Jumaat, 5 Ogos 2011

Khalid Ibrahim halang Exco ulas isu serbuan gereja! Kebebasan bersuara kepala bapak dia!


Depa kata Pakatan Haram memperjuangkan kebebasan bersuara. Depa kata Anwar peliwat tu mahu rakyat Malaysia bebas untuk berkata apa saja kepada kerajaan. Depa kata PKR, DAP dan PAS mahu mansuhkan akta yang sekat kebebasan. Tapi hari ni, Menteri Besar PAS, DAP & PKR halang EXCO sendiri untuk keluarkan kenyataan. Ni kepala bapak apa punya perjuangan ni?

Kesian Hassan Ali, sorang-sorang berjuang...

2011/08/05

Serbuan gereja: MB Selangor larang semua Exco beri kenyataan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melarang semua Exco negeri beri kenyataan berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, malam semalam.

Dalam kenyataannya petang ini, Khalid berkata beliau akan mendapatkan nasihat daripada Sultan Selangor berhubung perkara berkenaan sebaik memperoleh laporan JAIS.Katanya, tujuan mengadap Sultan Selangor yang menjadi ketua agama negeri bagi menyelesaikan masalah itu dan mengelak kejadian sama berulang.

“Sementara tindakan diambil dan isu ini diselesaikan, semua ahli Exco negeri dilarang membuat sebarang kenyataan," katanya.

Laporan hari ini menyebut, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.

Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.

“Selepas majlis hampir tamat, penguat kuasa dan polis membuat pemeriksaan meskipun ada cubaan menghalang mereka dan melupuskan bahan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada cubaan untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang.

Hasan berkata, terdapat 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu, namun tiada tangkapan dibuat dan mereka diarah hadir di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

“Berpandukan siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995,” katanya. - Berita Harian Online

6 ulasan:

  1. Adakah 12 org tu akan dibela olih peguam2 Kristian dan paderi2 dan pastal2 color bila ke pejabat JAIS?

    BalasPadam
  2. sendiri mau ingat la...yang 12 org datang utk sesatkan diri wat ape??kalau rasa x btol,jangan la dtg..

    BalasPadam
  3. PAS SESAT, HASSAN ALI & HARON DIN PATUT KELUAR DARI PAS, JANGAN JADI MUNAFIK, NIK NAJIS TUA NYANYOK MURTAD !!!

    BalasPadam
  4. Stainless steel jewelry piercing kit for sale - Titsanium
    Stainless steel jewelry piercing titanium trim as seen on tv kit for sale - titanium hammer Titsanium Merit - $6.00. SKU: 23995050 -. titanium rod in leg Availability: 5 titanium tv apk oz (Pack titanium plumbing of 6).

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!