Semalam, 9 Ogos 2010 Buletin Utama memaparkan kemurkaan Sultan Johor di atas tindakan pihak yang cuba mengheret baginda ke kancah politik dengan memaparkan gambarnya di dalam kempen politik mereka. Kemurkaan baginda Sultan digambarkan dengan kata-kata berikut:
“Ada pihak yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu polis akan menyiasat perbuatan ini”
“Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Mereka ini tiada pendirian hidup. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.
Penulis tertanya-tanya siapa dan parti manakah yang begitu celaka sehingga baginda Sultan Johor mengeluarkan kata-kata biadap dan kurang ajar?
Tanpa membuang masa penulis terus mencari di dalam internet dan menjumpai gambar di bawah:
Dah agak dah! Itu kata-kata pertama yang terpancul dengan sendirinya dari mulut penulis.
Parti mana lagi kalau bukan parti yang kerjanya memecahbelahkan perpaduan rakyat, PKR. Tetapi kali ini, penulis merasakan tindakan PKR amat melampaui batas. Mereka bukan setakat cuba untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat malah mereka turut cuba untuk memecah belahkan perpaduan rakyat Johor dengan istana Johor.
Ini kerana tindakan memaparkan Jata Negeri Johor dan gambar Sultan Ibrahim di dalam banner yang menyatakan sokongan kepada Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor menggambarkan seolah-olah menggambarkan baginda Sultan turut menyokong pelantikan Jui Meng itu.
Bukan itu saja, gambar baginda Sultan turut diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan dan gambar Anwar Ibrahim pula diletakkan di bahagian atas sebelah kiri. Ia memperlihatkan bahawa PKR Johor sebenarnya lebih mengiktiraf Anwar berbanding dengan baginda Sultan yang memayungi mereka selama ini.
Penulis merasakan banner ini sebenarnya dipasang oleh PKR Johor yang diketuai Jui Meng sebagai tanda memprotes tindakan baginda menarik balik pingat yang diberikan kepadanya. Maklumlah, akibat kecewa dengan kehilangan gelaran Dato’, baginda Sultan disalahkan lalu digambarkan seolah-olah baginda mengikut telunjuk UMNO. Dalam semua jelajah ceramah Jui Meng dan Anwar terutamanya di Johor, ini yang disampaikan kepada rakyat.
Mujur rakyat Johor bijak dan mengenali hati budi baginda Sultan Ibrahim. Baginda Sultan Johor adalah seorang sultan yang sangat mengutamakan rakyatnya. Kembara Mahkota Johor merupakan salah satu dari pendekatan yang digunakan baginda untuk mendekati rakyat.
Ketika kembara itu, baginda secara langsung akan terus bertanyakan permasalahan rakyat. Tanyalah mana-mana pegawai kerajaan Johor yang bertanggungjawab di kawasan-kawasan yang dilawati baginda. Semuanya kecut perut jika ada permasalahan rakyat yang tidak dapat diselesaikan sebelum kehadiran baginda.
Jika rakyat mengadu masalah mereka kepada baginda Sultan, pasti berpeluh kakitangan kerajaan yang berkaitan untuk menjawab dan menyelesaikan permasalahan berkenaan serta merta. Begitulah tingginya keprihatinan dan keutamaan yang diberikan baginda Sultan Johor kepada rakyatnya.
Jahatnya Jui Meng dan PKR Johor sehingga sanggup memfitnah dan mengheret baginda ke kancah politik. Inilah merupakan pendekatan yang digunakan PKR untuk memecahbelahkan kubu kuat Barisan Nasional.
Bagi penulis, apa yang celakanya ialah ia dibuat oleh Jui Meng dan direstui oleh Anwar. Jui Meng diangkat sebagai pengerusi PKR di negeri Johor, negeri yang majoritinya Melayu Islam dan dipayungi baginda Sultan. Tindakan ini dibuat oleh Anwar kerana menjanjikan pangkat kepada Jui Meng ketika tawar-menawar untuk memasuki PKR dulu sedangkan Anwar seharusnya melantik seorang Melayu Islam sebagai pengerusi di negeri Johor.
Begitulah bentuk politik yang diamalkan PKR. Perpaduan sesama rakyat dan juga istana tidak penting, yang penting Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri.
Akhir sekali, marilah kita sekalian terutamanya rakyat Johor sentiasa mengingati pesanan baginda agar tidak menjadi bodoh untuk menyokong mereka yang tiada pendirian dan mementingkan diri ini.
Dato' Seri tu bukan dah ditarik ke? Bukan dah tinggal Datuk je ke?
BalasPadamNama Yang betul adalah Datuk chua nyoir komeng
BalasPadamharamkan anwar dari menjejak bumi johor
BalasPadam