Jumaat, 19 November 2010

Malaysiakini menipu dan manipulasi bekas tentera supaya mereka anti-kerajaan BN!

Penulis hanya mampu menggeleng kepala apabila membaca artikel Malaysiakini bertajuk Kurang patriotik: Bekas tentera bidas Zahid Hamidi (sini). Artikel yang ditulis oleh Joseph Sipalan dan dipostingkan pada 18 November 2010 pada jam 11.25 pagi itu secara jelas dan nyata merupakan satu usaha tersusun dari Malaysiakini untuk menipu dan memutar belit kenyataan Zahid Hamidi di Dewan Rakyat agar semua bekas anggota tentera bukan Melayu yang telah bersara membenci kerajaan dan BN.

Ini kerana, jika dilihat kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua individu yang disoal oleh wartawan Malaysiakini itu, ia secara jelas menampakkan mereka telah dimanipulasi oleh Joseph Sipalan.

Lihat saja bagaimana di awal artikel lagi, kenyataan berikut diberikan:

“Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.”

Adakah Zahid di dalam kenyataannya di Dewan Rakyat beliau mengatakan anggota tentera Bukan Melayu sama ada yang telah bersara atau masih berkhidmat sebagai tidak setia dan tidak patriotik?

Zahid di Dewan Rakyat sebenarnya ketika menjawab soalan ahli Parlimen Setiu (BN) yang ingin mengetahui punca kekurangan bangsa-bangsa tertentu menyertai ATM menyatakan Kementerian Pertahanan tidak pernah melaksanakan kajian atau penyelidikan khusus untuk mengetahui punca-punca Bukan Melayu kurang menyertai ATM.

Walau bagaimanapun, menurut Zahid ia MUNGKIN kerana takut dengan disiplin tentera yang ketat, MUNGKIN faktor gaji yang rendah berbanding swasta, MUNGKIN tiada galakan dari keluarga atau MUNGKIN kerana kurangnya semangat patriotisme.

Zahid menggunakan berulang kali perkataan MUNGKIN bagi menampakkan itu hanya pandangan dari kementeriannya dan kajian khusus perlu dilakukan untuk memastikan kesahihannya. Zahid langsung tidak ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Bukan Melayu sebagai tidak patriotik; sama ada yang menyertai anggota tentera ataupun tidak (civilian).

Jadi, mengapa Laksamana (B) K Thanabalasingam mengeluarkan kenyataan “tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiannya kepada negara akan dipersoalkan”? Bukankah ini menunjukkan bahawa Malaysiakini melalui Joseph Sipalan telah memutar belit kenyataan Zahid dan mengolahnya dalam bentuk yang mengutungkan Pakatan Haram?

Penulis percaya, soalan pertama yang ditanya oleh wartawan Malaysiakini itu ialah, “Apa pandangan tuan mengenai kenyataan Zahid Hamidi bahawa orang Cina dan India sebagai tidak patriotik?”. Sebab itu Thanabalasingam menjawab sedemikian. Jahat sungguh Malaysiakini!

Lihat juga bagaimana Malaysikini cuba menggunakan Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh yang mengeluarkan kenyataan berikut di dalam artikel yang sama:

"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu.


Siapa yang mempersoalkan semangat patriotik Datuk Goh? Zahid atau Malaysiakini sebenarnya? Zahid tidak pernah mengeluarkan kenyataan mempersoalkan semangat patriotik Bukan Melayu di Dewan Rakyat!

Tidak cukup dengan itu, di akhir artikel berkenaan, Malaysiakini turut memuatkan kenyataan di bawah untuk mendapatkan lebih banyak bahan bagi dimanipulasi dan dipergunakan supaya imej kerajaan dan BN merosot:

“Malaysiakini ingin mendengar pandangan daripada bekas tentera berhubung pengalaman mereka. Jika anda mempunyai sebarang maklumat atau pendedahan untuk dikongsi, sila email kepada editor@malaysiakini.com.”

Jelas, Malaysikini amat licik dalam memainkan peranan untuk menghilangkan sokongan dan undi Bukan Melayu kepada BN. Malaysiakini amat terdesak untuk mengembalikan sokongan Bukan Melayu kepada Pakatan Haram memandangkan pihak-pihak yang menaja mereka kini sedang resah dan gelisah melihat peningkatan populariti BN. Mereka (Malaysiakini dan para penajanya) amat bimbang sekiranya BN berjaya memenangi semula pilihan raya umum akan datang dengan majoriti yang lebih besar. Pasti mereka tidak akan memperoleh keuntungan besar lagi sebagaimana sekarang.

Bukalah mata rakyat Malaysia semua, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut atau apa saja etnik dan ras yang ada. Isu perkauman sebenarnya dimainkan dan dimanipulasikan oleh Pakatan Haram untuk memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah dibina oleh BN dengan baik. Portal-portal berita seperti Malaysikini, Malaysia Today dan Malaysian Insider merupakan saluran-saluran yang ditaja mereka untuk menjayakan hasrat berkenaan.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika membaca portal-portal berkenaan supaya kita tidak terjatuh di dalam perangkap pemikiran mereka. Jangan dibiarkan perpaduan kita semua dipecah belahkan oleh pengkhianat-pengkhianat negara itu.

4 ulasan:

  1. Malaysiakini memang la celaka weh...

    BalasPadam
  2. satulimatiga dan kuncu2nya dah jadi dua kali lima bukannya 153 lagi,kau orang aja betul orang lain salah.perkataan yg keluar sumpah seranah komen2 mereka, maklumlah baru keluar sekolah harapan!! .kamu tahu tak tentera mmemang dah menyampah BN ni. kalau tak percaya jangan ada undi pos ni. mahu tengok BN ni pergi mana,kamu anggap tentera ni apa? kami tahu beza mana hak atau batil bukan macam kau orang semua.........meroyan aja...

    BalasPadam
  3. kah kah kah apa yang ko marah sangat dengan blog ni dan kami yang lepak kat sini anon bangang 1212 oi. tentera menyampah dgn bn? kah kah kah derang kata kalu boleh tembak puak2 pakatan haramjadah yang dok hina raja2 melayu tu lagi derang puas hati. kah kah kah bodoh punya anon pencacai haramjadah! ko ingat ko saja pandai hak dan batil. hak ko anwar dah simpan dalam lobang bontot. pegi la amek. kih kih kih

    BalasPadam
  4. kenyataan kelakar dari TN 1212 yang kata tentera dah menyampah dengan BN. ko nak rasa hujung senapang masuk bontot ke?

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!