Selasa, 26 April 2011

SPRM Rugi Besar Beng Hock Mati!


Kematian Beng Hock amat merugikan SPRM. Sebaliknya, kematian Beng Hock telah menguntungkan DAP.

DAP bukan setakat menjadikan kematiannya sebagai modal politik malah kematian Beng Hock menyelamatkan DAP dari didakwa di mahkamah. Betapa untungnya DAP, betapa ruginya SPRM.

SPRM kerugian besar atas kematian pemuda itu kerana:

1. Beng Hock adalah saksi utama SPRM untuk mendakwa Adun Seri Kembangan yang juga merupakan majikannya dalam kes menyalahguna kedudukannya sebagai Adun untuk membolot projek-projek.

2. Kematian Beng Hock menyebabkan tiada saksi pengganti yang lain untuk memberikan keterangan bagi mendakwa Adun Seri Kembangan. Ia menyebabkan pendakwa raya terpaksa menggugurkan kes ini. (baca ulasan selanjutnya di Minda Intelek Melayu)

Ruginya SPRM. Terpaksa menggugurkan kes untuk mendakwa Adun DAP hanya kerana kematian Beng Hock! Betapa untungnya DAP kerana dapat terus membuat celaka.

Namun sekurang-kurangnya, kematian Beng Hock membuka rahsia umum yang DAP selama ini mempergunakan nama syarikat Bumiputra untuk membolot projek kerajaan. Bagi aku, perkara ini bukan baru. DAP dan syarikat-syarikat Cina dah lama sebenarnya bolot projek Bumiputra. Dan yang malangnya, orang Bumiputra sendiri merelakan syarikat mereka dipergunakan untuk mendapat keuntungan yang tak seberapa.

DAP amat licik. Ketika mereka mengatakan kerajaan rasis kerana mengutamakan Bumiputra, pada masa yang sama, mereka bolot habis projek-projek guna nama syarikat Bumiputra. Celaka memang celaka.

SPRM buka la semula siasatan ke atas DAP ini. Bukti dah ada. DAP perguna syarikat Bumiputra. Dan ketika menyiasat kali ini, pastikan saksi dilindungi, jangan sampai jadi macam Beng Hock, kalau dia tak terjun sendiri, mungkin dibunuh oleh DAP sendiri!

2 ulasan:

  1. "org cina" mcm khalid gagap memang baik sgt. sbb tu dia tolong bagi kontrak kepunyaan "unbumiputra" kpd melayu mcm adun seri kembangan. hancus selangor dpt mb lebih cina dari cina..

    BalasPadam
  2. SALAM, KITE BAKOR JE...KITE BAKOR JE.. YEK USIN

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!