Ahad, 22 Ogos 2010

Nik Aziz sedapkan hati kata tolak hudud pendapat peribadi sedangkan Karpal Pengerusi DAP!

“Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.”

Ayat di atas terkandung dalam laporan BERNAMA (sini) mengenai Karpal Singh memperlekehkan idea Nik Aziz sebagaimana yang penulis ulaskan dalam artikel terdahulu (sini).

Nampak jelas ketika mengulas mengenai ketegasan Karpal dan DAP menolak hudud sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini (sini), Nik Aziz dilihat bukan saja cuba untuk menyedapkan hatinya tetapi sebenarnya beliau mahu meyakinkan para penyokong PAS bahawa Karpal dan DAP tetap merupakan sahabat dunia akhirat PAS untuk mendapat kuasa ke Putrajaya.

Pandangan Karpal pegangan DAP!
Alasan yang diberikan bahawa penolakan hudud oleh Karpal atas faktor pendapat peribadi adalah sangat dangkal. Ini kerana Karpal merupakan Pengerusi DAP. Jawatan yang tertinggi dalam DAP. Apa saja kata Karpal adalah menggambarkan pandangan DAP.

Begitu juga dengan mana-mana parti politik sekalipun. Najib misalnya, jika beliau memberikan apa saja pandangan, ia dikira sebagai pandangan kerajaan, UMNO dan BN. Anwar pun begitu. Apa saja yang diperkatakan oleh Anwar merupakan pandangan PKR dan Pakatan Haram. Pusinglah bagaimana pun, memang itu akan dijadikan pandangan dan pegangan parti yang berkenaan.

Mungkin dalam konteks PAS ia agak berbeza. Ini kerana jawatan yang disandang oleh Nik Aziz ialah Mursyidul Am manakala jawatan tertinggi parti ialah Presiden yang disandang oleh Hj Hadi. Sebab itu adakalanya pengikut PAS agak pening mahu mengikut yang mana dalam sesetengah perkara dan isu.

20 tahun DAP konsisten!
Selain itu, hujah Nik Aziz bahawa pandangan Karpal itu adalah bersifat peribadi kerana pemimpin DAP yang lain senyap dan bukannya keputusan parti agak melucukan. Ini kerana para pemimpin atau ahli DAP yang lain sebenarnya tidak perlu bersuara mengenai perkara berkenaan kerana mereka hakikatnya amat bersetuju dan menyokong penuh pandangan Karpal itu.

Sebab itu jika dilihat sehingga ke hari ini, semenjak Karpal menyuruh Nik Aziz dan penyokong PAS melangkah mayat mereka untuk melaksanakan negara Islam 20 tahun lalu, tiada seorang pun ahli DAP yang menyatakan mereka menyokong hudud ataupun sekurang-kurangnya menyanggah pandangan Karpal itu. Ini membuktikan bahawa DAP konsisten dan teguh bersama Karpal menentang idea Nik Aziz.


Sudah-sudahlah Nik Aziz. Apa perlu menjaga hati semata-mata mengharapkan penyokong terus percaya kepada DAP hinggakan terpaksa membuang jauh matlamat perjuangan PAS. Lihat saja bagaimana ISLAM dibuang semata-mata untuk berkawan dengan DAP dulu. Dan sekarang, apa lagi yang nak dibuang semata-mata untuk menjaga hati mereka?

Rehat sajalah Nik Aziz, dah lama sangat dah. Dulu bukan main mengata kat Tun Mahathir, sekarang ni sendiri buat pulak ya?

1 ulasan:

  1. DULU NIK AZIZ KATA TUN M GILA KUASA 22 TAHUN TAK MAU LETAK JAWATAN.. KINI DIA PUN SAMA DAN MELALUT LAGI DAN LAMA LEBIH LAMA DARI TUN M DUDUK DI PUNCAK KUASA..INI LAH ORG KATA MANUSIA MUNAFIK..CAKAP LAIN BUAT LAIN..DGN UMNO BUAT MUSUH DGN DAP/PAKR NAK HANCURKAN ISLAM DIA SANGGUP.. BETUL MAHSAMDUL PAS LA MCM INI

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!