Memaparkan catatan dengan label Rosmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rosmah. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Anwar cuak Najib & Rosmah berani bersemuka dengannya di Mahkamah petang tadi!

Member aku bagitau, muka Anwar berubah macam sial sebaik saja Najib & Rosmah tiba di mahkamah untuk beri statement mengenai kes dia meliwat Saiful. Sebelum ni Anwar dok canang Najib dan Rosmah adalah dalang segalanya dan sudah pasti mereka takkan hadir ke mahkamah. Habih dikelentongnya bodoh bangang penyokong pembangkang.

Sebaliknya, Najib dan Rosmah hadir dengan selamba beri kenyataan tanpa gentar. Cuak Anwar weh! Gelisah tak tentu pasal. Lepas ni tak boleh nak kelentong rakyat lagi la... mampus la kau Anwar. Sungai Buloh menanti!

Najib, Rosmah hadiri sesi temu bual kes liwat Anwar

12/08/2011 5:05pm

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sesi temu bual bersama barisan pembela berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.

Perdana Menteri dan isteri tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.55 petang selepas mereka dimohon hadir sebagai saksi untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan bagi perbicaraan kes liwat Anwar terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. - Utusan


Isnin, 18 Julai 2011

Gempar! Rosmah sahkan cincin berlian ada dalam simpanan Najib!


Sungguh tak disangka, rupanya Datuk Najib yang simpan cincin berlian Rosmah. Ish.. ish ish...

Mesti lepas ni Datuk Najib akan berdolak dalih dengan wartawan. Siap akan tanya, AWAK SIAPA? PEDAKWA RAYA? kah kah kah Lepas tu Rosmah pula akan tunjuk jarinya kepada semua wartawan. Kih kih kih

Aku tak tipu, kalau tak percaya, korang baca blog Rocky's Bru! Dia ada kisah sebenarnya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Strategi-strategi PAS memfitnah Rosmah dan fakta mengenai Islamic Fashion Festival yang diselindungkan!

Alhamdulillah, apabila penulis mendedahkan perbandingan peragaan fesyen-fesyen yang dipertontonkan dalam Islamic Fashion Festival (IFF) di kalangan tiga negara pengajur yang berbeza dalam posting sebelum ini (sini), terdapat ramai di kalangan penyokong BN yang pada mulanya termakan dengan fitnah PAS terhadap Rosmah telah mula menyedari perkara berkenaan.

Yang paling menggembirakan penulis, ada juga kalangan mereka yang di atas pagar dan penyokong Pakatan Haram sendiri yang mula menyemak semula kebenaran di sebalik fitnah PAS. Hasilnya, sebahagiannya mengakui, ia merupakan strategi PAS untuk meraih keuntungan poltik.

Bagi menampakkan ia dengan lebih jelas, penulis senaraikan strategi-strategi yang digunakan PAS untuk memfitnah Rosmah serta fakta yang diselindung mengenai IFF.


PERTAMA, PAS membangkitkan dan menwar-warkan isu IFF kononnya demi untuk kepentingan Islam.

Hakikatnya, PAS mempergunakan isu ini lebih dari memperjuangkan Islam. PAS sebaliknya mahu memperkukuhkan kedudukan politik mereka. Perkara ini terbukti apabila Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sendiri terlepas cakap apabila mengatakan “mereka (PAS) mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik” dalam memperjuangkan perkara ini (sini). Ini bermakna, apa saja yang dilakukan mereka adalah muslihat politik demi untuk mendapat undi. Ia bukti PAS mempergunakan Islam untuk berkuasa.


KEDUA, PAS menggambarkan seolah-olah IFF dimiliki oleh Rosmah.

Hakikatnya, IFF diwujudkan oleh Nusantara Gems Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Raja Rezza Shah, bekas pelakon yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air. Rosmah hanya dilantik beliau sebagai PENAUNG untuk IFF.

Seseorang penaung yang dilantik untuk sesebuah persatuan, pertubuhan atau mana-mana badan hanyalah bertujuan untuk “menguntungkan” organisasi berkenaan. Dengan kata lainnya, nama penaung yang dilantik itu “dipergunakan” untuk sama ada meningkatkan imej atau memudahkan urusan organisasi.

Seseorang penaung hanya memberikan buah fikiran untuk memajukan organisasi dan beliau langsung tidak berkuasa untuk menentukan perjalanan organisasi berkenaan. Apatah lagi menentukan tindakan yang boleh atau tidak boleh dilakukan.

Dalam konteks IFF, ternyata, nama Rosmah digunakan sebagai Penaung untuk memudahkan Nusantara Gems mendapat publisiti dan sumbangan dana kewangan. Tidak sukar untuk memahaminya. Hanya PAS yang sengaja buat tidak nampak perkara ini demi untuk keuntungan politik.


KETIGA, PAS menggambarkan Rosmah yang menguruskan IFF sama ada yang berlangsung di dalam atau luar Negara. Rosmah diperlihatkan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap segala pengisian aktiviti termasuk menentukan senarai pereka fesyen dan jenis-jenis pakaian yang perlu dihasilkan oleh mereka.

Hakikatnya, perjalanan dan pengendalian IFF diuruskan oleh jawatankuasa di Negara penganjur dan diawasi oleh Raja Rezza. Tema, pemilihan senarai pereka fesyen dan segala pengisian IFF diuruskan oleh mereka. Kebiasaannya, tema yang dipilih adalah bercirikan tempatan dan antarabangsa.

Oleh itu, Rosmah langsung tidak terlibat dalam pengisian dan perjalanan IFF. Kehadirannya ke IFF di dalam atau luar Negara (Monte Carlo, Dubai, Indonesia atau mana-mana negara) sama ada bersama Najib atau tidak hanyalah sebagai Penaung, bukan sebagai pemilik acara!


KEEMPAT, PAS menonjolkan pakaian para peraga wanita yang mendedahkan aurat untuk menunjukkan IFF tidak Islamik.

Hakikatnya, para peraga yang terlibat dalam pertunjukan IFF bukan hanya melibatkan wanita, peraga lelaki turut terlibat. Malah, kanak-kanak turut memperagakan pakaian. Jumlah pakaian yang menepati syarak (menutup aurat sama ada bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak) yang diperagakan sebenarnya jauh lebih besar jumlahnya berbanding dengan yang tidak.

Ini bukan bermakna penulis ingin mempertahankan apa yang salah. Salah tetap salah, namun penulis hanya ingin mendedahkan apa yang tidak ditunjuk oleh PAS. PAS hanya melihat kepada satu titik hitam di atas kertas A4 berbanding keputihan kertas berkenaan yang jauh lebih besar saiznya. Yang buruk hanya pada orang lain, yang suci kononnya hanya mereka.

Hasil karya Penyokong Ajaran Songsang

KELIMA, PAS mendakwa Rosmah dan para pereka pakaian jahil dan tidak Islamik kerana terdapat pakaian yang didakwa menggunakan ejaan nama Rasulullah.

Hakikatnya, pakaian yang diperagakan oleh para model (sama ada lelaki atau perempuan) sebenarnya tidak semuanya direka oleh pereka beragama Islam. Sebelum sesebuah IFF dilangsungkan, semua pereka yang diundang termasuk yang bukan beragama Islam, akan diterangkan berkaitan dengan tema IFF mengikut Negara pengajur. Kebiasaannya, para pereka akan memilih nilai-nilai tempatan (Negara pengajur) atau membawa nilai-nilai dari Negara mereka.

Dalam kes pakaian yang didakwa menggunakan ejaan nama Rasulullah, perekanya ialah Parfait Behen yang berasal dari Cameroon. Beliau bukan seorang yang beragama Islam. Tema yang dibawanya adalah dari negaranya sendiri, Cameroon. Penghasilan pakaian yang dihasilkannya adalah mengikut sosio budaya di negaranya.

Penulis percaya, Behen tidak mengetahui adab dan etika berpakaian dalam Islam. Beliau menghasilkan pakaian berdasarkan pemerhatiannya terhadap budaya dan adat masyarakat Islam yang jumlahnya sangat kecil di negaranya. Di Cameroon, pecahan masyarakatnya mengikut agama adalah 20% Islam, 40% Kristian dan 40% lagi mengamalkan kepercayaan indigenous yang diwarisi turun-temurun (sini).

Sekali lagi dinyatakan, penulis tidak bermaksud untuk menegakkan benang yang basah. Salah tetap salah. Namun dalam kes ini bukanlah Rosmah yang bertanggung jawab. Seharusnya Negara pengajur dan Rezza yang menapis terlebih dahulu semua pakaian yang ingin diperagakan.

Jadi, apa perlu dipalitkan dosa berkenaan sepenuhnya kepada Rosmah. Ya, mungkin beliau ada berdosa sebagai penaung IFF. Biar Allah yang menentukan besar kecilnya dosa beliau. Jangan pula kita yang menjadi penghukum dan menjatuhkan maruahnya semata-mata untuk mendapat sokongan politik!


KEENAM, PAS mewujudkan page di Facebook untuk memburukkan Rosmah. Ia kononnya untuk menunjukkan mereka prihatin akan “ketidak-Islamik” IFF.

Hakikatnya, page yang diwujudkan ini bertujuan politik sepenuhnya untuk keuntungan PAS. Page-page yang diwujudkan seperti Rosmah Mansur,kenapa hina agama sendiri?, Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam, Rosmah Mansur, Please apologize to Muslims dan Rosmah Mansur, please say sorry to all muslim and muslimat kesemuanya dilihat lebih untuk menghina peribadi Rosmah dan Najib, bukannya untuk mempertikaikan IFF.

Gelaran-gelaran yang diberikan seperti Bik Mama, perempuan puaka dan perempuan rambut tebuan langsung tidak berkaitan berkaitan dengan IFF. Apa yang jeliknya juga, ramai yang menghina Rosmah kerana tidak bertudung turut tidak memakai tudung. Ada sebahagiannya pula berpakaian seksi, jauh lebih seksi dari model yang terlibat dalam IFF.

Inikah hasil didikan PAS terhadap golongan muda? Mengapa mereka tidak diajar untuk melihat diri sendiri? Lihatlah bagaimana PAS sanggup menghalalkan tindakan mereka semata-mata demi undi! Orang lain buat haram, mereka buat, boleh saja, asalkan menguntungkan politik PAS!


KESIMPULANNYA, strategi-strategi yang digunakan PAS untuk memfitnah Rosmah ini terbukti AMAT BERJAYA untuk mengukuhkan sokongan di kalangan penyokong tegar mereka, menarik pengundi atas pagar dan membengongkan penyokong BN.

Walau bagaimanapun penulis percaya, lama-kelamaan, kebenaran dan hakikat akan terdedah dengan sendirinya, biarpun ia memakan masa.

Jentera BN di Galas dan Batu Sapi perlu bersedia sepenuhnya. Isu ini pasti akan dimainkan PAS dengan lantang dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Marilah kita berdoa agar dijauhkan dosa fitnah dan sentiasa berada di siratulmustaqim serta diredhai oleh-Nya.


Nota kaki: PAS perlu dibaca sebagai Penyokong Ajaran Songsang dan mohon membaca keseluruhan artikel sebelum memberikan ulasan. Terima kasih.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Bandingkan Islamic Fashion Festival yang dianjurkan Jakarta, Monte Carlo & Kuala Lumpur. Terbukti Rosmah difitnah!

Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang diadakan di Jakarta pada 29 dan 30 Jun 2010. Tuan rumah yang bertanggungjawab ialah Indonesia.

Untuk gambar-gambar lain yang dianjurkan di Indonesia, lihat sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.


Seterusnya, gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco. Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.

Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.


Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.



Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya


Artis tempatan yang menjayakan persembahan.

Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini.

Slaid berikut juga ada paparannya.


Setelah lihat kesemuanya, yang diuruskan oleh tiga Negara penganjur yang berbeza, apa kesimpulan yang dapat dibuat?

Kesimpulannya ialah peragaan pakaian di ketiga-tiga Negara adalah berbeza di antara satu sama lain kerana ia mengikut tema tempatan (Negara penganjur).

Ini bermakna pengisian aktiviti, pelaksanaan dan perjalanan IFF diuruskan oleh tuan rumah. Bukannya oleh ROSMAH!


Rosmah hanya Penaung bagi kewujudan IFF. Beliau adalah orang yang beri idea penubuhan IFF dengan harapan industri busana akan meningkatkan pendapatan masyarakat Islam di seluruh dunia. Selain itu ia juga bertujuan untuk menolak perspektif negatif Barat terhadap Islam yang kononnya jumud dan mengongkong penganutnya.

Rosmah bukanlah orang yang menguruskan pengisian, pelaksanaan dan perjalanan aktiviti IFF. Beliau hanya orang yang menasihati. Jawatankuasa pelaksana (tuan rumah) yang akan menentukan segalanya!

Sama juga macam Tun Mahathir yang menjadi penaung PERKIM sebelum ini. Tun M hanya melontarkan idea dan memberikan ucap utama dalam majlis-majlis PERKIM. Bukan beliau yang tentukan apa yang boleh dan yang tidak boleh dibuat oleh PERKIM.

Jelas, PAS menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk memburukkan Rosmah dan seterusnya memalitnya kepada Najib.

Ia terbukti apabila diakui sendiri oleh Fadhil Osman, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutan seperti berikut:


“Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik

Tak percaya? Baca sini! Malaysiakini yang laporkan tu. Bukannya Utusan!

Betapa busuknya PAS hingga sanggup menjatuhkan maruah orang untuk mendapat kuasa.

Kasihan Rosmah, berterusan PAS dan Pakatan Haram memfinahnya untuk memperoleh undi dan kepentingan politik. Entah sampai bila ini akan berterusan.

Semoga Rosmah tabah dalam menghadapi fitnah ini dan cabaran yang bakal mendatang.

Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi isteri kepada orang nombor satu Negara.