Selasa, 2 November 2010

Masuk Islam dapat duit on-the-spot? Mengapa hanya di Galas?

Gambar asal oleh Minaq Jinggo

Pertama sekali penulis mengucapkan terima kasih dan kredit yang tidak terhingga kepada bro Minaq Jinggo yang memaparkan di fotopages beliau (sini) gambar-gambar kempen PAS di Sandrop, Lojing.

Kalau la Minaq Jinggo tidak memaparkan gambar-gambar berkenaan, pasti semua orang tidak tahu Nik Aziz secara terang-terangan telah merasuah orang Asli di sana.

Dua gambar yang dipaparkan oleh beliau telah digunakan secara meluas oleh para blogger pro-BN (termasuk juga penulis) untuk mengukuhkan lagi bukti bahawa PAS selama ini memang mengamalkan rasuah dalam kempen pilihan raya.

Gambar-gambar ini ternyata telah memanaskan bontot penyokong Pakatan Haram khususnya jentera PAS di Galas.

Untuk mempertahankan diri, cyber trooper PAS telah diarahkan untuk masuk ke blog-blog pro-BN yang memaparkan gambar-gambar berkenaan dan dipastekan dengan link ke Harakah (sini) untuk spin cerita kononnya ia hanyalah upacara meng-Islamkan tiga orang asli.

Betul, itu upacara meng-Islamkan tiga orang saudara baru. Namun, mengapa di dalam link Harakah berkenaan tidak dipaparkan gambar Nik Aziz sedang menghulur duit tu? Takut terkantoi?

Apa yang penulis ingin persoalkan ialah mengapa mereka itu dibayar RM 300.00 setelah memeluk Islam on-the-spot? Tak perlu isi borang dan ikut prosedur biasa MAIK ke?

Bukankan tindakan berkenaan akan memberi mesej yang salah kepada saudara baru berkenaan dan masyarakat bukan Islam yang lain?

Lebih musykil lagi, duit yang diberi Nik Aziz itu pula dihulur oleh tokey balak dari Lojing? Nik Aziz dah kawtim awal-awal dengan tokey balak tu ka? Bagi pula masa kempen pilihan raya! Bukankah itu rasuah untuk dapat undi dari pengundi sebenarnya?

Hakikatnya bukan itu saja, sebelum upacara meng-Islamkan tiga saudara baru berkenaan, Nik Aziz turut merasuah orang Asli yang lain dengan memberikan mereka Sijil Penempatan Berkelompok. Lihat gambar di bawah yang penulis turut ambil dari fotopages Minaq Jinggo.


Boleh percaya ka dengan sijil dari Nik Aziz ni? Jangan lupa Nik Aziz pernah kencing orang Asli di Galas!

Sebelum ini bukankah orang Asli di sana telah ditipu kononnya diberi tanah dan terpilih untuk program Ladang Rakyat. Ia diberi waktu menjelang Pilihan raya Umum 2008. Siap ada majlis pemberian Sijil oleh Nik Aziz. Sebijik macam yang dilakukannya dalam gambar-gambar tu. Macam déjà vu pulak!

Namun, Apa yang mereka peroleh setelah mendapat sijil dan mengundi PAS? Habuk pun tarak wehhhhhhhhhh! Dah nak masuk PRU baru weeeeeeeehhhhhhhhhhhh!

Kesimpulannya, PAS telah jauh tersesat dan mereka sanggup untuk menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya. Rasuah juga telah menjadi darah daging dan sebati dengan mereka.

Jelas, terang lagi bersuluh, Islam dijadikan topeng oleh PAS untuk membutakan mata hati rakyat demi untuk mendapat kuasa.

Semoga Allah memenangkan BN dengan majoriti yang besar pada 4 November ini. Amin.

8 ulasan:

  1. Saya tak nafikan pemberian duit untuk masuk Islam ni satu perkara yang baru tetapi bagi saya tidak salah sekiranya niat cuma bersedekah dan menggalakkan. Kita kena ingat Kristian kalah dengan Islam dalam peperangan dan merubah cara berdakwah dengan cara GOLD, GOSPEL dan GLORY.

    Tentang perkara lain tu, Nik Aziz kena jawab sendiri la kenapa jadi camtu. Saya pun pelik juga dengan puak PAS ni, ISLAM pada parti sahaja ke?

    BalasPadam
  2. untuk pas halal untuk bn haram... itulah pas pis pussssss

    BalasPadam
  3. Kalau dia nak kluar Islam.... bleh la dia bagi balik RM300 tu yer... murahnya agama Allah sampai boleh dijual beli...

    PAS PIS PUSSSS!!!

    BalasPadam
  4. saudara mmg buta agama agaknya, kalo dah tak tahu jgn bercakap, dah jadi fitnah. mmg ada duit utk yg baru masuk islam. contohnya pengagihan zakat kpd saudara baru yg masuk islam. apa masa sekolah dulu saudara x ambik subjek pendidikan islam ke? cuba rujuk balik tentang zakat utk org yg baru masuk islam. semoga saudara bertaubat daripada membuat fitnah, tentu saudara pengarang tahu apa dosa fitnah

    BalasPadam
  5. astagfirullah.. saudara jgn maen tduh je.. ini bukan rasuah la.. ini adalah wang zakat bg muallaf (saudara baru Islam).. kalo nk tduh pon, blaja la agama dlm2 sblum tduh org.. pg cek kat ustaz2, or website... search golongan yang layak atau pun asnaf yang terima zakat..

    BalasPadam
  6. kah kah kah... ko jangan dok spin la izzafey. zakat kepala hotak ko apa tokey balak lojing yang hulur duit pada nik aziz? zakat dapat share balak dari nik aziz ya? hebat2 puak pas ni kalu nak spin. hebat...

    BalasPadam
  7. puak-puak PAS kalau bab putar belit memang nombor satu. soalnya ialah, kenapa tokey balak yang hulur duit kepada nik aziz macam yang dikatakan anon 9.37? mengapa bukan badan zakat negeri kelantan?

    kedua, kenapa di waktu lain pemberian perlu dibuat dokumentasi dan sebagainya? tapi di galas terus bagi on the spot? sebab rasuah nak dapat undi bukan?

    syabas la puak2 pas. syabas... usaha lagi nak putar belit ya!

    -kunyit-

    BalasPadam
  8. http://www.youtube.com/watch?v=ZjhwupWIp7s&feature=related

    BN rasuah lagi hebat beb!! siap guna duit rakyat lagi..buat penat aku byr tax je..motherfucker lah korang!!

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!