Selasa, 2 November 2010

Mengapa Anwar yang disuruh henti berpolitik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang?

Apabila Dr. Asri mengemukakan pandangannya agar Anwar henti berpolitik, sudah semestinya ada maksud tersirat yang ingin disampaikan beliau. Jika dilihat kepada pandangan yang diberikannya (sini), Dr Asri menggunakan ayat, “ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

Seandainya hendak dikategorikan pelakon veteran dalam politik Malaysia, sudah semestinya Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh jauh lebih veteran dari Anwar. Namun, mengapa nama Anwar yang disebut? Adakah hanya disebabkan beliau adalah Ketua Pembangkang?

Penulis melihat, nama Anwar disebut untuk berhenti politik (atau penyedap yang digunakan Dr Asri iaitu bersara politik) adalah disebabkan amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar dan partinya, PKR.

Sebelum kewujudan PKR, situasi politik di Malaysia adalah jauh lebih stabil dan tenteram berbanding dengan apa yang ada pada hari ini. Walaupun PAS dan DAP begitu ekstreme dengan pandangan dan ideologi mereka namun ia tidak menjejaskan geopolitik Negara dan tidak langsung memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi Negara.

Ini kerana kehadiran PAS dan DAP sebagai pembangkang di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sebenarnya amat berkesan kerana mereka membangkang berdasarkan pandangan dan kepentingan rakyat satu ketika dulu.

Namun, sejak kewujudan PKR dan kehadiran Anwar dalam politik Negara, rakyat Malaysia terpaksa untuk menerima barisan pembangkang yang hala tuju mereka yang bukan saja telah berubah malah tersasar jauh. Kepentingan rakyat tidak lagi diutamakan tetapi menjatuhkan BN menjadi matlamat yang didahulukan. Ini semua berpunca dari sikap PAS dan DAP yang secara rela mengikut kehendak peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Pendekatan politik berhemah yang digunakan PAS dan DAP satu ketika dulu telah tidak dapat disaksikan lagi sekarang. PAS dan DAP telah didoktrinkan oleh Anwar dan PKR agar menggunakan apa saja pendekatan untuk menumbangkan BN. BN perlu ditumbangkan kononnya untuk membela rakyat. Sedangkan hakikatnya, PAS dan DAP telah dibutakan dan ditempangkan oleh Anwar semata-mata untuk memenuhi hasrat peribadinya untuk menduduki kerusi nombor satu negara.

Sebab itu kita lihat, PAS sanggup untuk membuang perkataan Islam dalam sebarang slogan atau matlamat mereka hanya untuk memenuhi hasrat Anwar. Membangun Bersama Islam sudah menjadi lapuk dan digantikan dengan Pas for All. Matlamat Negara Islam digantikan dengan Negara Kebajikan. Tiada lagi perkataan Islam. PAS sanggup membuang perkataan Islam dan memeluk DAP yang sanggup mati untuk menghalang penubuhan Negara Islam dan perundangan Islam di Malaysia ini. Licik sungguh politik Anwar bukan?

Amalan politik PKR, PAS dan DAP yang hanya tahu menghina dan menyalahkan BN turut dikritik Dr Asri dengan menyatakan, “Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat”.

Ia bertepatan dengan apa yang diamalkan PKR, PAS dan DAP. Mereka hanya pandai kutuk-mengutuk, memaki-hamun dan menghina BN tanpa memberikan cadangan mahupun pandangan yang dapat menyenangkan hidup rakyat.

Politik buas PKR juga terbukti apabila mereka sanggup untuk pergi keluar Negara untuk memburukkan Malaysia. Bukan saja Anwar, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan ramai lagi tali barut mereka mengunjungi pelbagai Negara luar untuk menagih simpati politik.

Kesannya, ekonomi Negara akan terjejas apabila pelabur takut untuk melabur di Malaysia kerana telah digambarkan oleh pengkhianat-penghianat ini bahawa Malaysia seolah-olah Negara yang kucar kacir, tidak selamat dan merbahaya bagi mereka. Apabila pelabur tidak masuk dan ekonomi Negara terjejas, ini yang dimahukan Anwar. Ia dapat dijadikan modal untuk Pakatan menghentam BN. Buruk bukan amalan politik mereka?

Masalah akhlak dan peribadi yang melingkari Anwar juga menjadi punca beliau harus berhenti politik. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Ketua Pembangkang apatah lagi Perdana Menteri yang persepsi ke atas perilaku moral serta akhlak peribadinya rendah. Ini semua akan menjatuhkan imej Negara.

Penulis berpandangan, atas faktor-faktor inilah yang telah menyebabkan Dr Asri secara nyata menamakan Anwar agar berhenti politik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang.

Walau bagaimanapun, penulis 200% percaya, Anwar tidak akan mempedulikan langsung nasihat Dr Asri ini.

Namun begitu, penulis berharap agar Nik Aziz dan Kit Siang terbuka hati untuk meninggalkan Anwar sekalipun beliau tidak mahu berhenti politik. Kepentingan rakyat jauh lebih penting dari kepentingan politik peribadi Anwar yang busuk dan buas.

Semoga Allah menghindari Malaysia dari dipimpin oleh orang-orang sebegitu. Nauzubillah!

7 ulasan:

  1. sebab anwar main politik lancau dan satu lagi... nik aziz dan kit siang bukan peliwat!

    BalasPadam
  2. Kalau Anwar berhenti, ada dua kemungkinan akan berlaku didalam senario politik malaysia, pertama kemungkinan akan kembali seperti ketiadaan PKR seperti yang disebut dan kedua, DAP dan PAS akan terus bergelumang dengan politik buas yang telah dipelopori dan ditinggalkan oleh Anwar.
    Pada saya DAPlah yang paling beruntung dengan kegelojohan Anwar ini kerana sebelum ujud PKR, tiada umat melayu yang begitu bodoh seperti Anwar yang sanggup menggadai maruah bangsa dan sanggup menderhaka kepada Raja serta umat melayu amnya. Dengan adanya puak-puak PKR (melayu) yang kurang ajar ini yang sanggup menjadi talibarut DAP untuk berada dibarisan hadapan memerangi UMNO, maka menjadi mudah untuk cauvinis seperti DAP menjalankan jarumnya. Kalau dulu melayu boleh ditegur jika tersalah haluan, tetapi kini bagai retak menunggu belah. Tiada kata-kata, tiada tokoh melayu yang boleh menegur mereka. Akan jadilah siluncai terjun dengan labu-labunya. Mungkinkah melayu akan menjadi palestin kedua setelah lahirnya manusia bernama Anwar ini? kita sama-sama tunggu dan lihat. Jika benar, maka jangan kita masing-masing menyalahkan satu sama lain bila sudah menjadi penghuni alam barzakh nanti. Saya berdoa agar bala 'Anwar' ini cepat-cepat dikeluarkan Allah dari bumi Malaysia yang tercinta ini, amin.

    BalasPadam
  3. Bengong dan bodoh betul ler macai macai2 ni..

    BalasPadam
  4. setuju denga TN 1352

    BalasPadam
  5. Setuju dgn 1408..

    Ketua Pemuda cawangan kampong akau SRP pun tak pas..kebanyakan penyokong depa ni berpendidikan rendah..

    BalasPadam
  6. kah kah kah anan 1424, mahfuz tu lce pun tak lulus. apa punya bodoh orang pas ada wakil rakyat gitu. kalu ketua cawangan tu ok le lagi. kah kah kah ini wakil rakyat. bodoh punya orang pas!

    BalasPadam
  7. rami tanya betul ke anu war kaki bontot....meka nak tengok video atau gambar di buat kkeja tu SB malaysia kenapa lembab sangat kalau CIA /FBI gambar anu war mati al juburi di kejakannya....

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!