Isnin, 1 November 2010

Dr Asri: Sudah masanya Anwar berhenti politik!

Mahukah Anwar dengar cakap ahli agama ni?

Sebelum ni Anwar juga guna alasan ahli agama tak bagi beliau bersumpah laknat untuk balas sumpah Saiful.

Sekarang, ahli agama suruh dia berhenti politik.

Bagaimana pula Anwar nak putar belit dan kelentong?

Berikut tulisan Dr Asri yang penulis ambil dari blognya di sini.


Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:

1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.

2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.

3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.

Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.

4 ulasan:

  1. anwar nak ikut cakap dr asri? nik aziz pun dia buat letak celah bontot ja. inikan pula kata-kata dr asri. selagi tak jadi pm, jangan harap la dia nak berhenti.

    BalasPadam
  2. Saya rasa ada nya kelogikan apa yang disampaikan Dr asri tu.Anuar seorang pemimpin yang bagus dan berani bersuara pada pandangan saya.Tapi parti keadilan ni terwujud atas dasar kekecewaan,bukan nya atas dasar perjuangan seperti PAS mahupun UMNO itu sendiri.Saya cadangkan disini lebih baik anuar masuk PAS dan bubarkan keadilan.Kita membangun memperjuangkan daulah islamiah.

    BalasPadam
  3. baek pas ,pkr ngan umno bubar...kite wat sistem khalifah..hapuskan demokrasi..amcam?

    -didi-

    BalasPadam
  4. Kita memperakui kehebatan dr mad asri di dalam memberi pandangan tentang isu semasa ini.. Tetapi adakah idea-idea yang dsai uatarakan dapat diaplikasikan selagi mana kerajaan yang ada terus memerintah.. Ingatlah memang tiada penghijrahan selepas nabi, namun mejadi tanggungjawab kita untuk berhijrah daripada sistem yang batil kpd kebenaran..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!