Tak semena-mena Exco Hal-Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dilihat bangun membela “Agong Pulau Pinang”, Lim Guan Eng. Guan Eng dulunya diberi gelaran Khalifah oleh PAS bagi menggambarkan betapa “Islamiknya” pemerintahan beliau kini diberikan tauliah sebagai “Agong Pulau Pinang” (sini). Wah, tinggi sungguh darjat Guan Eng di mata PAS!
Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Malik, beliau turut menghentam BN kerana kononnya mengada-adakan cerita mengenai bacaan doa yang menggantikan nama Agong dengan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu. Ianya dilaporkan oleh Malaysiakini di dalam artikel bertajuk Khutbah: K’jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong (sini).
Penulis merasakan Malik sebenarnya terpaksa ataupun dengan lebih tepat lagi dipaksa oleh Guan Eng untuk menafikan perkara berkenaan. Maklumlah, nak jaga nama katakan. Malik pula mana berani nak lawan Guan Eng. Yalah, dia jadi Exco Hal-Ehwal Agama pun atas ehsan komunis moden tu.
Jawatan Exco Hal-Ehwal Agama sepatutnya disandang oleh wakil rakyat PAS yang menang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Salleh Man. Ia dijanjikan oleh Guan Eng dan Anwar Ibrahim untuk diberikan kepada Salleh jika menang pilihan raya kecil berkenaan. Tapi selepas memenanginya, sampai sekarang habuk pun tarak. Penyokong dan pengundi PAS pula merelakan saja diperbodoh dan ditipu Guan Eng dan Anwar. Apa punya turrr daaa...
Berbalik kepada pembelaan Malik, alasan yang diberikan untuk menafikan berlakunya kejadian berkenaan ialah di dalam teks khutbah yang dikeluarkan kerajaan negeri tiada pun dinyatakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang Dipertuan Agong. Kah kah kah... bangangnya Malik ni.
Hang tengok teks memang la takdak. Itu teks hempa yang sendiri buat. Hang boleh jamin ka khatib tu baca 100% apa yang ada dalam teks tu? Hang boleh jamin ka khatib sebut nama Agong dan bukannya Guan Eng? Apa punya malang orang Melayu Pulau Pinang dapat orang yang jaga agama Islam bangang macam ni. Adoila....
Begitulah episod terbaru celakanya pentadbiran Pakatan Haram di Pulau Pinang. Kepada penyokong PAS khususnya, bangunlah menentang kecelakaan Guan Eng ini. Dua rakan anda telah meluahkan perasaan mereka dengan memaki hamun kepala komunis moden ini di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang, Pulau Pinang. Ceritanya di sini dan gambarnya pula di sini.
Mari kita perambat Guan Eng keluar Pulau Pinang. Biar anak jati Pulau Pinang yang jadi Ketua Menteri. Tapi masalahnya dalam Pakatan Haram mana ada anak jati Pulau Pinang? Semuanya dari luar!
ada saja hangpa nak counter...
BalasPadamkita dah nampak teks dikeluarkan oleh pihak negeri x ada bercanggah apa pon..
setau aku khatib x kan dok tokok tambah apa pon dalam teks,..dan kalau ada pon tokok tambah (bak kata hangpa,tapi tu semua fitnah bodoh piang) itu masalah peribadi khatib tu sendiri,x ada kena mengena dengan kerajaan negeri..
hangpa ingat orang Islam bodoh ka,nak p sebut nama guan eng kapir ni masa khutbah jumaat??..bukan macam umno p buat solat hajat untuk kamal alan nathan masa prk hulu selangor dulu
Lepas ni mesti Nikaziz selongkar lemari buruk dia cari kitab-kitab mana yang pernah kata boleh dalam khutbah sebut nama pemimpin depa yang kafir laknat tu...
BalasPadamDalam teks tu memaang tak ada nama LGE tapi apabila sampai ke perenggan YDP Agong dan TYT P.Pinang Kahtib tu tukar kenama LGE(AGONG P.PINANG)semoga panjangkan lagi pembohongan pada org melayu P.Pinang dan panjangkan tangan utuk balas tanah tanah org melayu dan panjangkan kaki untuk sepak org melayu P.Pinang masuk laut AMIN.
BalasPadamMemang Kadang kala katib dok tokok tambah isi dalam khutbah. Macam mana boleh tahu ialah bila susunan ayat tungging langgang. Apa kata kita pakat bawa rekorder rakam. Baru ada bukti.
BalasPadamSapa yang kata Khatib tibai ikut teks 100% tu memang tidur masa khutbah. Bangang...
hang paham dak maksud tokok tambah???..kalau nak perbetulkan susunan ayat itu bukan tokok tambah..
BalasPadamyang x paham bahasa melayu padahal diri sendiri melayu dan kononnya perjuangkan melayu lagi bangang nak mampos
memang masalah peribadi pon semua orang PAS. mencacai guan eng sampai jadi agong pulau pinang. tu dia punya hebat kalipah pas tu ha.
BalasPadamMANA SAKSI KHARIAH MASJID YANG DENGAQ KHUBTAH TU TOLONG CERITA KAT SINI,BETUI KA ATAU TAK BETOI.
BalasPadammasjid padang menora,tasek gelugor, PP..khatibnya Zakaria ahmad.....
BalasPadamKalau dah doa LGE tapi tak mengaku juga...takpe, pada aku senang aje...semuga Allah turunkan bala yang besar pada masyarakat disitu.
BalasPadamNi la kalau telinga da dipekakkan dan dibutakan.Penduduk kawasan tersebut pun ada yang mendakwa bahawa nama Guan Eng ada disertakan dalm doa tersebut.Kita orang kat situ ke nak mnyannggah?PDRM dan jabatan Agama tolong siasat kes ni.LIM GUAN ENG DALAM KHUTBAH JUMAAT ---> http://ragam1malaysia.blogspot.com/2010/08/lim-guan-eng-dalam-doa-khutbah.html
BalasPadamweh dah tiba masanya kita sesama islam tak bermusuhan...di university mana ada orang islam bermusuhan...itu melayu zaman dulu je....sekarang nie dah tak da dah.....daripada fikir sapa lagi islam baik fikir macam mana nak jadikan org melayu kelantan ke atau sapa2 dapat menguasai 20% perniagaan kat dalam sungai wang......kesihan kat melyu kelantan....mereka suka berniaga...baik kita fikirkan macam mana nak bantu mereka....sekurang2nya lepas boleh menguasai 20% bolehlah mereka zakatkan duit tu kat org susah kat kawasan kampung dikelantan...dan mereka boleh minta org pas buka kelas percuma mengaji Al-Quran dan minta ahli Umno buka kelas percuma untuk bahasa inggeris....bantu membantu...mana ada kita bermusuhan sesama sendiri....dah.......
BalasPadamtakpa la..nie ari islam kat pulau pinang doa kan ketua kaum cina..tahun depan pulak org cina akan doa kan nik ajis dan anuar..hahahaha.kira ok la tu kan
BalasPadam