Selasa, 24 Ogos 2010

Gempar! PKR pula tolak hudud! Apa komen PAS?

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

Kenyataan di atas dapat dibaca dalam laporan BERNAMA bertajuk Karpal Nafi Beliau Sendirian Tolak Hukum Hudud Dan Penubuhan Negara Islam (sini).

Sebelum ni ayat penyedap hati yang selalu digunakan Nik Aziz dan penyokong PAS ialah Karpal, Kit Siang dan DAP bukan Islam. Tidak hairanlah mereka menolak hudud dan negara Islam!

Tapi sekarang, PKR yang turut dianggotai orang Melayu Islam menolak hudud PAS. Malah, orang yang mengeluarkan kenyataan berkenaan ialah seorang Melayu Islam, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR. Adun Sri Setia pulak. Malah bekas Setiausah Politik Menteri Besar Selangor tu!

Tu dia aih! DAP tolak, PKR pun tolak! Apa lagi yang PAS terhegeh-hegeh dalam Pakatan Haram tu? Takkan tak faham-faham lagi kot? PAS hanya penumpang dalam Pakatan Haram tu!

Kita tunggu sajalah apa Nik Aziz dan penyokong PAS nak komen lepas ni.

9 ulasan:

  1. laaa bela lahhhh..apa lagi dok tunggu..nik azizi elok letak jawatan..bikin malu sama itu ISLAM ..dah katadah..jgn dok mainkan isu agama..lani ludahkelangit ....itulah nik azizi pakar pengistihar FATWA SONGSANG...jangan marah yea..kalo nak solat hajat ..jgn dipertonmtokan kat orang ramai noo..takbur namanya..

    BalasPadam
  2. nik ajiss letak jawatan dan tubuh parti baru...pr lebih teratur dan berjaya tanpa u.satu tubuh kepala sampai kaki semua dah ok cuma ada satu kudis lagi kat tapak kaki yang buat kacau..

    BalasPadam
  3. h Politik: Orang Islam boleh laksana hudud - Tan Seng Giew
    Oleh Krai Utara
    DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

    Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

    “Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

    “Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

    Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

    Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

    “Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.
    http://kraiutara.blogspot.com/2010/08/oh-politik-orang-islam-boleh-laksana.html

    BalasPadam
  4. “Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti."

    Betul ker??? cuba cek balik...

    Senario terbaik : Seorang lelaki bukan Islam yg sudah berkahwin berzina dgn seorng perempuan Islam yg juga sudah berkahwin..

    Jadi kalau ia terjadi hukum mana yg hendak diguna pakai..sivil atau hudud..

    Penghukuman Lelaki: dijatuhkan hukuman sivil, mungkin sebat/denda or penjara.
    Penghukuman Perempuan : mungkin di rejam atau di sula ..

    So.....huh!!!

    BalasPadam
  5. kalau dah jahil.. jahil jugak mat2 UMNo nih.. nak cite pasal hudud konon, solat tah kemana, Islam pun x kenal.

    BalasPadam
  6. http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=476:hikmah-perlaksanaan-hukum-hudud-menurut-al-quran-dan-sains&catid=7:ilmiah&Itemid=69 baca dan renungkanlah...

    BalasPadam
  7. "http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=476:hikmah-perlaksanaan-hukum-hudud-menurut-al-quran-dan-sains&catid=7:ilmiah&Itemid=69"....sesungguhnya org yg memperjuangkan hukum hudud mereka dipihak benar...fikir2kan...bkn kerana mereka pas, umno atau pkr...klu anda nk jadi org yg xberiman terpulangla...ckp byk pun xguna...asyik nk bertekak je...hasil xde...usaha skit...umnokn hebat...

    BalasPadam
  8. jika hudud hendak dilaksanakan, sila baca dulu 'Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis' dan bandingkan dgn 'Hudud Pas (Sunni) berbanding hudud Allah'. jika tidak ada keupayaan kerana memerlukan pemahaman semua umat terlebih dahulu, memadailah dgn hukum qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syariah yg sedia ada. jgn hanya tahu hendak buat tapi tak tahu mengapa tidak boleh buat buat jugak!!!! hipokrit blako puak paspispus ni!!!

    BalasPadam
  9. apa fatwa pulak nik ajis nak jatuhkan kat mamat ni? kalu bab umno laju je. kalu pkr? tok nikk? komen la...

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!