Ketika Malaysia di ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 53, secara kebetulannya, berlaku dua kejadian yang boleh menggugat kedaulatan Malaysia secara serentak semalam, 23 Ogos 2010.
Di Temiang, Negeri Sembilan, Surau Taman Seri Pulai dilempar dengan cat merah dan turut ditemui serpihan kaca botol arak di kawasan surau berkenaan (sini dan sini). Manakala di Indonesia pula, Kedutaan Besar Malaysia dilempar dengan najis manusia dan Jalur Gemilang dipijak-pijak (sini dan sini).
Jika dikatakan kedua-dua tindakan ini saling berkait di antara satu sama lain, sudah pasti ia tidak masuk akal langsung. Namun, jika diteliti secara halus, ada beberapa perkara tindakan hasutan yang dilakukan Pakatan Haram yang telah membawa kepada tercetusnya kedua-dua peristiwa berkenaan.
Tagih undi Bukan Melayu, Pakatan Haram: Bakar gereja pun UMNO, simbah masjid pun UMNO!
Penulis percaya, peristiwa surau dilempar cat dan botol arak di Negeri Sembilan ini sengaja dilakukan di bulan Ramadhan untuk meningkatkan kemarahan di kalangan umat Islam. Banyak pihak yang akan melihat perkara ini dari perspektif politik.
Di pihak Pakatan Haram, sudah pasti mereka akan menuduh ini merupakan satu lagi kerja UMNO. Tuduhan Pakatan Haram ini amatlah tidak menghairankan kerana mereka sebelum ini juga menuduh UMNO yang membakar dan melontar gereja dengan molotov coctail. Ia kononnya dilakukan UMNO untuk menunjukkan bahawa orang Islam marah kepada orang Kristian mengenai isu penggunaan kalimah Allah.
Melayu PAS dan PKR menghina UMNO dengan mengatakan peristiwa berkenaan agenda politik UMNO untuk meningkatkan kebencian orang Melayu kepada bukan Melayu. Usaha Pakatan Haram menggunakan isu berkenaan untuk menagih undi simpati orang bukan Melayu dilihat berjaya.
Namun akhirnya, kebenaran terserlah apabila dua-beradik yang semenangnya Melayu Islam melakukan tindakan berkenaan atas kapasiti peribadi (sini, sini dan sini). Mereka berdua langsung tidak menganggotai mana-mana parti politik. Pakatan Haram khususnya Melayu PAS dan PKR buat tidak tahu apa-apa sedangkan mereka sebelumnya memfitnah ia angkara UMNO.
Penulis percaya, seharusnya Pemuda UMNO (jika ada telur) ketika itu mendesak Pakatan Haram untuk memohon maaf kerana melempar fitnah dengan menuduh UMNO sebagai dalang kejadian berkenaan. Namun apakan daya, Pemuda UMNO lebih gemar berbicara tentang persoalan yang kononnya up-to-date dan “intelektual” berbanding untuk bangun mempertahankan nama baik parti dan bangsa Melayu.
Sekarang ini, masjid pula dilempar dengan cat. Jika dulu Melayu PAS dan PKR mengatakan UMNO membakar gereja untuk meningkatkan kebencian orang Melayu kepada bukan Melayu, sekarang ini pun sama juga. Pakatan Haram mengatakan perbuatan masjid dilempar cat ini juga perbuatan UMNO. Ini kerana kononnya UMNO mahu meningkatkan kemarahan orang Melayu kepada orang bukan Melayu.
Lihat saja di facebook dan blog-blog pro Pakatan Haram. Semuanya mendakwa “rakyat bukan bodoh ini angkara UMNO”, “UMNO buat kerana hilang sokongan” dan pelbagai penghinaan lagi. Tindakan ini dilakukan Pakatan Haram kerana mahu dilihat di kalangan bukan Melayu bahawa mereka sangat membela kaum-kaum itu. Akhirnya, undi akan terus pergi kepada Pakatan Haram. Itu sebenarnya hasrat Melayu PAS dan PKR. Dihentamnya UMNO hanya semata mahukan undi dan kuasa. Maruah Melayu dan Islam tidak dipedulikan langung.
Pemuda UMNO pula bagaimana? Janganlah ditanya,dah hilang telur terus agaknya!
Namun, terdapat satu persoalan menarik yang membuatkan penulis tertanya-tanya. Apa motif DAP mengeluarkan kenyataan (sini) dengan begitu pantas ketika cerita berkenaan tidak dihebahkan di kalangan umat Islam setempat demi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini? ADUN DAP juga dilihat begitu cepat ke tempat berkenaan untuk menunjukkan yang mereka kononnya simpati. Yang Melayu Pakatan Haram usahlah ditanya lagi, menuduh kerja UMNO tak henti-henti. Penulis percaya, semestinya tindakan pantas Pakatan Haram ini bertujuan untuk meraih keuntungan politik.
Satu lagi persoalan yang ingin penulis bangkitkan ialah penggunaan cat merah untuk dilempar ke pintu dan dinding surau. Tindakan melempar cat ini dilihat bukan sebagai “budaya” orang Melayu. Ia lebih kepada tindakan kumpulan kongsi gelap ataupun Ah-Long. Lihat saja bagaimana rumah-rumah peminjam yang gagal menunaikan hutang pasti akan disimbah dengan cat merah. Mengapa bukan cat kuning, biru, hitam atau putih? Ini kerana cat merah merupakan simbolik kepada “AMARAN” yang ingin disampaikan oleh pelontarnya. Selain itu, kaca botol arak yang pecah di kawasan berkenaan juga menampakkan ia dilakukan oleh sekumpulan orang yang sememangnya tahi mabuk. Adakah ini menandakan gologan yang “seangkatan” dengan Ah-Long yang melakukan tindakan berkenaan demi untuk kelansungan politik pihak yang menjaga mereka selama ini?
Apapun penulis mendoakan pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini dengan pantas dan tuntas. Setakat artikel ini ditulis, polis telah menahan empat individu untuk siasat lanjut (sini).
Pakatan Haram berulang-alik burukkan Malaysia di Indonesia sejak Anwar dipecat!
Isu Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dilempar dengan najis dan Jalur Gemilang dipijak-pijak oleh rakyatnya timbul ketika mereka berdemonstrasi membantah penahanan tiga pegawai laut Indonesia oleh polis Malaysia kerana menceroboh perairan negara ini. Blogger Pisau.net (sini) menyatakan dengan jelas bahawa para pegawai Indonesia berkenaan sememangnya mencerobohi perairan Malaysia jika dirujuk kepada Peta Baru 1979.
Sebenarnya, kejadian penghinaan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia terhadap negara ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya memuncak ketika era konfrantasi lagi. Imbas kembali bagaimana Jalur Gemilang dibakar dan laman-laman web di negara ini diceroboh oleh rakyatnya ketika timbulnya isu-isu yang kadangkala apabila difikirkan, teramatlah remeh.
Penulis merasakan, kebencian para penunjuk perasaan di Indonesia juga sebenarnya disumbangkan oleh pengkhianat-penghianat negara dari Pakatan Haram yang sering berulang alik ke sana untuk menagih sokongan dan memburukkan Malaysia. Puak-puak Pakatan Haram ini sememangnya gemar untuk berulang-alik khususnya sejak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM bagi memburukkan Malaysia dan mendapatkan sokongan di sana.
Sebab itu tidak menghairankan apabila isu-isu mengenai warganegara Indonesia di negara ini yang dimainkan oleh Pakatan Haram begitu pantas meningkatkan kemarahan warga Indonesia di sana. Isu seperti penderaan yang merupakan kes terpencil dan gaji yang tidak diperoleh di tapak pembinaan Istana Negara yang baru merupakan contoh di mana Pakatan Haram lebih gemar untuk mencari populariti dan undi berbanding menjaga nama dan maruah negara.
Begitu juga dengan tindakan celaka Nurul Izzah baru-baru ini yang mendedahkan mengenai isu keselamatan negara di sana. Ini merupakan satu contoh terbaru bagaimana Pakatan Haram sanggup untuk membuat apa saja untuk memburukkan kerajaan BN. Pakatan Haram tidak pernah peduli mengenai impak yang akan terkesan kepada hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia. Yang penting bagi mereka, kerajaan BN berjaya diburukkan. Dan yang terkesannya adalah kepada MALAYSIA!
Penulis percaya, sekiranya puak-puak Pakatan Haram ini tidak pergi ke Indonesia atau menimbulkan fitnah dan isu-isu populis yang melibatkan rakyat Indonesia di negara ini semata-mata untuk mencari populariti dan sokongan, sudah pasti kebencian rakyat Indonesia kepada negara ini tidak akan memuncak. Namun, penulis juga percaya bahawa Pakatan Haram tidak akan sanggup untuk meninggalkan senjata yang telah mereka gunakan untuk meraih simpati luar bagi memastikan kelansungan politik mereka selama ini.
Begitulah perkaitan di antara fitnah-fitnah yang dibuat oleh Pakatan Haram terhadap kejadian melempar cat di Surau Taman Seri Pulai dan kejadian melempar najis ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Semoga artikel ini menampakkan betapa busukknya politik fitnah yang diamalkan oleh Pakatan Haram sehingga mampu untuk menggugat kedaulatan Malaysia di dalam dan luar negara.
Terus terang saya katakan KDN terlampau berlembut selembut lalang yg ditiup angin.
BalasPadamApi dalam sekam tu jika dibiarkan akan menjadi bara api yg membakar, begitu jugalah suasanan Negara sekarang? TETAPI Kenapa API itu tidak dipadamkan terus dgn tindakan ISA, IA AMAT WAJAR, kerana memburuk2kan Negara diluar Negara serta menjejaskan kehormonian kaum dan sebagainya, adalah boleh diibaratkan sebagai pengganas. So, kenapa perlu tunggu utk bertindak nih? Di manareasionalnya.?
Semasa Zaman Tun Mahathir, riak2 sebegini sering dipantau dan dilenyapkan, kerana riak2 ini akan menjejaskan pembangunan negara, dan telah terbukti masa dizaman Tun, perlaksanaan segala boleh diterima pakai dan ekonomi negara baik dan rakyat dapat hidup selesa.
KAPAK syorkan agar KDN buatlar sesuatu, perisik2 negara ada maklumat2 kerja2 onah mereka itu, so sekali lagi buat lar sesuatu.