Selasa, 11 Januari 2011

Sidang DUN Tergempar: Peluang keemasan BN bawa usul tidak percaya kepada Khalid

BN Selangor perlu mengambil peluang atas cadangan MB Selangor, Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang DUN tergempar bagi mengambil kuasa pelantikan SUK Selangor kepadanya dengan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Ini kerana sekiranya BN memohon kepada Speaker DUN untuk mengemukakan usul tidak percaya secara berasingan sudah pasti ia akan ditolak mentah-mentah. Speaker sudah pasti akan menggunakan alasan "Tidak perlu disegerakan" kerana BN tidak mempunyai cukup kerusi untuk melaksanakannya.

Namun, apabila Khalid yang juga tidak mempunyai cukup kerusi mahu menggunakan DUN untuk mendapatkan kuasa melantik SUK Selangor, sudah pasti Speaker akan terpaksa juga membenarkan usul tidak percaya kepada Khalid. Jika tidak, pasti Speaker akan dikatakan memilih bulu dan hanya menjaga kepentingan DAP dan PKR di DUN Selangor.

Jangan lupa, Khalid perlu majoriti 2/3 untuk diluluskan usulnya dan BN memerlukan majoriti mudah untuk membuang Khalid. Ini bermakna, Khalid memerlukan 37 kerusi dari 56 kerusi keseluruhan dan BN pula memerlukan 29 kerusi untuk menyingkirkannya.

Sekarang ini Khalid mempunyai 35 kerusi (14 PKR, 13 DAP, 8 PAS) manakala BN yang mempunyai 20 kerusi ditambah dengan satu kerusi bebas yang mesra BN menjadikannya 21 kerusi. Oleh itu, Khalid hanya memerlukan dua lagi kerusi untuk membolehkan usulnya diluluskan manakala BN pula memerlukan 8 kerusi untuk menyingkirkan Khalid.

Siapa di kalangan wakil rakyat BN yang akan menyokong Khalid? Adakah wakil rakyat bebas akan kembali menyokong Khalid? Adakah 8 orang wakil rakyat PAS akan berpaling tadah dan menyokong usul BN lalu jawatan MB diberi kepada Hassan Ali? Bukankah PAS Selangor sebelum ini sering makan hati dengan tindakan PKR dan DAP?

Apa pun yang bakal berlaku, kesimpulannya kini ialah Khalid tidak mempunyai cukup kerusi dan BN juga tidak mempunyai cukup kerusi. Sekiranya BN Selangor mengemukakan usul tidak percaya kepada Khalid ketika sidang DUN tergempar nanti, sekurang-kurangnya rakyat akan membuka mata akan perkara-perkara berikut:

1. Adakah Speaker DUN Selangor dari DAP yang baru-baru ini dianugerahkan gelaran Dato' oleh Sultan Selangor akan bersikap berkecuali dengan menerima usul undi tidak percaya kepada MB. Jika beliau menolaknya ini menampakkan Speaker DAP ini tidak berkecuali dan hanya menjaga kepentingan DAP dan PKR di DUN Selangor.

2. Jika usul tidak percaya kepada Khalid diluluskan oleh Speaker untuk dibawa, ia akan menyedarkan penyokong totok PAS, PKR dan DAP bahawa sokongan yang mereka berikan kepada Khalid untuk mengemukakan usul mengambil kuasa pelantikan SUK Selangor adalah sia-sia. Ini kerana sudah pasti mereka (pembangkang) akan mengatakan BN tidak cukup kerusi untuk membawa usul tidak percaya kepada Khalid. Dan ketika itu, sudah semestinya ramai dikalangan penyokong mereka yang akan membuka mata dan sedar, "Eh! Kita yang lebih bodoh rupanya. Apa yang BN nak buat itu samalah seperti yang dibuat Khalid!"

BN Selangor perlu berani untuk mengemukakan usul berkenaan. Biar penyokong pembangkang mendapat mesej penting ini.

Cuma satu saja aku bimbangkan, BN Selangor tidak cukup berani dan akan memberikan pelbagai alasan. Sedarlah BN Selangor, korang tu pembangkang! Buat apa yang selalu Anwar sebut! LAWAN TETAP LAWAN!

5 ulasan:

  1. Sokongggggggggggggggggg Lawan tetap lawan

    BalasPadam
  2. BN perlu bawa usul ini. sokong bro!

    BalasPadam
  3. Kita tgk je kesudahan DUN tergempar ni. Khalid ke kene buang atau BN ke terus tido...

    Ape2pun, BN Selangor bangkit la. Lanyak puak setan Fuckatan haram jadah ni!!!!

    BalasPadam
  4. ya!!! kasi ganyang ini PAKATAN HARBI

    BalasPadam
  5. Kasi lempang sama KHALID ni supaya x gagap lg...bengap punye MB..ngan Sultan pun nak lawan..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!