Khamis, 2 Jun 2011

Khalid perguna nama Sultan Selangor untuk halalkan konsert MTV


Khalid Ibrahim sekali lagi bersikap kurang ajar dengan Sultan Selangor. Kali ini beliau menggunakan nama baginda untuk menghalalkan konsert MTV yang bakal diadakan di iCity.

Lihat kenyataan beliau yang dipaparkan dalam Malaysiakini (sini):

Menurut Khalid, kelulusan itu telah diberikan sejak tahun lalu, hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Sultan Selangor.

"Ini ialah hasil cadangan Tuanku Sultan untuk adakah satu kawasan yang boleh diadakan aktiviti keusahawanan dan tidak terlibat dengan daerah tengah Shah Alam yang berhampiran masjid dan sebagainya.

"Bagi saya perkara ini tidak jadi satu masalah untuk MTV jalankan aktiviti mereka.


Nampak bagaimana Khalid mempegunakan nama Sultan Selangor?

Baginda Sultan Selangor sememangnya ada mencadangkan kepada kerajaan negeri agar mewujudkan satu kawasan untuk diadakan aktiviti keusahawanan dan kawasan tersebut mestilah tidak terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam.

Namun, tidak sesekali baginda mengarahkan Khalid Ibrahim untuk mengajurkan konsert MTV di iCity. Baginda juga tidak pernah memperkenan atau menyokong konsert berkenaan. Khalid yang pandai-pandai mengeluarkan kenyataan yang menampakkan baginda Sultan menyuruh konsert berkenaan dianjurkan di iCity.

Apa perlu Khalid memutar belit dan mempergunakan nama Sultan Selangor?

Aku percaya, Khalid terpaksa untuk menggunakan nama baginda disebabkan tekanan yang diberikan oleh PAS (sini). Dengan demikian, Khalid akan mengharapkan agar PAS tidak terus mendesak beliau (baca PKR dan DAP) agar membatalkan konsert berkenaan.

Begitulah kurang ajarnya kerajaan Pakatan kepada baginda Sultan Selangor. Ini bukan pertama kali, sudah berkali-kali.

Semoga baginda Sultan mengambil tindakan tegas dalam hal ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!