PAS sekarang ini dilihat begitu terdesak untuk segera mengalihkan perhatian masyarakat khususnya orang Melayu dari isu khutbah yang menggantikan nama YDP Agong dengan nama Guan Eng ketika bacaan doa di Pulau Pinang. Ini kerana isu berkenaan telah memburukkan lagi imej PAS di kala Karpal dan Kit Siang bertegas untuk menolak idea yang dibawa oleh Nik Aziz (sini).
Bagi tujuan itu, puak-puak PAS dan Pakatan Haram menjaja di dalam blog dan laman sosial facebook banner Barisan Nasional ketika kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang menyaksikan Kamalanathan menewaskan orang besar PKR, Zaid Ibrahim.
Para penyokong PAS dan Pakatan Haram berhujah dengan mengatakan UMNO/BN sengaja menimbulkan isu khutbah di Pulau Pinang sedangkan ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, UMNO/BN sendiri mengajurkan majlis bacaan yassin dan solat hajat untuk memohon kemenangan Kamalanathan yang juga merupakan bukan Islam, sama seperti Guan Eng!
Sebenarnya, gambar dan hujah yang diberikan oleh penyokong PAS dan Pakatan Haram itu hanyalah untuk mengalihkan isu. Isu besar khutbah di Pulau Pinang bukanlah kerana Guan Eng itu bukan Islam, tetapi yang sebenarnya ialah NAMA YDP AGONG DIGANTIKAN DENGAN NAMA GUAN ENG. Nama Agong langsung tidak disebut. Tindakan melampau ini menggambarkan kedudukan Guan Eng lebih besar dari YDP Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri Pulau Pinang. Itu yang sebenarnya mencetuskan kemarahan masyarakat Islam setempat. Dan itulah juga isu yang dibangkitkan pemimpin UMNO/BN.
Dalam kes banner BN di Hulu Selangor, adakah majlis bacaan yassin dan solat hajat berkenaan diadakan untuk YDP Agong tetapi secara tiba-tiba digantikan untuk Kamalanathan? Tidak sama sekali. Majlis berkenaan diajurkan oleh UMNO/BN untuk memohon kepada Allah S.W.T agar membuka hati para pengundi untuk memberikan undi kepada Kamalanathan. Dan akhirnya Alhamdulillah, doa itu tadi dimakbulkan dengan Kamalanathan memperoleh kemenangan.
Selain itu, orang Melayu Pulau Pinang juga amat terkilan dengan doa oleh khatib berkenaan disebabkan ia dibaca untuk Guan Eng, seorang Ketua Menteri bukan Islam yang menindas orang-orang Melayu di negeri itu. Penulis percaya, sekiranya Guan Eng seorang yang prihatin akan nasib orang Melayu dan tidak menyisihkan mereka, sudah pasti isu ini tidak akan timbul langsung. Sebaliknya, sejak mula berkuasa di Pulau Pinang, satu demi satu tindakan kerajaan pimpinan Guan Eng ini mengguris hati orang Melayu. Macam mana orang Melayu tak marah?
Kesimpulannya, hujah PAS dan Pakatan Haram dengan menggunakan banner BN di Hulu Selangor ini hanyalah sekadar untuk mengalihkan isu. Ia menampakkan mereka sengaja mahu menjaga nama dan membela Guan Eng yang anti-Melayu dan Islam itu.
Sebarkanlah maklumat dari artikel ini kepada semua umat Melayu Islam agar tidak termakan dengan helah Pakatan Haram. Semoga Allah memelihara kesucian Islam di bumi Malaysia tercinta ini.
Salam...
BalasPadamBuat solat hajat untuk "musnahkan" Tun Mahathir dan selamatkan tertuduh "peliwat" pulak macam mana? Terutamanya jika tertuduh tersebut, benar2 peliwat???
sering hadir solat hajat utk musnahkan mahathir suatu ketika dahulu tapi yang jelas "orang" yg didoakan kesejahteraan pula yang semakin lama semakin tertekan dengan perbuatannya....wallahualam
BalasPadamAllah tidak suka kepada org islam yg mendoakan bala terhadap saudara islam nya sendiri allah turunkan doa doa bukan untuk celakakan saudara sendiri tapi pada kaum kafir yg menzalimi org islam tapi puak puak pas melanggar perintah allah dan allah tidak makbulkan segala doa doa yg mencelakakan saudara sendiri apa yg terjadi banyak bala yg puak pas terima dari allah.
BalasPadamhahaha... Pas tak faham isu rupanya... sindrom alihkan isu ajaran sheikh anwar al j*b*r*!!!
BalasPadamDah nama pun Parti Ajaran Sesat, tambahan plak jadi Pendukung Ajaran Syaitan... hukum Islam dia orang main guna kepala lutut je...mujur depa tak guna kepala "BOTAK". Kalau tak bertambah2 hancus.
BalasPadamorg cina berani lwn hudud sbb umno. sejak merdeka smpai skrg umno tak menerangkan kebaikan ttg hudud pd org bukan islam. klo cmni punya umno sampai kiamat aku tak sokong umno.
BalasPadamSedap kata nooo.. Pendukung Ajaran Syaitan... hg ni lagi hina dari Lim Guan Eng.... aku bukan penyokong PAS tp aku x gamak nk kata org tu Pendukung Ajaran Syaitan....
BalasPadamasalamualaikum......sedap nampak kata ajaran parti sesat erkk?dah penuh ilmu didada?dah hebat sangat?ulamak la sngt yang kata mcm 2?majlis fatwa pun x kata macam 2!
BalasPadamkorang ni berjuang kebenaran kat gelanggang yang dibuat oleh musuh islam.. sistem politik harini x betul.. ciptaan musuh islam.. bawa islam yang suci dalam gelanggang kotor.. islam jadi kotor la... Rasulullah cipta style politik tersendiri.. ilham dari tuhan.. so.. kaki politik quraisy tergamam dan terkedu.. x de cara nak masuk line.. tu la baru hebat.. ni hang pa masuk lubuk fitnah dan lubuk penipuan.. so.. tanggung sendiri la ekk.. dunia akhirat tu.. kene ingat
BalasPadamtok nik tu ular dalam semak. guna agama untuk jadi MB. la ni dah berapa puluh tahun dah. syabas tok nik.
BalasPadamLagi teruk la doakan Kalamanatahn tu. Korang nak pusing cerita pulak ka.....Isu utama kat semua blog umno ialah doakan orang kafir. Macam badut je komen korang...
BalasPadamputar pas putar. putar sampai berbelit. sekarang, pas yang terbelit. adeh la passs pisss pussss
BalasPadamnik aziz dh tua...leh diketegori nyanyok...so bg la peluang kt org laen...dok je maen ngan cucu kt umh maen PS3...
BalasPadam