Khamis, 19 Ogos 2010

Pelaburan di Selangor tertinggi sebab kerajaan Pusat yang bawa Teresa Kok oi!

Geli geleman penulis membaca artikel Malaysiakini bertajuk Projek Perindustrian di S’gor tertinggi di M’sia (sini) yang mengisahkan kejayaan Selangor menjadi negeri paling berjaya menarik pelabur di kalangan negeri-negeri lain di Malaysia untuk lima bulan pertama tahun 2010 ini.

Penceritaannya menampakkan kejayaan ini dicapai kerana pentadbiran Pakatan Haram yang kononnya tulus mulus, bukannya BN. Begitulah maksud yang cuba disampaikan oleh Malaysiakini dan Teresa Kok.

Penulis tidak akan menyentuh mengenai angka-angka yang diperolehi dari MIDA (statistik pun harap kerajaan BN buat!) tetapi akan memfokuskan kepada kebenaran yang tidak disampaikan oleh Teresa Kok dan Malaysiakini di dalam artikel berkenaan.

Sebenarnya, Selangor langsung tidak buat kerja dan hanya goyang kaki menantikan ehsan kerajaan Pusat untuk membawa pelaburan ke sana. Buktinya bukan susah pun, buka laman web Selangor State Investment Centre (sini), agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menarik pelaburan ke Selangor.


Tiada apa aktiviti yang dianjurkan SSIC dan yang paling mengejutkan ialah untuk tahun 2010, hanya ada satu aktiviti yang dianjurkan iaitu Dialog On License Manufacturing Warehouses, Services & Facilities. Itu pun yang dianjurkan pada 26 Januari yang lalu.

Takkanlah dengan hanya mengajurkan satu aktiviti ini semata-mata boleh menarik pelabur dari seluruh dunia ke Selangor sehingga menjadi destinasi pelaburan yang kononnya terbaik di Malaysia? Kalu nak menipu pun berpada-pada la Teresa oi.

Hakikatnya, pelaburan di Selangor telah dibawa dan diluluskan oleh MIDA. MIDA yang bertungkus lumus melaksanakan pelbagai aktiviti di dalam dan luar negara untuk menarik pelabur. Bila dah dapat pelabur, tidak pula dibezakan negeri BN atau negeri Pakatan Haram, semuanya diagihkan mengikut kesesuaian industri. Ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat yang diterajui BN bukanlah jahat, pilih kasih dan suka mengambil nama seperti kerajaan Pakatan Haram.

Kalau diikutkan boleh saja kerajaan Pusat melalui MIDA meluluskan projek oleh pelabur luar di negeri-negeri BN sahaja. Tetapi ini tidak dilakukan. Kerajaan Pusat mengutamakan keuntungan ekonomi negara secara keseluruhannya, bukan gila nama macam Pakatan Haram dan Teresa Kok.

Sudah-sudah la menipu Teresa oi. Kalau setakat nak dapat nama, baik lu jadi pelakon macam Eli Wong!

Gila glamer sungguh Pakatan Haram ni, tak ubah sebijik macam Anwar Ibrahim. Alahai.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen puas-puas agar anda berpuas hati! Pastikan anda betul-betul puas hati!