikan untuk Anwar bersara, Dr Asri bukan saja diburukkan oleh Anwar dan para penyokong Pakatan Haram, malah dikatakan sebagai tali barut UMNO, ulamak duitan dan pelbagai celaan yang menjatuhkan maruah beliau. Mereka secara bermati-matian tidak mahu menerima pandangan berkenaan walaupun kononnya memperjuangkan kekebasan bersuara!

Sebab itu moderator Minda Tajdid di dalam posting berkenaan memerli Anwar dan Pakatan Haram mereka dengan menyatakan:

Freedom of expression yang dilaungkan oleh sesetengah pihak (Anwar, PKR, PAS dan DAP ) tidak memberi makna jika hanya mereka setuju suara mereka dan menghalang suara orang lain. Cadangan Dr MAZA tentang DSAI bukanlah pandangan agama, ia sekadar pandangan seorang rakyat dalam satu isu politik yang terbuka.”

Kedua, posting pada 6 November 2010 yang bertajuk Jangan Buruk Sangka, Berlapang Dada: Jika Tidak, Bagaimana Nak Jadi Penguasa Saksama? (sini) yang ditulis sendiri oleh Dr Asri secara jelas menunjukkan yang PKR enggan menerima kebenaran yang Anwar perlu berundur dari politik. Kenyataan Dr Asri di awal posting menceritakan segalanya:

Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI sebagai contoh, seperti biasa mereka (Anwar dan penyokong Pakatan) melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan. Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai. Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi.

Dr Asri turut memberikan contoh bagaimana momentum politik Barrack Obama juga turut mengalami kemerosotan akibat tidak dapat memenuhi janji-janji beliau ketika berkempen walaupun popularitinya satu ketika dulu amat disanjung bukan saja oleh warga Amerika malah para pemujanya di seluruh dunia. Dan, bagi mengelakkan ia berlaku kepada Pakatan, Dr Asri mencadangkan agar main player (Anwar) berundur dan memberi laluan kepada orang lain.

Di akhir posting berkenaan juga Dr Asri sekali lagi secara jelas memerli Anwar dan penyokongnnya dengan menyatakan:

Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!

Nah, jelas terang dan lagi bersuluh, ketiga-tiga posting di laman Dr Asri sebenarnya secara jelas memerli Anwar dan penyokongnya yang tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sebenarnya tidak lagi relevan dalam politik Malaysia hari ini.

Kenyataan “maaf” yang dikeluarkan Dr Asri dalam posting terakhir sebenarnya bertujuan agar mereka membuka mata untuk menginsafi dan meneliti semula apa yang diperkatakan beliau sebelum ini.

Namun penulis percaya, Anwar dan para penyokongnya serta pemimpin dan pentaksub PAS dan DAP akan tetap memburukkan Dr Asri dan melihat beliau sebagai tali barut UMNO. Ia bukan sukar untuk difahami dan mengerti. Bukankah politik yang didoktrinkan Anwar adalah dengan menyalahkan orang lain? Yang baik, suci dan tulus mulus itu hanya mereka. Yang buruk, busuk dan celaka itu semuanya UMNO dan BN semata-mata.

Justeru, marilah kita semua rakyat Malaysia membuka mata agar tidak diperbodohkan oleh Anwar dan para pentaksubnya hari ini, esok dan sampai bila-bila.

Semoga Allah sentiasa memberikan nur di hati kita. Amin.

Selasa, 9 November 2010

Zaid: Anwar punca segala masalah!


Tak sampai sepuluh hari selepas Dr Asri minta Anwar bersara dari politik, hari ini, Zaid Ibrahim pula meminta pemimpin agung Pakatan Haram yang sedang menghadapi pertuduhan meliwat di mahkamah itu untuk meninggalkan PKR (sini). Zaid mendakwa, masalah peribadi Anwar turut menyumbang kepada kepincangan yang berlaku di dalam PKR. Sebab itu beliau harus berundur.

Tapi macam biasalah, Anwar buat-buat bangang tak layan dan bagi alasan yang kepimpinan dan ahli PKR akar umbi kononnya masih mahukan beliau (sini). Hakikatnya jika kita lihat, hampir setiap bulan ranting-ranting atau cabang PKR dibubarkan manakala berita mengenai para pengikut PKR yang lari meninggalkan parti berkenaan juga kita dengar hampir sepanjang masa.

Jika kita imbas, sebenarnya Dr Asri dan Zaid bukanlah orang berpengaruh terawal dikalangan bukan pemimpin BN yang mendesak supaya Anwar berundur. Karpal Singh sendiri pernah meminta Anwar Ibrahim untuk bertaubat. Ia berpunca dari amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar hingga menyebabkan Perak kembali ke tangan BN.


Namun, akibat gila kuasa dan pengaruh punya pasal, Anwar dah kawtim baek punya dengan Karpal agar beliau tidak lagi diserang oleh peguam bela kes liwatnya itu. Karpal pula dilihat sanggup untuk terus menerima Anwar!

Entah apa yang dijanjikan Anwar untuk Karpal. Mesti Karpal dah Masyuuuuuukkkkkkkkkkkk! Maklum la, kes liwat pun banyak kali tunda, mesti bayaran yang diterima pun kaw-kaw punyalah!

Penulis percaya, Dr Asri dan Zaid tidak akan boleh dibeli oleh Anwar agar menarik balik ataupun sekurang-kurangnya tidak lagi menghentam beliau. Mereka berdua lebih dilihat berprinsip berbanding dengan Karpal.

Walau bagaimanapun, hanya masa yang akan menentukan. Bukankah politik itu seni segala kemungkinan?

Selasa, 2 November 2010

Mengapa Anwar yang disuruh henti berpolitik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang?

Apabila Dr. Asri mengemukakan pandangannya agar Anwar henti berpolitik, sudah semestinya ada maksud tersirat yang ingin disampaikan beliau. Jika dilihat kepada pandangan yang diberikannya (sini), Dr Asri menggunakan ayat, “ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

Seandainya hendak dikategorikan pelakon veteran dalam politik Malaysia, sudah semestinya Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh jauh lebih veteran dari Anwar. Namun, mengapa nama Anwar yang disebut? Adakah hanya disebabkan beliau adalah Ketua Pembangkang?

Penulis melihat, nama Anwar disebut untuk berhenti politik (atau penyedap yang digunakan Dr Asri iaitu bersara politik) adalah disebabkan amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar dan partinya, PKR.

Sebelum kewujudan PKR, situasi politik di Malaysia adalah jauh lebih stabil dan tenteram berbanding dengan apa yang ada pada hari ini. Walaupun PAS dan DAP begitu ekstreme dengan pandangan dan ideologi mereka namun ia tidak menjejaskan geopolitik Negara dan tidak langsung memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi Negara.

Ini kerana kehadiran PAS dan DAP sebagai pembangkang di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sebenarnya amat berkesan kerana mereka membangkang berdasarkan pandangan dan kepentingan rakyat satu ketika dulu.

Namun, sejak kewujudan PKR dan kehadiran Anwar dalam politik Negara, rakyat Malaysia terpaksa untuk menerima barisan pembangkang yang hala tuju mereka yang bukan saja telah berubah malah tersasar jauh. Kepentingan rakyat tidak lagi diutamakan tetapi menjatuhkan BN menjadi matlamat yang didahulukan. Ini semua berpunca dari sikap PAS dan DAP yang secara rela mengikut kehendak peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Pendekatan politik berhemah yang digunakan PAS dan DAP satu ketika dulu telah tidak dapat disaksikan lagi sekarang. PAS dan DAP telah didoktrinkan oleh Anwar dan PKR agar menggunakan apa saja pendekatan untuk menumbangkan BN. BN perlu ditumbangkan kononnya untuk membela rakyat. Sedangkan hakikatnya, PAS dan DAP telah dibutakan dan ditempangkan oleh Anwar semata-mata untuk memenuhi hasrat peribadinya untuk menduduki kerusi nombor satu negara.

Sebab itu kita lihat, PAS sanggup untuk membuang perkataan Islam dalam sebarang slogan atau matlamat mereka hanya untuk memenuhi hasrat Anwar. Membangun Bersama Islam sudah menjadi lapuk dan digantikan dengan Pas for All. Matlamat Negara Islam digantikan dengan Negara Kebajikan. Tiada lagi perkataan Islam. PAS sanggup membuang perkataan Islam dan memeluk DAP yang sanggup mati untuk menghalang penubuhan Negara Islam dan perundangan Islam di Malaysia ini. Licik sungguh politik Anwar bukan?

Amalan politik PKR, PAS dan DAP yang hanya tahu menghina dan menyalahkan BN turut dikritik Dr Asri dengan menyatakan, “Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat”.

Ia bertepatan dengan apa yang diamalkan PKR, PAS dan DAP. Mereka hanya pandai kutuk-mengutuk, memaki-hamun dan menghina BN tanpa memberikan cadangan mahupun pandangan yang dapat menyenangkan hidup rakyat.

Politik buas PKR juga terbukti apabila mereka sanggup untuk pergi keluar Negara untuk memburukkan Malaysia. Bukan saja Anwar, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan ramai lagi tali barut mereka mengunjungi pelbagai Negara luar untuk menagih simpati politik.

Kesannya, ekonomi Negara akan terjejas apabila pelabur takut untuk melabur di Malaysia kerana telah digambarkan oleh pengkhianat-penghianat ini bahawa Malaysia seolah-olah Negara yang kucar kacir, tidak selamat dan merbahaya bagi mereka. Apabila pelabur tidak masuk dan ekonomi Negara terjejas, ini yang dimahukan Anwar. Ia dapat dijadikan modal untuk Pakatan menghentam BN. Buruk bukan amalan politik mereka?

Masalah akhlak dan peribadi yang melingkari Anwar juga menjadi punca beliau harus berhenti politik. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Ketua Pembangkang apatah lagi Perdana Menteri yang persepsi ke atas perilaku moral serta akhlak peribadinya rendah. Ini semua akan menjatuhkan imej Negara.

Penulis berpandangan, atas faktor-faktor inilah yang telah menyebabkan Dr Asri secara nyata menamakan Anwar agar berhenti politik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang.

Walau bagaimanapun, penulis 200% percaya, Anwar tidak akan mempedulikan langsung nasihat Dr Asri ini.

Namun begitu, penulis berharap agar Nik Aziz dan Kit Siang terbuka hati untuk meninggalkan Anwar sekalipun beliau tidak mahu berhenti politik. Kepentingan rakyat jauh lebih penting dari kepentingan politik peribadi Anwar yang busuk dan buas.

Semoga Allah menghindari Malaysia dari dipimpin oleh orang-orang sebegitu. Nauzubillah!

Isnin, 1 November 2010

Dr Asri: Sudah masanya Anwar berhenti politik!

Mahukah Anwar dengar cakap ahli agama ni?

Sebelum ni Anwar juga guna alasan ahli agama tak bagi beliau bersumpah laknat untuk balas sumpah Saiful.

Sekarang, ahli agama suruh dia berhenti politik.

Bagaimana pula Anwar nak putar belit dan kelentong?

Berikut tulisan Dr Asri yang penulis ambil dari blognya di sini.


Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.

2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.

Rabu, 23 Jun 2010

Malaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO!

NIAT JAHAT! Itu kesimpulan yang dapat diberikan apabila membaca artikel jahat Malaysiakini 22 Jun 2010 tulisan Abdul Rahman Sabri, Jimadie Hassan dan Regina Lee bertajuk Ulama sertai Umno demi perlindungan politik? (sini).

Membaca tajuk artikel jahat berkenaan sudah cukup untuk menunjukkan Malaysiakini cuba untuk meningkatkan kebencian di kalangan penyokong Pakatan Haram terhadap UMNO, Dr. Mohd Asri dan 100 ilmuan berkelulusan agama yang dijangkakan akan menyertai UMNO Jumaat ini (25 Jun 2010). Tajuk artikel jahat itu juga menggambarkan seolah-olah Dr. Asri dan rakan-rakannya akan dilindungi dari suatu tindakan yang akan diambil ke atas mereka setelah menyertai UMNO.

Penulis melihat ia sebagai usaha terdesak untuk melaga-lagakan Kerajaan Persekutuan dengan kedua-dua tokoh agama berkenaan sehingga akhirnya akan menyebabkan Dr. Mohd Asri tawar hati untuk menyertai UMNO. Licik sungguh Malaysiakini memainkan peranan Pakatan Haram di sini.

Walaupun tajuk berkenaan diletakkan tanda soal di belakangnya, provokasi Malaysiakini ini telah berjaya mencapai matlamat apabila Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda (Mufti Perlis) mengeluarkan kenyataan bersama bertajuk Mengapa Kerajaan BN Berbohong? (sini) hari ini untuk menafikan apa yang terkandung di dalam artikel jahat Malaysiakini itu.

Adalah sesuatu yang malang apabila kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua mereka hanya bersandarkan kepada artikel jahat Malaysiakini yang yang telah penulis nyatakan. Ini kerana di dalam kenyataan bersama itu, ayat yang mereka gunakan di awal-awal kenyataan pada Para 2 ialah seperti berikut:

2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, …..”

Jika dilihat kepada artikel jahat Malaysiakini itu, wartawan-wartawan berkenaan hanya menggunakan perkataan-perkataan berikut secara berulang kali:

“difahamkan”, “Malaysiakini difahamkan”, “menurut sumber-sumber”, “difahamkan juga”, “menurut sumber”

Ini bermakna, berita yang diterima wartawan Malaysiakini itu hanyalah hear say, dengar cakap orang. Ia bukan sumber yang berwibawa, bukan dari telinga mereka sendiri. Berkemungkinan berita yang disampaikan itu telah ditokok-tambah terlebih dahulu sebelum ia ditokok-tambah pula oleh mereka.

Lanjutan dari itu, persoalan yang wujud ialah siapakah orang yang telah “memahamkan” wartawan-wartawan Malaysiakini itu?

Jika dilihat di dalam artikel jahat itu, ada dinyatakan bahawa sumber yang memberikan maklumat kepada mereka ialah “sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut”. Soalnya ialah, siapa?

Adakah sumber berkenaan ialah orang yang menjaga sistem audio visual di dalam program itu? Atau mungkin caterer yang menyediakan kudapan untuk mereka yang hadir? Atau mungkin pemandu yang bertugas untuk membawa salah seorang dari ahli program? Ataupun yang sebenarnya mungkinkah sumber berkenaan langsung tidak wujud? Ia hanya diada-adakan?

Siapa sebenarnya sumber berkenaan perlu dinyatakan dengan jelas jika ia satu kebenaran. Apa yang Malaysiakini takutkan jika mereka benar?

Bagi menggambarkan kejayaan mereka melaga-lagakan Dr. Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan, Malaysiakini melalui Jimadie Hassan dengan bangganya tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan artikel yang mengulas kenyataan bersama Dr. Mohd Asri dan Dr. Juanda (sini). Sedihnya, ketika penulis baru hendak menyelesaikan artikel ini, Shahidan Kassim pula termakan umpan jahat dari artikel jahat berkenaan (sini). Perangkap Malaysiakini sudah mengena. Licik, memang licik.

Penulis amat berharap agar pihak yang berkenaan tampil untuk memberikan kenyataan balas. Sekiranya ia tidak dilakukan maka orang ramai akan menaggapnya sebagai sesuatu yang benar. Jangan biarkan niat busuk mereka untuk menghalang kemasukan Dr. Mohd Asri dan 100 ilmuan berkelulusan agama ke dalam UMNO menjadi kenyataan.

Nota kaki:
Pemuda UMNO masih lagi tidur. Khalid Samad yang memfitnah UMNO dan sistem kehakiman negara (sini) pun tidak dibuat apa-apa. Bangunlah Pemuda UMNO. Serang semula. Bukankah itu yang diminta oleh Presiden kalian?