Khamis, 4 November 2010

Pengarah Pilihanraya PAS: Budaya samseng muslimat PAS adalah perkara biasa!


Memalukan Islam. Seorang yang dikatakan sebagai Muslimat, sanggup untuk mencederakan orang lain semata-mata untuk mendapat undi, mendapat kuasa.

PAS mendoktrin pengikut walaupun dah termasuk dalam usia tua untuk membenci orang sesama Islam sehingga sampai ke tahap mencederakan.

Tambah menjelekkan lagi, PAS menganggap budaya samseng Muslimat PAS yang membelasah puteri UMNO sehingga cedera itu sebagai perkara biasa.

Terbukti PAS adalah parti SAMSENG! Semoga Allah membalas kesabaran UMNO ini dengan kemenangan di Galas! Takbirrrrrrrrrrr!



Ketua Puteri Umno Kuala Krai diserang ketika rayu undi oleh Malaysiakini.

Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota Dewan Muslimat PAS ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di Gua Musang dalam pilihan raya kecil Galas hari ini, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut, kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.

"Ketika itu peraih undi PAS berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota muslimat PAS mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang oleh seorang Muslimat lain dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang.

Suzaini Adlina berkata sebaik beliau melihat muka wanita itu, penyerangnya dilarikan oleh beberapa penyokong PAS.

Katanya beliau tidak membalas serangan kerana wanita itu sudah berusia.

"Saya kesal sebab perkara ini dilakukan oleh seorang penyokong parti yang mendakwa mereka mengamalkan dasar Islam," katanya.

Ketua Puteri Umno Kelantan Noor Wahida Patuan, 30, berkata sejak dari awal pusat pengundian dibuka, keadaan di situ agak tegang kerana penyokong PAS telah melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong BN.

"Namun kami tidak bertindak balas kerana Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengarahkan kami menggunakan pendekatan yang berhemah untuk menarik pengundi," katanya.

Pilihan raya itu melibatkan calon BN Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Sementara itu, Salhan K Ahmad melaporkan pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkannya insiden sebagai 'hanyalah satu kes biasa'.

"Itu cuma satu salah faham antara seorang wanita dari Umno dan seorang lagi dari PAS.

"Saya sudah tengok, tak ada apa. Tak ada luka pun," katanya dalam satu sidang media petang ini.

"Saya ingat ini satu pilihan raya yang tenang," tambahnya.

1 ulasan:

  1. Dari riaksi dan kedatangan penyokong-penyokong parti yang terlibat dalam PRK Galas dari awal lagi rasa hati ini tak sedap. Lebih-lebih lagi yang terlalu taksub dan fanatik. Kalau kata -kata tak berlapik, maki hamun dan tuduh menuduh secara berdepan manusia mana yang tak hilang sabar.Paling memalukan kaum hawa yang terlibat,masyallah..ini bukan perkara biasa tapi perkara yang tak pernah terjadi..kemana hilangnya maruah diri di kacamata, dimana letaknya ilmu pagar diri..semuanya terlodeh dek geram dan semangat yang di api-apikan tampa menggunakan minda yang rasional...walahualam...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!