Minggu hadapan, umat Islam sekali lagi akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang penuh kerahmatan ini, kita diseru untuk memperbanyakkan amalan sunat kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan pahala amalan tadi. Antara amalan-amalan yang dituntut sepanjang Ramadhan ini ialah memperbanyakkan doa, zikir, bertadarus, bersedekah dan bersolat terawih.
Menariknya di Selangor, umat Islam tidak kira sama ada mereka ahli UMNO, PAS, PKR, DAP atau yang tidak mengambil tahu langsung tentang hal ehwal politik yang akan bersolat terawih di masjid-masjid bakal dihidangkan dengan "kuliah" politik yang sekurang-kurangnya akan diadakan selama 30 minit.
Ini kerana, menurut Badrul Amin melalui artikel Malaysiakini bertajuk Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor' (sini), "kuliah" politik ini yang juga beliau namakan "tazkirah" perlu diadakan untuk menjawab serangan yang dibangkitkan oleh UMNO Selangor yang mendedahkan penipuan dan penyelewengan kerajaan Khalid Ibrahim menerusi kempen penerangan Selamatkan Selangor Fasa I yang akan berakhir Ahad ini.
Badrul Amin turut menjelaskan "kuliah" politik ini perlu diadakan sepanjang bulan Ramadhan kerana ketika itu adalah saat yang paling sesuai memandangkan ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat. Sudah pasti waktu yang paling tepat sekali ialah di malam hari ketika solat terawih diadakan.
Penulis merasakan, tindakan Pakatan Haram yang akan menyelitkan cerita-cerita politik seperti penyelewengan pasir, kes liwat Anwar dan kematian Teoh Beng Hock ketika solat terawih dengan alasan kuliah, tazkirah atau apa saja merupakan pendekatan jijik yang akan menjejaskan kehadiran umat Islam ke masjid.
Ini kerana, umat Islam yang telah menanam niat untuk beribadat dan beriktikaf di masjid sepanjang Ramadhan telah dipaksa untuk mendengar ceramah politik yang memungkinkan akan menghilangkan fadhilat terawih dan Ramadhan yang dicari.
Akibatnya kehadiran ke masjid akan berkurang dengan sendirinya apabila umat Islam terpaksa memilih untuk beribadat di rumah kerana tidak mahu kehilangan pahala yang dicari. Satu ketika mereka mengharapkan pahala dari Allah dan satu ketika pula merelakan telinga untuk mendengar fitnah dan celaan malah mungkin caci maki yang bakal keluar dari "pengkuliah" 30 minit Pakatan Haram. Sudah pasti mereka tidak mahu itu berlaku.
Mengapa Bandrul Amin dan Pakatan Haram tidak boleh menghentikan seketika politik sempit mereka sepanjang bulan Ramadhan? UMNO pun tahu menghormati bulan Ramadhan dengan menangguhkan sekita sesi penerangan sehingga selepas Aidilfitri. Jika benar-benar terdesak pun gunakanlah pentas ceramah yang sememangnya Pakatan Haram juarai untuk menaburkan fitnah.
Jika dilihat kepada pendekatan yang digunakan Pakatan Haram ini, siapa yang sebenarnya menjadi Machiavelli?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!