Rabu, 8 Jun 2011

Apa muslihat Anwar adakan Perjumpaan Majlis Agama tanpa ulama PAS?

Pada 6 Jun 2011 (Isnin), Anwar telah mengetuai Pakatan Rakyat untuk mengadakan perjumpaan dengan paderi-paderi dan sami-sami dalam satu majlis yang diadakan mereka secara tertutup. Aku tahu perkara ni pun sebab layari blog Minaq Jinggo.

Apa yang menghairankan aku ialah kenapa paderi-paderi dan sami-sami tu sanggup untuk hadir ke perjumpaan berkenaan apabila Anwar panggil mereka? Adakah kerana ada habuan yang bakal dijanjikan Anwar kepada mereka (baca agama) maka dihadirinya perjumpaan berkenaan?

Sekiranya mereka ingin buat apa-apa tuntutan, seharusnya paderi-paderi dan sami-sami tu berjumpa dengan Najib; individu tertinggi yang memegang kuasa eksekutif negara.

Tapi yang peliknya mengapa mereka jumpa dengan Anwar? Mungkin kerana Anwar sangat liberal dalam hal agama dan Najib pula agak keras dalam mempertahankan kedudukan Islam.

Yang lebih menghairankan aku selepas meneliti gambar-gambar yang di ambil Minaq Jinggo, hanya ada sorang saja wakil PAS dalam tu. Itu pun Ahli Parlimen Kuala Selangor yang dikenali sebagai penjilat Anwar di dalam PAS.

Mengapa Anwar tidak jemput golongan ulama PAS untuk hadir bersama berjumpa dengan paderi-paderi dan sami-sami tu? Ada rahsia tak boleh kawtim kah dengan ulama PAS? Opssss lupa pulak, geng ulama kan dah tersingkir dari pemilihan baru-baru ni. Sebab tu Anwar tak ajak!

Dah habis-habis fikir, pusing kot mana pun, satu saja yang bermain di fikiran aku ni. Tujuan perjumpaan ni diadakan tak lain tak bukan ia dijadikan ruang untuk Anwar jual agama, Anwar jual Islam. Semuanya semata-mata untuk pastikan dia diangkat menjadi Perdana Menteri.

Entah apalah yang dijanjikan Anwar kepada paderi-paderi dan sami-sami tu ya?

Moga Allah memelihara kedudukan Islam di Malaysia ini dengan menjauhkan Anwar dari jawatan Perdana Menteri. Amin!

1 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Anwar dari dulu memang tak iktiraf ulama PAS... tak ingat masa masih dalam UMNO... macam-macam dikatanya ulama PAS.... Anwar masih juga dengan perangai buat fitnahnya... menghasut dengan mengatakan UMNO cuba melaga-laga penganut Agama lain dengan Agama Islam di Malaysia... Sesumpah dah tukar kulit...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!