Hari ini ulangtahun kelahiran Khairy Jamaluddin yang ke 35 (10 Januari 1975). Semua orang sedia maklum, KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO di kala usianya 33 tahun. Atas faktor itu beliau pernah menyatakan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri termuda di Malaysia ketika berusia 40 tahun.
Walaupun demikian, semua orang juga sedia maklum bahawa beliau meningkat naik dalam politik atas faktor bapa mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi. Dan kini Pak Lah bukan lagi sesiapa dalam politik Malaysia, walaupun masih memegang kerusi Kepala Batas.
Khairy dilihat oleh ramai penganalisa politik sebagai salah satu faktor kegagalan BN dalam mencapai majoriti 2/3 pada PRU 2008. Aku sendiri melihat beliau sebagai salah satu faktor utama kegagalan BN. Sama ada benar atau tidak beliau menyusun calon-calon BN khususnya di kalangan pemuda, ia bukan lagi satu persoalan yang penting untuk diketahui. Ini kerana PRU telah berlalu, Pak Lah telah melepaskan jawatan dan Negara sedang di ambang PRU ke-13.
Aku bukan penyokong KJ apatah lagi pengampu beliau. Tetapi apabila baru-baru ini KJ menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang, aku merasakan BN akan kerugian seorang ahli parlimen yang “berani dan lantang” untuk menghentam pembangkang di dalam Parlimen.
Dalam Dewan Rakyat dalam penggal ini, aku melihat tidak ramai wakil rakyat BN yang “ada telur” untuk bangun menghemtam pembangkang apabila berbahas. BN masih mengharapkan “taiko-taiko” lama seperti Bung Mokhtar dan Abdul Aziz. Malah yang lebih menyedihkan BN terpaksa mengharapkan kelantangan Konsesus Bebas seperti Ibrahim Ali, Zulkiflee Nordin dan Zaharain untuk “menembak” pembangkang.
Bagi aku, kelantangan wakil rakyat BN di Dewan Rakyat sebenarnya sangat penting, sama pentingnya dengan keperluan untuk mendapat majoriti 2/3. Ini kerana dengan adanya Anwar Ibrahim yang sememangnya diketahui sebagai Bapa Hiprokrasi Parlimen Malaysia, pembangkang akan dengan mudah akan dapat mempertikai segala tindakan kerajaan walaupun apa yang dibuat itu betul dan benar.
Kerja pembangkang bukannya susah dalam Dewan Rakyat, bangun mohon mencelah dan menghentam kerajaan/BN. Dengan hanya bermodalkan air liur, fakta atau bukti tidak penting. Yang penting mereka menghentam kerajaan/BN dan mereka mengharapkan rakyat untuk mempercayai apa yang dipertikaikan mereka.
Keadaan akan menjadi bertambah “buruk” buat BN jika tiada wakil rakyatnya yang bangun untuk menyanggah apa yang diperkatakan pembangkang secara lantang. Jawapan berfakta secara “bersopan santun” akan diperlekehkan dan digambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan/BN hanya tahu berdolak dalik. Sebab itu BN memerlukan calon wakil rakyat yang lantang untuk diangkat dalam PRU akan datang.
Jika dilihat prestasi Khariy di Dewan Rakyat, aku merasakan Khairy salah seorang dari calon yang BN perlukan dalam penggal akan datang. Kelantangan beliau bersuara di Dewan Rakyat sebelum ini ternyata memberikan kesan kepada pembangkang walaupun tidak ramai yang nampak perkara berkenaan.
Walaupun demikian, dari aspek kepimpinan UMNO, aku merasakan KJ perlu melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang. Ini kerana beliau walaupun dilihat berjaya memainkan peranan sebagai wakil rakyat BN yang lantang di Dewan Rakyat namun sehingga ke hari ini KJ masih lagi gagal untuk menyatukan pemuda UMNO untuk menghadapi kerenah pembangkang.
Pemuda UMNO masih belum bersatu dan kedudukan Khairy masih lagi dibayangi dengan perlantikannya di era pimpinan bapa mertuanya. Oleh itu, aku merasakan beliau harus berundur dari jawatan KP UMNO dan bukannya sebagai calon wakil rakyat BN dalam penggal yang akan datang.
Jika Khairy seorang yang berjiwa besar, beliau akan mengundurkan diri dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dan akan kekal menawarkan diri sebagai calon BN. Andai itu dilakukannya, terbukti KJ mengutamakan BN dan bukannya cita-cita politik peribadinya (Nak jadi PM termuda!).
Akhir sekali dari aku buat Khairy, Selamat Hari Jadi diucapkan! Semoga anda dirahmati oleh-Nya.

setuju bro. dia ni bagus bila bercakap tapi nak buat macam mana, naik dengan pijak kepala orang. sapa tak marah.
BalasPadamaku setuju dgn kenyataan si khairy ni salah seorang MP BN yang boleh di harap.. yang lain setakat tunjuk muka jer.. aku bukan penyokong khairy.. tp bila di parlimen, dia antara yang terbaik dalam mempertahankan BN, selain dari otai-otai lama BN, Kota belud pun handal gak..
BalasPadamBro harap dpt dipautkan http://yuseriyusoff.blogspot.com/
BalasPadamkeh keh keh, kebetulan pulok sama tarikh lahir ngan Tok garu Niki Ajis. Sesuai benar kalau jadik menantu tok garu ganti ariffahmi. Keh keh keh...
BalasPadamYe ke Bro? Kalau gitu ada juga jasa dia. Dan dia sesuai untuk konsesus bebas.
BalasPadam