Jumaat, 20 Ogos 2010

Nur Ramadhan menyerlahkan ego DAP! Karpal sekali lagi konsisten perlekeh idea Nik Aziz!

Ramadhan ini Allah telah menampakkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia betapa DAP bukanlah pihak yang boleh dijadikan rakan untuk memelihara kesucian Islam di negara ini. Ketika khatib PAS di Pulau Pinang “mendoakan” kesejahteraan Guan Eng, Ketua Menteri DAP, Karpal Singh pula selaku Pengerusi DAP berterusan menghina Nik Aziz dan PAS.

Penghinaan ini mudah difahami kerana kerusi DAP sekarang adalah yang terbanyak berbanding PKR dan PAS di dalam Pakatan Haram. Ketika ini DAP mempunyai 29 kerusi, PKR 25 dan PAS hanya 23. Sebab itu tanya segan silu Karpal memperlekeh pandangan Nik Aziz yang mencadangkan agar undang-undang hudud digunakan sebagai langkah untuk mengawal jenayah dan penyakit sosial di Malaysia.

BERNAMA melaporkan di dalam artikel bertajuk Hudud Bukan Jawapannya, Kata Karpal (sini), Karpal bukan saja tidak bersetuju malah berterusan menegaskan bahawa DAP tidak akan menerima sama sekali malah dengan apa cara sekalipun akan menentang perlaksanaan hudud di negara ini.

Pandangan konsisten Karpal yang menolak idea Nik Aziz ini amat tidak menghairankan memandangkan beliau sebelum ini berulang kali membantah apa saja perkara yang cuba dibawa untuk menerapkan pendekatan Islamik di dalam pentadbiran negara sama ada oleh PAS atau UMNO.

Lebih radikal lagi, Karpal juga pernah mengingatkan Nik Aziz dan PAS bahawa sekiranya mereka berhasrat untuk menubuhkan negara Islam melalui perlaksanaan undang-undang hudud, mereka diminta untuk melangkah mayat ahli-ahli DAP terlebih dahulu.

Ini bermakna Karpal dan DAP sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menghalang apa jua pendekatan yang bakal diambil sama ada oleh PAS atau mana-mana pihak untuk melaksanakan hudud atau pentadbiran Islam di negara ini.

Ketegasan Karpal yang diucapkan pada 17 Oktober 1990 di Pulau Pinang itu tidak pernah ditarik beliau sehingga kini. Malah beliau akan menegaskan mengenai pegangan DAP itu apabila diajukan soalan oleh sesiapa sahaja.

Bukalah mata wahai orang Melayu sekalian khususnya penyokong PAS. Allah telah tunjukkan dengan jelas di bulan yang penuh kerahmatan ini. Ketika PAS mendoakan kesejahteraan DAP, ia pula dibalas dengan penghinaan. Inikah rakan yang mahu diambil untuk memelihara kesucian Islam di bumi bertuah ini?

Walaupun mungkin ahli PAS akan mengatakan Karpal dan DAP bersikap demikian disebabkan mereka bukan Islam dan belum mendapat hidayah, mari direnung kembali peringatan Allah di dalam surah ‘Abasa.

Imbaslah kembali bagaimana Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah SWT kerana berpaling dan bermasam muka dari seorang buta (Abdullah bin Ummi Maktum) yang meminta dibacakan ayat Al-Quran ketika baginda berdakwah kepada pembesar Quraisy, pihak yang belum pasti akan menerima dakwah Rasullullah itu.

Jika dikaitkan dengan situasi hari ini, adalah lebih baik PAS duduk bersama UMNO untuk memelihara kesucian Islam berbanding dengan mendakapi DAP. Ketika orang PAS mengharapakan Karpal dan DAP mendapat hidayah, jangan dilupa bahawa ada saudara Islam lain yang berlapang dada untuk memantapkan lagi syiar Islam di negara ini.

Janganlah hingga terjadi seperti kata perpatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran! Akhirnya yang akan melepas dan kerugian, umat Melayu Islam sendiri. Nauzubillah!

6 ulasan:

  1. is it only me? or we as a Malaysians have not studied history. History have shown and teach us about our politics. The last election was a shock for a lot of people, because it stated something, that people wanted change. Now change is happening but there are still people who do not wish this to happen, and that they want the old times back. where the country is YOURS not 'ours'. Racism, starts when we decide to be. And now we choose to be.

    BalasPadam
  2. In the Article 3 of the Federal Constitution, it states that ISLAM is the country's prime religion. It DID NOT say that the country is an Islamic country.
    Then why are we changing the government?
    ONE Malaysia? How are we going to achieve this when we are not allowing change, unity and fair-ness?
    Have you wondered why in school/college classes, there are so many races but still unity is there? Its because we're not imposing our religion down another's throat. ITS BECAUSE WE RESPECT THEM.
    but when it comes to politics, all else is forgotten?

    BalasPadam
  3. senang je nak langkah mayat karpal singh...langkah jela nanti dia mati...hehehehe

    BalasPadam
  4. sabar la nik aziz. buat la sembahyang hajat agar karpal singh cepat mati. pastu kita buat la hudud acuan PAS. nanti bertambah segala jenis masalah sosial spt di kelantan tu

    BalasPadam
  5. Tanpa nama....what change you are talking about? Everyone in this country want a change. It is not only the opposition but also the government.
    What we want is a change from bad to good. What happened in Penang now? The CM not even know how to lead the country..he is the one who are very racist..You know that!!!

    In other word , if you want to know whose party is the most racist in this country....the answer is DAP....

    We malays/muslim, just want what was already stated in the consitution and not more than that. We are not happy because, there are people who do not know our constitution, trying to go against it....

    Hope you understand ok...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,aku rasa Nik Aziz mmg suka diperlekehkan kot.Dan sebagai Umat Islam saya ingin berkongsi cerita tentang ketakutan yang amat sangat puak Yahudi kepada Islam sehingga mereka sanggup ---->www.Ragam1Malaysia.Blogspot.Com

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!