Rabu, 10 November 2010

Dr Asri mohon maaf atau perli Anwar sebenarnya?

Benarkah Dr Asri sebenarnya memohon maaf kepada Anwar kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara politik dalam surat terbuka yang disiarkan dalam laman blognya? (sini)

Para blogger Pakatan Haram malah Malaysiakini turut memuatkan besar-besar tajuk Asri mohon maaf cadang Anwar ‘bersara’ (sini) bagi menggambarkan Dr Asri seolah-olah menyesali, meratapi dan gundah gulana oleh kerana menyuruh Anwar berambus dari arena politik tanah air.

Hakikatnya, para blogger Pakatan Haram termasuklah Malaysiakini tidak menyiarkan secara penuh surat terbuka Dr Asri itu. Mereka sengaja mahu membutakan hati para penyokong totok Pakatan Haram untuk terus melihat Anwar sebagai pemimpin agung mereka.

Penulis secara peribadi melihat Dr Asri sebenarnya memerli Anwar dan para penyokongnya kerana tidak mahu menerima hakikat yang mereka tidak lagi relevan dalam politik Malaysia hari ini. Walaupun mengeluarkan kenyataan “maaf” namun Dr Asri sebenarnya masih berpegang kepada kenyataanya sebelum ini iaitu Anwar harus bersara dari politik. Berikut petikan dari surat Dr Asri di para 9 mengenai perkara yang penulis maksudkan.

“Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu (Anwar harus berundur) ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.”


Selain itu, dua posting terdahulu yang berkait dengan kenyataan asal Dr Asri agar Anwar bersara politik juga menunjukkan yang beliau sebenarnya memerli Anwar. Kedua-duanya secara jelas menampakkan niat sebenar Dr Asri.

Pertama, jika dilihat kepada posting bertajuk Jangan Melenting Jika Anda Melaungkan Freedom of Expression pada 3 November 2010 (sini), dua hari selepas mengeluarkan posting yang meminta Anwar bersara politik (sini), moderator blog Dr Asri secara jelas telah memerli Anwar dan PKR kerana marah dan memburukkan Dr Asri. Perbandingan secara jelas diberikan di antara Pak Lah dan Anwar.

Ketika menjawat jawatan mufti Perlis, Dr Asri secara terangan melalui Pantun Cari Ganti meminta Pak Lah untuk berundur dari jawatan Perdana Menteri. Para penyokong UMNO, BN malah Pak Lah sendiri tidak melenting dengan cadangan berkenaan kerana mengetahui itu hak Dr Asri sebagai seorang rakyat untuk bersuara.

Pantun yang diterima dengan hati terbuka oleh Pak Lah dan penyokong UMNO/BN

Namun, apabila cadangan diberikan untuk Anwar bersara, Dr Asri bukan saja diburukkan oleh Anwar dan para penyokong Pakatan Haram, malah dikatakan sebagai tali barut UMNO, ulamak duitan dan pelbagai celaan yang menjatuhkan maruah beliau. Mereka secara bermati-matian tidak mahu menerima pandangan berkenaan walaupun kononnya memperjuangkan kekebasan bersuara!

Sebab itu moderator Minda Tajdid di dalam posting berkenaan memerli Anwar dan Pakatan Haram mereka dengan menyatakan:

Freedom of expression yang dilaungkan oleh sesetengah pihak (Anwar, PKR, PAS dan DAP ) tidak memberi makna jika hanya mereka setuju suara mereka dan menghalang suara orang lain. Cadangan Dr MAZA tentang DSAI bukanlah pandangan agama, ia sekadar pandangan seorang rakyat dalam satu isu politik yang terbuka.”

Kedua, posting pada 6 November 2010 yang bertajuk Jangan Buruk Sangka, Berlapang Dada: Jika Tidak, Bagaimana Nak Jadi Penguasa Saksama? (sini) yang ditulis sendiri oleh Dr Asri secara jelas menunjukkan yang PKR enggan menerima kebenaran yang Anwar perlu berundur dari politik. Kenyataan Dr Asri di awal posting menceritakan segalanya:

Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan PR yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI sebagai contoh, seperti biasa mereka (Anwar dan penyokong Pakatan) melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan. Saya kata bahawa, jika tidak berlaku perubahan; momentum politik yang berkesan akan habis dan politik berkualiti akan sukar dicapai. Mereka (PKR) enggan terima hakikat ini dan meradang serta membuat serangan peribadi.

Dr Asri turut memberikan contoh bagaimana momentum politik Barrack Obama juga turut mengalami kemerosotan akibat tidak dapat memenuhi janji-janji beliau ketika berkempen walaupun popularitinya satu ketika dulu amat disanjung bukan saja oleh warga Amerika malah para pemujanya di seluruh dunia. Dan, bagi mengelakkan ia berlaku kepada Pakatan, Dr Asri mencadangkan agar main player (Anwar) berundur dan memberi laluan kepada orang lain.

Di akhir posting berkenaan juga Dr Asri sekali lagi secara jelas memerli Anwar dan penyokongnnya dengan menyatakan:

Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!

Nah, jelas terang dan lagi bersuluh, ketiga-tiga posting di laman Dr Asri sebenarnya secara jelas memerli Anwar dan penyokongnya yang tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sebenarnya tidak lagi relevan dalam politik Malaysia hari ini.

Kenyataan “maaf” yang dikeluarkan Dr Asri dalam posting terakhir sebenarnya bertujuan agar mereka membuka mata untuk menginsafi dan meneliti semula apa yang diperkatakan beliau sebelum ini.

Namun penulis percaya, Anwar dan para penyokongnya serta pemimpin dan pentaksub PAS dan DAP akan tetap memburukkan Dr Asri dan melihat beliau sebagai tali barut UMNO. Ia bukan sukar untuk difahami dan mengerti. Bukankah politik yang didoktrinkan Anwar adalah dengan menyalahkan orang lain? Yang baik, suci dan tulus mulus itu hanya mereka. Yang buruk, busuk dan celaka itu semuanya UMNO dan BN semata-mata.

Justeru, marilah kita semua rakyat Malaysia membuka mata agar tidak diperbodohkan oleh Anwar dan para pentaksubnya hari ini, esok dan sampai bila-bila.

Semoga Allah sentiasa memberikan nur di hati kita. Amin.

Selasa, 9 November 2010

Zaid: Anwar punca segala masalah!


Tak sampai sepuluh hari selepas Dr Asri minta Anwar bersara dari politik, hari ini, Zaid Ibrahim pula meminta pemimpin agung Pakatan Haram yang sedang menghadapi pertuduhan meliwat di mahkamah itu untuk meninggalkan PKR (sini). Zaid mendakwa, masalah peribadi Anwar turut menyumbang kepada kepincangan yang berlaku di dalam PKR. Sebab itu beliau harus berundur.

Tapi macam biasalah, Anwar buat-buat bangang tak layan dan bagi alasan yang kepimpinan dan ahli PKR akar umbi kononnya masih mahukan beliau (sini). Hakikatnya jika kita lihat, hampir setiap bulan ranting-ranting atau cabang PKR dibubarkan manakala berita mengenai para pengikut PKR yang lari meninggalkan parti berkenaan juga kita dengar hampir sepanjang masa.

Jika kita imbas, sebenarnya Dr Asri dan Zaid bukanlah orang berpengaruh terawal dikalangan bukan pemimpin BN yang mendesak supaya Anwar berundur. Karpal Singh sendiri pernah meminta Anwar Ibrahim untuk bertaubat. Ia berpunca dari amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar hingga menyebabkan Perak kembali ke tangan BN.


Namun, akibat gila kuasa dan pengaruh punya pasal, Anwar dah kawtim baek punya dengan Karpal agar beliau tidak lagi diserang oleh peguam bela kes liwatnya itu. Karpal pula dilihat sanggup untuk terus menerima Anwar!

Entah apa yang dijanjikan Anwar untuk Karpal. Mesti Karpal dah Masyuuuuuukkkkkkkkkkkk! Maklum la, kes liwat pun banyak kali tunda, mesti bayaran yang diterima pun kaw-kaw punyalah!

Penulis percaya, Dr Asri dan Zaid tidak akan boleh dibeli oleh Anwar agar menarik balik ataupun sekurang-kurangnya tidak lagi menghentam beliau. Mereka berdua lebih dilihat berprinsip berbanding dengan Karpal.

Walau bagaimanapun, hanya masa yang akan menentukan. Bukankah politik itu seni segala kemungkinan?

Sayuti Omar: Zaid Ibrahim kembali mabuk! Yamsenggg!


Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk! oleh Mohd Sayuti Omar (Blog MSO)

SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi huruhara. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah?

Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja.

Nota Satulimatiga:
Betulkah Zaid kembali ke zaman mabuk? Penulis rasa, Zaid bertambah mabuk sejak berada di dalam PKR. Biasalah, dulu sewaktu Zaid sertai PKR sebab DIPECAT UMNO, semuanya nampak manis, cantik dan molek. Perkataan mabuk tak disentuh langsung. Tapi apabila Zaid mula buat hal, mulalah keluar itu ini. Nak buat macam mana, dah didoktrin begitu!

Isnin, 8 November 2010

Gempar: Zaid letak semua jawatan dalam PKR dan tarik diri lawan Azmin!


Withdrawal from Deputy President contest (Laman Blog Zaid Ibrahim)

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition’s cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a “spoiler” standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.


ZAID IBRAHIM

MONDAY, 8 NOVEMBER 2010




Zaid tarik diri tanding timbalan, letak semua jawatan (Berita Harian Online)

2010/11/08
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan serta meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan berkata, beliau tersilap apabila menawarkan diri bertanding kerana menganggap PKR boleh membawa politik yang progresif, mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mendakwa, sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sebelum ini, Zaid pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan dan meninggalkan UMNO.



Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR (Malaysiakini)

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.


Nota Satulimatiga:
Ini satu lagi bukti politik busuk dan buas yang diamalkan oleh PKR merosakkan landskap politik Malaysia. Anwar Ibrahim perlu ikut cakap Dr. Asri, beliau perlu segera berhenti politik. Ataupun ikutlah nasihat Karpal... segeralah bertaubat!

Khamis, 4 November 2010

Pengarah Pilihanraya PAS: Budaya samseng muslimat PAS adalah perkara biasa!


Memalukan Islam. Seorang yang dikatakan sebagai Muslimat, sanggup untuk mencederakan orang lain semata-mata untuk mendapat undi, mendapat kuasa.

PAS mendoktrin pengikut walaupun dah termasuk dalam usia tua untuk membenci orang sesama Islam sehingga sampai ke tahap mencederakan.

Tambah menjelekkan lagi, PAS menganggap budaya samseng Muslimat PAS yang membelasah puteri UMNO sehingga cedera itu sebagai perkara biasa.

Terbukti PAS adalah parti SAMSENG! Semoga Allah membalas kesabaran UMNO ini dengan kemenangan di Galas! Takbirrrrrrrrrrr!



Ketua Puteri Umno Kuala Krai diserang ketika rayu undi oleh Malaysiakini.

Ketua Puteri Umno Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota Dewan Muslimat PAS ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di Gua Musang dalam pilihan raya kecil Galas hari ini, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut, kejadian tersebut berlaku jam 11.30 pagi itu apabila Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan batang bendera PAS menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.

"Ketika itu peraih undi PAS berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota muslimat PAS mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang oleh seorang Muslimat lain dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang.

Suzaini Adlina berkata sebaik beliau melihat muka wanita itu, penyerangnya dilarikan oleh beberapa penyokong PAS.

Katanya beliau tidak membalas serangan kerana wanita itu sudah berusia.

"Saya kesal sebab perkara ini dilakukan oleh seorang penyokong parti yang mendakwa mereka mengamalkan dasar Islam," katanya.

Ketua Puteri Umno Kelantan Noor Wahida Patuan, 30, berkata sejak dari awal pusat pengundian dibuka, keadaan di situ agak tegang kerana penyokong PAS telah melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong BN.

"Namun kami tidak bertindak balas kerana Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengarahkan kami menggunakan pendekatan yang berhemah untuk menarik pengundi," katanya.

Pilihan raya itu melibatkan calon BN Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Sementara itu, Salhan K Ahmad melaporkan pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkannya insiden sebagai 'hanyalah satu kes biasa'.

"Itu cuma satu salah faham antara seorang wanita dari Umno dan seorang lagi dari PAS.

"Saya sudah tengok, tak ada apa. Tak ada luka pun," katanya dalam satu sidang media petang ini.

"Saya ingat ini satu pilihan raya yang tenang," tambahnya.

Gempar: Bangunan PAS di Jalan Raja Laut terbakar! Petanda kemenangan BN di Galas!

Ketika seluruh negara tertumpu kepada pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi, satu berita mengejutkan mucul! Bangunan PAS di Jalan Raja Laut terbakar!

Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun yang cedera. Maklumlah, semuanya telah dikerahkan untuk ke Galas!

Adakah ini petanda awal kemenangan BN di sana? Sama-sama kita nantikan.

Takbirrrrrrrrr!


Pejabat Agung PAS terbakar
Nov 4, 10 10:44am

Tingkat 1 Pejabat Agung PAS yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar sehingga ke tingkat bawahnya.

Menurut HarakahDaily, kebakaran itu bagaimanapun, tidak merebak ke seluruh bangunan dan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Ketika ini, kebanyakan petugas dan kakitangan pejabat PAS dilaporkan berada di Galas, Gua Musang dan juga di Batu Sapi, Sandakan untuk pengundian pilihan raya kecil hari ini.

Menurut seorang kakitangan yang tidak mahu dikenali, kebakaran mula dikesan pada jam 8.30 pagi ini apabila para petugas pejabat itu mula melihat asap berkepul-kepul keluar dari tingkat 1 yang menempatkan bahagian pentadbiran bangunan PAS itu.

Kebakaran itu kemudiannya mula merebak ke bawah sehingga ke tingkat bawah.

Selepas bomba sampai, semua kakitangan pejabat tidak dibenarkan masuk ke bangunan itu lagi.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari satu cerek elektrik yang terlupa ditutup.

Bangunan Pejabat Agung PAS itu mula diduduki pada tahun 2007.

Bangunan itu secara asasnya dibeli pada harga RM6.1 juta yang asalnya dimiliki oleh Kwong Yik Bank dan kemudiannya dibeli oleh 'merger bank' iaitu Rashid Hussin Bank (RHB) Berhad.

Oleh kerana bangunan itu (selepas dimiliki oleh RHB) adalah bangunan pangkalan data bagi bank tersebut, struktur pejabatnya terpaksa diubah selepas PAS memilikinya.

Akhirnya selepas pengubahsuaian membabitkan kos bernilai RM1.9 juta kos keseluruhan mencecah RM8 juta.

Bangunan ibu pejabat PAS itu menempatkan pejabat pentadbiran yang terletak di tingkat 1, surau di tingkat menzanie, kedai serbaneka di tingkat bawah serta bilik mesyuarat utama di tingkat 5.

Rabu, 3 November 2010

Gempar: Satu lagi pilihan raya kecil bakal berlangsung di Negeri Sembilan!

Berita terkini Berita Harian online melaporkan ADUN Lenggeng dari BN diperintah untuk membela diri atas tuduhan rasuah (sini).

Nampak gayanya sah macam nak ada satu lagi pilihan raya kecil ni. Apa pun kita tunggu keputusan Mahkamah!

Banyak betul pilihan raya kecil selepas PRU 2008 ya!

ADUN Lenggeng diperintah bela diri

2010/11/03

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim diperintah membela diri atas tiga tuduhan rasuah berkaitan kelulusan permit pasir membabitkannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Nasfy Yasin, berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mustafa, 51, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, April lalu tetapi pendakwaan merayu terhadap keputusan kehakiman itu.

Mengapa “Zakat” untuk orang Asli dihulur Nik Aziz ambil dari tokey balak? Beri pula on-the-spot, tak ikut prosedur!

Jentera PAS terketar-ketar nak mampus untuk menjawab gambar yang menunjukkan Nik Aziz sedang ambil duit dari seorang individu dan diberikan kepada orang Asli di Galas. Penulis telah ulas perkara berkenaan di sini.

Namun seperti biasa, PAS akan spin cerita mengatakan ia adalah pemberian untuk asnaf yang berkelayakan iaitu saudara baru yang memeluk Islam (sini). Yang tolong dedah tu pula Malaysiakini. Mengapa Malaysiakini tak letak pun gambar berkenaan yang sebelum ini tengah panas di laman-laman blog? Betul la lu macai Pakatan Haram!

Memang betul, saudara baru yang memeluk Islam layak untuk mendapat zakat. Namun penulis ingin mempersoalkan;

Pertama, mengapa pemberian yang dikatakan zakat berkenaan diberikan tunai on-the-spot dan tidak mengikut prosedur Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (sini)?

Bukankah saudara baru berkenaan seharusnya mengisi borang dan perlu melampirkan dokumen pembuktian yang beliau seorang mualaf? Ini tidak, selepas selesai acara peng-Islaman terus Nik Aziz hulur. Mengapa tak ikut prosedur? Adakah ia diberikan terus disebabkan kempen pilihan raya sedang berlangsung? Kalau tak pilihan raya jawabnya mau kena tunggu sebulan dua la ya baru dapat?

Kedua, Mengapa orang yang menghulur duit kepada Nik Aziz adalah tokey balak dan bukannya pegawai Majlis Agama? Buletin Utama malam semalam mendedahkan sumber wang berkenaan diambil dari tokey balak. Takkan tokey balak bagi zakat cash kot? Agak-agak la nak guna kontraktor kalau nak merasuah pun. Nampak sangat weh!

Kesimpulannya, PAS memang gunakan nama Islam untuk menghalalkan tindakan mereka untuk menagih undi dari para pengundi di Galas. Sampai nama zakat pun nak dijadikan sebagai umpan undi.

Cukup-cukuplah pergunakan Islam. Rasuah tetap rasuah. Rakyat bukan buta untuk menilai!

Dulu, mereka bukan main hentam BN kononnya rasuah. Rupa-rupanya, mereka lebih hebat amal rasuah dalam jubah!

Munafik sungguh!

Selasa, 2 November 2010

Masuk Islam dapat duit on-the-spot? Mengapa hanya di Galas?

Gambar asal oleh Minaq Jinggo

Pertama sekali penulis mengucapkan terima kasih dan kredit yang tidak terhingga kepada bro Minaq Jinggo yang memaparkan di fotopages beliau (sini) gambar-gambar kempen PAS di Sandrop, Lojing.

Kalau la Minaq Jinggo tidak memaparkan gambar-gambar berkenaan, pasti semua orang tidak tahu Nik Aziz secara terang-terangan telah merasuah orang Asli di sana.

Dua gambar yang dipaparkan oleh beliau telah digunakan secara meluas oleh para blogger pro-BN (termasuk juga penulis) untuk mengukuhkan lagi bukti bahawa PAS selama ini memang mengamalkan rasuah dalam kempen pilihan raya.

Gambar-gambar ini ternyata telah memanaskan bontot penyokong Pakatan Haram khususnya jentera PAS di Galas.

Untuk mempertahankan diri, cyber trooper PAS telah diarahkan untuk masuk ke blog-blog pro-BN yang memaparkan gambar-gambar berkenaan dan dipastekan dengan link ke Harakah (sini) untuk spin cerita kononnya ia hanyalah upacara meng-Islamkan tiga orang asli.

Betul, itu upacara meng-Islamkan tiga orang saudara baru. Namun, mengapa di dalam link Harakah berkenaan tidak dipaparkan gambar Nik Aziz sedang menghulur duit tu? Takut terkantoi?

Apa yang penulis ingin persoalkan ialah mengapa mereka itu dibayar RM 300.00 setelah memeluk Islam on-the-spot? Tak perlu isi borang dan ikut prosedur biasa MAIK ke?

Bukankan tindakan berkenaan akan memberi mesej yang salah kepada saudara baru berkenaan dan masyarakat bukan Islam yang lain?

Lebih musykil lagi, duit yang diberi Nik Aziz itu pula dihulur oleh tokey balak dari Lojing? Nik Aziz dah kawtim awal-awal dengan tokey balak tu ka? Bagi pula masa kempen pilihan raya! Bukankah itu rasuah untuk dapat undi dari pengundi sebenarnya?

Hakikatnya bukan itu saja, sebelum upacara meng-Islamkan tiga saudara baru berkenaan, Nik Aziz turut merasuah orang Asli yang lain dengan memberikan mereka Sijil Penempatan Berkelompok. Lihat gambar di bawah yang penulis turut ambil dari fotopages Minaq Jinggo.


Boleh percaya ka dengan sijil dari Nik Aziz ni? Jangan lupa Nik Aziz pernah kencing orang Asli di Galas!

Sebelum ini bukankah orang Asli di sana telah ditipu kononnya diberi tanah dan terpilih untuk program Ladang Rakyat. Ia diberi waktu menjelang Pilihan raya Umum 2008. Siap ada majlis pemberian Sijil oleh Nik Aziz. Sebijik macam yang dilakukannya dalam gambar-gambar tu. Macam déjà vu pulak!

Namun, Apa yang mereka peroleh setelah mendapat sijil dan mengundi PAS? Habuk pun tarak wehhhhhhhhhh! Dah nak masuk PRU baru weeeeeeeehhhhhhhhhhhh!

Kesimpulannya, PAS telah jauh tersesat dan mereka sanggup untuk menggunakan pendekatan matlamat menghalalkan cara untuk memenangi pilihan raya. Rasuah juga telah menjadi darah daging dan sebati dengan mereka.

Jelas, terang lagi bersuluh, Islam dijadikan topeng oleh PAS untuk membutakan mata hati rakyat demi untuk mendapat kuasa.

Semoga Allah memenangkan BN dengan majoriti yang besar pada 4 November ini. Amin.

Mengapa Anwar yang disuruh henti berpolitik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang?

Apabila Dr. Asri mengemukakan pandangannya agar Anwar henti berpolitik, sudah semestinya ada maksud tersirat yang ingin disampaikan beliau. Jika dilihat kepada pandangan yang diberikannya (sini), Dr Asri menggunakan ayat, “ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini.

Seandainya hendak dikategorikan pelakon veteran dalam politik Malaysia, sudah semestinya Nik Aziz dan Lim Kit Siang serta Karpal Singh jauh lebih veteran dari Anwar. Namun, mengapa nama Anwar yang disebut? Adakah hanya disebabkan beliau adalah Ketua Pembangkang?

Penulis melihat, nama Anwar disebut untuk berhenti politik (atau penyedap yang digunakan Dr Asri iaitu bersara politik) adalah disebabkan amalan politik buas yang diamalkan oleh Anwar dan partinya, PKR.

Sebelum kewujudan PKR, situasi politik di Malaysia adalah jauh lebih stabil dan tenteram berbanding dengan apa yang ada pada hari ini. Walaupun PAS dan DAP begitu ekstreme dengan pandangan dan ideologi mereka namun ia tidak menjejaskan geopolitik Negara dan tidak langsung memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi Negara.

Ini kerana kehadiran PAS dan DAP sebagai pembangkang di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sebenarnya amat berkesan kerana mereka membangkang berdasarkan pandangan dan kepentingan rakyat satu ketika dulu.

Namun, sejak kewujudan PKR dan kehadiran Anwar dalam politik Negara, rakyat Malaysia terpaksa untuk menerima barisan pembangkang yang hala tuju mereka yang bukan saja telah berubah malah tersasar jauh. Kepentingan rakyat tidak lagi diutamakan tetapi menjatuhkan BN menjadi matlamat yang didahulukan. Ini semua berpunca dari sikap PAS dan DAP yang secara rela mengikut kehendak peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Pendekatan politik berhemah yang digunakan PAS dan DAP satu ketika dulu telah tidak dapat disaksikan lagi sekarang. PAS dan DAP telah didoktrinkan oleh Anwar dan PKR agar menggunakan apa saja pendekatan untuk menumbangkan BN. BN perlu ditumbangkan kononnya untuk membela rakyat. Sedangkan hakikatnya, PAS dan DAP telah dibutakan dan ditempangkan oleh Anwar semata-mata untuk memenuhi hasrat peribadinya untuk menduduki kerusi nombor satu negara.

Sebab itu kita lihat, PAS sanggup untuk membuang perkataan Islam dalam sebarang slogan atau matlamat mereka hanya untuk memenuhi hasrat Anwar. Membangun Bersama Islam sudah menjadi lapuk dan digantikan dengan Pas for All. Matlamat Negara Islam digantikan dengan Negara Kebajikan. Tiada lagi perkataan Islam. PAS sanggup membuang perkataan Islam dan memeluk DAP yang sanggup mati untuk menghalang penubuhan Negara Islam dan perundangan Islam di Malaysia ini. Licik sungguh politik Anwar bukan?

Amalan politik PKR, PAS dan DAP yang hanya tahu menghina dan menyalahkan BN turut dikritik Dr Asri dengan menyatakan, “Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat”.

Ia bertepatan dengan apa yang diamalkan PKR, PAS dan DAP. Mereka hanya pandai kutuk-mengutuk, memaki-hamun dan menghina BN tanpa memberikan cadangan mahupun pandangan yang dapat menyenangkan hidup rakyat.

Politik buas PKR juga terbukti apabila mereka sanggup untuk pergi keluar Negara untuk memburukkan Malaysia. Bukan saja Anwar, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan ramai lagi tali barut mereka mengunjungi pelbagai Negara luar untuk menagih simpati politik.

Kesannya, ekonomi Negara akan terjejas apabila pelabur takut untuk melabur di Malaysia kerana telah digambarkan oleh pengkhianat-penghianat ini bahawa Malaysia seolah-olah Negara yang kucar kacir, tidak selamat dan merbahaya bagi mereka. Apabila pelabur tidak masuk dan ekonomi Negara terjejas, ini yang dimahukan Anwar. Ia dapat dijadikan modal untuk Pakatan menghentam BN. Buruk bukan amalan politik mereka?

Masalah akhlak dan peribadi yang melingkari Anwar juga menjadi punca beliau harus berhenti politik. Rakyat Malaysia tidak memerlukan Ketua Pembangkang apatah lagi Perdana Menteri yang persepsi ke atas perilaku moral serta akhlak peribadinya rendah. Ini semua akan menjatuhkan imej Negara.

Penulis berpandangan, atas faktor-faktor inilah yang telah menyebabkan Dr Asri secara nyata menamakan Anwar agar berhenti politik dan bukannya Nik Aziz atau Kit Siang.

Walau bagaimanapun, penulis 200% percaya, Anwar tidak akan mempedulikan langsung nasihat Dr Asri ini.

Namun begitu, penulis berharap agar Nik Aziz dan Kit Siang terbuka hati untuk meninggalkan Anwar sekalipun beliau tidak mahu berhenti politik. Kepentingan rakyat jauh lebih penting dari kepentingan politik peribadi Anwar yang busuk dan buas.

Semoga Allah menghindari Malaysia dari dipimpin oleh orang-orang sebegitu. Nauzubillah!