Isnin, 30 Ogos 2010

CUEPACS patut desak Guan Eng naikkan bonus lagi RM100. Kesian penjawat awam Penang!

Penulis merasa sangat kasihan kepada seluruh penjawat awam Pulau Pinang di bawah kerajaan Guan Eng. Ketika rakan-rakan mereka yang juga bertugas di Pulau Pinang tetapi melapor kepada Kerajaan Persekutuan menerima bonus RM500, mereka hanya menerima RM400 akibat tindakan Guan Eng yang gila populariti (sini).

Di negeri-negeri BN yang lain semua penjawat awam menerima RM500, sama kadar yang diberikan oleh Pusat. Malah, Selangor dan Kedah turut memberikan jumlah yang sama.

Mungkin RM100 bagi Guan Eng itu jumlahnya sangat kecil tetapi jumlah itu sangat bermakna kepada pejawat awam khususnya yang berpendapatan rendah.

Guan Eng juga perlu sedar yang tindakan beliau memberikan bonus yang kurang dari kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain akan menjejaskan moral penjawat awam Pulau Pinang.

Penulis memohon agar CUEPACS campur tangan dan mendesak agar Guan Eng menaikkan bonus penjawat awam Pulau Pinang sekurang-kurangnya RM100 lagi. Penjawat awam di Pulau Pinang juga seharusnya menunjukkan tanda protes kepada Guan Eng agar beliau menaikkan bonus anda semua.

Ini kerana Guan Eng sebelum ini, yang turut menggunakan balacinya PAS (sini), telah menjaja bahawa pelaburan Pulau Pinang kononnya telah meningkat 1.53 bilion untuk tempoh sehingga Jun tahun ini.

Takkanlah dengan pelaburan berbilion ringgit tu nak bagi bonus RM500 kepada penjawat awam Pulau Pinang tak boleh kot? Lu tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri tapi menyewa banglo mewah boleh pula?

Buat penjawat awam Pulau Pinang, sekali lagi penulis tegaskan, kalau Guan Eng tak naikkan bonus lagi RM100, jangan sesekali undi Pakatan Haram dalam pilihanraya akan datang. Mengundi PAS dan PKR apatah lagi DAP bermakna anda mengundi untuk mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Jangan dibiarkan lagi. Nyah Guan Eng keluar dari Pulau Mutiara. Dia bukan orang sana!

2 ulasan:

  1. kerajaan PP dengar kata tak ada duit nak byar bonus raya ...minta tolong kerajaan pusat ..haha

    BalasPadam
  2. SURUH KERAJAAN PP PINJAM KAT ALONG. RONNIE LIEW KAN BOLEH ROKEMEN PUNYA. SIAPA TAK KENAL RONNIE LIEW NI...TANYA GANGSTER SELANGOR, KENAL TAK RONNIE LEIW?

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!