Jumaat, 8 Oktober 2010

Rahimi tak sempat buat sidang media tapi Lateefa Koya dan PKR dah gelabah sampai panggil media buat penafian. Nampak sangat kantoi weh!

Nampaknya budaya gangster PKR bukan hanya berakar umbi dan melingkari parti berkenaan dan ketika pemilihan cabang saja malah telah lama dibawa ke dalam golongan massa. Terbaru, gangster PKR telah dihantar untuk menggagalkan sidang media Rahimi, bekas pembantu Anwar Ibrahim pada 6 Oktober 2010 di sebuah restoran di Klang.

Entah apa lah yang PKR takutkan sangat kepada pendedahan yang bakal dibuat oleh Rahimi sampai perlu menggagalkan sidang media beliau. Mesti apa yang nak didedahkan itu sesuatu yang benar, kalau tidak masakan PKR sanggup untuk membuat onar pada hari kejadian.

Sesuatu yang menarik yang ingin penulis sentuh mengenai peristiwa berkenaan ialah apabila PKR khususnya Lateefa Koya, Saiful Izham Ramli dan N Surendran pada 7 Oktober 2010 telah membuat sidang media penafian mengenai apa yang didakwa mereka sebagai pembohongan oleh Rahimi (sini).

Eh.. eh.. Bukankah sidang media Rahimi digagalkan oleh gangster PKR sendiri sehari sebelumnya? Dan sehingga artikel ini ditulis, Rahimi belum membuat sebarang sidang media yang baru.

Apa perlu PKR buat penafian ni? Dah tahu awal-awal nampaknya kebenaran yang nak didedahkan Rahimi ya? Sahlah mereka sebenarnya takut akan kebenaran yang nak didedahkan. Kantoi beb!


Kalaulah mereka membuat sidang akhbar berkenaan dengan hanya merujuk laporan Malaysiakini (sini), nampak sangat la yang mereka ni semua peguam haprak. Ada ka rujuk kepada sumber kedua, bukan sumber utama. Memalukan profesion guaman la puak-puak PKR ni!

Sepatutnya, mereka menunggu pendedahan sebenar sepenuhnya oleh Rahimi di dalam sidang media yang beliau janjikan. Lepas tu kalau nak nafi apa pun buat lah. Baru tak kantoi. Bodohnya la hai!

Harapnya nanti jangan lagi PKR hantar gangster bangang nak ganggu Rahimi ketika sidang media baru beliau kelak. Kalau tak salah, buat apa nak takut?

Ini tidak, bukan setakat rasa pedas sebab makan cili, tapi dah terloncat-loncat lebih dari beruk makyeh weh! Kantoi punya pasal! Kih kih kih

Rabu, 6 Oktober 2010

Mangsa liwat terbaru Anwar tampil buat laporan polis dan sidang akhbar? Nik Aziz, siapkan fatwa terbaru!


Segalanya bermula apabila rbf menukilkan posting berikut (sini):

Sebentar tadi saya menerima satu info. Tapi tidak perlu saya beritahu terlebih dahulu. Cuma gambaran yang saya boleh katakan ialah , ada 'bom' besar nak meletup petang ini. Di mana ? Di sebuah negeri dot dot dot... Sama-sama kita tunggu petang ini.... Harap bersabar Malam ini berita berkenaan akan penuh menghiasi ruang-ruang blog.
Sabar ya...


Kemudiannya Gomo melaporkan (sini):
Gomo baru mendapat maklumat menyatakan satu Laporan Polis akan di Buat di Balai Polis jam 3pm ini atas satu kejadian Seks Luar Tabii!

Pengadu merupakan pembantu Khas kepada seorang ahli Politik Pakatan Pembangkang!!!

Siapa kah Ahli Politik itu??? Di harapkan sesiapa yang terdekat dengan Lokasi dapat ke sana bagi mengikuti perkemgangan Laporan Polis yang akan di buat Jam 3pm ini! Lokasi Balai Polis Jam 3 pm!!! Anwar Ibrahim??? Habis lah kau Nuar!!! Batang tak jaga Habis Jahanam! Naya Kak Wan!!!



Blog Anwarpembohong pula mengkisahkan (sini):
Satu laporan Polis akan di buat jam 2pm di balai Polis Klang yang pastinya akan mengemparkan sekali lagi Dunia.

Sidang Media juga akan di buat di Lotus P.J. Yang di jangkakan jam 4 pm ini oleh mangsa liwat.

Siapa yang di liwat?
Siapa pula yang meliwat?

Anwar Ibrahim sekali lagi?

Anwar Al Juburi


Pisau.net juga ada cerita yang hampir sama seperti berikut (sini):

Menurut sumber pisau, seorang pemuda bernama Rahim** staff anwar akan membuat laporan polis di IPD Klang pada jam 2ptg ini kerana diliwat oleh si anwar si peliwat tegar.

Rahim** yang bertugas sebagai pegawai Anwar dikatakan telah diliwat beberapa kali sepertimana yang berlaku terhadap Saiful.

Sama sama kita tunggu berita selanjutnya

Pisau kata ' pondan tua ni tak habis habis gila dengan lubang kunyit'


Dan terkini, Unit Media Wangsa Maju mengkisahkan (sini):

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.

Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau.

Setelah rakyat diperlihatkan dengan gelagat Wild Animals in PKR Kingdom and Human Barabarics pada Pemilihan PKR 2010, rakyat akan sekali lagi dipertontonkan dengan filem haru biru Anwar Ibrahim ‘I Am The Real Sodomizer’.

Belum habis musibah menimpa PKR, aksi peliwat Ketua Umum PKR pula didedahkan oleh orang kanan beliau.

GWM ingin melihat apa pula Anwar Ibrahim bersama pencacainya akan membuat spin.

MELAYU ATAS PAGAR

Kesimpulannya, semua blog-blog ini menceritakan kisah yang hampir sama dan melingkari individu yang sama. Adakah benar ada mangsa liwat terbaru Anwar yang akan tampil membuat laporan polis? Sama-sama kita nantikan!

Rasuah PAS di Galas bermula: 2 kenderaan pacuan 4 roda untuk Orang Asli. Patut la mereka tak mahu diganggu, dah kawtim awal-awal rupanya!

Memori rasuah dulu-dulu.

Semalam, 5 Oktober 2010 BERNAMA melaporkan Orang Asli di Galas tidak mahu diganggu dengan kempen pilihan raya kecil kelak. Ini kerana mereka akan menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri untuk berkempen di kalangan masyarakat mereka (sini).

Menariknya, Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan berkenaan dilaporkan berkata jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka ketika kempen nanti.

"Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini pada Selasa.

Eh! Eh! Adakah sesuatu yang tersirat di sebalik ungkapan-ungkapan ini? Mari kita cuba selidiki:

1. Wakil masyarakat Orang Asli berkenaan berkata demikian di majlis ramah mesra dengan pimpinan PAS Kelantan, di rumah rasmi Nik Aziz tu!

2. Beliau turut menyatakan jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka ketika kempen kerana mereka sudah ada pasukan gerak gempur sendiri. Parti mana yang tak perlu masuk tu? PAS? Orang Asli akan berkempen untuk PAS?

Dan yang paling menariknya di penghujung laporan BERNAMA, belum pun masuk tempoh berkempen pilihan raya, PAS awal-awal lagi dah tabur rasuah kepada Orang Asli di Galas apabila mengumumkan peruntukkan RM 550,000 untuk membeli dua buah kenderaan pacuan 4 roda.

Patut la Orang Asli tak mahu diganggu. PAS awal-awal dah kawatim dengan mereka rupanya.

Adeh la…. Inilah rupa sebenar parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Parti lain buat rasuah, PAS buat kira apa? Sedekah? Tuih!

Kepada semua rakyat Malaysia, jangan ingat yang pakai serban dan kopiah tu semuanya alim belaka, dalam kopiah dan serban tu la tempat simpan harta pusaka rampasan perang semuanya. Alahai PAS PIS PUS... Cepat-cepat la mampussss...

Selasa, 5 Oktober 2010

Khalid tak tutup pusat hiburan di Selangor sebab senang nak kawal. PAS tak mau komen? Takkan dah jadi halal kot sejak jadi kerajaan ni?

Gambar sekadar penyeri penceritaan!

Khalid Ibrahim berdrama pula apabila diminta untuk mengulas mengenai penutupan pusat hiburan di Selangor. Melalui posting Malaysiakini bertajuk CCTV akan kawal ‘tetamu’ pusat maksiat di Selangor (sini), beliau berkata:

"Kalau kita hanya tutup sahaja (pusat hiburan), yang haram pula akan tumbuh macam cendawan, lagi susah untuk dikawal," kata Khalid.

Pandai sungguh Khalid mencari alasan untuk menggambarkan bahawa penutupan pusat hiburan di Selangor tidak dapat dilakukannya semata-mata untuk mengelakkan kewujudan pusat hiburan haram.

Sekarang ini pun pusat hiburan haram dah bersepah-sepah, tak payah nak tunggu ditutup yang ada lesen tu Khalid woi. Cakap saja la yang PKR dan DAP dulu tak janji pun nak tutup. Yang janji tu hanya PAS saja. Kan ka senang. Tak perlu pusing-pusing.

PAS pula sekarang ni dah takda telur dalam Pakatan Haram Selangor. Dulu bukan main lagi janji dalam pilihan raya kalau menang di Selangor nak tutup terus pusat-pusat maksiat ni. Sekarang, kenapa tak tutup? Takkan sejak kongsi kuasa dengan DAP ni semua yang haram dah jadi halal kot?

Yang bangangnya juga penyokong PAS menyalahkan BN sebab meluluskan lesen pusat-pusat hiburan tu dulu. Lepas tu disalahkan pula polis kerana tidak membuat tangkapan.

Woi bangang! Kalau macam tu hempa tak payah jadi kerajaan la bodoh! Baik jadi pembangang seumur hidup. Ya, PEMBANGANG, bukan pembangkang.

Lesen premis hiburan ka, perjudian ka, semuanya di bawah kuasa kerajaan negeri. Tarik lesen premis, derang tak boleh la beroperasi. Tak timbul isu derang ada lesen hiburan atau judi. Lesen hiburan atau judi ada tapi lesen premis takda, nak operasi macam mana? Suruh Khalid tu tarik lesen premis. Itu pun tak berani ka? Dulu janji bukan main! Tuih!

Banyak main wayang la orang-orang PAS. Satu habuk apa pun janji tak ditunai. Nak tingkat syiar konon. Makin memalukan Islam ada la.

Cepat-cepat la PRU-13. Tak sabar dah nak bungkus Pakatan Haramjadah ni!

Alhamdulillah. Tun M keluar hospital, Adun Perak sertai BN! Vah vetta vah!

Berita gembira yang dinanti seluruh umat Melayu Islam di Malaysia kecuali penyokong Pakatan Haram khususnya penjilat Azmin Ali telah tiba, Tun Mahathir dilaporkan oleh Utusan Online telah keluar hospital hari ini (sini).

Beliau dilaporkan akan kembali ke Malaysia dalam minggu ini juga. Mungkin Tun lebih selesa berada di bumi sendiri berbanding tempat orang lain.

Semoga beliau kembali sihat dan cergas seperti sedia kala.

Satu lagi berita gembira hari ini ialah Malaysiakini melaporkan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh menyertai komponen BN, Parti Progresif Penduduk (sini).

Ini bermakna kerajaan BN Perak akan lebih kukuh dengan kemasukan bekas wakil rakyat DAP itu. Sudah pasti Keshvinder akan turut membawa penyokongnya menyertai BN.

Dengan krisis yang melanda DAP Perak ketika ini, penulis percaya, akan ada lagi tindakan luar jangka yang akan berlaku di kalangan wakil rakyat Pakatan Haram Perak.

Semoga semua ini memberikan isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa hanya BN yang benar-benar dapat membela nasib mereka, bukan berpolitik retorik semata-mata seperti PAS, PKR dan DAP.

Takbir! Allahuakbar!

Nota kaki:
Agaknya apa komen Tun terhadap Azmin yang mencela beliau?

PAS macam pencacai! Minta Ku Li ketuai Kaukus Royalti Minyak tapi nak lawan beliau di Galas. Malu la sikit weh!

Kira-kira setahun yang lalu, Ku Li telah dilantik oleh Pakatan dan khususnya di negeri Kelantan oleh Parti Islam Semalaysia untuk mengetuai kaukus royalti minyak (sini, sini dan sini).

Ingat lagi gambar di bawah?



Ia adalah Program Solat Hajat & Himpunan 100,000 Rakyat Kelantan Menuntut Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 28 Januari 2010.

Ketika itu, Ku Li dipuji, dipuja, disanjung dan dianggap sebagai wira harapan PAS kerana sanggup berada di pentas Nik Aziz untuk berceramah mengenai tuntutan royalti minyak.

PAS menganggap Ku Li sebagai Hang Jebat kerana sanggup melawan UMNO, parti yang disertainya sendiri, semata-mata untuk mendapatkan apa yang didakwa PAS sebagai hak mereka, royalti minyak.

Kini, Ku Li telah dilantik oleh Barisan Nasional sebagai Pengarah PRK DUN Galas (sini).

Ini bermakna, sama ada menjadi calon BN atau tidak di Galas, Ku Li telah menjadi Jeneral BN di sana. Pasti Ku Li akan bermati-matian akan memastikan kemenangan BN.

Adakah PAS akan menukar wajah untuk mencela, menghina dan melawan Ku Li di Galas?

Sekiranya mengenang budi dan jasa Ku Li yang sanggup mengetuai Kaukus Royalti Minyak Kelantan, PAS sepatutnya tidak meletakkan calon di Galas. Apatah lagi mencela dan menghina Ku Li di sana.

Persoalannya, mampukah para penyokong dan pemimpin Pendokong Ajaran Sesat itu berbuat demikian?

Bukankah contoh dan sejarah banyak membuktikan mereka ini golongan yang tidak mengenang budi?

Sama-sama kita nantikan!

Isnin, 4 Oktober 2010

Cerita di sebalik Karipap jelajah dunia jaja kisah homosek yang wajib dibaca!

Gambar hanyalah penyeri penceritaan sahaja!

Karipap sedang menjelajah dunia di kala partinya sedang mengadakan pemilihan jawatan. Beliau mengutamakan jelajah berkenaan berbanding pemilihan partinya kerana kes beliau meliwat di mahkamah akan bersambung tidak lama lagi.

Baginya, sesiapa pun yang menang dalam pemilihan parti tidak akan memberikan kesan kerana di dalam Parti Karipap Robek, dia yang berkuasa sepenuhnya. Apa perlu beliau tunggu di dalam negara untuk lihat pemilihan? Lebih baik jelajah dunia cari sokongan.

Berikut kisah Karipap di Brussels:


Karipap: Terima kasih la sebab hempa semua sudi terima kedatangan aku ke Brussels ni.

Currypuff: Takdak masalah aih! Kita semuakan secitarasa hehehehe

Karipap: Hehehheh betui tu. Sebab tu aku suka Jerman ni. Liberal heheheh

Currypuff: Ok, cuba hang cerita apa tujuan hang datang nak jumpa kami semua ni?

Karipap: Sebenaqnya tujuan aku datang sini dan akan pi ke tempat lain adalah untuk cerita mengenai negara aku yang mengharamkan kegiatan homosek.

Currypuff: Apa? Betui ka?

Karipap: Betoi, kat negara aku kalu terlibat homesek boleh kena penjara. Dulu aku dah kena, la ni pun nak kena lagi. Tolong la aku wei.

Currypuff: Punya la teruk negara hang. Tak liberal langsung. Pemikiran jumud. Patut la tak maju-maju negara hang tu. Rupanya masih lagi ada undang-undang yang sekat kebebasan individu.

Karipap: Tu la pasai. Aku dari dulu jenuh dok perjuang supaya negara aku tu terima homosek sebagai hak individu. Sampai hilang jawatan la aku dok perjuang benda tu.

Currypuff: Eh, bukan hang kena pecat sebab kantoi ka? Hang jangan dok kelentong kami.

Karipap: Hehehehe ala kantoi tu kantoi la jugak. Tapi aku tetap perjuang tau. Kira sama la tu!

Currypuff: Hehehhe Tapi dengaq cerita dalam penjara pun hang dapat anak ikan jugak? Betoi ka?

Karipap: Mesti la. Tengok la siapa... Karipap beb... Karipap!

Currypuff: Ok, ok, sekarang cuba cerita apa yang hang mau kami buat?

Karipap: Hempa semua buat la apa yang patut. Kecam kerajaan negara aku tu. Hempa tibai la apa pun biaq aku tak masuk penjara lagi. Maklumat nanti aku bagi. Biaq depa terima homosek tu sebagai hak individu. Boleh aku bebas. Tolong la aku wei.

Currypuff: Ok ok itu takda hal. Tapi apa kami dapat?

Karipap: Itu hempa semua jangan la risau. Kami nak election setaun dua ja lagi. Tak lama dah. Kalu parti aku menang tentu la ada habuannya.

Currypuff: Cheh, apa ada kat negara hang tu. Bukan hang ka selalu dok kata negara tu dah pokai sebab rasuah.

Karipap: Tu la hempa semua tak tau. Itu sebenarnya propaganda parti aku la nak dapat undi. Negara aku tu sebenarnya belambak-lambak lagi kekayaan. Rizab luar negara ada berapa banyak. Tapi takkan la aku nak puji semua tu. Nanti tak dapat undi la parti aku kalu dok cerita yang baik-baik!

Currypuff: Wow itu sudah bagus. Kalau macam tu kami akan sokong hang. Jangan risau. Kompem kami sokong.

Karipap: Terima kasih. Terima kasih.

Currypuff: Tapi..

Karipap: Tapi apa?

Currypuff: Kalau kami dah tolong tapi hang kalah election macam mana?

Karipap: Errrr....

Currypuff: Macam ni lah. Apa kata hang cerita kat kami semua perkara yang hang tau tentang negara hang tu pada kami. A sampai Z. Maklum la, hang kan dulu orang nombor dua. Tentu banyak benda hang tau.

Karipap: Oh itu, boleh-boleh takda hal boleh. Sekarang pun boleh.

Currypuff: Takyah la gelojoh sangat. Dah la makan pun gelojoh, nak buat semua benda pun gelojoh la hang ni.

Karipap: Heheheh hempa semua tau kan aku macam mana. Aku nak cepat-cepat. Mana leh tahan lambat-lambat. Heheheh

Currypuff: Nanti kami hantar pegawai kami jumpa hang. Hang kena cerita semua. Deal?

Karipap: Deal! Takda hal punya.

Currypuff: Lepaih ni hang nak pi ke mana pulak?

Karipap: Aku nak pi jumpa kawan-kawan seangkatan kita di London, Barcelona, New York dan Jakarta pulak. Benda yang sama la aku nak bincang dengan depa.

Currypuff: Bagus-bagus. Harap-harap negara hang terima la apa yang hang dok perjuang tu.

Karipap: Aku akan tetap perjuang supaya homosek diterima kat negara aku tu. Lawan tetap lawan geng hehhehe


Begitulah kisah Karipap jelajah dunia untuk menghalalkan homosek di negaranya. Skrip ini ditaja oleh KY Jelly. Gunakan tanpa was-was.

Cerita terdahulu:
Cerita adik abang di sebalik RM 4 billion yang wajib dibaca!

Jumaat, 1 Oktober 2010

Bukti akar umbi UMNO dan PAS mahu Melayu Islam bersatu! Mengapa yang kat atas tu bangang dok bagi banyak alasan?

Solat Jumaat hari ini penulis tunaikan di Masjid Taman Taming Jaya kerana mempunyai urusan di sekitar Balakong. Ada sesuatu yang menarik perhatian penulis apabila melihat banner yang digantung di pintu pagar masjid berkenaan.

Malam ini, Jawatankuasa Masjid Taman Taming Jaya akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri. Menariknya, majlis berkenaan turut dianjurkan secara bersama oleh UMNO, PAS, Rukun Tetangga dan Kelas KAFA kawasan berkenaan! Wow!

Adakah ini petanda bahawa ahli UMNO dan PAS akar umbi sebenarnya mahukan perpaduan Melayu dan Islam tetapi malangnya yang duduk di takhta jawatan kedua-dua parti sibuk memikirkan kuasa, pangkat dan kedudukan terlebih dahulu?

Penulis amat berharap agar UMNO dan PAS di kawasan berkenaan bukan sekadar mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri secara bersama malah turut melibatkan aktiviti yang lain setiap masa.

Sekurang-kurangnya usaha UMNO dan PAS Taman Taming Jaya ini akan menjadi pemangkin kepada penyatuan Melayu Islam dalam konteks yang lebih luas.

Cuma satu saja penulis tertanya-tanya, mengapa PKR kawasan berkenaan tidak terlibat sekali?

Bila diajukan soalan berkenaan kepada rakan penulis, ini jawapannya:

"PKR tu Melayu Islam ke?"

Penulis hanya mampu tersenyum dan mengangguk tanpa suara.

Kerajaan kebajikan haramjadah apa ikut DAP naik harga air ni? Pakatan Haram memang celaka!

Kerajaan Kebajikan PAS Kedah menaikkan harga air mulai hari ini weh… Sekali lagi diulangi… KERAJAAN KEBAJIKAN PAS KEDAH tu! Tuih! (sini, sini, sini dan sini)

Sungguh memalukan apabila pihak yang sanggup membuang slogan membina Negara/Negeri Islam dan ditukar kepada Negara/Negeri Kebajikan semata-mata untuk berkawan dengan DAP dan dapat undi bukan Islam kini terpaksa pula menggadai slogan “Kebajikan” yang dibawa mereka.

Di kala seluruh Kedah mengalami masalah air terawat yang teruk dan sesetengah kawasan yang paip air ada, air tak ada, Azizan Razak memilih untuk menaikkan harga air untuk membebankan rakyatnya.

Alasan yang diberikan oleh pimpinan Azizan harga air dinaikkan disebabkan dah 17 tahun tak naik.

Punya la bodoh alasan. BN sebelum ini berbelas tahun tidak naikkan harga air untuk tidak bebankan rakyat tapi PAS yang baru 2 tahun memerintah terus naikkan pada kadar yang mendadak, antara 25 hingga 44 peratus.


Apa yang menghairankan, tindakan menaikkan harga air ini berselang tidak lama selepas Guan Eng celaka umumkan harga air naik di Pulau Pinang. Mungkin lepas ni akan berjangkit ke Selangor dan Kelantan pula.

Nampak gayanya memang Pakatan Haram dah pakat-pakat nak naikkan serentak di negeri mereka ni. Celaka punya Pakatan Haram!

Apa pun buat ketika ini, yang malangnya adalah rakyat di Pulau Pinang dan Kedah. Inilah hadiah dan nikmat sebab mengundi PAS, DAP dan PKR.

Hempa terima saja la no…. Next election jangan dok undi depa dah!

Kereta Saiful Bukhari dicuri. Angkara siapa agaknya ya? Mungkinkah penyangak itu mencuri sambil makan karipap?

Kasihan Saiful, banyak dugaan sungguh dalam mencari keadilan.

Terbaru, keretanya yang dihadiahkan oleh arwah ibunya dicuri oleh penyangak yang tak bertanggungjawab ketika beliau sedang makan di sebuah restoran di Lorong Medan Tuanku 2 bersama bapanya 29 September yang lalu.

Tertanya-tanya juga penulis, adakah pencuri berkenaan ada kaitan dengan kesnya di mahkamah? Adakah ini usaha untuk melewat-lewatkan beliau tiba di mahkamah?

Ataupun mungkin penyangak berkenaan sebenarnya main tangkap muat saja pilih kereta dan kebetulannya yang jadi sasaran adalah kereta Saiful?

Penulis cenderung untuk mengatakan yang penyangak berkenaan sebenarnya mencuri kereta Saiful sambil makan karipap! Ini kerana macam ada kaitan karipap dengan kereta Saiful. Logik tak? heheheh

Walau apa pun, semoga kereta berkenaan ditemui segera. Yalah, takda kereta sendiri patah kaki weh.....

Moga Saiful tabah hadapi cabaran ini.

Berikut merupakan catatan yang dibuat oleh Saiful di dalam facebook beliau mengenai kehilangan kereta berkenaan:


Mohon Bantuan
by Saiful Bukhari Azlan on Thursday, 30 September 2010 at 15:24

Waja, Silver. WLG 9170. Registered Nov 2003.
Pics taken Dec 2004

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam, pada jam 8.35pm, selepas makan malam bersama bapa di restoran berdekatan, saya dapati bahawa kereta saya telah dicuri. Kejadian berlaku di bahu jalan Lorong Medan Tuanku 2, Kuala Lumpur.

Laporan Polis telah dibuat di IPD Dang Wangi. Saya difahamkan siasatan dan gerakan mengesan semula kereta saya sedang dijalankan.

Jika ada sebarangan maklumat, mohon jasa baik rakan-rakan dan pengunjung blog saya menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi Sarjan Mejar Shukor di talian 019-3245442.

Buat masa ini, saya tidak mahu mengesyaki atau mengaitkan kehilangan kenderaan saya ini dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Saya serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan serta orang ramai diatas keperihatinan,bantuan dan doa sejurus saya mengumumkan berita kehilangan tersebut di Facebook dan Twitter malam tadi.

Kereta tersebut banyak kenangan dan jasanya. Ia juga merupakan hadiah dari Arwah Ibu sebelum beliau kembali ke Rahmatullah pada tahun 2004.

Apapun, sebagai hamba Allah, saya akan terus berdoa, tenang dan sabar. Insyaallah, jika ada rezeki, pulanglah ia, jika tiada, maka saya Redha.

Diharap rakan-rakan diluar sana terutama pemilik kenderaan mengambil iktibar dan berhati-hati. Kes kecurian kenderaan sudah menjadi perkara normal semenjak akhir-akhir ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

SAIFUL BUKHARI AZLAN