Membaca laporan ringkas Malaysiakini, 14 Ogos 2010 bertajuk Kongres Cina tuntut ekuiti Bumiputra dikurangkan (sini) menyebabkan penulis rasa panas hati. Walaupun baru balik solat terawih dan hati berbunga untuk menonton perlawanan EPL pertama musim baru malam ini, semuanya diganti dengan rasa amarah yang teramat.
Kongres Ekonomi Cina Malaysia menuntut agar ekuiti Bumiputra sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Ini baris pertama laporan berkenaan.
Penulis faham yang tuntutan ini dibuat dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang sepenuhnya dianggotai oleh orang Cina. Sudah pasti mereka akan membuat tuntutan untuk membela peniaga-peniaga Cina tanpa memikirkan kesan atau perasaan orang-orang Melayu/Bumiputera.
Walau bagaimanapun, tuntutan ini sangat melampau bukan saja kerana mereka menuntut untuk dikurangkan dalam semua sektor malah jumlah pemilikan 30% Bumiputra yang disasarkan tidak pernah dicapai. Yang paling tinggi pernah dicapai pun hanya sekitar 22%. Sekarang ekuiti Bumiputra hanya berada di sekitar 19%. Nak tuntut kurangkan apa lagi? Kalau ekutiti Bumiputra baru berada di sekitar 19%, ini bermakna orang bukan Melayu yang majoritinya Cina menguasai 81% ekuiti negara. 81% tak cukup lagi ka? Nak sampai orang Melayu/Bumiputra merempat baru nak puas hati?
Mari kita lihat mengapa pemilikan ekuiti Bumiputra tak tercapai 30% walaupun dah lama 53 tahun merdeka? Kalau soalan ini ditanya kepada penyokong Pakatan Haram sudah pasti mereka akan menjawab sebab UMNO/BN songlap duit dan sebagainya. Namun, hakikat sebenar yang tidak ternampak ialah tiada kerjasama bersungguh-sungguh yang diberikan oleh persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan Cina untuk menjayakan matlamat ini.
Jika diimbau sejarah, kenapa 30% pemilikan ekuiti kepada Bumiputra ini diwujudkan? Ia sebenarnya diletakkan sasaran dalam Dasar Ekonomi Baru yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei. Matlamat DEB ialah untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Mengapa masyarakat perlu disusun semula? Masyarakat perlu disusun semula kerana dasar Inggeris yang menguntungkan orang Cina sejak golongan imigran ini dibawa ke Tanah Melayu. Sebab ekonomi dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina hingga Melayu berasa terpinggir dan merempat di bumi sendirilah yang menjadi salah satu punca berlakunya peristiwa 13 Mei.
Semua maklum Inggeris mengamalkan dasar pecah dan perintah. Orang Melayu dikekalkan hidup secara tradisional di kampung-kampung, imigran Cina ditempatkan di kawasan lombong yang berada di sekitar pekan dan imigran India pula diletakkan di kawasan-kawasan estet. Antara ketiga-tiga ini siapa yang untung?
Sudah pastilah orang-orang Cina yang tinggal di pekan untung kerana orang Inggeris turut tinggal di kawasan pekan. Kawasan pekan sudah pasti mempunyai pelbagai kemudahan seperti sistem perparitan, jaringan jalan raya, bekalan air dan kesihatan yang lebih baik berbanding dengan kawasan kampung dan estet. Inggeris pasti lebih menjaga kawasan pekan kerana mereka tinggal di situ. Malah hasil-hasil dari kampung dan estet juga dibawa ke kawasan-kawasan pekan.
Proses urbanisasi menyebabkan pekan berkembang menjadi bandar tetapi kampung dan estet terus kekal begitu. Sebab itu tidak perlu dihairankan jika bandar-bandar besar di Malaysia pada hari ini majoriti orang yang tinggalnya adalah orang Cina. Sekarang ini pun kita bernasib baik boleh lihat orang Melayu dan India ada juga tinggal di kawasan bandar sebab DEB diwujudkan untuk strukturkan semula penempatan masyarakat. Dalam ada DEB dulu pun sekarang ini kita lihat kawasan-kawasan seperti Pusat Bandar Puchong, Kinrara, Jinjang, Georgetown dan Ipoh dimonopoli oleh orang Cina. Bayangkan kalau tiada DEB dulu, agaknya orang Melayu terus merempat di kampung. Maklumlah, nak mulakan hidup dipersekitaran yang dimonopoli oleh mereka bukan sesuatu yang mudah. Hanya berapa kerat yang berjaya.
Apabila kerajaan meminta peniaga-peniaga dan persatuan Cina untuk bekerjasama dengan membantu usahawan Bumiputra, mereka lebih berminat untuk mencari peluang mendapat lebih keuntungan dalam “kerjasama” itu berbanding membantu. Sebab itu dilihat berapa banyak syarikat yang berstatus “Bumiputra” sebenarnya dimiliki oleh orang Cina.
Benar, Bumiputra sendiri yang memberi peluang untuk mereka di ali baba kan tetapi apa pilihan yang mereka ada? Hendak bersaing dari segi kewangan jauh sekali termampu. Rangkaian bahan mentah untuk perniagaan semuanya dimonopoli oleh orang Cina. Sektor pembinaan misalnya, paku, simen, pasir, konkrit, dan pelbagai lagi siapa yang memonopoli?
Akhirnya, direlakan saja nama digunakan asalkan dapat juga merasa dari terlepas sepenuhnya. Itu pun Kongres Cina ni menuntut diberi tender terbuka sepenuhnya. Kalau dah buat tender terbuka pasti Cina la yang akan dapat semua. Maklumlah sumber kewangan dan bahan mentah telah mereka kuasai. Celaka, sungguh celaka!
Kongres Cina ini sebenarnya bukan tak tahu pemilikan ekuiti Bumiputra ini hanya berada di sekitar 19% tetapi mereka sebenarnya mahu menguasai sepenuhnya, sebolehnya 100%.
Penulis mendesak agar Kerajaan jangan menimbangkan usul Kongres Cina ini malah perlu meningkatkan lagi pemilikan ekuiti Bumiputra sehingga 65%. Iyalah, di Malaysia ini Bumiputranya 65%. Kenapa nak diberikan 30% saja?
Kepada orang-orang Melayu, bukalah mata anda. Lihat bagaimana orang Cina boleh bersatu. Dalam kongres tu semuanya ada. Cina DAP, Cina MCA, Cina GERAKAN dan lain-lain lagi untuk menuntut hak mereka. Melayu kenapa tak boleh jadi begitu?
Opsss lupa pula, Melayu nak bersatu macam mana, semua dok sibuk perkaya boroikan perut anak menantu sendiri saja. Baik UMNO, PKR dan PAS langsung takda beza. Jangan satu hari nanti dah tergadai kuasa politik sepenuhnya baru nak buka mata. Sementara masih ada, jom pakat lawan sama-sama. Soalnya, mahukah Melayu duduk bersama-sama?
apalah nasib bangsa melayu ni. smua tengah mabuk asmara....hak tuiii...
BalasPadamhttp://taklawak.blogspot.com/
Wahai bangsa ku.
BalasPadamBergaduhlah lagi.
Jangan bersatu.
Supaya lebih banyak hak Melayu berpindah tangan.
Biarlah anak cucu hangpa merempat dan menjadi peminta sedekah di tanahair sendiri.
Kalau hangpa tak sedar lagi entahlah.
No mercy. Tebal betul muka cina2 yang mintak tu ye.
BalasPadamJangan marah depa...depa mintak jee.
BalasPadamTak mintak pun depa dah dapat dah.
Ada mata mesti nampak, ada te;inga mesti ada dengaq. Tapi kita Melayu buat buat tak nampak..
apalah nasib melayu di Tanah Melayu.
Selamat berpuasa.
dah memang orang melayu sendiri yang sokong dan nak kan keadaan begitu.....jadi sokonglah najib, hidup najib
BalasPadamcilaka lu munya cina,,,,,,,,dah la jadi rakmay malaysia yg x pandai cakap melayu, kini kau nak hapuskan orng melayu dgn ekonomi ka......takpa2 nnt akan berlaku sejarah berdarah........
BalasPadamsdr linkkan blog saudara pada blog saya.
BalasPadamPersekutuan Malaysia terdiri dari gabungan Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu samada Bersekutu atau tidak Bersekutu. Negeri-Negeri ini adalah wilayah yang berdaulat dan tidak dijajah kerana British sekadar mentadbir namun kedaulatan tetap kekal pada YangdiPertuan Negeri-Negeri. Pendekata, orang-orang Melayu sememangnya adalah rakyat Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu berbanding bangsa -bangsa lain yang walaupun berada di Persekutuan Negeri-Negeri Tanah Melayu, mereka-mereka bukanlah rakyat diPersekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, isu orang-orang Melayu tiada keistimewaan tidak timbul sama sekali dan bangsda-bangsa asing ketika itu sememangnya sedar siapa mereka. Perlembagaan Persekutuan Malaysia sekadar mengendoskan sahaja kontrak sosial itu supaya dulu kini dan selama-lamanya seperti kata hang Tuah, "tidak Melayu hilang didunia dan Persekutuan Malaysia asalnya ialah Negeri-Negeri Tanah Melayu tempat tingal orang-orang Melayu dibawah Yang diPertuan Negeri-Negeri Tanah Melayu. Apakah sudah lupa apa itu KTM?
BalasPadamChua so lek? tak mungkin anda menjadi tertanya2 atau kehairanan. pelakon blue film murahan itu akan berusaha sebaik sahaja menjadi presiden mca untuk mengalih perhatian aksi tontonan filem nya kepada kerektor cina kung fu (konon hero baru) kepada cina2 dinegara ini.
BalasPadammempersoalkan kenapa dengan muka tak tahu malu membuat resolusi didalam kongres cina? jangan buang masa!! apa yg perlu dijawab pergi jahanam dgn dia punya usul atau ancaman.
kita juga tak kurang legenda pahlawan seperti Hang Tuah ( atau ZHANG TO WAH).
mereka sebenarnya bukan hendak sangat kerajaan penuhi usul yg dibuat, sbb mereka dah ada semuanya. yg mereka minta jawatan TPM kalaupun tak dapat jawatan PM.
Ada pemimpin melayu majoritinya lembik, tamak harta dan penakut, mungkin 50 tahun lagi TANAH MELAYU ini PMnya CINA seperti thailand!
bagaimana selepas ini kita tambahkan bilangan pertubuhan seperti PERKASA, tidak perlu takut kita kehilangan kesentosaan kerana kita harmoni dalam derita. kita dah hilang banyak dalam negara ini oleh itu NOTHING TO LOOSE!!