Hampeh! Itu rumusan yang dapat penulis berikan bagi prestasi Arsenal dalam perlawanan sulung musim baru menentang Liverpool di Anfield.
Gunners dilihat hilang punca dan tidak tentu arah walaupun mempunyai kelebihan pada separuh masa kedua selepas Joe Cole dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama.
Secara keseluruhannya, Arsenal mendominasi kawalan bola sebanyak 64% namun gagal memanafaatkan semua kelebihan yang ada. Ia berpunca akibat ketiadaan pemain yang dapat memainkan peranan Fabregas untuk mencorak serangan apabila berada di kawasan Liverpool. Semua pemain seolah tidak tahu untuk menghasilkan penyudah walaupun hanya berhadapan dengan Jose Reina.
Penulis turut merasakan kepincangan Gunners juga berpunca dari tindakan Wenger yang tidak mengeluarkan pemain yang sepatutnya iaitu Arshavin. Arshavin dilihat keletihan dan agak malas disamping melakukan banyak kesilapan mudah sejak separuh masa pertama lagi. Yang dikeluarkannya pemain yang banyak memberikan idea ketika serangan iaitu Eboe. Mungkin agaknya Wenger terlalu sangat menaruh kepercayaan kepada Arshavin kerana beliau pernah menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan ketika menentang Liverpool April tahun lalu. Malangnya ia tidak berlaku kali ini.
Liverpool pula dilihat bijak mengambil peluang di dalam kekalutan mereka yang kekurangan seorang pemain dan ketiadaan pemain tonggak. Tunjang mereka, Gerrard masih mampu untuk memberi idea bagi mengucar-ngacirkan pertahanan Arsenal walaupun dikawal ketat. Akibatnya, Liverpool memperoleh gol yang berpunca dari kesilapan pertahanan Arsenal dan kegagalan Almunia untuk menutup ruang bagi Ngong menjaringkan gol pada minit ke 46.
Walaubagaimanapun, ketika minit akhir perlawanan dan penyokong Liverpool mula untuk meraikan kemenangan mereka, nasib begitu menyebelahi Arsenal apabila Reina yang begitu cemerlang sepanjang perlawanan melakukan kesilapan mudah dengan menolak bola masuk ke gawangnya sendiri menggunakan tangan. Jika tidak, pulanglah Gunners dengan kekalahan. Itulah Arsenal untuk perlawanan pertama musim ini.
Jika dianalogikan prestasi Arsenal dalam perlawanan ini dengan politik semasa negara, penulis suka untuk menyamakan rentak sumbang Gunners dengan prestasi BN. BN tidak ubah seperti Arsenal apabila mempunyai banyak kelebihan untuk menenggelamkan Pakatan Haram namun ia tidak digunakan sebaik-baiknya.
BN yang mempunyai begitu banyak jentera dan ahli yang ramai jika dibandingkan dengan Pakatan Haram masih lagi dilihat lemah dan gagal untuk mengambil peluang kerana ketiadaan pemikir atau kumpulan think tank yang berupaya untuk memberikan idea tepat untuk meranapkan Pakatan Haram.
Pakatan Haram juga sebenarnya seperti Liverpool, mereka tidaklah kuat sebenarnya, namun kelemahan yang ada pada BN menyebabkan mereka dilihat seolah-olah memimpin isu-isu semasa sedangkan hakikatnya bukan begitu. Pakatan Haram dilihat begitu pandai mengambil peluang untuk memainkan apa saja isu yang dapat dibangkitkan selagi BN gagal untuk bertindak balas.
Selain itu, pemimpin yang tidak tepat yang diletakkan untuk memainkan peranan besar juga boleh menggagalkan usaha BN untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Maaf cakap, seharusnya Ketua Penerangan UMNO sekarang ini harus ditukar. Kelemahan yang ada padanya yang menyebabkan UMNO diserang Pakatan Haram tidak putus-putus.
Beliau juga dilihat tidak berkesan untuk memberikan idea kontrit bagi menyerang kembali Pakatan Haram dan mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya golongan muda. “Pemain” seperti ini seharusnya tidak dikekalkan oleh Datuk Seri Najib dan digantikan dengan pemain baru yang lebih cergas dan beridealisme untuk memulihkan BN dalam tempoh yang singkat.
BN seharusnya tidak mengharapkan kelemahan Pakatan Haram untuk memenangi pilihanraya akan datang. Usaha bersungguh-sungguh perlu dilakukan segera untuk “menjaringkan gol sendiri”, bukannya dengan mengharapkan kelemahan lawan. BN juga tidak harus lupa, riak-riak PRU-13 sudah mula kelihatan. Rentak sumbang sekarang ini perlu dibaiki segera. Arsenal mungkin boleh memberikan alasan ini perlawanan yang pertama tetapi BN, bolehkah berkata masih banyak lagi masa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!