Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 1 November 2010

Piala Malaysia bakal diarak di Galas, kem UMNO atau PAS?


Piala Malaysia akan dibawa ke Kelantan hari ini.

Apa yang pastinya, penulis 100% percaya ia tidak akan dilengah-lengahkan untuk di bawa ke kawasan pilihan raya kecil Galas.

Soalnya, ia akan diarak oleh kem UMNO atau PAS?

Pengundi akan menatap piala berkenaan di pondok panas UMNO atau pondok panas PAS?

Mungkinkah di jersi pasukan Kelantan sudah ada jawapannya? hehhehehe

Jika dilihat di Stadium Nasional Bukit Jalil, terbukti penyokong PAS buat Stadium Berkenaan macam mak bapak diaorang punya. Bendera bulan turut dibawa.

PAS tak profesional langsung!

Ia juga bukti PAS adalah parti yang akan mempolitikkan segala benda. Sampai perlawanan bola sepak pun mereka nak politikkan.

Hakikatnya, UMNO Kelantan yang patut bawa bendera ke dalam stadium.
KAFA diurus oleh UMNO Kelantan weh!

Kalau nak harap PAS, sampai kiamat la tak merasa nak peluk Piala Malaysia.

Betapa hebatnya UMNO Kelantan urus KAFA sampai dua kali masuk perlawanan akhir Piala Malaysia.
Dan tahun ini, jadi juara!

Bayangkanlah nikmat jika UMNO yang urus pentadbiran negeri, pasti Kelantan akan lebih makmur dan maju!

BN Menang, rakyat senang. PAS menang, kroni kenyang!

Takbirrrrrr!