Isnin, 23 Ogos 2010

Kit Siang bela Karpal, bidas Nik Aziz: “Hudud dan Negara Islam bukan agenda Pakatan Rakyat!”

Selama ini PAS menjaja kononnya apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya maka akan terbinalah sebuah negara yang lebih Islamik menggunakan hukum hudud sepenuhnya di Malaysia. Perkara ini dijaja setiap masa di mana saja sejak mereka menjalinkan hubungan haram dengan DAP.

Tetapi semalam, ketika Guan Eng buat celaka tidak mahu menandatangani resolusi taat setia Pakatan Haram Pulau Pinang kepada YDP Agong (sini), bapanya pula mengeluarkan kenyataan tegas di dalam blognya yang ditujukan khusus kepada Nik Aziz dan para penyokong PAS bertajuk Hudud laws dan Islamic are not Pakatan Rakyat policies (sini).

Kenyataan Kit Siang ini dikeluarkan bagi membidas kenyataan Nik Aziz yang mendakwa kononnya penolakan Karpal terhadap idea Nik Aziz itu hanyalah pandangan peribadi dan bukannya pegangan DAP!

Penulis telah katakan (sini) bahawa Karpal adalah Pengerusi DAP, jadi apa saja katanya akan menjadi pegangan DAP. Dan sekarang, Kit Siang tampil membuat kenyataan untuk menyanggah Nik Aziz dan tindakan ini membenarkan apa yang penulis perkatakan.

Di dalam artikelnya, ayat paling pedas yang digunakan Kit Siang untuk membidas Nik Aziz dan PAS adalah seperti berikut:

“Hudud laws and Islamic state are not policies of Pakatan Rakyat as any policy change would need the agreement of all three component parties and there is no such consensus in Pakatan Rakyat on hudud laws and Islamic state.”

Ini bermakna, jika Pakatan Haram menawan Putrajaya, PAS terpaksa untuk menyembah DAP untuk memohon melaksanakan apa-apa dasar yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam. Betapa hinanya PAS menjatuhkan imej Islam sehingga sanggup untuk melutut kepada DAP semata-mata mahu berkuasa.

Hari ini, kerajaan Malaysia yang ditunjangi UMNO tidak perlu untuk melutut kepada sesiapa pun untuk melaksanakan apa saja dasar dan aktiviti berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam. Malah kerajaan BN yang dipandang zalim oleh puak Pakatan Haram ini jugalah yang banyak membantu negara-negara Islam di luar yang mengalami bencana dan tertindas.

Namun penulis percaya, puak-puak PAS tidak akan buka mata. Sebaliknya mereka akan terus membela bahawa Kit Siang, Karpal dan DAP belum diberi penerangan mengenai hudud sepenuhnya.

Malah yang lebih celaka, akan ada yang mendakwa ini pun angkara UMNO juga. Haiya.... dalam blog Kit Siang pun UMNO punya kerja ka?

Bukan itu saja, akan keluar pula fatwa bagi menghalalkannya. Begitulah tindakan PAS yang sudah boleh dijangka. Semuanya adalah semata kerana kuasa!

2 ulasan:

  1. Betapi dihina ISLAM sebagai Agana Resmi dalam negara kita....sekarang kita nak mintak Nik aziz. ketua Pemuda PAS Pusat dan Naibnya sekali serta lain-lain kumpulan meletakkan jawatan dlm parti kerna mereka inilah Islam dihina sebegini rupa...Ini belum berkuasa lagi dan sekiranya mereka memegang tampok kuasa hancur Malaysia dan Islam..liaht betapa sombong dan angkuh nya bangsa BABI LGE enggan taat setia kepada raja...saya cadangkan beliau dilucutkan kerakyatan bersama BABI Brotehr Anwar Bin Ibrahim...

    BalasPadam
  2. karrpal dan lim kick siang dah serabut kepala dgn nik ajis.pr lebih kuat tanpa nik ajis.yang lain2 dlm pas semua mereka boleh control cuma nik ajis ni je problem sikit,asyik huduk je...org dah sound awal2 takboleh,dia kata boleh..keno kecek siam baru paham,,seghorti

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!