Jumaat, 13 Ogos 2010

Jawapan segera untuk kebodohan Guan Eng menawarkan rasuah politik di Malaysiakini!


Posting terbaru Malaysiakini bertajuk DAP umum habuan jika Pakatan kuasai Putrajaya, 13 Ogos 2010 (sini) amat melucukan. Belum pun lagi Perdana Menteri sentuh atau bagi hint mengenai Pilihanraya Umum Ke-13, Guan Eng awal-awal lagi dah tawarkan rasuah kepada pengundi.

Memang gila kuasa betul Guan Eng ni. Sepatutnya, beliau menyelesaikan masalah rakyat terutamanya orang Melayu di Pulau Pinang. Ini tidak, kerusi Perdana Menteri yang digila-gilakannya. Maklumlah, DAP kan parti yang paling berpotensi berbanding PKR dan PAS di dalam Pakatan Haram untuk mendapat kerusi terbanyak dalam PRU akan datang.

Melihat tiga perkara yang dijanjikan Guan Eng, ia tidak lebih dari retorik untuk menarik undi. Mari kita sentuh satu persatu:

2.8 bilion setahun untuk warga tua Guan Eng nak korek celah mana?
Pertama, kerajaan Pakatan Haram pimpinannya akan memberikan wang tunai sebanyak RM 1,000 kepada semua warga emas berusia 60 tahun. Wah, hebat betul rasuah politik yang cuba diberikan oleh Guan Eng yang ini. Apabila wartawan bertanyakan dari mana Pakatan Haram akan mendapatkan duit untuk menanggungnya, seperti biasa, bukan jawapan yang diberikan tetapi tak habis-habis pusing dan menyalahkan orang lain.

Guan Eng pandai berjanji tapi bangang dari aspek realiti. Adakah beliau fikir rakyat Malaysia ni bodoh? Tahukah beliau bahawa bilangan warga tua semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti warga tua di negara ini akan mencecah 11.3% (sini).

Katakan warga tua sekarang adalah 10% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini bermakna kita mempunyai 2.8 juta warga tua. Jika 2.8 juta didarabkan dengan RM 1,000, jumlah yang diperoleh ialah 2.8 bilion. Jumlah itu amat besar dan katakan Pakatan Haram memerintah Malaysia selama 5 tahun. 2.8 bilion darab 5 menghasilkan 14 bilion. Celah mana dia nak korek tu? Sebab tak tahu menjawablah beliau pusing jawapan dan salahkan kerajaan BN apabila ditanya wartawan. Tak habis-habis menipu la lu Guan Eng.

Kerajaan BN dah baiki pendekatan saman ekor!
Kedua, Guan Eng akan menghapuskan saman ekor yang menyebabkan pemandu disenarai hitam dari memperbaharui cukai jalan. Tindakan Guan Eng ini memang populis dan menagih undi atas isu semasa yang melanda negara. Guan Eng tidak sedar bahawa mereka yang meminta untuk memansuhkan saman ekor ini sebenarnya adalah terdiri dari golongan yang suka memandu laju dan membahayakan nyawa orang lain di lebuh raya.

Kerajaan BN sekarang sudahpun buat keputusan menangguhkan menyenarai hitam mereka yang disaman ekor dan kaedah saman ekor sedia ada akan diperbaiki di mana selepas ini mereka yang disaman ekor akan terus ditahan dan diberi saman serta merta.

Ini baru namanya kerajaan yang mengutamakan rakyat. Satu untuk memastikan pemandu yang suka memandu laju terus dikenakan tindakan dan satu lagi perbaiki pendekatan yang menyusahkan rakyat.

Bukan macam Guan Eng, belum apa-apa terus nak mansuh. Makin bermaharajalela la puak-puak Guan Eng yang majoritinya mempunyai kereta besar dan suka memandu laju di lebuh raya. Akai ada ka Guan Eng?

Kerajaan BN tengah agih 1.2 juta komputer free dengan jalur lebar, lu tak tau ka?
Ketiga, Guan Eng juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh negara. Janji politik Guan Eng ini juga sebenarnya merupakan satu lagi kebodohan yang dinampakkan oleh beliau.

Tidakkan beliau mengetahui bahawa kerajaan melalui SKMM sedang dalam langkah mengagihkan 1.2 juta komputer riba bersama dengan jalur lebar kepada rakyat secara percuma ke seluruh negara. Selain itu kerajaan BN juga telah mewujudkan pelbagai telecenter untuk kegunaan masyarakat luar bandar dan bandar. Sekarang ni pula tengah diperhebatkan perkhidmatan wireless di seluruh negara.

Lu ketinggalan la Guan Eng. Kalau nak bagi WiFi percuma, lu buat di seluruh Penang dulu. Ini nak guna internet di Teluk Bahang pun putus-putus lagi. Bodoh punya Guan Eng!

Akhir sekali, penulis ingin menyentuh apa yang disifatkan oleh beliau di dalam artikel berkenaan sebagai membuktikan bahawa DAP bukan berfahaman komunis dan “tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China”.

Kah kah kah kah kah.... Jawapan mudah penulis untuk itu ialah seperti berikut:

“Parti Komunis China tu parti yang memerintah Republik Rakyat China, Guan Eng bangang oi!”

Bodohnya penyokong Pakatan Haram ada pemimpin macam ni. Mesti la UMNO menjalinkan hubungan dengan parti pemerintah sesebuah negara, parti yang membentuk kerajaan. Takkan nak dicari parti pembangkang. Alahai bodohnya Guan Eng!

6 ulasan:

  1. Dia seronok jadi ketua menteri tu,dia dok rancang nak jadi PM pula kot, tapi berkat doa geng pas, tak lama lagi berjaya la tu.

    BalasPadam
  2. Semakin hari semakin nampak kebodohan beliau. Insya Allah sehebat manapun DAP, kutukan Allah kepada para harbi laknatullah ini tetap akan berlaku di dunia dan akhirat...saksikan tak lama lagi.

    BalasPadam
  3. Ha ha ha hah,,. Nie angan2 untuk Guang Eng Ngang jd PM nie.. Mmg BANgang apabila salahkan UMNO kerana ada tandatangani perjanjian dengan parti komunis cina iaitu kerajaan CHINA.Perjanjian perlu di buat terhadap kerajaan yang memerintah.. Aiya mcm ini worang pun bleh jd ketua menteli ka, sma banggang dgn Khalid Gagap Kne Spy...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Aik, kerajaan Malaysia nak buat jalinkan hubungan dengan pemerintah China pun salah ke??? Lagi baik dari beri Chin Peng kepala komunis Malaya balik ke Malaysia ni. Siapa yang beria2 untuk beri cadangan tersebut???

    Jawapannya: ANAK PARTI KOMUNIS MALAYA - DAPig

    -anti lidah biawak Khalifah Father Tuan Lim GorEng-

    BalasPadam
  6. Habis Si Nuar tu nak campak kat mana kalau ank kominis tu nak jadi Pm, atau dia memang dah rancang dengan SI Kapal nak sumbat SI Nuar dalam penjara, hebat Dap dan macam mana Nuar boleh percaya bekas musuh dia jadi pembela dia , pelik juga tu, tu pun maseh ada yang tak sedar diri lagi.

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!