Selasa, 26 April 2011

SPRM Rugi Besar Beng Hock Mati!


Kematian Beng Hock amat merugikan SPRM. Sebaliknya, kematian Beng Hock telah menguntungkan DAP.

DAP bukan setakat menjadikan kematiannya sebagai modal politik malah kematian Beng Hock menyelamatkan DAP dari didakwa di mahkamah. Betapa untungnya DAP, betapa ruginya SPRM.

SPRM kerugian besar atas kematian pemuda itu kerana:

1. Beng Hock adalah saksi utama SPRM untuk mendakwa Adun Seri Kembangan yang juga merupakan majikannya dalam kes menyalahguna kedudukannya sebagai Adun untuk membolot projek-projek.

2. Kematian Beng Hock menyebabkan tiada saksi pengganti yang lain untuk memberikan keterangan bagi mendakwa Adun Seri Kembangan. Ia menyebabkan pendakwa raya terpaksa menggugurkan kes ini. (baca ulasan selanjutnya di Minda Intelek Melayu)

Ruginya SPRM. Terpaksa menggugurkan kes untuk mendakwa Adun DAP hanya kerana kematian Beng Hock! Betapa untungnya DAP kerana dapat terus membuat celaka.

Namun sekurang-kurangnya, kematian Beng Hock membuka rahsia umum yang DAP selama ini mempergunakan nama syarikat Bumiputra untuk membolot projek kerajaan. Bagi aku, perkara ini bukan baru. DAP dan syarikat-syarikat Cina dah lama sebenarnya bolot projek Bumiputra. Dan yang malangnya, orang Bumiputra sendiri merelakan syarikat mereka dipergunakan untuk mendapat keuntungan yang tak seberapa.

DAP amat licik. Ketika mereka mengatakan kerajaan rasis kerana mengutamakan Bumiputra, pada masa yang sama, mereka bolot habis projek-projek guna nama syarikat Bumiputra. Celaka memang celaka.

SPRM buka la semula siasatan ke atas DAP ini. Bukti dah ada. DAP perguna syarikat Bumiputra. Dan ketika menyiasat kali ini, pastikan saksi dilindungi, jangan sampai jadi macam Beng Hock, kalau dia tak terjun sendiri, mungkin dibunuh oleh DAP sendiri!

Rabu, 20 April 2011

Celaka! DAP guna syarikat Bumiputra untuk dapat projek Kerajaan!


DAP memang celaka.

Kes kematian Teoh Beng Hock telah membuktikan bahawa DAP selama ini mempergunakan syarikat-syarikat berstatus Bumiputra untuk mendapat projek daripada kerajaan. Selama ini mereka kata kerajaan zalim dengan hanya memberikan projek kelas F kepada syarikat Bumiputra. Rupanya penghinaan itu hanyalah topeng untuk meraih undi orang Cina.

Dibelakang sebenarnya mereka pergunakan syarikat-syarikat Bumiputra untuk pulun projek-projek kecil kerajaan. Dah la semua bahan mentah puak-puak dia balun, projek kerajaan untuk Bumiputra pun dia gasak jugak. Memang celaka la DAP. Yang Bumiputra bangang pi bagi nama syarikat digunakan pun satu lagi celaka. Aku percaya, kalau DAP tak rasuah pemilik syarikat Bumiputra mesti derang tak dapat peluang untuk guna nama syarikat tu. SPRM perlu lihat perkara ini.

Waktu Buletin Utama siarkan berita ni tadi, aku terus cari cerita dalam net. Dapat berita dilaporkan Bernama di sini. Cuba korang baca perenggan ni:

Beliau (Lee Wye Wing - ahli perniagaan DAP) menafikan dakwaan Muhammed Shafee bahawa syarikat milik isterinya iaitu WSK Services, dibiayai oleh ahli DAP dan menafikan beliau menggunakan syarikat Bumiputera untuk memperoleh projek bagi kontraktor Kelas F.

Syarikat bumiputera itu adalah MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Construction dan Aris Enterprise. Wye Wing bersetuju dengan Muhammed Shafee bahawa syarikat-syarikat berkenaan mendapat wang pendahuluan daripada DAP sebelum mendapat bayaran balik daripada Pejabat Tanah dan Daerah.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan Muhammed Shafee bahawa isterinya dan seorang anak saudaranya mempunyai hubungan dengan pemimpin tertinggi DAP .

Takkan la bagi wang pendahuluan saja kot. Nak menipu pun agak-agak la. Tak payah dok nafi-nafi. Semua orang tau, itu memang projek korang. Projek yang hanya guna nama Bumiputra. Celaka la lu DAP. Lu memang kasi jahanam Melayu dalam diam-diam.

Sedar la wahai Bumiputra sekalian. Ini hanya salah satu cara yang DAP terkantoi. Derang ni memang sejak kita belum merdeka kali buat pelbagai cara untuk jahanamkan Melayu. Jangan la jadi bangang dok sokong DAP! DAP memang Anti-Melayu/Bumiputra sampai bila-bila!

Sabtu, 16 April 2011

Gempar: DAP & PKR berebut kerusi Ketua Pembangkang Sarawak!


Aku dikhabarkan penyokong DAP dan PKR di Sarawak mula bertegang leher mengenai pelantikan Ketua Pembangkang di sana. Penyokong PAS pula sejak pembahagian kerusi lagi terpaksa mengikut saja apa saja keputusan DAP dan PKR. Maklum la, bertanding 5 saja kerusi. Kalah semua pulak tu!

Perebutan jawatan Ketua Pembangkang ini berpunca dari kegagalan PKR untuk memenangi 46 kerusi lain yang diperuntukkan kepada mereka oleh DAP. Untuk rekod, PKR bertanding 49 kerusi dan menang 3 manakala DAP pula bertanding 15 dan menang 12.

Sebelum ini, Anwar menjanjikan Baru Bian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ini. Malangnya, BN terus mengekalkan majoriti 2/3.

Walaupun Baru Bian menang di DUN Ba'kelalan tetapi DAP menang di 12 kerusi lain. Ini bermakna, kerusi DAP lebih dari PKR!

Penyokong PKR berkeras agar Anwar melantik Baru Bian sebagai Ketua Pembangkang manakala penyokong DAP pula tidak akan memberikan laluan kepada beliau. Penyokong DAP mahu Pengerusi DAP Sarawak yang menang di DUN Bukit Assek dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Bagi penyokong DAP, PKR tidak boleh diharap dan mereka hanya mahu diangkat sebagai ketua walaupun mengecewakan.

Aku lihat, walaupun penyokong DAP dan PKR bertelagah, Anwar pasti akan berkeras supaya Baru Bian dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Lim Kit Siang pula pasti akan bersetuju dan tidak membantah walaupun akan mengecewakan penyokong DAP di Sarawak.

Politik Lim Kit Siang (baca DAP) licik dan pandai. Baru Bian pasti akan dijadikan boneka seperti Anwar di Dewan Rakyat. Di Dewan Rakyat pun DAP lebih kerusi dari PKR ma... Apa nak heran? Siapa pun jadi Ketua kepada DAP, janji hidung (baca bontot) mau kena cucuk!

Pakatan oh pakatan, itu baru jadi Ketua Pembangkang, belum lagi korang menang.... Alahai.... Mujurlah majoriti rakyat Sarawak masih bijak. Kalau tidak, mau jahanam Bumi Kenyalang!

Rabu, 13 April 2011

Gempar! Raja Petra mengaku Anwar beri greenlight padanya untuk fitnah Najib dan Rosmah!

Nampaknya seorang lagi orang kepercayaan Anwar menongkah arus dan memilih untuk menentang Beliau. Buletin Utama sebentar tadi menyiarkan wawancara ekslusif TV3 dengan Raja Petra Kamaruddin, Pemilik Malaysia Today.

Semua orang tahu, Raja Pet adalah penyokong kuat Anwar. Kerana Anwarlah Raja Pet terpaksa melarikan diri ke luar negara. Bukan sedikit pengorbanan Pet kepada Anwar, pelbagai cerita dibuat beliau untuk menjatuhkan Pak Lah dulu.

Kini, Raja Pet tidak lagi mahu dipergunakan Anwar seperti Datuk Eskay yang meloloskan dirinya untuk ke Thailand.

Menggemparkan, Raja Pet mengakui bahawa cerita beliau bahawa NAJIB TERLIBAT DENGAN ALTANTUYA HANYALAH REKAAN! Cerita beliau bahawa ROSMAH ADA KETIKA ALTANTUYA DIBUNUH HANYALAH REKAAN! Kedua-duanya hanya bersandar kepada dengar cerita orang yang disuruh Anwar! Bukan beliau sendiri yang mengetahuinya.

Raja Pet juga menyatakan beliau menulis untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan Altantuya adalah untuk menggagalkan Najib menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang dimahukan oleh Anwar!

Nampaknya kebenaran semakin terserlah. Raja Pet telah u-turn dengan mendedahkan kebenaran. Raja Pet telah bosan untuk menipu bagi pihak Anwar. Semua orang kuat Anwar telah sedar bahawa mereka dipergunakan.

Mungkin ini hikmah sumpah laknat Saiful. Kita tunggu pula episod dua temubual ekslusif bersama Raja Pet di Buletin Utama. Pasti ada yang lebih menggemparkan akan didedahkan beliau.

Sama-sama kita nantikan esok!

Sabtu, 2 April 2011

Video Seks Tulen: Polis Malaysia Bukan Bodoh!

"Tengok betul-betul, sama bukan dengan pelakon tu?"

Apabila Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video seks yang diserahkan oleh trio Datuk T adalah tulen, bukannya disalin dari mana-mana sumber, banyak pihak yang tertanya-tanya dan sebahagiannya mengkritik mengapa tidak didedahkan pelakunya?

Yang paling menggelikan hati aku ialah Malaysiakini secara terang-terangan menuduh Anwar sebagai pelakon seks berkenaan ketika beria-ia mengulas perkara ini (sini). Ayat yang digunakan betul-betul menghala kepada Anwar tanpa selindung-selindung:

“Pelbagai pihak tampil mendesak polis tidak bertindak berat sebelah dalam kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan 'ketulenan' klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapa individu yang dirakamkan itu.”


Adakah ini petanda Malaysiakini sememangnya mengetahui dan yakin Anwar adalah pelakon lucah itu?

Aku percaya, tindakan polis untuk tidak mendedahkan pelaku seks berkenaan kerana ia merupakan sebahagian strategi untuk menggelabahkan PELAKON SEKS di dalam rakaman berkenaan. Yalah, kalau dah terkantoi, pasti PELAKON SEKS berkenaan akan menggelabah dan membuat perkara-perkara diluar kebiasaannya.

Menariknya, sebelum ketulenan video berkenaan disahkan oleh polis, Anwar terlebih dahulu dah bertindak di luar kebiasaannya. Contoh luar kebiasaan yang aku maksudkan ialah Anwar ketika sidang akhbar penafian tergagap-gagap untuk menyatakan beliau sedang bertwitter dan ada bersama dengan keluarganya ketika aksi seks berlangsung sedangkan dalam mana-mana sidang akhbar sebelum itu, pasti setiap soalan wartawan dijawab dengan tegas dan lancar. Tapi kali ni boleh pula tergagap!

Satu lagi contoh ialah apabila dalam ceramahnya selepas isu ini dibangkitkan Anwar lebih banyak memaki hamun, menghentak dan menumbuk rostrum sambil meninggikan suara. Tidak pernah berlaku sebelum ini! Adakah ini satu petanda?

Perlu diingat, rakaman adengan seks yang dipertontonkan kepada wartawan dan blogger sebelum ini hanya dalam tempoh 21 minit. Datuk Eskay sendiri mengakui yang beliau juga ada dalam rakaman berkenaan. Aku percaya, video yang diserahkan kepada polis adalah versi penuh, dari mula orang yang memasangnya menghidupkan kamera sehinggalah Datuk Eskey mematikannya. Sudah pasti siasatan polis juga telah meliputi jam Omega yang mempunyai nombor siri. Nombor tu unik untuk setiap jam yang dihasilkan. Pasti tuan punya jam tak dapat minta tolong bininya kali ini.

Tak perlu tergesa-gesa, nanti kalau umum awal-awal, pasti Anwar akan putar alam sana sini. Siapa tak kenal Anwar dan bakal peguam yang akan dilantik untuk kes terbarunya ini? Kaya la Karpal Singh, hidup dia makan duit Anwar sajalah!

Bagi aku, kalau benar Anwar tak bersalah, beliau patut bangun melaungkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (SD) bagi membersihkan namanya. Takkanlah untuk kes Beng Hock dan kes Lingam Anwar boleh melaung-laung dan sanggup bermati-matian untuk minta SD ditubuhkan atas nama keadilan tetapi apabila beliau sendiri yang dikatakan sebagai pelakon seks, diam menyepi tak mahu SD. Takkanlah tak mahu keadilan untuk diri sendiri? Atau sebenarnya Anwar takut kantoi lebih besar lagi?

Kita tunggu sajalah tindakan peguam Negara. Sambil tu, boleh kita tengok aksi auta Anwar seterusnya.

Nota kaki:
Aku heran sungguh ada sahabat blogger boleh dok bangga Anwar pancut dua kali. Penyokong Pembangkang pula dok kata ia bukti fitnah kerana takkanlah Anwar dah tua macam tu boleh main lama dan pancut sampai dua kali. Apalah yang nak dihairankan, kat harakahdaily tu ubat seks macam-macam jenis ada iklan. Anwar makan ubah kuat la. Tah tah VIAGRA. Nak heran apa?

Rabu, 30 Mac 2011

Interlok: Apabila segelintir Cina & India malu mengakui asal usul

Selepas NGO India menentang penggunaan perkataan PARIA dalam novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, hari ini muncul pula NGO Cina (Dewan Perhimpunan Cina KL/Selangor - KLSCAH) yang membantah penggunaannya sebagai teks sastera sekolah menengah (sini). Penentangan ini dilakukan kerana NGO Cina merasakan Interlok "menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang".

Agak menghairankan apabila Interlok yang ditulis Abdullah dalam peraduan menulis novel 10 tahun kemerdekaan negara anjuran DBP pada tahun 1967 langsung tidak dibantah sebelum ini. Tetapi secara tiba-tiba apabila novel yang ditulis lebih 40 tahun dulu diangkat sebagai teks sastera sekolah, pelbagai isu perkauman cuba dimainkan oleh NGO India dan Cina.

Nampaknya, novel yang mahu digunakan untuk menyemarakkan rasa sayangkan negara di kalangan pelajar semua kaum ini telah dijadikan isu perkauman oleh NGO India dan NGO Cina. NGO Cina bersikap rasis apabila mengatakan Interlok cuba menanamkan elemen ketuanan Melayu dan cuba membrainwash kepala otak pelajar!

Mengapa NGO India dan NGO Cina ini begitu takutkan hakikat sejarah sebenar dan asal usul keturunan mereka? Mengapa NGO India malu untuk mengakui bahawa orang-orang India di Malaysia hari ini sememangnya berasal dari Tanah Besar India? Mengapa NGO Cina tidak mahu mengakui bahawa orang-orang Cina di Malaysia hari ini sememangnya berasal dari Tanah Besar China? Adakah apabila orang-orang Melayu mengatakan hakikat dan kebenaran ia merupakan satu penghinaan kepada orang India dan Cina?

Apa yang menjelekkan lagi ialah apabila NGO berkenaan yang mengakui mengetahui novel berkenaan telah berusia lebih 40 tahun mendakwa ia "cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu"". Bukankah bodoh NGO Cina ni? Apa nama asal negara ni? Bukankah Tanah Melayu? Kalau dalam bahasa Inggerisnya MALAYLAND (Tanah Thai = Thailand)! Itu belum cukup untuk menggambarkan negara ini asalnya milik orang Melayu?

Dikatanya lagi, Interlok membawa mesej "Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia"! Soalnya adakah 1Malaysia yang dilaungkan itu akan mengenepikan hakikat sebenar keturunan dan sejarah pembentukan negara? 1Malaysia bukan itu macam la apek!

Aku lihat, niat murni kerajaan untuk mengangkat Interlok sebagai alat perpaduan telah ditukar menjadi alat perkauman oleh NGO Cina dan NGO India hanya semata-mata mereka tidak mahu menerima hakikat keturunan mereka berasal dari luar Tanah Melayu. Ia disemarakkan lagi oleh PAS dan PKR yang sememangnya bersikap opportunist untuk mengambil apa saja peluang yang dapat memberikan pulangan politik kepada mereka.

Mungkin jika kerajaan tak layan NGO India untuk gugurkan perkataan PARIA sebelum ini, isu rasis oleh NGO Cina ini mungkin tidak berbangkit. Ataupun mungkin, isu rasis ini sengaja dibangkitkan oleh puak-puak pakatan kerana bagi mereka, apabila kerajaan berjaya menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh NGO India, maka mereka tidak lagi akan memperoleh keuntungan politik. Sebab itu mereka mencipta pula isu rasis ini agar ia berterusan memberikan keuntungan berpanjangan.

Buat rakan-rakan India dan Cina, janganlah termakan dengan agenda jahat pihak-pihak yang berkepentingan itu. Orang-orang Melayu hari ini tidak pernah pun membangkitkan isu kalian semua adalah pendatang atau berasal dari Tanah Besar India dan Cina. Yang membangkitkan perkara berkenaan sebenarnya ialah DAP, PKR dan PAS yang cuba untuk menggambarkan UMNO bersifat rasis. Hakikatnya, rasis itu adalah ciptaan puak-puak pakatan dan agen-agen mereka.

Orang-orang Melayu sedar, rakan-rakan India dan Cina hari ini adalah warganegara Malaysia. Sama seperti kami juga. Walaupun berasal dari Tanah Besar China dan Tanah Besar India, kalian hari ini juga berhak hidup di bumi bernama Malaysia ini. Orang Melayu tidak pernah menafikan perkara itu!

Isnin, 28 Mac 2011

Anwar Kongkek Amoi: Bukti Facebook tak boleh pakai. Rupanya faktor DST!


Aku nak tergelak guling-guling baca kenyataan bodoh dari Pengarah Strategik Komunikasi PKR, Rafizi Ramli yang mengemukakan bukti kononnya Anwar tak kongkek amoi seperti yang didedahkan Datuk T dalam video panas sebaliknya ketika itu Anwar tengah stim dok layan Facebook. Waklalalala. Apa punya bodoh PKR lantik orang macam ni jadi Pengarah Strategik.

Aku ingat nak tulis kebodohan dia ni waktu awal-awal Malaysiakini posting cerita tu (sini) tapi oleh kerana ada hal yang mendesak, aku KIV dulu.

Hari ni, Blog MIM sendiri dah keluarkan cerita untuk menjawab bukti bodoh PKR tu (sini). Selain tu, ada juga seorang rakan blogger bukan Melayu (aku rasa) yang turut mengulas perkara berkenaan (sini). Ulasan mereka menjelaskan apa yang cuba dibuktikan oleh PKR itu adalah tidak benar!

Ini hal basic la pencacai PKR oi. Perkara Daylight Saving Time (DST) pun hempa tak tau. Macam mana nak urus negara? Adeh la....

Terbukti Anwar memang hilang 2 jam. Dan waktu dua jam itu adalah ketika Lelaki Y sedang sibuk mengonkek Amoi sebagaimana yang dirakamkan oleh 4 buah kamera....

Kesimpulannya, cubaan putar belit PKR tidak berjaya kerana sebagaimana yang diperkatakan Saiful, "Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Batil Pasti Jatuh".

Adakah ini petanda sumpah laknat Saiful menunjukkan kebenaran?

Ahad, 20 Mac 2011

WIFI: Guan Eng lidah biawak putar belit lagi!


Malaysiakini melaporkan di sini Guan Eng lidah biawak menyalahkan Bernama dan NST kerana mengatakan kerajaan Pulau Pinang pimpinannya tidak akan memberikan kemudahan WIFI kepada rakyat yang tinggal di kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

Si Lidah Biawak tu juga kecam pemimpin BN kerana memainkan isu berkenaan. Dia bermati-matian mengatakan kerajaan Pakatan Haramjadah tidak akan berbuat demikian. Itu hanyalah cerita yang diada-adakan media.

Menariknya dalam artikel yang sama di Malaysiakini, terang-terang ditulis bahawa "Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan," Ooi dipetik sebagai berkata dalam akhbar The Star.

Apa yang sebenarnya nak diputar belit oleh Guang Eng ni? Masih tak mau mengaku walaupun Jeff Ooi sendiri yang mengeluarkan kenyataan tu? Lihat gambar di atas yang aku ambil dari blog Media Permatang Pauh. Ini bukan bukti ka kerajaan hang memang tak mau bagi kepada Parlimen BN?

Aduh.... Apalah punya malang orang Penang dapat KM dari Melaka yang lidah biawak macam ni. Guan Eng bangang oi, sudah-sudah la buat kenyataan putar belit nak menipu orang Penang. Semua orang dah sedaq hang tu lebih komunis dari komunis. Nak rakyat undi DAP dulu baru nak dapat WIFI? Kedai mamak pun boleh dapat WIFI free la bodoh! Tuih!

Ahad, 13 Mac 2011

Sumpah tak mahu, Serah DNA pun tak mahu! Sah Anwar adalah Mr Y!


Berani kerana benar, takut kerana salah! Pepatah mudah yang bukan saja disebut dan difahami oleh orang-orang tua malah budak darjah 1 pun tahu apa maksud pepatah berkenaan.

Anwar bukan saja tidak mahu bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful malah tidak mahu menyerahkan darah untuk ujian DNA bagi melihat sama ada ia padan atau tidak dengan DNA Mr Y yang pancut dalam lubang bontot Saiful.

Kalau betul engkau tak liwat Saiful, beri sajalah DNA tu! Sumpah cara Islam tak mahu, nak buktikan cara saintifik pun tak mahu. Mengapa berdolak dalik dan mengelak?

Semua orang dah nampak la Anwar. Hatta penyokong kau sendiri apatah lagi penjilat-penjilat PAS. DAP dah lama tahu. Kalau engaku tak bersalah, kenapa tak bersumpah? Kenapa takut buat ujian DNA?

Berani kerana benar, takut kerana salah!

Jumaat, 11 Mac 2011

KDN & SKMM buat bodoh bila Sultan Selangor dituduh berzina oleh blogger Pakatan. Astagfirullah!


Rakan blogger Darul Ehsan Today dan Panglima Perang Siber membangkitkan mengenai isu blog Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan fitnah menuduh Sultan Selangor berzina dengan Kavita Kaur. Astagfirullah.

Blog haramjadah berkenaan ialah Asia, Malaysia, Tech & World Blog dan Blog Pakatan Rakyat.

Inilah satu budaya politik baru yang diamalkan puak-puak Anwar yang disokong PAS untuk mendapat kuasa.

Korang nilai la sendiri bagaimana tahap penghinaan penyokong Anwar, Nik Aziz dan Kit Siang ni kepada Raja-raja Melayu. Siap ada komen dalam tu nak hapuskan sistem negara sekarang dan nak tukar kepada republik bila mereka berkuasa.

Buat Menteri KDN dan Menteri SKMM, takkan buat bangang dan bodoh saja kot? Sampai tahap mana lagi Kedaulatan Raja, Melayu dan Islam dihina baru nak ambil tindakan? Tolonglah!