Kes liwat Anwar sekali lagi ditangguh hari ini (2 Ogos 2010) kerana barisan pembelaan memohon kes digugurkan (sini dan sini). Bagi para blogger dan mereka yang mengikuti kes ini sejak mula, semua sedia memahami penangguhan kes liwat Anwar akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum akan datang. Maklumlah, ia akan dijadikan modal besar oleh Pakatan Haram untuk menyerang BN.
Walau bagaimanapun, penulis merasakan amat lucu kerana alasan yang diberikan untuk penangguhan kali ini ialah disebabkan Saiful dikatakan mempunyai "hubungan romantis" dengan Farah Azlina Latif. Bukan setakat itu, Anwar turut membuat laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Wah, marah sungguh Anwar pada Saiful ya. Sampai disamannya kerana "mempunyai hubungan romantis" dengan Farah. Takkan Anwar iri hati kot? Maklumlah, Saifulkan pernah rapat dengannya sebagai pembantu khas peribadi.
Bagi penulis, kalaulah difitnah Saiful "menjalinkan hubungan romantis" dengan barisan peguam bela Anwar, maka logiklah untuk diminta kes digugurkan. Mungkin ketika itu Anwar boleh mendakwa bukti-bukti pembelaan dibocorkan ketika mereka "menjalinkan hubungan romantis". Tetapi ini di pihak pendakwaan, barisan yang akan mendakwa beliau. Pandai sungguh Anwar memutar belit keadaaan untuk mencari alasan penangguhan.
Apa yang melucukan lagi ialah orang yang mendakwa adanya hubungan romantis berkenaan pula adalah individu yang sedang melarikan diri ke luar negara. Seorang bankrap yang telah sedia maklum seorang penyokong pembangkang yang dibiayai PKR. Kerjanya hanyalah menyebarkan fitnah untuk memburukkan kerajaan melalui Malaysia Today. Bagaimana agaknya ya dia yang jauh di London boleh nampak Saiful dan Farah "menjalinkan hubungan romantis"? Siapa agaknya yang cipta fitnah asal ini sebenarnya ya?
Di sini ternampak kehebatan Raja Petra iaitu membuat dan menyebarkan fitnah, sehinggakan PKR sanggup menangggung hidupnya suami isteri di kota London. Sepatutnya PKR biayai orang-orang miskin di Permatang Pauh terlebih dahulu sebelum biaya Raja Petra di London tu. Kesian orang miskin Permatang Pauh. Sejak dari Anwar dalam UMNO sampai jadi Timbalan Perdana Menteri dan sekarang ini Ketua Pembangkang, kesusahan hidup mereka tak berubah-ubah.
Penulis membayangkan kes ini akan bertambah kusut apabila nak dibawa Raja Petra ini balik ke Malaysia untuk memberi keterangan atas tulisannya yang mendakwa wujudnya hubungan romantis berkenaan. Sudah pasti pembohong besar itu tidak akan balik kerana sedang gembira dan selesa hidup di London yang ditanggung PKR dan proksi Anwar. Maka dari itu akan berlanjutanlah alasan demi alasan untuk menangguhkan kes ini.
Walau apa pun, marilah kita berdoa agar Saiful, tunangnya dan keluarga akan terus tenang menghadapi fitnah terhadapnya yang terbaru ini. Semoga Allah memudahkan perbicaraan selepas ini untuk melihat yang hak dan yang batil.
Nota kaki:
Penulis memerhatikan, sejak mula kes ini di mahkamah, riak wajah Saiful sentiasa kelihatan tenang tetapi Anwar pula semakin kusut. Mengapa agaknya?
HURAIAN YG SANGAT MENARIK DAN MANTAP...
BalasPadamASSALAMUALAIKUM WRT WBT..
PERHATIAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT !!!
UMAT ISLAM SEMAKIN DIANCAM SEKARANG INI. PERPADUAN PERLU DIJANA SEGERA DAN MOHON ANDA MENOLONG SAYA MENYEBARKAN MESEJ YANG SAYA PAPARKAN DI BLOG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA YANG TERCINTA...ATAU KITA AKAN BERPUTIH MATA JIKA MASIH LAGI LEKA...
MOGA ALLAH MEMBERI 1000 BERKAT DAN MENJAUHKAN 1000 MUDARAT ATAS JASA BAIK ANDA MEMANJANGKAN LINK INI DI YM DAN FB ANDA.
DIALU ALUKAN JUGA ARTIKEL TERSEBUT DISEBARKAN MELALUI EMAIL.
SILA KLIK http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/08/tolak-perpaduan-islam-boleh-jatuh-fasiq.html
JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK
Ikhlas dari
Blogger Panglima Perang Cyber
YDP Blogger Pembela Negara (BPN)
Sudah terang lagi bersuluh, Anwar cuba lari daripada kenyataan. Kalau dia tak bersalah, mengapa dia bersungguh-sungguh benar mencipta alasan menangguhkan perbicaraan liwatnya. Aku tak hairan kalau dia bertindak begitu, namun aku lebih hairan bila dua tokoh kita yang mengaku ulama (Nik Aziz dan Hj. Hadi)berdiam diri seolah-olah mengiakan apa yang Anwar lakukan. Amat malang lagi bila tipu helah ini mempengaruhi berjuta-juta umat Islam dan rakyat Malaysia.
BalasPadamApakah agaknya perasaan kedua-dua Tok Guru ini bila bersekongkol dengan pembohong dan kaki auta bernama Anwar Ibrahim. Di manakah letaknya perjuangan Islam mereka selama ini mentang-mentanglah yang berbohong itu adalah Anwar Ibrahim.
Aku harap ada lagi umat Islam dan rakyat Malaysia yang tidak terpengaruh dengan kejahatan yang diperlakukan oleh Anwar, Raja Petra dan para pengikutnya. Amin.
Tok guru dah jadi Tok Garu...
BalasPadamPAS dah boleh berenti *Check Mate* tinggal PKR dan DAP je. -samdol-
BalasPadam