Rabu, 13 April 2011

Gempar! Raja Petra mengaku Anwar beri greenlight padanya untuk fitnah Najib dan Rosmah!

Nampaknya seorang lagi orang kepercayaan Anwar menongkah arus dan memilih untuk menentang Beliau. Buletin Utama sebentar tadi menyiarkan wawancara ekslusif TV3 dengan Raja Petra Kamaruddin, Pemilik Malaysia Today.

Semua orang tahu, Raja Pet adalah penyokong kuat Anwar. Kerana Anwarlah Raja Pet terpaksa melarikan diri ke luar negara. Bukan sedikit pengorbanan Pet kepada Anwar, pelbagai cerita dibuat beliau untuk menjatuhkan Pak Lah dulu.

Kini, Raja Pet tidak lagi mahu dipergunakan Anwar seperti Datuk Eskay yang meloloskan dirinya untuk ke Thailand.

Menggemparkan, Raja Pet mengakui bahawa cerita beliau bahawa NAJIB TERLIBAT DENGAN ALTANTUYA HANYALAH REKAAN! Cerita beliau bahawa ROSMAH ADA KETIKA ALTANTUYA DIBUNUH HANYALAH REKAAN! Kedua-duanya hanya bersandar kepada dengar cerita orang yang disuruh Anwar! Bukan beliau sendiri yang mengetahuinya.

Raja Pet juga menyatakan beliau menulis untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan Altantuya adalah untuk menggagalkan Najib menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dimahukan oleh Anwar!

Nampaknya kebenaran semakin terserlah. Raja Pet telah u-turn dengan mendedahkan kebenaran. Raja Pet telah bosan untuk menipu bagi pihak Anwar. Semua orang kuat Anwar telah sedar bahawa mereka dipergunakan.

Mungkin ini hikmah sumpah laknat Saiful. Kita tunggu pula episod dua temubual ekslusif bersama Raja Pet di Buletin Utama. Pasti ada yang lebih menggemparkan akan didedahkan beliau.

Sama-sama kita nantikan esok!

1 ulasan:

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!