Rabu, 25 Ogos 2010

Takut hilang undi, PAS rayu Pakatan tidak bincang isu hudud. PAS akan gugurkan senyap-senyap!

Dek kerana tak tahu nak jawab apa setelah PKR juga seiring pendirian dengan DAP untuk menolak hudud PAS (sini), akhirnya pemimpin PAS akur dengan dasar Pakatan Haram iaitu tiada hudud, tiada dasar pentadbiran Islam dan semua agama sama rata, sama rasa jika mereka berjaya menawan Putrajaya!

Keakuran PAS terhadap pendirian DAP dan PKR itu telah memaksa mereka untuk mengeluarkan kenyataan agar isu hudud ini tidak lagi dibincangkan dan didebatkan oleh pemimpin Pakatan Haram. Ini dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, 24 Ogos 2010 (sini).

Ini juga bermakna, persoalan mengenai hudud dan pentadbiran Islam dalam kerajaan Pakatan Haram tidak lagi akan diketengahkan oleh PAS sebagai hala tuju mereka dalam mana-mana forum Pakatan Haram.

Pendirian ini diambil oleh PAS bagi mengelakkan mereka kehilangan sokongan dan undi khususnya bukan Melayu sehingga boleh menyebabkan Pakatan Haram berpecah dan akhirnya mereka gagal untuk menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

PAS tidak sanggup lagi berulangnya peristiwa perpecahan Barisan Alternatif yang menyaksikan parti itu hilang banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 2004. Mereka juga tidak lagi rela kehilangan kuasa, takhta dan pengaruh yang pernah mereka kecapi ketika menawan Terengganu pada tahun 1999.

Penulis mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menjadikan parti anda begitu hina sehingga sanggup menggadai prinsip yang kononnya dipegang selama ini. Demi kerana kuasa, pangkat dan darjat segala-galanya anda sanggup gadaikan. Anda juga telah membuktikan bahawa PAS hanyalah pencacai kepada DAP dan PKR, bukannya teraju utama. Tahniah para pimpinan dan penyokong PAS!

Semoga seluruh umat Melayu Islam di Malaysia membuka mata untuk melihat hipokrasi PAS di dalam Pakatan Haram ini.

2 ulasan:

  1. hina sehina-hinanya PAS dalam mempermainkan agama, begitu tunduk kepada DAP...lihatla sandiwara permainan dayus agama ni

    BalasPadam
  2. Berjuang islam bukan kerana Allah tapi kerana Marah... tu la jadinya... sedarlah.. kamu dah jauh menyimpang.. wahai sahabat2 ku..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!