Jumaat, 13 Ogos 2010

Jawapan segera untuk kebodohan Guan Eng menawarkan rasuah politik di Malaysiakini!


Posting terbaru Malaysiakini bertajuk DAP umum habuan jika Pakatan kuasai Putrajaya, 13 Ogos 2010 (sini) amat melucukan. Belum pun lagi Perdana Menteri sentuh atau bagi hint mengenai Pilihanraya Umum Ke-13, Guan Eng awal-awal lagi dah tawarkan rasuah kepada pengundi.

Memang gila kuasa betul Guan Eng ni. Sepatutnya, beliau menyelesaikan masalah rakyat terutamanya orang Melayu di Pulau Pinang. Ini tidak, kerusi Perdana Menteri yang digila-gilakannya. Maklumlah, DAP kan parti yang paling berpotensi berbanding PKR dan PAS di dalam Pakatan Haram untuk mendapat kerusi terbanyak dalam PRU akan datang.

Melihat tiga perkara yang dijanjikan Guan Eng, ia tidak lebih dari retorik untuk menarik undi. Mari kita sentuh satu persatu:

2.8 bilion setahun untuk warga tua Guan Eng nak korek celah mana?
Pertama, kerajaan Pakatan Haram pimpinannya akan memberikan wang tunai sebanyak RM 1,000 kepada semua warga emas berusia 60 tahun. Wah, hebat betul rasuah politik yang cuba diberikan oleh Guan Eng yang ini. Apabila wartawan bertanyakan dari mana Pakatan Haram akan mendapatkan duit untuk menanggungnya, seperti biasa, bukan jawapan yang diberikan tetapi tak habis-habis pusing dan menyalahkan orang lain.

Guan Eng pandai berjanji tapi bangang dari aspek realiti. Adakah beliau fikir rakyat Malaysia ni bodoh? Tahukah beliau bahawa bilangan warga tua semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti warga tua di negara ini akan mencecah 11.3% (sini).

Katakan warga tua sekarang adalah 10% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini bermakna kita mempunyai 2.8 juta warga tua. Jika 2.8 juta didarabkan dengan RM 1,000, jumlah yang diperoleh ialah 2.8 bilion. Jumlah itu amat besar dan katakan Pakatan Haram memerintah Malaysia selama 5 tahun. 2.8 bilion darab 5 menghasilkan 14 bilion. Celah mana dia nak korek tu? Sebab tak tahu menjawablah beliau pusing jawapan dan salahkan kerajaan BN apabila ditanya wartawan. Tak habis-habis menipu la lu Guan Eng.

Kerajaan BN dah baiki pendekatan saman ekor!
Kedua, Guan Eng akan menghapuskan saman ekor yang menyebabkan pemandu disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan. Tindakan Guan Eng ini memang populis dan menagih undi atas isu semasa yang melanda negara. Guan Eng tidak sedar bahawa mereka yang meminta untuk memansuhkan saman ekor ini sebenarnya adalah terdiri dari golongan yang suka memandu laju dan membahayakan nyawa orang lain di lebuh raya.

Kerajaan BN sekarang sudahpun buat keputusan menangguhkan menyenarai hitam mereka yang disaman ekor dan kaedah saman ekor sedia ada akan diperbaiki di mana selepas ini mereka yang disaman ekor akan terus ditahan dan diberi saman serta merta.

Ini baru namanya kerajaan yang mengutamakan rakyat. Satu untuk memastikan pemandu yang suka memandu laju terus dikenakan tindakan dan satu lagi perbaiki pendekatan yang menyusahkan rakyat.

Bukan macam Guan Eng, belum apa-apa terus nak mansuh. Makin bermaharajalela la puak-puak Guan Eng yang majoritinya mempunyai kereta besar dan suka memandu laju di lebuh raya. Akai ada ka Guan Eng?

Kerajaan BN tengah agih 1.2 juta komputer free dengan jalur lebar, lu tak tau ka?
Ketiga, Guan Eng juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh negara. Janji politik Guan Eng ini juga sebenarnya merupakan satu lagi kebodohan yang dinampakkan oleh beliau.

Tidakkan beliau mengetahui bahawa kerajaan melalui SKMM sedang dalam langkah mengagihkan 1.2 juta komputer riba bersama dengan jalur lebar kepada rakyat secara percuma ke seluruh negara. Selain itu kerajaan BN juga telah mewujudkan pelbagai telecenter untuk kegunaan masyarakat luar bandar dan bandar. Sekarang ni pula tengah diperhebatkan perkhidmatan wireless di seluruh negara.

Lu ketinggalan la Guan Eng. Kalau nak bagi WiFi percuma, lu buat di seluruh Penang dulu. Ini nak guna internet di Teluk Bahang pun putus-putus lagi. Bodoh punya Guan Eng!

Akhir sekali, penulis ingin menyentuh apa yang disifatkan oleh beliau di dalam artikel berkenaan sebagai membuktikan bahawa DAP bukan berfahaman komunis dan “tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China”.

Kah kah kah kah kah.... Jawapan mudah penulis untuk itu ialah seperti berikut:

“Parti Komunis China tu parti yang memerintah Republik Rakyat China, Guan Eng bangang oi!”

Bodohnya penyokong Pakatan Haram ada pemimpin macam ni. Mesti la UMNO menjalinkan hubungan dengan parti pemerintah sesebuah negara, parti yang membentuk kerajaan. Takkan nak dicari parti pembangkang. Alahai bodohnya Guan Eng!

Punca sebenar Guan Eng mudah menindas Melayu Islam Pulau Pinang!

Satu persatu tindakan kerajaan pimpinan Guan Eng menitiskan air mata dan merobek hati Melayu Pulau Pinang, khususnya mereka yang tinggal di bahagian pulau. Hanya beberapa kerat Melayu dari PKR dan PAS yang diberi jawatan oleh Guan Eng berterusan membela orang yang mereka anggap sebagai khalifah ini.

Hujah yang diberikan puak-puak Pakatan Haram ini bahawa Melayu Pulau Pinang sejak BN memerintah lagi ditindas menampakkan mereka ini hanya berminat untuk mencari kuasa dan berterusan berkuasa, bukannya menyelesaikan masalah rakyat.

Sepatutnya, jika mereka mengatakan Melayu Pulau Pinang tertindas di bawah BN, mereka harus selesaikan masalah itu. Ini tidak, sejak Guan Eng memegang kuasa, semakin banyak tindakan yang menekan dan meminggirkan Melayu.

Lihat saja bagaimana SDO dihina oleh Guan Eng, menghalau peniaga Melayu berhampiran Quenssbay, robohkan kafe DOREMI, menghalau peniaga di KOMTAR dan pelbagai lagi tindakan halus yang menyisihkan Melayu sedikit demi sedikit.

Penulis mudah sangat untuk faham mengapa Guan Eng dengan bersenang-lenang menekan Melayu Islam Pulau Pinang sejak beliau mula memerintah pada Mac 2008. Ini sebabnya:

Kerajaan Guan Eng 2008:
Bukan Melayu 25 orang
Melayu 4 orang

Perbezaan 21 orang

Dan sekarang, cuba bandingkan kerajaan BN sebelumnya (2004):

Bukan Melayu 24 orang
Melayu 14 orang

Perbezaan 10 orang

Nampak? Melayu Islam Pulau Pinang khususnya penyokong Pakatan Haram nampak tak? Inilah sebabnya Guan Eng boleh melakukan apa saja yang beliau mahukan untuk menindas orang Melayu.

Ketika Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri dulu, beliau sekurang-kurangnya mahu juga mendengar cakap ADUN-ADUN Melayu dari UMNO. Ini kerana perbezaan di antara ADUN Bukan Melayu dengan Melayu hanya 10 orang.

Berbeza dengan Guan Eng, beliau langsung tidak perlu untuk mempedulikan atau mendengar suara 4 orang ADUN Melayu Pakatan Haram (3 PKR, 1 PAS) untuk membuat keputusan. Iyalah, perbezaannya 21 orang. Sekali lagi penulis ulangi, DUA PULUH SATU ORANG! Apa yang mampu dibuat mereka?

Buat Melayu Pulau Pinang, inilah kesan dari tindakan emosi dan termakan dengan dakyah Anwar dan PAS. Kononnya apabila mengundi DAP, PKR dan PAS, Melayu Islam Pulau Pinang akan terbela. Hari ini, anda menanggung azab ciptaan Guan Eng tanpa dipedulikan langung oleh Anwar dan Nik Aziz.

Bangunlah menentang kezaliman Guan Eng dan menuntut hak kalian dipelihara, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang. Ketika PRU-13 nanti, jangan ulangi kesilapan lalu. Mari kita pastikan Guan Eng diterajang keluar dari Pulau Pinang balik ke Melaka! Pulau Pinang bukan negeri dia!

Khamis, 12 Ogos 2010

Isu kamera adalah rekaan Khalid tarik perhatian Anwar dan alih perhatian rakyat!


Semalam 11 Ogos 2010, Khalid Ibrahim mendedahkan beliau menemui sebuah kamera yang dakwanya digunakan untuk merakamkan pergerakan beliau di bilik Menteri Besar Selangor (sini, sini dan sini). Penulis merasakan isu ini tidak lebih dari rekaan beliau untuk menarik perhatian Anwar dan mengalihkan perhatian rakyat.

Tarik Perhatian Anwar
Semua telah sedia maklum kuasa politik Selangor terbahagi dua. Team A menyokong Khalid dan Team B menyokong Azmin Ali. Kemuncak kepada persaingan kuasa politik ini ialah apabila Khalid digugurkan sebagai Pengerusi PKR Selangor dan digantikan dengan Azmin (sini).

Terciptanya isu ini membolehkan Khalid membela diri bahawa kegagalan pentadbirannya selama ini adalah disebabkan perlakuannya telah dirakam dan banyak rahsia-rahsia pentadbiran telah bocor kepada Team Azmin. Sebab itu banyak perkara mengenai kelemahan Khalid didedahkan oleh Azmin atau proksinya sama ada di dalam atau di luar Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu, Khalid pasti mengharapkan simpati Anwar untuk menimbangkan agar jawatan MB yang disandangnya dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya akan datang setelah mengetahui strategi busuk yang digunakan Team Azmin.

Alih Perhatian Rakyat
Selain itu, perkara ini juga digunakan Khalid untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangannya menangani isu pasir, masalah air, pertelingkahan sesama ADUN Pakatan Haram dan lain-lain lagi.

Sudah pasti jentera Pakatan Haram akan menggunakan isu kamera ini sebagai modal sama ada melalui TVSelangor, blog atau akhbar rasmi mereka dengan mengatakan ia angkara UMNO untuk mencari kelemahan Khalid.

Penulis berpandangan, UMNO sebenarnya tidak perlu bersusah payah untuk mencari kelemahan Khalid dengan meletakkan kamera di biliknya. Telah banyak terpampang kepincangan pentadbiran Khalid yang tidak perlu diselindungkan lagi. Rakyat Selangor dapat melihat dan merasainya.

Helah kamera ini tidak lebih dari untuk menyelamatkan survival politik Khalid sebagai MB. Khalid sendiri sedar, ancaman sebenar yang dihadapinya bagi kerusi MB datang dari Azmin dan bukannya UMNO.

Pertelingkahan Khalid – Azmin ini amat merugikan rakyat Selangor. Ketika mereka saling merebut kuasa, banyak isu rakyat yang tidak dapat diselesaikan. Jika ini berterusan, status negeri maju yang dicapai pada tahun 2005 di bawah pentadbiran BN akan hilang bila-bila masa.

Cukup-cukuplah berpolitik kerana kuasa wahai ADUN-ADUN Pakatan Haram sekalian. Rakyat mahukan janji pilihan raya lalu ditunaikan segera. Janji-janji berkenaan perlu diselesaikan sepenuhnya. Air contohnya, yang dijanjikan percuma kepada semua, tapi yang dapat cuma diskaun saja. Bukankah itu menipu namanya?

Nota kaki:
Alahai, Tony Pua pula dakwa dapat peluru. Satu lagi strategi Pakatan Haram untuk alih perhatian rakyat sebenarnya.

Rabu, 11 Ogos 2010

Raja Petra anjur demonstrasi burukkan Malaysia di London tapi dimalukan Datuk Anifah Aman!

Ketika umat Islam di Malaysia dan negara-negara lain bersiap sedia menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, penfitnah bangkrap yang sedang hidup selesa suami isteri ditanggung sepenuhnya oleh PKR di Kota London terus menjatuhkan imej Malaysia di sana.

Raja Petra Kamaruddin, pengecut yang melarikan diri kerana takut dikenakan tindakan atas fitnah yang dilemparkannya terhadap negara ini berterusan memburukkan imej Malaysia. Terbaru, beliau telah menganjurkan satu demonstrasi anti-ISA di hadapan Kedutaan Malaysia di London (sini).

Apa yang lucunya ialah beliau sendiri yang kononnya seorang pejuang langsung tidak tampil ke hadapan untuk mengetuai demonstrasi yang dihadiri kira-kira 20 orang yang majoritinya rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang. Individu yang mengetuai demostrasi ini ialah pengawal peribadinya, Ben Singh.

Demonstrasi berkenaan sengaja diadakan di luar Kedutaan Malaysia kerana ketika itu ramai pelawat, pelabur sedia ada dan yang berpotensi serta warga Malaysia sendiri yang sedang menghadiri majlis sempena lawatan kerja oleh Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia di situ. Inilah peluang bagi RPK untuk menunjukkan betapa teruknya negara Malaysia kerana mempunyai undang-undang yang bernama ISA.

Walau bagaimanapun, para pendemonstrasi dikejutkan dengan tindakan Datuk Anifah yang tanpa disangka keluar dari Kedutaan dan berjalan menuju ke arah mereka. Datuk Anifah begitu tenang berhadapan dengan para pendemonstrasi dan ia menampakkan kepada para pelawat dan pelabur yang sedang berada di dalam Kedutaan serta mereka yang menyaksikan demonstrasi berkenaan bahawa Kerajaan Malaysia sememangnya terbuka untuk mendengar pandangan sesiapa sahaja mengenai sebarang isu yang dibangkitkan.

Semua soalan yang dilontarkan kepada Datuk Anifah dijawab secara penuh diplomasi hingga menampakkan mereka yang berdemonstrasi itu sengaja mahu memburukkan Malaysia sedangkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang diamalkan Malaysia tidak mereka fahami.

Berikut merupakan petikan artikel The Malay Mail, 10 Ogos 2010 (sini) mengenai dialog di antara Datuk Anifah dengan wakil pendemonstrasi:

Yolanda: "We are still very concerned about the way Malaysia still refuses to repeal the ISA despite having said that in April 2009. Datuk Seri Najib (Prime Minister Datuk Seri Najib Razak) said that this is something that he will look into seriously. Since then, Malaysia has been elected to the UN Human Rights council, many comments were made about the Human Rights in Malaysia, but until now we have not seen anything move forward."

Anifah: "We are now talking to all the stake holders. We do not want to rush things. If we rush things after the bill has been passed in Parliament, there will be some parties who are dissatisfied with them. Although we can't fully satisfy the people, hopefully it would be acceptable."

Yolanda: "Why last Sunday the police were so fast to crack down on the candle light vigil by peaceful protesters in Malaysia? That is something we don't understand. Nothing of concerned but police arrested 38 people."

Anifah: "I cannot give you the answer to that because I was away."

Yolanda: "I think the government needs to take responsibility for this. Also the fact that communist insurgency was actually finished and it is way too long for us to keep seeing the ISA being used."

Anifah: "Yes, at the end of the day ... the ISA now is fully for terrorism."

The Bodyguard: "For 50 years people are being detained. Are you telling me that everybody was a threat to national security?"

Anifah: "You cannot generalise. Maybe not everybody (is a terrorist) but there will be somebody. We have just deported 10 foreigners who were there (in Malaysia) ... their actions could have jeopardised the (country’s) security."

The Bodyguard: "Why do you detain people who criticise the government, such as Raja Petra. Because he is exposing excesses of the government, the looting that's going on? That's one way to silence him?"

Anifah: "You mentioned looting. You are passing a judgment. We do have a judiciary."

The Bodyguard: "I didn't pass any judgment."

Joseph Benedict: "In the future we want an abolishment to ISA, right now at least an amendment."

Anifah: "You do not know the consequences, how serious it is - terrorism. In our country, these people came and recruit the students from universities, Nordin Mat Top and Azahari, because we are not able to apprehend them, they have caused a lot of deaths.”

Benedict: “But based on human rights we need to stop torture. We will continue and will keep pressuring you and the Malaysian government.”

Anifah: “Please do that. It is within your rights. I am equally concerned. I am no difference from you.”

Kepada Datuk Anifah, penulis ucapkan syabas. Tindakan anda sekurang-kurangnya telah memberikan imej yang baik mengenai keterbukaan kerajaan terutamanya kepada pelabur-pelabur sedia ada dan berpotensi yang berada di dalam Kedutaan ketika itu.

Inilah contoh bagaimana PKR menjatuhkan imej negara melalui proksi-proksinya di luar negara. Itu belum lagi dikira bagaimana Anwar menggunakan rakan-rakan sekutunya untuk memalukan Malaysia. Mujur kita mempunyai kerajaan yang siap siaga untuk menghadapi perkara-perkara sebegini.

Semoga Allah melindungi Malaysia tercinta dari pengkhianat negara.

Nota kaki:
PKR bukan setakat menanggung RPK suami isteri untuk memfitnah Malaysia malah turut menyediakan pengawal peribadi kepada mereka. Kenapa tak guna khidmat Balasubramaniam saja?

Selasa, 10 Ogos 2010

Laman web kerajaan yang dibangunkan SKALI sedang menghadapi masalah sekarang!

Setelah mengulas kemurkaan baginda Sultan Johor terhadap PKR yang biadap dan kurang ajar (sini), penulis cuba untuk mengakses laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejak pagi tadi untuk mendapatkan satu maklumat. Malangnya, laman web berkenaan gagal untuk diakses sehingga sekarang. Penulis lantas menghubungi rakan yang bertugas di EPU dan dimaklumkan laman web mereka sedang menghadapi masalah.

Penulis dimaklumkan oleh rakan berkenaan laman web EPU dibangunkan oleh sebuah syarikat ICT yang dikenali sebagai SKALI. Di kalangan pengamal industri ICT di negara ini SKALI tidak lagi perlu diperkenalkan kerana mereka merupakan satu nama besar yang mendapat banyak projek dari kerajaan. Ia juga merupakan syarikat yang dibangunkan atas jaringan politik.

Rakan penulis turut memaklumkan bukan saja laman web EPU yang bermasalah untuk diakses, malah laman web kerajaan lain yang turut dibangunkan oleh SKALI seperti Kementerian Pertanian dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar turut menghadapi masalah berkenaan. Penulis menyemaknya, dan ternyata ia benar.

Rungutan mengenai prestasi SKALI ini bukan kali pertama penulis dengar dari rakan yang bekerja di sektor awam. Sebelum ini seorang rakan penulis yang bertugas di sebuah Kementerian pernah menceritakan bagaimana SKALI gagal untuk memenuhi keperluan mereka bagi pembangunan sebuah portal di agensinya.

Kononnya ketika proses mengemukakan tawaran untuk pembinaan portal berkenaan pihak SKALI faham 120% mengenai apa yang dimahukan oleh agensi berkenaan tetapi malangnya apabila tiba ke tahap pembangunan, sehingga sekarang portal berkenaan masih lagi gagal untuk mencapai tahap yang sepatutnya. Pekerja yang mengendalikan portal berkenaan juga sudah berapa puluh kali bertukar. Bayaran yang diberikan bukan sedikit, besar nilainya.

Turut dimaklumkan kepada penulis, pihak atasan SKALI juga berkemungkinan mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak EPU ataupun mungkin juga MAMPU. Sebab itu adakalanya EPU sendiri “memaksa” ataupun dengan kata lain menurunkan “wahyu” kepada kementerian atau agensi terpilih untuk dilaksanakan projek perintis oleh SKALI. Mahu tidak mahu, kementerian/agensi berkenaan perlu untuk mengikutinya dan membayar kepada SKALI walaupun benda yang disediakan tidak langsung memenuhi keperluan pengguna.

Bagi penulis, Ketua Setiausaha Negara perlu untuk menyiasat perkara ini. Semak sekiranya ada pihak di EPU atau MAMPU yang menjalinkan “hubungan akrab” dengan SKALI. Jangan dibiarkan “hubungan akrab” ini menjadi punca yang menyebabkan rakyat marahkan kepada BN.

KSN kena ingat, jika syarikat yang tidak berkelayakan dan hanya hidup dengan mempunyai hubungan politik memperoleh projek, maka hasil yang diterima pasti mengecewakan. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Penulis dedahkan perkara ini bukan untuk memburukkan kerajaan, tetapi sekadar ingin melihat kerjasama kerajaan – swasta yang lebih bermakna. Jika ini berlaku, pasti KSN dapat tidur lena kerana rakyat gembira menerima perkhidmatan yang amat bermakna.

Sultan Johor: PKR Biadap dan Kurang Ajar!

Semalam, 9 Ogos 2010 Buletin Utama memaparkan kemurkaan Sultan Johor di atas tindakan pihak yang cuba mengheret baginda ke kancah politik dengan memaparkan gambarnya di dalam kempen politik mereka. Kemurkaan baginda Sultan digambarkan dengan kata-kata berikut:

“Ada pihak yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu polis akan menyiasat perbuatan ini”

“Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Penulis tertanya-tanya siapa dan parti manakah yang begitu celaka sehingga baginda Sultan Johor mengeluarkan kata-kata biadap dan kurang ajar?

Tanpa membuang masa penulis terus mencari di dalam internet dan menjumpai gambar di bawah:

Dah agak dah! Itu kata-kata pertama yang terpancul dengan sendirinya dari mulut penulis.

Parti mana lagi kalau bukan parti yang kerjanya memecahbelahkan perpaduan rakyat, PKR. Tetapi kali ini, penulis merasakan tindakan PKR amat melampaui batas. Mereka bukan setakat cuba untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat malah mereka turut cuba untuk memecah belahkan perpaduan rakyat Johor dengan istana Johor.

Ini kerana tindakan memaparkan Jata Negeri Johor dan gambar Sultan Ibrahim di dalam banner yang menyatakan sokongan kepada Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor menggambarkan seolah-olah menggambarkan baginda Sultan turut menyokong pelantikan Jui Meng itu.

Bukan itu saja, gambar baginda Sultan turut diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan dan gambar Anwar Ibrahim pula diletakkan di bahagian atas sebelah kiri. Ia memperlihatkan bahawa PKR Johor sebenarnya lebih mengiktiraf Anwar berbanding dengan baginda Sultan yang memayungi mereka selama ini.

Penulis merasakan banner ini sebenarnya dipasang oleh PKR Johor yang diketuai Jui Meng sebagai tanda memprotes tindakan baginda menarik balik pingat yang diberikan kepadanya. Maklumlah, akibat kecewa dengan kehilangan gelaran Dato’, baginda Sultan disalahkan lalu digambarkan seolah-olah baginda mengikut telunjuk UMNO. Dalam semua jelajah ceramah Jui Meng dan Anwar terutamanya di Johor, ini yang disampaikan kepada rakyat.

Mujur rakyat Johor bijak dan mengenali hati budi baginda Sultan Ibrahim. Baginda Sultan Johor adalah seorang sultan yang sangat mengutamakan rakyatnya. Kembara Mahkota Johor merupakan salah satu dari pendekatan yang digunakan baginda untuk mendekati rakyat.

Ketika kembara itu, baginda secara langsung akan terus bertanyakan permasalahan rakyat. Tanyalah mana-mana pegawai kerajaan Johor yang bertanggungjawab di kawasan-kawasan yang dilawati baginda. Semuanya kecut perut jika ada permasalahan rakyat yang tidak dapat diselesaikan sebelum kehadiran baginda.

Jika rakyat mengadu masalah mereka kepada baginda Sultan, pasti berpeluh kakitangan kerajaan yang berkaitan untuk menjawab dan menyelesaikan permasalahan berkenaan serta merta. Begitulah tingginya keprihatinan dan keutamaan yang diberikan baginda Sultan Johor kepada rakyatnya.

Jahatnya Jui Meng dan PKR Johor sehingga sanggup memfitnah dan mengheret baginda ke kancah politik. Inilah merupakan pendekatan yang digunakan PKR untuk memecahbelahkan kubu kuat Barisan Nasional.

Bagi penulis, apa yang celakanya ialah ia dibuat oleh Jui Meng dan direstui oleh Anwar. Jui Meng diangkat sebagai pengerusi PKR di negeri Johor, negeri yang majoritinya Melayu Islam dan dipayungi baginda Sultan. Tindakan ini dibuat oleh Anwar kerana menjanjikan pangkat kepada Jui Meng ketika tawar-menawar untuk memasuki PKR dulu sedangkan Anwar seharusnya melantik seorang Melayu Islam sebagai pengerusi di negeri Johor.

Begitulah bentuk politik yang diamalkan PKR. Perpaduan sesama rakyat dan juga istana tidak penting, yang penting Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri.

Akhir sekali, marilah kita sekalian terutamanya rakyat Johor sentiasa mengingati pesanan baginda agar tidak menjadi bodoh untuk menyokong mereka yang tiada pendirian dan mementingkan diri ini.

Isnin, 9 Ogos 2010

Anwar melawat Pulau Pinang dan suruh Melayu sokong DAP ketika Guan Eng halau peniaga Melayu!


“Anwar Ibrahim mabuk ka? Dia ingat dia Perdana Menteri ka nak melawat Pulau Pinang? Permatang Pauh tu Parlimen kat negeri mana? Apa dia ingat Permatang Pauh tu kat Kuala Lumpur ka? Celaka sungguh!”, itu luahan rakan penulis yang mengundi Pakatan Haram dalam pilihanraya 2008 yang lalu setelah penulis bertanyakan pendapatnya mengenai lawatan Anwar ke Pulau Pinang.

Benar, Anwar mengadakan lawatan ke Pulau Pinang semalam (8 Ogos 2010) dan ia ada dinyatakan di dalam posting bertajuk Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang bertarikh 7 Ogos 2010 di lawan web beliau (sini).

Mungkin Anwar terlupa seketika yang beliau sebenarnya berasal dari Cherok Tok Kun dan merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Maklumlah, gelaran Perdana Menteri 16 September yang beliau jawat sekarang ni bukan calang-calang jawatan di Malaysia ni hingga membuatkan beliau lupa asal usul.

Penulis berpendapat, Anwar terpaksa untuk mengadakan lawatan ke negeri asalnya sendiri kerana beliau sebenarnya tidak pernah langsung balik ke Pulau Pinang untuk melihat permasalahan rakyat terutamanya di Permatang Pauh.

Apa yang menjelikkan lagi ialah Anwar seolah lupa diri kerana beliau mengadakan lawatan ketika Guan Eng menghalau orang Melayu Tanjung dari berniaga di tempat yang selama lebih 20 tahun mereka berniaga setiap kali menjelang Ramadhan tanpa sebarang permasalahan. Bertambah celaka lagi ialah apabila Anwar langsung tidak mempedulikan nasib peniaga-peniaga yang dihalau itu.

Malangnya, apa yang disibukkan oleh Anwar ketika lawatan ke Pulau Pinang ini ialah dengan memasuki kawasan majoriti Melayu dan memperbodohkan orang Melayu di kawasan berkenaan untuk terus memberikan sokongan kepada Guan Eng. Lihat saja bagaimana dua siri ceramah ketika lawatannya ini diadakan di kawasan majoriti Melayu iaitu di Balik Pulau dan Stadium Mini Bukit Mertajam.

Di Balik Pulau, ia diadakan di Kompleks Sukan MPPP. Siang harinya satu kenduri kahwin telah diadakan oleh penduduk setempat yang telah terlebih awal menempah dewan berkenaan. Malangnya, program yang membawa Anwar untuk menaburkan fitnah ini telah menjejaskan perjalanan majlis berkenaan.

Ini kerana pihak penganjur bukan saja memasang bendera PKR, PAS dan DAP di sekitar dewan malah dengan sengaja memasang banner program di pentas utama sedangkan mereka telah sedia maklum kenduri kahwin akan diadakan di dewan berkenaan. Disitulah tempat pengantin mahu bersantap dan bersanding.

Mungkin kerana takut dihalau sekiranya menurunkan banner yang digantung di pentas utama, tuan rumah telah menutupnya dengan kain besar. Sungguh tidak beradap orang-orang PKR. Jika kemaruk sangat mahu membawa Anwar untuk memperbodohkan orang Balik Pulau sekalipun, hormatilah penduduk setempat yang menganjurkan kenduri kahwin di situ.

Dalam ceramahnya, Anwar bersama rakan-rakan penabur fitnah yang lain seperti biasa merayu agar orang Melayu di Pulau Pinang terus memberi sokongan kepada Guan Eng. Anwar langsung tidak menyentuh mengenai Melayu yang dihalau di KOMTAR (sini, sini dan sini).

Melayu di kawasan Balik Pulau yang merupakan kawasan majoriti orang Melayu di bahagian pulau terus leka menikmati omongan hebat Anwar. Mereka dilalaikan kononnya Guan Eng telah membawa banyak kemakmuran ke Pulau Pinang sedangkan jika dilihat sejak Yusmadi memenangi kerusi Parlimen, tiada satu pun pembangunan, projek atau keselesaan yang dibawa beliau atau kerajaan Guan Eng ke Balik Pulau. Semuanya mengharapkan kepada ADUN Pulau Betong, Teluk Bahang dan Bayan Lepas dari BN.

Penulis mengharapkan Melayu Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar dan sekutunya. Politik baru yang kononnya cuba dibawa oleh Yusmadi tidak membawa apa-apa makna. Adakah dengan hanya kembali mengajurkan liga bola sepak yang mati sejak Pakatan Haram mengambil alih Pulau Pinang akan membawa kemakmuran kepada penduduk Balik Pulau? Melayu Balik Pulau mahu lebih dari itu! Balik Pulau memerlukan Ahli Parlimen yang pandai bekerja dan bukan hanya pandai bercakap saja!

Bangunlah Melayu Pulau Pinang, menyokong Anwar dan Guan Eng tiada beza. Mereka ibarat parasit yang memusahkan anak bangsa. Jangan kita menyesal, dulu Tsu Koon mahu juga dengar kata, tapi Guan Eng, dia buat Pulau Pinang macam bapak dia punya. Cukup celaka!

Jumaat, 6 Ogos 2010

Loji Air: Pahang untung, Selangor rugi. Bodohnya penasihat ekonomi Selangor!


Tindakan Khalid Ibrahim berkeras untuk tidak mahu membina loji rawatan air Langat 2 dan memberikan laluan kepada kerajaan Pahang (sini) pimpinan Adnan Yaakob untuk membina loji rawatan air di sempadan Pahang – Selangor adalah satu tindakan bodoh yang merugikan rakyat Selangor.

Ini kerana apabila Khalid mengambil tindakan demikian semata-mata mendengar cakap penasihat ekonomi yang hanya mahu menjadi popular, ia amat memberi kesan langsung untuk tempoh masa yang panjang.

Pertamanya, apabila loji rawatan air dibina di negeri Pahang, ini bermakna Selangor terpaksa membeli harga air terawat yang sudah pasti lebih mahal harganya berbanding harga air mentah. Apabila ini berlaku sudah pasti Selangor tidak akan termampu lagi untuk menanggung kos yang tinggi lalu akan mengenakan caj yang lebih tinggi bagi setiap liter air kepada pengguna. Ketika itu kempen air percuma yang dijanjikan pentadbirannya akan diketepikan dengan alasan kerajaan negeri tidak mampu untuk menanggung kos air yang mahal dari negeri Pahang.

Kedua, loji rawatan yang dibina di negeri Pahang juga akan menyebabkan air terawat yang disalurkan akan melalui laluan yang panjang untuk sampai ke negeri Selangor, sebelum sampai kepada pengguna. Ini bermakna air terawat berkenaan juga berisiko untuk kembali tercemar di dalam perjalanannya sama ada akibat kesan alam atau pencemaran yang dilakukan manusia.

Apabila air yang disalurkan itu tiba ke paip-paip rumah pengguna atau kawasan industri di Selangor, sudah pasti akan wujud pelbagai aduan mengenai tahap kebersihan dan kandungan kimia di dalamnya. Kos yang besar pula perlu dikeluarkan untuk menangani aduan pengguna ini.

Situasi ini pasti tidak akan berlaku sekiranya loji rawatan air terbina di negeri Selangor kerana air terawat yang disalurkan ke rumah atau kawasan industri akan melalui laluan yang jauh lebih pendek untuk sampai kepada pengguna berbanding sekiranya loji rawatan berada di negeri Pahang. Secara tidak langsung, Selangor sendiri boleh mengawal tahap kebersihan dan keselamatan air yang disalurkan kepada rakyatnya.

Jelas sekali dalam hal ini menampakkan Adnan Yaakob jauh lebih pintar dalam bidang ekonomi berbanding Khalid yang kononnya seorang tokoh korporat yang berjaya. Bagi Adnan dari menjual air mentah, lebih bagus jual air terawat. Untung pula jauh lebih besar. Apatah lagi kos pembinaan yang melibatkan lebih 8 bilion bukan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri, ia akan turun dari peruntukkan pusat.

Pahang yang tidak ada penasihat ekonomi dilihat lebih bijak dalam proses pembuatan keputusan. Membazir sungguh Khalid membayar elaun penasihat ekonomi berpuluh ribu ringgit sedangkan beliau bagi nasihat yang salah, nasihat yang menguntungkan dirinya sendiri, demi untuk kerusi Perdana Menteri. Alahai malangnya rakyat Selangor.

Nota Kaki:
Jangan ingat Anwar Ibrahim dibayar RM 1 sebagai penasihat ekonomi. RM 1 tu gaji beliau tapi elaunnya tidak pernah diisyihar oleh kerajaan Selangor. Penulis berani jamin, paling busuk mesti cecah puluhan ribu. Entah-entah ratusan ribu. Maklum la, pentadbiran Khalid ni kan pandai pusing. RM 1 konon!

Khamis, 5 Ogos 2010

Solat terawih di Selangor akan diselangi dengan cerita Teoh Beng Hock dan kes Anwar meliwat?

Minggu hadapan, umat Islam sekali lagi akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang penuh kerahmatan ini, kita diseru untuk memperbanyakkan amalan sunat kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan pahala amalan tadi. Antara amalan-amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan ini ialah memperbanyakkan doa, zikir, bertadarus, bersedekah dan bersolat terawih.

Menariknya di Selangor, umat Islam tidak kira sama ada mereka ahli UMNO, PAS, PKR, DAP atau yang tidak mengambil tahu langsung tentang hal ehwal politik yang akan bersolat terawih di masjid-masjid bakal dihidangkan dengan "kuliah" politik yang sekurang-kurangnya akan diadakan selama 30 minit.

Ini kerana, menurut Badrul Amin melalui artikel Malaysiakini bertajuk Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor' (sini), "kuliah" politik ini yang juga beliau namakan "tazkirah" perlu diadakan untuk menjawab serangan yang dibangkitkan oleh UMNO Selangor yang mendedahkan penipuan dan penyelewengan kerajaan Khalid Ibrahim menerusi kempen penerangan Selamatkan Selangor Fasa I yang akan berakhir Ahad ini.

Badrul Amin turut menjelaskan "kuliah" politik ini perlu diadakan sepanjang bulan Ramadhan kerana ketika itu adalah saat yang paling sesuai memandangkan ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat. Sudah pasti waktu yang paling tepat sekali ialah di malam hari ketika solat terawih diadakan.

Penulis merasakan, tindakan Pakatan Haram yang akan menyelitkan cerita-cerita politik seperti penyelewengan pasir, kes liwat Anwar dan kematian Teoh Beng Hock ketika solat terawih dengan alasan kuliah, tazkirah atau apa saja merupakan pendekatan jijik yang akan menjejaskan kehadiran umat Islam ke masjid.

Ini kerana, umat Islam yang telah menanam niat untuk beribadat dan beriktikaf di masjid sepanjang Ramadhan telah dipaksa untuk mendengar ceramah politik yang memungkinkan akan menghilangkan fadhilat terawih dan Ramadhan yang dicari.

Akibatnya kehadiran ke masjid akan berkurang dengan sendirinya apabila umat Islam terpaksa memilih untuk beribadat di rumah kerana tidak mahu kehilangan pahala yang dicari. Satu ketika mereka mengharapkan pahala dari Allah dan satu ketika pula merelakan telinga untuk mendengar fitnah dan celaan malah mungkin caci maki yang bakal keluar dari "pengkuliah" 30 minit Pakatan Haram. Sudah pasti mereka tidak mahu itu berlaku.

Mengapa Bandrul Amin dan Pakatan Haram tidak boleh menghentikan seketika politik sempit mereka sepanjang bulan Ramadhan? UMNO pun tahu menghormati bulan Ramadhan dengan menangguhkan sekita sesi penerangan sehingga selepas Aidilfitri. Jika benar-benar terdesak pun gunakanlah pentas ceramah yang sememangnya Pakatan Haram juarai untuk menaburkan fitnah.

Jika dilihat kepada pendekatan yang digunakan Pakatan Haram ini, siapa yang sebenarnya menjadi Machiavelli?

Isnin, 2 Ogos 2010

Anwar iri hati kerana Saiful "ada hubungan romantis" dengan Farah?

Kes liwat Anwar sekali lagi ditangguh hari ini (2 Ogos 2010) kerana barisan pembelaan memohon kes digugurkan (sini dan sini). Bagi para blogger dan mereka yang mengikuti kes ini sejak mula, semua sedia memahami penangguhan kes liwat Anwar akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum akan datang. Maklumlah, ia akan dijadikan modal besar oleh Pakatan Haram untuk menyerang BN.

Walau bagaimanapun, penulis merasakan amat lucu kerana alasan yang diberikan untuk penangguhan kali ini ialah disebabkan Saiful dikatakan mempunyai "hubungan romantis" dengan Farah Azlina Latif. Bukan setakat itu, Anwar turut membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Wah, marah sungguh Anwar pada Saiful ya. Sampai disamannya kerana "mempunyai hubungan romantis" dengan Farah. Takkan Anwar iri hati kot? Maklumlah, Saifulkan pernah rapat dengannya sebagai pembantu khas peribadi.

Bagi penulis, kalaulah difitnah Saiful "menjalinkan hubungan romantis" dengan barisan peguam bela Anwar, maka logiklah untuk diminta kes digugurkan. Mungkin ketika itu Anwar boleh mendakwa bukti-bukti pembelaan dibocorkan ketika mereka "menjalinkan hubungan romantis". Tetapi ini di pihak pendakwaan, barisan yang akan mendakwa beliau. Pandai sungguh Anwar memutar belit keadaaan untuk mencari alasan penangguhan.

Apa yang melucukan lagi ialah orang yang mendakwa adanya hubungan romantis berkenaan pula adalah individu yang sedang melarikan diri ke luar negara. Seorang bankrap yang telah sedia maklum seorang penyokong pembangkang yang dibiayai PKR. Kerjanya hanyalah menyebarkan fitnah untuk memburukkan kerajaan melalui Malaysia Today. Bagaimana agaknya ya dia yang jauh di London boleh nampak Saiful dan Farah "menjalinkan hubungan romantis"? Siapa agaknya yang cipta fitnah asal ini sebenarnya ya?

Di sini ternampak kehebatan Raja Petra iaitu membuat dan menyebarkan fitnah, sehinggakan PKR sanggup menangggung hidupnya suami isteri di kota London. Sepatutnya PKR biayai orang-orang miskin di Permatang Pauh terlebih dahulu sebelum biaya Raja Petra di London tu. Kesian orang miskin Permatang Pauh. Sejak dari Anwar dalam UMNO sampai jadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini Ketua Pembangkang, kesusahan hidup mereka tak berubah-ubah.

Penulis membayangkan kes ini akan bertambah kusut apabila nak dibawa Raja Petra ini balik ke Malaysia untuk memberi keterangan atas tulisannya yang mendakwa wujudnya hubungan romantis berkenaan. Sudah pasti pembohong besar itu tidak akan balik kerana sedang gembira dan selesa hidup di London yang ditanggung PKR dan proksi Anwar. Maka dari itu akan berlanjutanlah alasan demi alasan untuk menangguhkan kes ini.

Walau apa pun, marilah kita berdoa agar Saiful, tunangnya dan keluarga akan terus tenang menghadapi fitnah terhadapnya yang terbaru ini. Semoga Allah memudahkan perbicaraan selepas ini untuk melihat yang hak dan yang batil.

Nota kaki:
Penulis memerhatikan, sejak mula kes ini di mahkamah, riak wajah Saiful sentiasa kelihatan tenang tetapi Anwar pula semakin kusut. Mengapa agaknya?