Ahad, 29 Ogos 2010

Fatwa kata PELANCONG bukannya orang politik bangang oi. Malaysiakini dengan Mahfuz sama bodoh!

Putar belit memang kepakaran PAS dan Pakatan Haram sejak sekian lama.

Terbaru, pemimpin dan para penyokong PAS temasuklah Malaysiakini yang semua telah sedia maklum membawa suara Pakatan Haram memutar belit keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertajuk Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid (sini) hanya semata-mata nak membela wakil rakyat DAP yang terang-terang menolak hukum Allah.

Berikut petikan fatwa berkenaan:

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum PELANCONG Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa PELANCONG bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh PELANCONG bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”

Nampak apa yang diputuskan dalam fatwa berkenaan?
Yang diputuskan adalah PELANCONG bukan Islam dibenarkan untuk memasuki masjid tetapi BUKANNYA AHLI POLITIK bukan Islam untuk menagih undi!

PELANCONG dan ahli politik amat berbeza. Pelancong memasuki masjid untuk melihat keindahan masjid dan syiar Islam tetapi ahli politik khususnya yang datang dari DAP mereka memasuki masjid untuk menagih undi orang Islam.

Lihat gambar di atas, pelancong bukan Islam yang mahu memasuki Masjid Putra, Putrajaya siap disediakan pakaian khusus untuk mereka menutup aurat. Bukan seperti Teo bangsat yang bukan saja tidak tutup aurat, malah siap buat ucapan tagih undi lagi. Siapa juga dapat pastikan yang beliau tidak datang haid ketika itu?

Mahfuz, pemutar belit PAS yang tersohor di dalam artikel Harakahdaily bertajuk Umno tentang Majlis Fatwa (sini) dan Malaysiakini melalui artikel DAP: Utusan, Umno politikkan ‘tazkirah’ Teo (sini) masing-masing menggunakan fatwa berkenaan untuk kepentingan politik. Apa yang celakanya, mereka tidak nampak atau sengaja buat tidak nampak bahawa fatwa berkenaan menyentuh mengenai PELANCONG dan bukannya ahli politik.

Begitulah Pakatan Haram khususnya PAS yang sanggup untuk memutar belit apa saja demi untuk berkuasa. Sebelum ini mereka putar belit gambar Kamalanathan (sini) dan tulisan Dr Asri (sini) untuk menghalalkan tindakan mereka, sekarang ini fatwa pula digunakan. Entah apa lagi yang akan mereka gunakan selepas ini.

Buka mata sekalian umat Melayu Islam sekalian, PAS dan Pakatan Haram termasuk juga media tajaan mereka seperti Malaysiakini dan Malaysia Today sanggup menghalalkan apa saja untuk berkuasa. Edarkan artikel ini, biar semua tahu betapa bangsatnya mereka!

15 ulasan:

  1. PAS dah gila putar belit zaman nabi. Zaman nabi mana ada perempuan kafir beri taskirah kepada umat Islam. Apakah dia tak pernah mandi hadas besar nak mengajar kita pula. Inilah PAS, ingina kuasa politik sanggup Islam di cemari kesucian

    BalasPadam
  2. tahniah bro! pantas menjawab balik mengenai fatwa yang digunakan...:-)

    BalasPadam
  3. Pas sekarang dah terdesak sangat sehingga lupa masjid jadi tempat ceramah dan memfitnah kerana RM 1000 sanggup halalkan org kafir pijak sejadah diruang solat puak puak pas ni lah menjahanamkan umat islam di malaysia ni PAS biasa kalah teruk kerana hal hal macam ini keana org melayu terguris hati kerana sikap pas yg bodoh lagi dungu macam keledai/unta.

    BalasPadam
  4. kan semua orang dah tau si mahfuz tu memang bodoh..

    BalasPadam
  5. Inilah padahnya bila org belajar jurusan agama tapi tak ada peluang kerjaya,kalau tak jadi guru sesat (tak bertauliah) dia involve dlm politik.

    bila dah berpolitik buat fatwa kemudian bantai pakai hadis dan nas yg diputarbelit maksudnya utk menghalalkan perbuatannya.

    yg sangat menyakitkan hati bila khatib bingai tu nak tunjuk sifat ihsannya, minta maaf sbb salah tempat nak doa lim guang eng sikafir zindik apapun doa tetap doa cuma di tempat lain mungkin digereja atau tokong ataupun kuil.

    inilah padahnya bila ada ilmu yg dimanupulasi utk cari untung.. jgn nak mengarut Allah SWT amat mengetahui apa yg didlm hati!!

    Puak PAS hardcore (kononnya) ni sampai mati tak menerima salam perpaduan UMNO sbb takut hilang kuasa dan menggangur.

    Si Anwar pak sodom ni kenapalah gila kuasa sangat. buat cara apapun sejarah tetap tercatat sampai kiamat TPM dipecat sbb kena musibah dan kifarah kerana kegemaran songsangnya.

    Anwar pak sodom ni tak ingat mati ke? berapa lama dia boleh hidup? 100 atau 1000 tahun lagi? atau dia ni dapat wahyu dari iblis atau syaitan yang dia boleh hidup 1000 tahun?

    BalasPadam
  6. nk dapat 4angka dalam masa seminggu jom klik http://zenhypro.webs.com/ sy akn terang kan bagaimana..

    BalasPadam
  7. memang la utk pelancong...yg PAS nk terangkan kt UMNO BANGANG adalah orang bukan Islam pun bleh je masuk surau atau masjid.xkira org politik atau perasuah mcm UMNO.UMNO duk bising pasal org bukan Islam masuk surau,nape duk bising?xde kesalahan pun.sepatutnye berdoa la agar org bukan Islam tu terbuka hati masuk Islam.yg ROSMAH duk berucap dlm masjid sambil pakai tudung nmpk jambul tu nape xbising????ROSMAH tu beragama Islam kan?Islam mewajibkan umatnye menutup AURAT kan?????nape UMNO xbising?nape xtegur ROSMAH tu?mana korg belaja ilmu yg mngatakan isteri pemimpin xpayah tutup aurat?????cuba citer skit..............

    BalasPadam
  8. Rumusan hukum

    Majoriti ulama bersepakat orang bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram. Sementara agak jelas terdapat ijtihad yang berbeza di dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid selain Masjidil Haram. Namun didapati majoriti ulama silam dan masa kini dilihat mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa, tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Antara syaratnya mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan, mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya, dan orang bukan Islam mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya.

    Sesungguhnya Islam menggalakkan toleransi dan keharmonian hidup antara Islam dan orang bukan Islam. Jika masuknya orang bukan Islam itu untuk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kepada persefahaman lebih baik, maka ia amat digalakkan. Selari dengan hakikat Islam ialah agama yang mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud dengan semua kaum dan agama. Selari dengan panegasan Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar bahawa mengikut fuqaha’ mengenai maksud firman Allah SWT (merujuk kepada at-Taubah: 28 dan an-Nisaa’: 43) majoriti fuqaha’ termasuk kalangan Mazhab Maliki, Shafie dan yang lainnya hanya musyrikin atau penyembah berhala tidak dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Mekah. Bermakna tidak salah kalau orang Kristian (Nasrani) dan Yahudi memasukinya.

    Berdasarkan kepada pandangan dinyatakan, umumnya orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuk masjid dengan berpandukan keadaan, iaitu tidak harus memasuki Masjidil Haram kecuali dengan kebenaran pihak berkuasanya, ada alasan kukuh atas sifat memberi kebaikan di sisi Islam, menghormati kemuliaan masjid sebagai tempat suci untuk beribadah dan menjaga tingkahlaku termasuk berpakaian sopan menurut Islam. Apapun pandangan ulama’ membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid adalah bersandarkan sirah di zaman Nabi yang menghukum Thumamah ibn Athal diikat di tiang Masjid Nabawi dan orang Nasrani Najran dibenarkan masuk ke Masjid Nabawi.
    Rumusannya, jalur mazhab Hanafi membenarkan orang bukan Islam memasuki semua masjid, Syafie pula membolehkan bagi semua masjid melainkan Masjidil Haram dan sekitar tanah haram Mekah, dan mazhab Maliki pula tidak harus melainkan kerana darurat ada kerja yang kepakaran berada pada orang bukan Islam.

    BalasPadam
  9. kah kah kah bodohnya puak pas. dah sah2 mahfuz guna benda tu putar belit. pas siap jilat amoi dok depan lagi ha. sapa kata tak boleh masuk? masuk la, tapi amoi haram tu masuk cari undi. rosmah? dia cakap untuk pompuan saja woo... itu majlis semua pompuan. yang amoi tu? sib baik dia tak pakai skirt. kalu tak mau puak pas terjegil biji mata buat fatwa nak halalkan. boleh tengok selalu. pas memang mangkuk!

    BalasPadam
  10. Carilah lailatulqadar di sepuluh malam terakhir.
    bukan cari dosa mengumpat, menyumpah dan sebagainya....dunia dah akhir zaman...
    entah bila kiamat semakin hampir...
    sama2lah rebut ramadhan yang mulia ini.. saya percaya anda semua beragama islam.....

    BalasPadam
  11. klu yer pn majlis utk pompuan saja, tp gmbarnya tersebar seluruh dunia...takkan dlm masjid jer Rosmah pkai cmtu?konfem2 laa keluar pn cmtu...dok sebok maki hamun org bkn Islam tak tutup aurat...yg Islam duk dedah sana sini takde plk nk bising...

    BalasPadam
  12. Mengapalah anda semua ni bangang sangat? YB Teo masuk ke surau, bukan ke masjid! Korang tak belajar agama masa kat sekolah ke? Tak tau perbezaan di antara masjid dgn surau? TARAF masjid dgn surau jauh berbeza tau tak? Kalau kita masuk masjid, hukumnya sunat mu'akkad utk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Kalau kita tak buat, taraf kita dlm masjid tu terhadap Allah adalah SAMA dgn tetamu yg tak diundang, melainkan kita masuk masjid org tgh azan atau iqamat dan terus kita join jemaah solat, itu tak mengapa. Surau? Surau hanya tempat solat berjemaah dan aktiviti sosial umat Islam NAMUN org kafir tidak ditegah masuk selagi tidak melakukan perkara yg bertentangan dgn adab Islam.

    Korang ni pegi la mengaji dulu jgn jadi bodoh bahalol. Zaman Nabi S.A.W. masih hidup, korang ingat Nabi berda'wah kpd kaafiruun tu mcm mana ha? Salah satu yg paling masyhur ialah org kafir dtg berjumpa dgn Nabi ketika baginda di dlm masjid. Ada Nabi halau dorang keluar? Tidak. Lelaki mahupun perempuan. Sama saja. Sedangkan kaafir masuk ke dlm masjid pun Nabi tak halau, inikan pula SURAU? Oi, surau tak boleh buat beberapa aktiviti yg hanya boleh dibuat di dlm masjid! Tak belajar kat sekolah ke? Jgn jadi bodoh, YB Teo masuk ke surau tak pakai tudung tu takde apa2 hal lgsung sbb itu bukan masjid! Faham ka? Ngape bangang bebenor? Gi ngaji dulu la....

    BalasPadam
  13. syaitan berkata aku lebih baik dari dia dan syaitan telah di laknat oleh ALLAH azawajallah..

    BalasPadam

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!