Isnin, 16 Ogos 2010

Peringatan M. Nasir untuk sekalian umat Melayu!




ANAK-ANAK KITA - M. NASIR

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir...Selamatkah kita di tangan tukang karut itu (Anwar Ibrahim)
Fikir...Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu (DAP – Kit Siang, Guan Eng, Karpal)
Fikir...Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu (PKR - Khalid Ibrahim)
Fikir...Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu (PAS – Hassan Ali)
Fikir...Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu (PAS – Nik Aziz)
Fikir...Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu (Hantu-hantu Pakatan Haram)


M. Nasir sebenarnya insan seni yang mendahului zaman. Pemikirannya tidak ubah seperti Tun Mahathir, melihat jangkauan masa hadapan ke atas nasib anak bangsa. Apa yang dinyatakan dalam lirik lagu ini dapat dilihat riak-riaknya. Begitu dalam maksud yang cuba disampaikan M. Nasir! Wahai Melayu sekalian, hayatilah peringatan beliau ini!

7 ulasan:

  1. Macam P.Ramlee juga...

    lagu Mentera Beradu best gak penuh tersirat

    BalasPadam
  2. Nak bersajak melanggit sekali pun.Puak tegar haprak ni dah hanyut dengan labi labinya.Bebal dah kena nasi kangkang cina agaknya.

    BalasPadam
  3. puak haprak tu sekarang ni sebiji macam kena nasi kangkang cina dap

    BalasPadam
  4. satu saja,jgn lupa,dan jd melayu mudah,m.nasir berasal dari mana,negara mana?perlukah org asing didlm politik malaysia?

    BalasPadam
  5. apa hal lu bro Tanpa Nama 16:20. M. Nasir Melayu Malaysia berasal dari Singapura. Dia Melayu yang tertindas datang cari rezeki di Malaysia. dia bagi peringatan kepada Melayu Malaysia jangan jadi bodoh ditindas DAP yang macam melayu singapura dah rasa di bawah PPP. Singapura dulu dalam Tanah Melayu. M. Nasir juga Melayu. Lu bukan Melayu ka?

    BalasPadam
  6. BANGUN SAUDAR KU ..AYUH BANGUN BANGSA KU MELAYU..KITA TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENGAKU KALAH DENGAN ANASIR-ANASIR PAKATAN HARAMMMMM...INGAT KITA AKAN PERGI DAN ANAK CUCUKKITA AKAN MENANGGUNG SEMUA AKIBAH NYA..AYUHH ..BANGUN DAN SEDARLAH DARI MIMPI FITNAH YAN GDILAUNGKAN OLEH FIRAUN PAKATAN HARAMM..

    BalasPadam
  7. jangan dipolitikan karya-karya agung ini..kita lah bangsa yang rugi kerana menunding jari..apa yg ada pada melayu kalau kita berpecah belah??apa ada pada islam kalau kita menolak segala tuntutan pokok pangkalnya..cuba lihat apa yg tersirat di sebalik lagu "tanya sama itu hud-hud"..sekian terima kasih..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!