Jumaat, 27 Ogos 2010

Zaid Ibrahim: Hudud PAS hanya teori politik, menang 2/3 dulu baru cerita!

Penyokong tegar PAS, amati apa yang diperkatakan oleh Zaid Ibrahim betul-betul ya:

"Awak perlu menang dua pertiga dulu, kemudian baru kita boleh bercakap (pelaksanaan hudud), kalau tidak ia hanya teori politik"

Selepas Nik Nazmi dari PKR (sini) menyatakan pendirian menolak hudud PAS, kini tiba pula giliran Zaid Ibrahim. Zaid yang diberi jawatan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat setelah bersetuju keluar dari UMNO dan menyertai PKR mengeluarkan kenyataan berkenaan semalam, 26 Ogos 2010 di Kota Bharu (sini dan sini).

Menariknya, kedudukan beliau sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat itu menyerlahkan lagi bukan saja pendirian PKR malah Pakatan Haram tidak akan sama sekali bertoleransi dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud atau sebarang pentadbiran yang berkaitan dengan Islam.

Bagi Zaid, PAS kalau nak cerita tentang hudud, menang kerusi 2/3 sepenuhnya di parlimen terlebih dahulu. Ini bermakna PAS perlu untuk memenangi kerusi sebanyak 148 atas nama dan logo PAS sendiri. Kalau gabung dengan PKR dan DAP melalui Pakatan Haram, jangan harap! Dasar DAP dan PKR adalah jelas. Semua agama sama rata, sama rasa pendirian meraka!

Dalam PRU 2008, PAS menang 23 kerusi. Jadi, PAS perlu berusaha untuk mengekalkan 23 kerusi berkenaan dan menambah 125 kerusi lagi dalam PRU akan datang. Pastikan kemenangan 148 kerusi berkenaan adalah atas nama dan logo PAS sepenuhnya jika mahu melaksanakan hudud di Malaysia. Ini yang dimaksudkan oleh Zaid!

Nah! Satu lagi kenyataan pedas dari PKR yang ditujukan khusus kepada Nik Aziz dan PAS. Apa lagi yang nak diputar PAS lepas ni untuk menghalalkan hubungan haram mereka dengan PKR dan DAP?

Sedarlah PAS, kalian hanya pencacai di dalam Pakatan Haram tu!

8 ulasan:

  1. “Dari segi praktikal saya tidak nampak undang-undang hudud boleh dilaksanakan oleh sebuah parti sahaja, ia perlukan sokongan besar dalam Dewan" Zaid

    Tuan blog saja tambah asam pedasnya!Dalam Utusan Online dan Bernama melaporkan biasa saja.

    Benar kata Zaid itu ,oleh itu yg Islam BN/UMNO kenalah sokonglah .Jangan menyatakan berbagai dalih dan helah.
    Sepatutnya Hudud bukan perjuangan pas(satu parti ) sahaja ,wakil-wakil dewan yang mengaku beragama Islam wajib sokong(INI YANG SEPATUTNYA DITEKANKAN)
    Jangan menteri di jabatan perdana menteri hanya pandai menfatwakan bab nurul izzah sahaja berdosa,
    yang tak sokong hududnya gimana?

    (sudirumusibarat)

    BalasPadam
  2. anon 11.14 oi, jagan dok jadi pembela kaki todi ni la... ko baca yang sedap2 saja. Baca bagi habis:

    “Pas tidak boleh dapat banyak kerusi dalam Parlimen, hanya berapa kerusi sahaja yang Pas boleh bertanding, saya tengok berdasarkan profil politik sekarang,” katanya selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di sini, hari ini.

    dan ini:

    “Awak perlu menang dua pertiga dulu, kemudian baru kita boleh bercakap, kalau tidak ia hanya teori politik,” katanya.

    jangan jadi pencacai, hanya tengok yang untungkan DAP bangsat. tuan blog, teruskan menulis, puak pakatan haram ni akan terus berada di dalam penafian.

    BalasPadam
  3. anon 11.14 oi,

    ayat atas dalam blog ni memang apa yang zaid cakap. ko ni bangang ke apa? yang ko paste tu zaid cakap dari segi praktikal. ini bermakna pas memang tak praktikal la. mimpi tapi dok bertanding sampai majoriti mudah pun tak. bodoh piang punya penyokong penjubor

    BalasPadam
  4. yeay UMNO boleh diam pasal hukum hudud ni..sebab depa agama melayu bukan agama Islam..padan muka puak2 PR bergaduh pasal hukum hudud..nasib baik UMNO agama melayu,tu yg x ambek pot..kahkahkahkahkahkah

    BalasPadam
  5. puak pas sekarang dah tak tau nak buat apa, sebab tu nak jaga hati saja. hudud pun pas dah gugur lama dah, cakap lebeh. karpal sergah sikit kecut telur. matlamat pas sekarang untuk dapat kuasa ja. agama tu alat tunggangan. tapi kalu dah pkr dengan dap sendiri tolak, pas nak tonggang apa lagi? pas yang kena tonggang la ni. alahai pas pis pus...

    BalasPadam
  6. betul la pa yang zaid cakap tu..
    menang 2/3 kerusi baru boleh sembang pasal hudud..
    kalau tidak..pas akan dicop sebagai " sembang lebih tapi tak buat"..lebih teruk UMNO yang jelas2 menolak hudud...

    BalasPadam
  7. nik bangang oi. sebab tu zaid kata pas bagi dapat 148 kerusi dulu baru cerita. zaid sendiri tak percaya pas boleh dapat. pkr dan dap dah jelas tamau hudud. nak hudud pas apanya. sembang lebeh la puak pas. nak jaga hati taik todi la tu. lantak korang la

    BalasPadam
  8. Ni la dia balasan.. Rasulullah dan sahabat berjuang islam kerana Allah.. orang pas berjuang kerana Marah.. sebab tu hukum2 fatwa puak pas ni kucar kacir.. ikut sedap hati.. fatwa flexible.. kesian hj hadi x boleh nak kontrol dah...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!